BAB 13

Romance Completed 6471

Bagaikan diri terkena petir. Bagaikan hati dipanah busur beracun. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rasa hati bila anak matanya terpandang Adib sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan di sebuah restoran. Mungkin hati tidak sesakit mana kalau hanya melihat mereka bergelak ketawa, tapi bila melihat tangan Adib menyelit rambut di telinga gadis itu, itulah yang menyakitkan. Apakah hubungan mereka? Ya Allah..

“Hani…kau..?” seorang lelaki menyapanya. Dia berpaling. Matanya membulat, sejurus, senyuman mekar di bibir.

“Haliim…kau???”

Lelaki itu mengangguk. Hani memandang sahabat baiknya yang tinggal di kampung. Halim. Banyak yang berubah.

“Lamanya tak jumpa kau. Eh, sekarang tinggal kat sini ke? Ladang kita apa cerita?” soalnya. Haliim senyum. Ladang kita menarik perhatiannya. Hani selalu menganggap itu ladang mereka berdua. Dia tidak kisah, malah suka.

“Ladang tu okay. Makin berkembang. Tu la kau, sejak habis belajar terus kahwin, terus jarang balik kampung. Pokok-pokok betik kita tu dah rindu kat kau, tau tak?”ujar Haliim. Hani tergelak. Halim mempelawa bersembang di dalam sebuah café sambil berborak-borak. Hani mengikut saja. Soal Adib dilupakan seketika.

“Aku datang sebab ada hal sikit..err..aku tak sempat nak bagitau kau, aku nak bertunang dah..tu yang ada kat sini ni..”

“Hah? Serius? Oh..bakal tunang kau tu, orang sini, eh? Amboi, dok kat ladang kat ceruk kampung, macam mana boleh jumpa gadis kat bandar ni..?”

“Well, ikan di laut, kunyit di darat…dalam periuk, bertemu juga..”

Hani tergelak mendengarnya. Perosak peribahasa melayu betul!

“Kau bahagia?” soalan Halim membuat dia terkedu. Halim sahabat baik sejak zaman sekolah. Halim gagal ke universiti tapi hubungan mereka masih kekal sampai sekarang. Halim kadang-kadang menjadi penasihat tidak berbayar untuknya. Halim selalu ada bila dia mahu bercerita apa-apa saja. Biarpun dengan kehadiran Juma sejak di universiti, Halim tetap sahabat terbaik yang tak boleh dibanding dengan siapa-siapa.

“Bibir kau senyum tapi mata kau…hmm..anyway, majlis pertunangan aku lusa.. sekarang aku kat hotel dengan family. Lepas majlis esok baru balik kampung. Kau ada masa tak, jemputla, nanti aku bagi alamat.”

“Eh..aku sebenarnya dah kerja. Dah nak masuk dua bulan kerja. Dekat CIMB Bank. Nanti kau kahwinla aku balik, dah janji kan dulu..” ujarnya, membuang rasa bersalah. Halim mengangguk saja. Hani menjeling Halim. Halim boleh melihat dia sedang bersedih? Cepat-cepat dia melakar senyuman manis bila Halim memandangnya.

“Kau keluar sorang ke ni..?” soal Halim. Hani angguk. Selepas kerja tadi dia keluar ke shopping mall untuk membeli beberapa barangan peribadi, siapa sangka terserempak Adib dalam keadaan begitu.

“Adib mana??” soal Halim.

“Pejabat la. Dia tu selalu balik lambat. Tambah-tambah kalau banyak kes. Kalau masuk court je baru dia balik awal sikit..” Hani menjawab. Halim diam. Rasanya tadi dia nampak Adib di dalam sebuah restoran. Rasanya tak salah orang dah. Dulu masa majlis kahwin di rumah Hani, dia adalah antara orang yang paling penting dan diperlukan unuk kerja-kerja kenduri. Masakan dia tidak kenal dan tidak ingat wajah Adib.

“Eh..aku tak boleh lama-lama sangat ni. Nanti malam la aku baru sampai rumah. Kau nanti contact-contact la ye, macam selalu la..” Hani kemudian meminta diri. Dia tidak selesa bila Haliim memandangnya dengn riak pelik begitu. Macam ada sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience