BAB 26

Romance Completed 6471

Tiba saja di rumah, dia berdebar bila melihat kereta Juma ada di depan pagar. Pasti Juma mengadu pada Hani. Dalam mengawal kerisauannya, dia menapak masuk. Hari ini Hani tidak menyambutnya di muka pintu seperti biasa. Dia naik ke bilik bila ruang tamu sepi. Juma juga tidak kelihatan. Saat kakinya melangkah mendekati pintu yang sedikit terbuka, dia terdengar suara Juma.

“Makan la sikit sup ni, nanti kau pengsan lagi..” Juma memujuk siapa? Ah, soalan bodoh. Dah itu biliknya dan Hani, pastilah didalamnya itu Hani. Tapi kenapa Hani pengsan?

“Tak ada selera..nak muntah je ni..”

“Eee..kau ni kan…jangan la buat hal..kau kena makan sikit..nanti apa-apa jadi, susah. Kau lembik macam ni, baby dalam perut tu macam mana..” tegas suara Juma. Adib terasa jantungnya gugur dari tangkai. Baby? Hani mengandung? Adib pejam mata. Pasti kerana peristiwa di kampung sebulan lepas..

“Linn…” Sapanya, menguatkan kaki melangkah. Juma memandangnya, namun kembali menghadap Hani. Terus memujuk.

“Letak je la situ. Nanti abang suapkan..” dia bersuara, lemah. Juma meletakkan mangkuk berisi sup ayam, sedikit kuat. Saja tunjuk geram dengan Adib. Dia bangun, meminta diri mahu balik. Tak kuasa mengadap muka Adib. Sakit di pipi sudah hilang tapi bekas kat hati….

“Nanti kau makan tau..aku balik dulu..” bisiknya pada Hani. Hani sekadar mengangguk, berusaha bangn dari pembaringan.

“Lelaki…suka ke tak suka, bila ada peluang, sentuh jugak, sampai boleh ada baby..” bidas Juma dalam bisikan saat dia berjalan melintasi Adib. Adib diam. Dia tahu Juma berhak marah.

“Linn pengsan..?” soalnya, sambil duduk di sisi katil. Hani mengangguk. Dia mencapai tangan Adib. Wajah Adib direnung.

“Abang, Linn….”

“Abang tau.. abang dengar Juma cakap..” jawab Adib, tersenyum. Jauh di sudut hati, terselit rasa bangga. Namun, dari satu sisi yang lain, dia rasa bersalah dan serba salah!

“So, abang suapkan sekarang, boleh?” Dia mencapai mangkuk sup, menyudu isinya dan menyuapkan pada Hani. Dia senyum tatkala melihat Hani makan. Wajah Hani dipandang. Tiada apa-apa kekurangan pada wanita didepannya ini, malah sekarang dia sedang mengandungkan zuriatnya. Apalagi yang dia mahu?? Cinta itu boleh dipupuk. Walaupun lambat tidak mengapa asalkan diusahakan. Dia berbisik pada hati sendiri.

“Abang…abang suka ke tak suka…?” soal Hani. Isterinya itu sedang menantikan jawapan.

“Kenapa tanya macam tu? Inikan anak kita..?”

“Abang tak marah…?”

“Linn…kenapa abang nak marah. Abang jugak yang buat Linn macam ni kan.?” Dia mengukir senyum, sedikit nakal sambil mencuit hidung Hani. Hani senyum tawar.

“Mana tahu, kehadiran anak ni hanya akan ganggu perancangan hidup abang…” Hani bersuara perlahan. Lirih bunyinya. Nampak sangat dia sudah tidak berani berharap. Adib terdiam. Wajah Hani direnung. Sedaya upaya senyum diukir, dan tangannya meneruskan suapan ke mulut isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience