BAB 33

Romance Completed 6471

Adib mengetap bibir. Steering kereta diketuk kuat. Anak matanya tajam menghala ke satu arah. Dari jauh dia nampak kelibat Hani bersandar di kereta bersama seorang lelaki, dalam kawasan ladang yang terbuka. Beberapa orang lelaki sedang bekerja mengait buah betik. Hatinya tertanya-tanya, untuk apa Hani di situ. Sudah sihat betulkah?

Dia berhenti di lorong masuk ladang. Lantas membunyikan hon kereta. Hani menoleh. Dia terkaku. Adib. Lelaki yang dirinduinya sedang menantinya dalam kereta. Hani menoleh pada Halim. Selepas mengucapkan sesuatu, dia memanggil Salina untuk pulang.

Hani menyalami tangan Adib dan menciumnya. Kemudian mereka pulang ke rumah. Tidak jauh dari kawsan ladang Halim. Kerana tidak jauhlah, ayah dan uminya mengizinkan dia mengikut Halim tadi, dengan syarat ditemani Salina, gadis berusia 17 tahun itu.

“Buat apa kat ladang Halim. Duduk rumah je kan, elok, bukan dah sihat betul pun..” soal Adib. Suaranya mendatar, namun masih ada lembutnya. Hani menoleh ke sisinya. Adib yang sedang mengeluarkan beg pakaiannya merenungnya.

“Linn bosan, dah kebetulan Halim datang hantar buah yang ayah beli, Linn mintakla nak ikut dia pergi ladang. Dah lama tak pergi..”

“Hmm….” Balas Adib, lantas berlalu masuk ke dalam rumah, menyalami ayah dan ibu mertuanya. Kemudian, dia menghilang ke bilik. Hani memandnag sepi pintu bilik yang tertutup. Hatinya sebak. Soalan itu yang pertama disoalnya,.? Bukan tanya, ‘Linn sihat ke tak.???’ Hani ketap bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience