BAB 15

Romance Completed 6471

Adib diam membisu. Wajah Hani di depannya dipandang. Entah bagaimana hari ini dia silap percaturan. Entah bagaimana hari ini bila dia keluar bersama Diana, dia terserempak dengan Hani. Biarpun Hani tidak menyerangnya atau Diana, malah Hani buat-buat tidak tahu, tapi dia tahu Hani terluka. Dia tahu Hani hanya mahu menjaga maruahnya di depan orang ramai. Dia kenal Hani bagaimana orangnya.

Sengaja dia pulang awal hari ini untuk berbincang dengan Hani. Dia harap Hani sudi mendengar penjelasnnya. Ah.. nampaknya kebenaran perlu dirungkai jua. Tapi sanggupkan dia??

“Linn…”

“Cakaplah apa yang abang nak cakap, Linn dengar ni..” Hani laju memotong kata-katnya. Adib mengambil nafas.

“Betul la tu.. Dia..dia kekasih abang…” diam. Hani juga.

“Cerita je apa yang abang rasa patut Linn tau. Linn takkan tanya apa-apa.” Hani bersuara, tenang. Adib mencuri pandang wajah isterinya. Tenang. Dia tahu ketenagan itu hanya pada luaran.

“Sejak sebulan lalu. I mean, selepas lima bulan kita kahwin. Abang jumpa dia. Dia tu kerani akauntan dekat pejabat abang..”

Hani diam. Lama. Air mata ditahannya. Adib diam menyepi. Serba salah.

“Linn…” Adib bersuara. Hani menyepi. Kedengaran esakan halus, Adib terpaku.

“Kenapa macam ni, bang? Abang tak pernah sayang Linn ke apa? Oh..mungkin betul, Linn hanya jadi mangsa abang, hanya jadi alat untuk abang diamkan mulut orang yang cakap abang tu gay, hanya jadi alat untuk pegang status isteri untuk penuhi desakan emak..kan, abang? Cakaplah bang. Betul kan?” Hani bersuara dalam tangis. Sudah tidak mampu berpura-pura kuat lagi. Adib terkaku. Apa yang Hani cakapkan semuanya betul.

“Abang..!” Hani sedikit mendesak. Adib angkat wajah, memandang Hani. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Abang cuba sayang Linn sepenuhnya tapi abang tak mampu.. Abang fikir nanti lepas kahwin abang mampu cintakan Linn tapi abang gagal. Bila abang jumpa dia baru abang rasa, apa sebenarnya cinta. Abang mintak maaf. Bukan niat abang nak mainkan Linn..”

“Tapi kenapa Linn, bang? Kenapa bukan Juma, atau orang lain? Kenapa Linn yang abang pilih.?”

“Sebab abang tau emak sukakan perempuan yang macam Linn. Yang sopan, yang tutup aurat. Abang tak boleh pilih Juma sebab dia ada hubungan keluarga dengan abang. Kalau abang kahwin dengan dia, dan tak bahagia, abang tak sanggup nanti keluarga abang dengan keluarga dia bergaduh sebabkan hal tu. Lagipun dia dah macam adik. Abang memang yakin abang memang takkan mampu nak cintakan dia.. Sebab tu abang pilih Linn, sebab abang rasa abang boleh cuba.. tapi,.. abang mintak maaf..” Adib melepaskan keluhan. Dia sudah berterus terang. Dia tahu Hani pasti terluka yang amat bila tahu kebenarannya. Dia memandang Hani. Tidak berani menyentuh Hani lagi.

“Kalau macam tu kenapa abang cepat mengalah? Linn isteri abang. Kenapa abang cepat sangat pandang orang lain, sedangkan abang punya banyak masa untuk berusaha cintakan Linn? Apa lagi yang harus Linn buat untuk buat abang cintakan Linn? Abang cakaplah, Linn akan buat.. Sampai hati abang…” Hani ketap bibir. Cinta bukan satu eksperimen!

“Semuanya salah abang, bukan salah Linn. Hati abang ada pada Diana sejak dia datang. Abang tak rasa semua tu bila dengan Linn. Abang sayang Linn, tapi cinta….abang tak tau..” Adib bersuara, lirih. Hani menahan esakan. Adib tergamak melakukan begitu pada dirinya? Sejak kahwin dia berusaha menjadi isteri yang baik untuk lelaki itu. Apakah ini balasan? Dipermainkan dan ditipu sejak awal..?

Tapi bila sedar perasaan cinta itu tak boleh dipaksa, Hani akur. Perlahan dia bangun,mahu menuju ke bilik. Sudah tiada apa lagi yang nak dia katakan.

“Linn dah tak ada peluang nak dapat cinta abang?” Masih sempat dia menyoal. Naïf sekali. Adib terkedu. Hatinya dipagut sayu tapi dia harus memilih satu antara dua. Dia sendiri tidak minta untuk dipertemukan danngan Diana dan jatuh cunta dengan gadis itu. Semuanya berlaku tanpa dia rancang.

“Linn tak mahu cakap apa-apa lagi. Benda dah jadi. Hanya satu yang Linn mintak, abang tolong fikirkan masa depan hubungan kita. Linn akan terima apa saja keputusan abang. Yang pasti suatu hari Linn nak abang lepaskan Linn kalau abang pilih dia…”

“Linn…”

“Sebab Linn tak mahu jadi pengganggu hubungan abang dengan dia..” ujarnya sambil berlari naik ke bilik. Sakit hati, sedih, dan kecewa. Semua bergumpal jadi satu. Ikutkan hati mahu saja dia sakiti Adib, tapi dia sedar, apa pun yang terjadi dia tetap isteri, dan dia tidak sanggup berdosa kerana mengikutkan hati. Dia akan terus berusaha, untuk membuatkan Adib jatuh cinta dengannya selagi ada ruang. Melainkan kalau Adib memang memilih Diana..

Oh Tuhan.. hatinya kecewa. Terasa diri hanya boneka dalam hidup Adib. Terasa macam dialah seorang watak adalam novel-novel melayu yang dia baca tapi hakikatnya sekarang dia berdepan dengan realiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience