BAB 2

Romance Completed 6471

“Abang sepupu aku suka dekat kau. Sebab tu dia suka usik kau, tu pun tak faham ke??” Kata-kata Juma mengejutkannya. Ketika itu dia di rumah Juma, Juma mengajaknya pulang ke kampung bila kebetulan hari Isnin itu cuti umum sempena hari Keputeraan Sultan Perak. Orang Perak, belajar pun dekat Perak, bolehlah balik tak kira masa. Cuti dua tiga hari pun boleh balik, puas hati.

“Kau mengarutlah. Aku jumpa dia baru beberapa kali..”

“Dan dia usik kau pun beberapa kali tu jugak..pantang nampak kau..”

“Ah, sudahlah Juma. Kau memang sesuai jadi sepupu dia..” Hani berlalu keluar. Mahu ke taman mini kesayangan ibu Juma. Duduk-duduk kat situ pun best, dari dok melayan Juma. Dari jauh dia terdengar Juma ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience