BAB 5

Romance Completed 6471

Semua yang ada terdiam. Hani rasa bagai nak pengsan. Juma ketap bibir. Bimbang niat Adib disalah anggap. Namun melihat wajah tenang kedua orang tua di depannya, dia lega.

“Ada apa-apa yang jadi ke antara kamu sampai kamu nekad datang sini macam ni..?” soal Pak Daris, bukan mahu fikir yang bukan-bukan tapi Adib terlalu berani. Hani tersentak. Apa yang ayahnya fikirkan?

“Eh..tak ada apa-apa pak cik. Saya cuma mahu menghormati pendirian Hani. Nakkan bunga yang kembang di taman, kena la berani mintak izin dari tuan yang menjaganya..ye tak pak cik?” soal Adib, senyum. Pak Daris ketawa mendengar kata-katanya sambil terangguk-angguk. Boleh tahan. Dia mengerling Hani. Anaknya ini masih ada satu semester di universiti. Masakan sudah mahu diberi kahwin..

“Pak cik tak kisah. Semuanya bergantung pada Hani. Kamu berdua bincangla elok-elok. Kalau dah suka, suruh mak ayah datang jumpa pak cik..”

“Yah….” Hani bersuara tidak puas hati. Nampak macam ayah sudah suka Adib! Mak Imah senyum, sambil menyentuh tangan anaknya. Sangkanya Hani malu.

Adib senyum lebar. Sudah dapat lesen..

“Kamu berdua tidurlah dulu di sini semalaman. Jangan risau, takkan ada orang mengata. Bukan kamu datang seorang..” pelawaan Pak Daris ketika mereka berbual-bual bagaikan ulam dicita pucuk mendatang buat Adib. Sudah penat memandu jauh, dapat rehat sedap juga. Tidak perlu keluar cari mana-mana rumah tumpangan atau hotel yang tentu jauh dari kampung ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience