BAB 30

Romance Completed 6471

Adib memejam mata. Baru dua minggu Hani keluar dari hospital, akhirnya keguguran jua. Menurut doktor, kandungannya lemah. Rahimnya tidak kuat. Perit hatinya melihat Hani menanggung kesakitan. Perasaan bersalahnya pada Hani makin menebal. Hani terpaksa melalui banyak kesakitan hanya kerana dia.

“Abang…” Hani memanggilnya. Dia yang leka dengan fail kerjanya berpaling.

“Boleh tak, Linn nak balik kampung kejap. Linn balik sendiri je, tak apa.” Adib mengerdipkan mata beberapa kali, cuba mencerna kata-kata Hani.

“Nak buat apa balik. Linn bukan sihat lagi..”

“Nak rehat kat kampung…”

“Nak tenangkan fikiran..?” duganya. Hani diam.

“Abang…sebenarnya kita ni macam mana… Diana jumpa Linn hari tu..dia..”

“Abang tau..dia cakap..”

“So…”

“Jangan la fikir apa-apa lagi. Sekarang ni hanya ada abang, dengan Linn..”

“Tapi sebenarnya abang masih cintakan dia…kan??”

Adib diam. Bukan senang menghilangkan rasa cinta. Cuma cinta itu disembunyikan kerana sibuk melayan dan menjaga Hani, sampai dia tidak sempat memikirkan lagi hala tujunya dengan Diana yang sudah membawa diri. Dia dapat tahu Diana bekerja di sebuah syarikat guaman di Shah Alam. Tidak jauh pun dari sini.

“Abang…izinkan Linn balik tak..?”

Lambat-lambat dia mengangguk.

“Abang hantar.. Nak balik sini nanti bagitahu, abang jemput.” Dia kembali meneruskan kerjanya. Otak sedikit berserabut. Dia menjeling Hani dengan ekor mata. Rasa kasih, itu ada. Rasa simpati, bergunung-gunung. Rasa bersalah, telalu banyak. Rasa cinta..? Entah..masih tidak dapat dikesan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience