BAB 17

Romance Completed 6471

Adib memandang Hani yang tekun mencuci pinggan yang digunakan untuk makan malam mereka tadi. Memandang dari belakang, sudah cukup membuat hatinya bergolak. Bukan dia tiada rasa untuk menyentuh dan membelai isterinya yang berwajah manis itu, cuma dia tahankan saja bila mengenangkan keadaan mereka. Dia sudah tidak tergamak untuk menyentuh Hani lagi sejak Hani tau hal yang sebenar. Dulu dia berani menyentuh Hani, dan menjalani hidup sebagai sepasang suami isteri yang normal kerana dia menyangkakan dengan cara itu dia dapat memupuk rasa cinta, tapi nyata, kehadiran Diana membuat dia sedar, dia tidak mampu mencintai Hani sepenuhnya.

“Abang…nak air panas?” Hani bertanya. Adib angkat kening. Entah sejak bila Hani sudah berada di depannya dia tidak sedar. Lambat-lambat dia menggeleng.

“Kalau macam tu Linn naik dulu lah.. nak kemas baju.. Esok kita balik kampung pagi ye?” soal Hani, nadanya masih lembut biarpun dia sedikit pendiam sejak akhir-akhir ini. Adib angguk. Namun belum sempat Hani berlalu dia sudah menarik tangan isterinya membuatkan Hani terjatuh atas ribanya yang sedang menonton. Nyata, Hani terkejut, malah Adib juga. Masing-masing menyepi, diam tanpa bahasa.

Adib hanya merenung Hani. Wajah hitam manis isterinya memang tidak pernah puas dipandang. Sangat manis sebenarnya. Pandangannya naik meniti pada kening yang lebat di depannya. Sesuai dengan wajahnya. Lama renungan itu di situ, kemudian jatuh ke mata. Tatkala itu Adib jadi tidak sanggup merenung lagi. Sinar mata itu menikam hatinya. Dia sendiri buntu. Apa sebenarnya yang dia inginkan? Relakah dia melepaskan Hani, wanita yang pertama dalam hidupnya yang memegang status isteri, demi Diana?

“Abang…nak apa-apa lagi?” suara lembut Hani menyapa. Tangan kirinya dipaut pada leher Adib. Adib tersentak. Perlahan-lahan dia melepaskan pegangannya pada Hani. Dia menggeleng.

“Tak…pergilah naik..” dia bersuara juga. Hani melangkah naik, meninggalkannya. Hani menyapu mata yang terasa basah. Hatinya terkesan dengan kejadian tadi. Sungguh dia rindukan Adib. Dia masih mahu berharap Adib akan mencintainya dan memilihnya. Dia berharap Adib masih mahu bersamanya, mengulangi saat-saat indah bersama seperti dulu tapi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience