BAB 24

Romance Completed 6471

Juma menampar kasar dada Adib. Petang itu dia ke pejabat Adib. Sudah kebetulan dia mengikut bosnya ke rumah pelanggan tadi, lalu dia singgah di pejabat Adib bila teringatkan kisah rumah tangga abang sepupunya itu. Adib nampak terkejut dengan kelakuan Juma. Namun dia biarkan saja.

“Abang, kau sedar tak apa yang kau buat, bang? Si Linn tu punya la baik, sampai hati kau, bang.. ee..tau tak, aku menyesal tolong kau pikat dia dulu. Aku menyesal bawak kau pergi kampung dia tau tak? Kalau aku tau abang nak seksa dia macam ni aku sumpah bang, aku takkan tolong kau dulu..eee….” Juma menjerit-jerit. Adib ternganga. Ni siapa jadi kawan siapa jadi bini ni. Juma melebih-leih dari Hani.. Ops..yea..baru dia sedar, Hani tidak pernah menyerangnya begini..Hani..

“Hari tu aku nampak kau dengan perempuan tu. Aku ajak Hani serang kau bang tapi tau apa dia kata? Dia tak mahu jatuhkan maruah kau depan orang. Hish..aku tak tau kenapa si Linn tu boleh jadi macam tu.. macam bodoh je..” Juma sempat pula mengkritik sahabat sendiri dek rasa geram. Adib mengetap bibir.

“Mulut kau jaga Juma. Bodoh-bodoh jangan sebut.. Linn isteri aku..” Juma angkat kening. Eh..marah..sayang pulak..

“Abang Adib! Apa ni?” suara seorang perempuan di muka pintu. Adib terkaku. Juma diam. Anak matanya bagai helang tunggu nak terkam mangsa. Atas bawah dia pandang Diana. Perlahan-lahan dia mendekat. Senyuman sinis lekat dibibir.

“Cantik…sopan..tapi perampas suami orang!” jerkahnya kuat. Diana nampak terperanjat. Dia terkulat-kulat memandang Adib. Wajah Adib memerah menahan marah pada Juma.

“Abang… apa semua ni, Yana tak faham..”

“Eh, perempuan..kau..kau sedar tak orang yang kau gatal-gatal panggil abang ni, suami orang? Suami kawan baik aku? Hah?” tukas Juma lagi. Adib mendekat. Dia menarik Juma menjauh dari Diana. Dia kenal Juma. Mudah benar naik angin.

“Abang…suami orang…?” Diana menyoal pada Adib. Adib tunduk. Juma pandang Adib. Oh..baru dia faham. Diana tidak tahu selama ni dia bercinta dengann suami orang..

“Teruklah kau bang..dengan bini tipu..dengan makwe pun tipu. Apa ni..eh..sejak bila aku ada abang sepupu yang macam ni ni… Ya Allah..”

Juma meraup wajah. Diana sudah menangis di muka pintu. memandang Adib, sayu. Adib pantas mendekat. Cuba meraih tangan Diana namun sepantas kilat dia merentap.

“Pergilah..kau dah tahukan, dia ni suami orang, lepas ni jangan dok terhegeh-hegeh lagi..”

Juma menempik. Adib pantas menampar pipinya, kasar. Juma terpempan. Sakit di pipi, sakit di hati. Renungan tajam dia hadiahkan pada Adib. Diana sudah hilang dari pandangan.

“Jangan masuk campur lagi soal abang, lepas ni kalau abang ceraikan Linn sekalipun, kau jangan cakap apa-apa..”

Adib mula terasa keegoannya tercabar dengan tingkah laku Juma. Dia meraup wajah. Pening. Tidak pernah-pernah dia mengasari adik sepupunya yang macam adik sendiri itu. Ah, sesal bertandang tapi rasa geram lebih kuat membalut jiwa.

“Ikut suka kaula bang. Lepas ni, jadi apa-apa kau jangan menyesal..” Juma berlalu pergi. Sakit hati. Adib terduduk di kerusi. Dia menghubungi nombor Diana, langsung tiada jawapan. Keluar menjenguk meja Diana, kosong.

“Kak Gee..saya keluar sekejap..” katanya kepada setiausahanya lantas berlalu. Dia rasa dia tahu Diana di mana setiap kali gadis itu susah hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience