BAB 23

Romance Completed 6471

“Abang dah buat keputusan…?” soalnya ketika mereka bersantai menonton tv. Satu yang dia kagum dengan Adib, tidak pernah keluar malam berjumpa buah hatinya. Mungkin untuk menjaga hatinya, dia tidak pasti.

“Keputusan apa?” Adib nampak termanggu.

“Linn atau dia..” sungguh dia tidak mampu menyebut nama wanita itu. Adib telan liur.

“Linn nampak abang dengan dia lagi petang tadi. Juma ada sekali. Dia dah tahu tentang kita. Linn tak bermaksud nak cerita tapi dia terlalu mendesak. Linn mintak maaf..” Hani berlagak selamba sambil mengunyah potongan epal. Adib meletak cawan kopinya. Wajah Hani direnung.

“Abang…” lama Adib terdiam.

“Abang susah nak buat keputusan? Sebab Linn isteri, yang sah, tapi dia lebih cantik dan lebih baik untuk abang…so, abang tak tau nak pilih..?” duga Hani, berani. Kadang-kadang Adib merasakan Hani memang ada bakat jadi peguam menggantikan dirinya! Dalam hal ini, dia seringkali jadi bisu.

“Mungkin semua yang Linn lakukan untuk abang selama ni masih tak cukup untuk abang agaknya. Linn ikhlaskan hati terima dan menyayangi abang, Linn relakan diri buat apa saja demi kesenangan abang, Linn layan abang lebih dari orang lain, tapi mungkin semua tu tetap tak mencukupi.. hmm..cinta abang terlalu mahal, Linn mungkin tak mampu nak dapat biar seberapa banyak pun Linn korbankan..kot..” Hani merenung Adib. Senyuman diukir. Tawar. Adib terdiam. Kata-kata Hani begitu tajam.

“Abang….sungguhkah Linn memang dah tak ada peluang nak tarik cinta abang biar dekat dengan Linn, bukan dia? Abang betul cintakan dia?” soalnya lagi. Bukan Hani tidak malu, menagih kasih begitu, tetapi dia terlalu sayangkan Adib, dan dia masih mahu mengharap. Adib menutup siaran tv. Mungkin malam ini dia harus fikirkan hal ini dengan serius.

“Kalaulah abang jumpa dia dulu dari Linn, mesti kita tak macam ni kan..” keluh Hani lagi bila Adib diam.

“Abang tak…”

“Linn tau, Linn sedar, antara Linn dengan dia, jauh sangat bezanya. Linn tak salahkan abang. Lelaki lain pun, pasti akan jatuh cinta dengan orang secantik tu. Dulu Linn ingat Linn masih ada ruang nak pikat hati abang, tapi tadi bila nampak dia dari dekat, Linn sedar, Linn mungkin perlu menyerah, apa lagi bila Linn tengok, abang dengan dia sangat sepadan bila bergandingan. Tak macam abang dengan Linn, macam keju dengan belacan!” Hani bersuara. Tenang. Adib pula yang terpukul dengan kata-kata itu.

“Linn…abang…” Adib ketap bibir. Kenapa la berat sangat mulut nak bersuara. Hani menunduk. Epal yang ada depan mata dah terasa pahit macam telan hempedu.

Dia senyum, sinis memandang Adib. Adib benar-benar keliru dan tersepit nampaknya. Hatinya terluka. Nampak sangat Adib terlalu sayang untuk melepaskan wanita itu.

“Abang, senang beginilah. Abang ada ramai kawan kat mahkamah syariah, kan..? Apakata abang mintak diorang uruskan surat penceraian kita. Lagi cepat lagi bagus benda ni..abang tak tersepit, Linn tak makan hati..” berat mulut mahu mengatakan, tapi dia terpaksa. Terasa takut untuk berharap lagi.

“Perlu ke surat penceraian?” soal Adib, keras. Hani menoleh. Angguk.

“Sebab tangan Linn takde kekuatan nak tandatangan borang poligami, bukan tamak, bukan kedekut, tapi semua tu sebab tak mahu buat abang tanggung dosa. Kalau dah seorang isteri abang sayang tapi tak cinta, sorang lagi abang cinta sepenuh hati, pasti sukar nak adil.,kan. So, itu saja pilihan yang Linn ada untuk abang, itu yang terbaik..” Hani bangun, mahu naik ke bilik. Kalau malam sebelum ni, mahu juga dia mendekat dengan Adib, mahu terus menggunakan ruang yang ada untuk memikat hati Adib, tapi malam ini dia sudah putus harap.

“Suka sangat ke dengan cerai tu..?” soalan tidak diduga. Hani terkaku. Dia menoleh. Melempar senyum.

“Tak ada wanita yang namanya isteri rela pegang status janda..melainkan kalau terpaksa..”

“Linn..benda ni tak payah sampai cerai-cerai. Abang tak pernah nak lepaskan Linn. Tak pernah terlintas dekat hati..”

“Linn tak mahu jadi penyebab bahu abang senget sebelah dekat akhirat nanti. Sudahlah bang.. Linn terima semuanya. Abang cuma sediakan borang cerai tu je, soal family kita, pandai-pandaila nanti kita fikir.” Entah kenapa dia sudah malas untuk berharap lagi. Yang pasti hatinya terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience