BAB 6

Romance Completed 6471

“Ayah ni… Tak suka la.. Diajaknya Adib tidur sini buat apa. Dia orang kaya, biar la dia cari hotel..” rungut Hani. Tapi nadanya masih lembut. Pak Daris memerhati anak gadisnya yang mengelap pinggan setelah selesai mereka makan malam tadi.

“Tak baik menyusahkan tetamu, Hani. Dah ada bilik kosong, apa salahnya. Semalaman saja. Lagipun malam ni ayah nak ke rumah tok ketua, ada hal nak bincang. Nanti ayah khabarkanlah pada dia tentang ni, supaya orang tak bawak mulut..” ayahnya tenang berkata. Hani mengeluh.

“Bagus budaknya, kan bang. Berani. Tak ramai lelaki zaman sekarang berani macam dia. Yang dok meminang anak dara orang tepi jalan, dalam taman bunga, berlambak lah..” ujar Mak Imah pula. Hani diam. Mengakui kata-kata uminya. Dalam diam dia tahu kebenarannya. Tapi….Adib? Dengan dia? Macam belacan dengan keju.. Macam pipit dengan enggang. Macam..langit dengan bumi.. ah..macam-macam lagilah! Dia tidak berani berangan.

“Kalau sudah orang tunjukkan kesungguhan, tak baik kita kecewakan..” Pak Daris berlalu ke ruang tamu. Mahu bersolat isyak dan ke rumah tok ketua sekejap. Hani diam. Terus dengan kerjanya. Dia pandang uminya. Senyuman uminya bagaikan memberi dia jawapan. Hmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience