BAB 32

Romance Completed 6471

Adib memandu tenang menuju kampung Hani. Dia mahu mengambil Hani pulang. Banyak benda dia rasa perlu dibincangkan. Dia sudah tidak tahan berada dalam kekeliruan. Dia rasa, dia harus benar-benar memilih, Hani atau Diana. Menurut rasa simpati, dia akan pilih Hani. Tapi dia tidak sanggup mengorbankan cinta hanya kerana simpati. Oleh itu, mungkin Hani yang jadi pilihannya….untuk dilepaskan. Dulu, dia berat hati dan memujuk diri untuk terus bersama Hani kerana Hani sedang mengandungkan anaknya. Tapi kini, bayi itu sudah tiada..

Hani memerhati sekitar ladang. Sudah makin luas ladang milik sahabatnya ini. Penuh dengan barisan pokok betik pelbagai jenis dan spesis, tumbuh subur dan buahnya lebat, amlah ada yang sudah boleh dipetik. Tidak sangka sahabatnay mampu melangkah sejauh ni.

“Semuanya sebab idea kau Hani. Kalau tak sampai sekarang aku jadi budak tak tentu hala lagi..diejek-ejek, dihina-hina..”

“Sekarang, semua orang yang mengumpat kau dulu nak kau jadi menantu diorang kan? Hahah..” balasnya sambil tergelak. Dia sekadar berada dalam kereta yang dibiarkan terbuka pintunya. Kereta Halim. Halim membawanya ke ladang, ditemani sepupu Hani, Salina yang sedang leka menjamu buah betik di pondok berdekatan, dilayan salah seorang pekerja Halim.

“Tapi sayang, hati dah jadi milik orang KL..melepaslah mak cik-mak cik kampung ni..tu la…dulu suka hina-hina aku..sekarang, terbeliak biji mata tengok lori keluar masuk ladang aku..huh..” Halim sengih. Hani menggeleng. Gembira sahabatnya sudah jadi petani dan peldang berjaya.

“Kau…bila nak balik rumah suami kau..? Lama jugak kau cuti, dah dekat tiga minggu.. Tak rindu ke orang jauh tu, bini kat sini lama-lama..” Halim memandang Hani. Hani senyum kecil.

“Esok balikla.. Sekarang pun dia on the way datang sini, tapi ni tak ada call pun, lambat lagi la tu agaknya nak sampai..” Hani menjawab jua. Menyebut tentang Adib buat dia sayu. Ada rindu sedang mekar, namun dia tidak pasti apakah Adib juga merasai hal yang sama. Dia sudah tidak berani untuk terlalu berharap. Bukan dia cepat mengalah, tapi dia sudah penat, menjadi seorang isteri yang sentiasa mengutamakan suami namun Adib tidak pernah nampak semua itu walau apa pun yang dia lakukan.

“Dalam perkahwinan, apakah cinta itu penting..? Tak cukup ke dengan sayang?” soalnya tiba-iba membuat Halim terdiam sejenak. Hati lelakinya dapat meneka sesuatu.

“Rasa sayang dan rasa tanggungjawab itu sebenarnya sudah memadai, kerana dari situ nanti akan timbulnya cinta.. Tu la sebenarnya resipi orang-orang tua zaman dulu..tak percaya, tanya nenek aku, dia selalu dok cerita. Kenapa tanya macam tu?”

“Tak ada apa-apa..saja tanya.” Hani memandang tanah. Rumput-rumput kecil yang memenuhi tanah di sekeliling dipandang.

“Hani..kau tak bahagia..?” soal Halim. Meneka. Hani terkesima. Halim dipandang.

“Bahagia..dia sangat baik..”

“Tapi dia tak cintakan kau?” duga Halim lagi. Hani diam. Menyesal bertanyakan soalan tadi pada Halim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience