BAB 35

Romance Completed 6471

“Hani… dari mana ni senja-senja begini baru balik?” Suara lembut uminya menyapa telinga. Hani menoleh ke belakang, sambil tangannya mengunci pintu. Dia menghulur senyum tawar.

“Saja jalan-jalan pergi pantai..” jawabnya sambil mengatur langkah ke anak tangga.

“Hani… Tadi Juma datang ke rumah..”

“Hani tau..Hani jumpa dia kat pantai..”

“Dia cakap pasal Adib..”

“Hani tak nak cakap pasal Adib. Semua dah berlalu. Dah tak ada apa-apa kaitan pun lagi dengan dia.”

“Adib nak rujuk semula..”

“Hani tak nak. Cukuplah sekali dengar dia lafazkan kabul masa majlis nikah dulu, dan cukuplah sekali dengar dia lafazkan talak tu. Hani dah tak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan dia..”

“Keras benar hati Hani. Semua ni masih boleh dibaiki lagi. Adib belajar dari kesilapan..”

Mak Imah serba salah. Dia bukan menyebelahi Adib yang mahu kembali rujuk, tapi dia kesian dengan Hani yang nampak sengsara selepas perpisahan itu. Dia tahu Hani terlalu mencintai, dan dia sebolehnya mahu mereka berdua memperbaikinya.

“Hani tak sanggup nak tanggung semua rasa sakit untuk kali kedua, mi. Umi tahu Hani sayang dia sangat, tapi dalam hati dia boleh muncul perempuan lain. Memang, memang dia sayang Hani, dia tak pernah berkasar dengan Hani, dia layan Hani baik, tapi dalam hati dia, tetap tak ada cinta. Dia tetap mahukan ornag lain yang dia cinta, dan Hani terpaksa mintak dia lepaskan Hani sebab Hani tak sanggup. Tak sanggup umi. Hani bukan baik macam kawan umi tu yang sanggup berkongsi kasih. Kalau ada sebab lain, Hani boleh terima, tapi kalau sebabnya hanyalah cimta, Hani tak boleh. Biarlah Hani macam ni.. Dia ada Diana kan..”

“Juma tak cakap?”

“Cakap apa?”

“Family budak tu tak restu hubungan diorang.. Diorang takut kot, apa yang Adib buat dekat Hani akan Adib buat pulak dekat anak mereka..”

“Baguslah macam tu. Baru abang Adib tau..tu namanya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..”

“Adib menantu yang baik.. Umi sayang dia. Kalau boleh umi nak dia …”

“Umi pilihla,.umi lebih sayang dia atau Hani..”

“Hani…”

“Biarlah Mah.. Biar Hani yang tentukan semua. Kita tak usah masuk campur lagi. Dulu sebab kita masuk campurlah, Hani kahwin dengan Adib, dan sekarang dia macam ni, salah kita juga..”

“Yah..bukan tu maksud Hani..”

“Tak apa. Ayah dan umi serahkan semua pada Hani. Hani nak balik pada Adib atau tak, kami takkan suruh, takkan paksa. Hani dah besar, dah tahu baik buruk.. ayah hanya akan mendoakan..”

Hani menunduk. Dia sudah lama nekad. Adib tidak akan masuk lagi dalam kamus hidupnya sejak lelaki itu melafazkan talak padanya hampir dua bulan yang lalu. Itu keputusan Adib, dan dia menghormatinya. Bila di beri pilihan, Adib sanggup melepaskannya dan memilih Diana. Juga dia hormati. Biar apa orang nak kata pada hubungan dia dan Adib, dia tidak kisah. Orang tidak akan pernah tahu hatinya.

“Hani naik dulu yah, umi. Nak mandi.” dia melangkah naik, menghilang di sebalik pintu bilik. Pak Daris hanya memerhati dan akhirnya hanya mampu melepaskan keluhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience