BAB 16

Romance Completed 6471

Puan Zura hanya memerhati tingkah anak dan menantunya. Nampak lain macam benar. Seorang ke darat seorang ke laut. Walaupun nampak Hani berusaha memaniskan wajah tapi mata tuanya tidak mampu menipu.

“Apa yang tak kena dengan anak-anak kita tu bang..”dia meluah rasa pada suaminya yang sedang memberi ikan makan. Sejak sampai semalam, kedua-dua Adib dan Hani nampak pelik. Dia saja menjemput anaknya pulang, saja buat makan-makan dengan anak menantu. Tapi dia sedih bila nampak menantunya tidak gembira. Hendak ditanya, nanti dikata menyibuk pula.

“Entahlah Zura, abang tengok pun pelik. Biasanya balik sini, happy aja sepanjang hari.. Ini, sorang senyum macam plastik, sorang bercakap macam anak tekak tercabut, cakap nak tak nak..”

“Risaula Zura bang…”

“Hish…janganla fikir bukan-bukan. Kita ni mak bapak, doakan saja yang terbaik..dahlah, baik awak pergi buatkan kopi, boleh minum ramai-ramai..” ujar Encik Hadif, namun sebaik saja hais berkata begitu, kelihatan Hani datang bersama dulang besar ditangan. Satu teko air dan empat biji cawan berserta speingan cucur udang. Puan Zura memandang Encik Hadif yang tersenyum.

“Menantu saya, bang..baru je habis awak cakap, dah sampai airnya depan mata…” puji Puan Zura. Encik Hadif tergelak. Dia kemudian memanggil Adib yang asyik menilik telefon pinarnya di atas buaian besi. Adib melangkah selamba, menyembunyi rasa hati setiap kali berdepan dengan Hani.

Sejak kejadian tempoh hari, Hani makin senyap. Tapi layanan Hani padanya tetap sama. Baju kerjanya bergosok kemas, sedia dengan tali lehernya sekali, macam biasa. Pakaiannya berbasuh dan berlipat. Makanannya terjaga, dari sarapan sampailah makan malam. Hanya terpulang pada dia, mahu menyentuh atau tidak. Tapi biasanya dia makan saja, tidak mahu Hani bertambah seidh dan berduka. Hani masih sudi dan bersedia melayannya di bilik tidur, cuma terpulang juga padanya mahukannya atau tidak. Biasanya dia akan mengelak dari menyentuh Hani, kerana rasa bersalahnya akan menebal jika dia berbuat begitu. Hani melayannya tetap dengan layanan dahulu, layanan terbaik dari seorang isteri untuk suami. Tapi hanya hatinya yang bermasalah. Selain rasa bersalah dengan Hani, dia tidak mampu menipu lagi yang dia cintakan Diana. Getaran hatinya, berbeza sekali bila dia berama Hani. Getaran itu tidak sekuat getaran bila dia bersama Diana.

“Kamu ni, kahwin dah lebih setengah tahun. Mana cucu nak bagi kat mak?” Soalan Puan Zura membuatkan Adib tersedak. Hani menghulurkan air suam untuknya yang memang disediakan di situ.

“Kot ye pun Zura, jangan ditanya masa budak tengah makan. Sabar-sabarlah.. Ingat buat anak tu macam buat patung pakai tanah liat tu ke, macam zaman awak kecik-kecik dulu. Gentel sana, gentel sini, dah jadi kepala, jadi kaki..hish….”

Encik Hadif menegur, membuatkan Hani tergelak. Ayat ayah mentuanya membuat dia geli hati. Adib terpana. Baru perasan, sudah lama tidak dengar Hani ketawa. Puan Zura senyum malu. Encik Hadif menggeleng kepala.

“Kalau senang macam tu, saya pun nak anak lagi..bukan sorang tapi tiga orang..”

“Amboi ayahnya, lebih la tu..”Puan Zura muncung. Hani menekup mulut. Geli hati. Tambah pula melihat ayah mentuanya mengenyitkan mata padanya. Adib hanya memandang. Hatinya galau!

“Oh ye. Bulan depan, abang Alan kahwin ye? Habis tu, kamu berdua, balik ke tidak..?” soal Puan Zura. Dia memandang Adib, bila menyedari Hani memandang anaknya itu.

“Balikla mak. Insyaallah kalau tak ada apa-apa. Mak dan ayah nak ikut sekali ke?” soal Adib.

“Kalau tak ada apa-apa, mak memang nak ikut, tapi tengok pada ayah kamu la. Orang kuat bisnes, mana nak lekat kat rumah..”

“Ayah rasa tak dapat. Dato’ mintak ikut rombongan dia ke Taiwan..seminggu jugak..”

“Hah, kan dah cakap..”

“Kerja untuk bagi duit kat awak jugak..nanti senang nak tukar sofa, langsir, dan periuk belanga tu. Lagipun bukan pergi buat benda lain.. Erm..saya izinkan awak nak ikut anak-anak kita ni balik..”

“Hmm..ye la abang sayang oi. Awak pergi kerja.. Sibuk cari duit untuk saya, terima kasihlah..sayang abang sangat-sangat, tapi ikut saja la ye, jangan dok tersangkut kat mana-mana anak ayam pulak,…” dalam gurau, terselit amaran. Encik Hadif senyum. Sudah faham perangai isteri. Hani menelan liur. Dia memandang Adib. Renungan bertaut. Hati Adib galau lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience