BAB 3

Romance Completed 6471

Adib menanti dengan sabar. Juma yang tersenyum di depannya bagaikan membawa berita gembira.

“Dia diam je. Aku dah cakap dah kau memang suka dia bang, tapi macam dulu jugaklah, dia diam..” Juma bersuara.

“Kawan kau tu, susah sangatla nak usha..”

“Tapi kan bang, bukan ke kalau diam tu tandanya ye…setuju…suka..dan semua yang sewaktu dengannya??” tambah Juma lagi. Adib angkat kening. Bibirnya tersenyum. Nampaknya dia yang kena beranikan diri ni. Tak boleh harapkan budak tak cukup umur ni lagi dah..

“Bak sini nombor dia, biar abang buat sendiri, kau tak boleh harap la Ju..” Adib menolak lembut kepala adik sepupunya. Juma mencebik.

“Nombor dia….err..nanti dia marah aku, bang.. tak boleh. Tak boleh..” Juma masih menjaga satu-satunya hak privasi Hani kerana dia tahu Hani tidak suka nombor telefonnya dijaja-jaja pada orang sebarangan. Adib mencebik. Juma ni, setia benar dengan Hani..

“Okey..fine..abang akan usaha cara lain..tengoklah nanti..”

“Tapi betul ke kau suka dia sangat-sangat bang? Kau jangan nak main-mainkan dia…” Juma mengecilkan mata, memberi amaran. Dia tidak tau apa sebenarnya yang Adib mahu. Nak sangat dia pikat Hani untuknya.

Adib diam. Soalan Juma tidak dijawab. Juma mendiamkan diri. Malas mahu menagih jawapan bila Adib diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience