BAB 21

Romance Completed 6471

“Terima kasih..sebab masih jadi menantu dan anak lelaki yang baik untuk umi dan ayah..” ujar Hani, lembut ketika mereka dalam perjalanan pulang. Adib terdiam. Tidak sangka Hani berkata begitu.

“Abang masih menantu mereka dan sampai bila-bila pun..”

“Tapi nanti suatu hari abang dah takkan jadi hak Linn..”

“Siapa kata?”

“Abang cintakan orang lain..Linn ni cuma…”

“Abang tak pernah cakap abang nak lepaskan Linn..”

“Tapi Linn bukan orang yang sangat baik hati, sanggup kongsi kasih dengan wanita lain. Sama ada dia kena pergi atau Linn…you who have to decide..”

“Linn…”

“Linn serius.. abang sendiri cakap abang tak ada rasa cinta pada Linn. Abang cuma sayang Linn. Abang cinta dia…”

“Just drop this topic..” Adib nampak tidak selesa.

“Why?” soal Hani berani.

“Linn…abang tak berniat nak lukakan Linn..” Adib melepaskan keluhan.

“Abang memang dah lukakan pun. Linn tak tau apa lagi Linn kena buat untuk buat abang cinta Linn. Takkan semua yang kita lalui selama ni langsung tiada harga, bang?”

Adib memandang Hani. Diam. Sepi. Bisu. Hani meneka air mata. Bukan niat mahu cepat menyerah. Dia lebih berhak atas Adib. Bukan wanita itu. Dia akan terus berusaha, melayani Adib sebaik mungkin, mudah-mudahan Adib akan sedar, kasihnya hanya untuk suami. Moga-moga Adib sudi membalas segala rasa cinta. Tak apa terlambat..dia tetap akan mencuba dan menunggu selagi masih ada ruang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience