BAB 1

Romance Completed 6471

Hani Harlinna tetap merenung ke hadapan. Sebuah lukisan paling indah terbentang depan matanya. Lukisan yang memaparkan gambaran matahari terbenam dengan cahaya kemerah-merahan di kaki langit, ditambah dengan beberapa imej burung berterbangan pulang ke sarang, lebih memikat hatinya yang luka.

“Setiap orang layak untuk dapat peluang kedua, Linn.”

“Yang pertama pun tak dihargai, layakkah ada yang kedua?”

“Normallah manusia buat silap…kesilapan tu pengajaran terbaik.. Aku pujuk kau ni bukan sebab aku kesiankan dia..tapi kesiankan kau. Dalam hati kau tu, tetap ada abang Adib, kan?”

“……..”

“Linn! Dia memang dah berubah. Dia nak kau kembali pada dia..”

“…….”

“Dulu kau bukan macam ni…dulu hati kau tak sekeras ni…”

“Kau jugak kata manusia berubah..”

“Susahlah cakap dengan kau..”

“Dah tu, baliklah. Jangan cakap lagi..” Hani memeluk tubuh menghadap pantai. Dia tau Juma sudah berlalu dengan hati yang bengkak. Tidakkah Juma faham perasaannya? Sesenang itu Juma mahu dia kembali pada Adib? Sedangkan selama ni Juma tahu bagaimana hubungannya dengan Adib. Juma memang sepupu Adib, tapi…Juma adalah sahabat baiknya sejak bertahun-tahun.

“Dah nak maghrib.. Tak elok anak dara duduk di sini waktu-waktu begini. Baliklah nak. Setiap masalah ada penyelesaian..” Seorang lelaki tua berdiri di sisinya, dengan berbaju pagoda putih dan berkain pelekat separas lutut.

“Saya cuma suka tengok pantai..”

“Memang ramai orang suka tengok pantai.. ia buat kita rasa tenang. Rasa kita sangat dekat dengan Yang Mencipta pantai tu..” Hani angguk mendengar kata-kata lelaki separuh abad itu. Dia memandang sekeliling. Sudah tak ramai orang. Yang ada sudah beransur-ansur pulang. Macam burung-burung yang dia lihat tadi.

“Baliklah..tak elok, dah nak malam. Waktu-waktu begini banyak syaitan. Nanti makin kusut fikiran kamu..” ujarnya lagi sambil mahu berlalu.

“Pak cik… Setiap orang layak untuk dapat peluang kedua?? Walaupun sebelum ni dia tak pernah menghargai??” Entah kenapa dia ringan mulut menyoal begitu. Tidak kenal lelaki itu, tapi dia rasa selesa. Lelaki itu berpaling. Mengukir senyum.

“Sebagaimana semua orang layak untuk dapat kemaafan…”

“Tapi…peluang sebenarnya tak datang berkali-kali. Dia seharusnya hargai apa yang dia dah dapat…dulu..” bantahnya dalam lembut.

“Buangkan rasa ego. Ajarkan hati untuk memaafkan…dan anak akan jumpa jawapan pada persoalan anak..”

“Saya memang dah maafkan dia..”

Lelaki itu tersenyum lagi. Riak wajahnya tenang..

“Anak masih belum ikhlas… Assalamualaikum..” dia lantas berlalu. Hani memerhati, dan melepas keluhan berat. Tatkala azan Maghrib berkumandang, dia berlalu ke kereta. Pasti umi ternanti-nanti di rumah kerana tadi dia hanya memberitahu untuk keluar sekejap saja.

“Belum ikhlas…??” Hani mengetap bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience