BAB 14

Romance Completed 6471

Hani masuk ke dapur setelah selesai mandi dan bersolat Maghrib. Adib masih belum pulang. Sudah dua bulan dia dan Adib tinggal berdua, di rumah yang Adib beli, tidak jauh mana dari taman perumahan elit kepunyaan keluarga Adib. Hani masak ala kadar saja. Adib tentunya sudah kenyang. Peristiwa tadi terkenang kembali dalam ingatan. Siapa perempuan itu? Benarkah seperti apa yang dia fikirkan sekarang? Sampai hati Adib.

“Darling…masak apa? Wanginya bau..” Adib menyapa ketika dia sedang mencedok sepinggan nasi goreng tomyam ke dalam mangkuk besar. Soalan Adib tidak dijawab, kerana tahu Adib boleh dapatkan jawapan sendiri.

“Hmm..abang dah solat? Nak makan dulu ke, mandi dulu?” soalnya.

“Mandi dululah. Badan abang melekit..”

“Nah..air..minumlah dulu..” Hani menghulurkan segelas jus tembikai yang baru saja dia sejukkan di dalam peti ais. Adib menerimanya dengan senyuman, lantas meneguknya perlahan. Hani sambung kerjanya, menyediakan meja makan. Semangkuk nasi goreng tomyam, dengan semangkuk kecil sup, dan sepinggan buah-buahan, serta satu jag jus tembikai.

“Sorry abang. Ini je yang sempat Linn buat. Baru je balik. Tadi singgah dekat mall kejap, beli barang..” ujarnya, seperti biasa. Adib menggeleng.

“Dah cukup dah ni..” katanya sambil meminta diri naik ke bilik. Hani hanya memerhati. Hatinya berbaur dengan segala rasa. Hati bergelora, tapi ditahankan jua. Dia tidak mahu bertanya apa-apa, kerana dia yakin, suatu hari pasti dia akan dapat jawapan. Biarlah sekarang dia hanya melihat dan memerhati dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience