BAB 12

Romance Completed 6471

“Dah balik budak senget tu?” Soal Adib yang hanya bertuala putih ketika Hani masuk ke bilik. Hani mengangguk. Dia melihat semua pakaian sudah berkemas, elok letak di dalam almari, bersebelahan pakaian milik Adib.

“Err..abang yang…”

“Sikit je..”

“Thank you..”ujarnya lembut sambil berlalu ke katil. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah hari. Mengantuk pulak rasa.Tadi nak membantu Mak Kiah di dapur, dia dilarang oleh ibu mertuanya. Jadi dia naik ke bilik saja.

Adib diperhati dengan hujung mata. Bertuala, tapi tak jugak mandi-mandi. Kejap lagi dah nak zuhur, Adib perlu ke masjid. Solat Jumaat. Baju Melayu Adib pun sudah disiapkan awal-awal. Adib tidak berkata apa-apa melihatnya menyediakan baju itu.

“Linn…” Adib datang mendekat. Hani yang asalnya berbaring di katil dengan sebuah majalah Wanita bangkit. Adib betul-betul memanggilnya dengan panggilan itu? Dia senyum dalam hati. Adib memandangnya.

“Sayang abang ke tak…?” soalnya, lancar. Hani terbuntang mata. Apa pulak soal macam ni. Hani tersenyum.

“Tak cukup lagi ke dengan apa yang Hani dah buat..sejak hari pertama kita nikah..?” Soalnya kembali, berani-berani malu. Menjawab dengan soalan, sambil-sambil memulangkan paku buah keras pada Adib. Adib tergelak kecil. Tapi tiba-tiba gelak tawa itu bertukar jadi sebuah senyuman. Manis. Nakal. Bercampur-campur. Hani menelan liur.

“Cukup.. tapi saja nak kepastian…” ujarnya, sambil merenung tepat pada wajah Hani. Renungan yang dia rasa Hani sudah faham. Perlahan dia terasa Hani menolak dadanya menjauh.

“Dah dekat nak masuk waktu, baik abang mandi dan bersiap sekarang..” Hani bersuara perlahan. Menjadi bisikan indah ditelinganya. Adib memandang jam di dinding. Masih banyak waktu. Azan lagi 45 minit. Masjid bukan jauh, lima minit jalan kaki je.

“Lambat lagi…”bisiknya perlahan sambil kembali mendekati Hani. Hani menolak lagi, bukan tidak mahu membiarkan dirinya dibelai manja seperti selalu, tapi dia merasakan waktunya tidak sesuai..

“Abang….” bantah Hani lembut. Adib senyum.

“Pak imam boleh tunggu…”Jawabnya nakal. Hani menampar lembut pipi Adib. Lelaki itu tergelak kecil, manja. Bila terasa Hani membiarkan, dia tidak melepaskan peluang lagi. Entah kenapa, saat menyentuh Hani, dia terasa bersalah. Dia masih tidak mampu merasakan cinta yang sebenarnya untuk Hani, tapi dia selesa dan suka bila berada dekat dengan Hani. Sampai sekarang dia masih mencuba, menanam perasaan cinta pada gadis itu. Dia harus membuat Hani merasa dirinya dicintai agar Hani tidak lagi memikirkan perkara ketika di meja makan tadi. Dia masih belum sedia mengakui yang sebenarnya bila Hani menyoal lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience