BAB 25

Romance Completed 6471

Adib mendekat. Diana yang sedang mencedok-cedok ais krim di dalam mangkuk dipandang.

“Kenapa tak makan..cair nanti tak sedap..”ujarnya lembut. Diana membisu. Hatinya sakit.

“Yana…abang mintak maaf. Abang bukan nak tipu Yana, tapi abang cuma tunggu masa yang sesuai. Abang takut kalau abang terus terang Yana akan tinggalkan abang..” ujar Adib. Perlahan. Diana diam lagi.

“Abang betul cintakan Yana. Abang memang berhasrat nak jadikan yana isteri abang..”

“Tak cukup ke seorang isteri yag ada kat rumah tu..?” Diana menyoal, dingin.

“Percayalah abang..abang cintakan Yana bukan main-main..”

“Dia yang lebih berhak bang. Yana tak pernah diajar untuk rampas suami orang. Yana rasa terhina sangat..abang tau tak?” Diana merenung Adib, tajam. Geram dengan Adib.

“Dia nak abang lepaskan dia. Dia tau pasal kita..dia..dia bersedia berikan abang pada Yana. Abang cuma tunggu masa je untuk selesaikan semuanya..”

“Abang…abang sedar tak, tak ada seorang isteri pun yang sanggup dilepaskan kerana seorang perempuan lain..”

“Abang sayang dia..tapi abang tak cintakan dia..”

“Tapi takkan dia tak cintakan abang juga..isteri, macam mana pun mesti akan cintakan suami dia..”

Adib senyap. Kata-kata Diana tepat mengenai dirinya. Ye.. dia tahu, Hani tersangat mencintainya. Tapi dia sudah tak mampu nak berundur. Hatinya ada pada Diana..

“Abang hanya nak Yana..”

“Yana tak mahu suami orang..”

“Abang akan lepaskan dia…”

“Yana tak nak bahagia atas penderitaan orang lain..”

“Yana cinta abang…kan.”

“Cinta bukan segalanya..”

“Yana….please…jangan buat abang macam ni..”

“Abang..abang selesaikanlah dulu soal rumah tangga abang. Dan abang janganla ganggu Yana dulu. Lepas ni kalau ada jodoh, Yana akan balik pada abang. Kalau tak ada pun Yana terima..”

Diana bangun, berlalu dari situ. Meninggalkan bekas ais krimnya. Adib mengeluh. Keadaan makin sukar. Semuanya gara-gara Juma! Mungkin dia harus lepaskan Hani, baru semuanya akan selesai dan Diana akan kembali pada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience