Bab 2

Romance Completed 22049

Bab 2

"Bell, Una. Tuan ajak berkumpul." kata Mark sebaik sahaja kitaorang pulang daripada membeli belah.

"okay" kata aku sepatah. Aku dan Una menghulurkan beg kertas pada pembantu rumah sebelum kami naik ke pejabat Alex.

"kenapa papa nak jumpa kitaorang?" tanya Una aku pula terus duduk di sofa berhadapan dengan Alex.

"Ada orang dah khianat kita." kata Alex kasar. Aku lihat dia kelihatan benar benar marah. mukanya merah. Dalam hati aku mula cuak namun serta merta aku mengawal perasaan aku sebelum mereka perasan.

"apa rancangan uncle?" aku tanya dingin. Minda aku berfikir rancangan untuk menjadikan sesiapa sebagai kambing hitam. Aku perlu bertindak cepat.

"Uncle tugaskan Bell untuk handle pengkhianat ni. cari secepat mungkin dan bawa ke bilik tanah. kita ramai ramai selesaikan si pengkhianat tu." kata Alex tegas. Aku mengganggukkan kepala patuh akan arahan dia.

"Una nak kene buat apa Papa?"

"papa nak Una pergi berhadapan dengan Antonio dan Adamo esok. Kita berpura pura nak bekerjasama dengan mereka." aku terkejut tetapi masih mengekalkan riak biasa aku.

"kalau Una bawa Bell boleh tak papa?" Tanya Una. Alex memandang aku.

"tak boleh papa nak dia temankan papa esok pergi jumpa client." kata Alex. Una hanya menggangguk faham.

****

Tepat jam 3.00 pagi aku memanggil salah seorang pengikut Bond berjumpa di dalam bilik tidur aku.

“boleh aku masuk?" tanya Marco walaupun pada ketika itu dia sudah masuk kedalam bilik aku sepenuhnya. Aku hanya menjeling dia dingin. Aku tidak berapa gemar dengan Marco kerana dia acap kali cuba menggoda dan menyentuh aku sebelum dia tahu bahawa aku leader Bond. Marco juga pernah menGhina King's. Ikutkan hati aku mahu sahaja aku membunuh dia namun aku masih memerlukan dia untuk menjadi mata mata aku didalam kumpulan ini.

"dah dapat rekrut budak budak Alex jadi sebahagian dari kita?" aku bertanya dingin. Marco meletakkan fail hitam di atas meja dihadapan aku.

"James Zander's? bukan ke dia sepupu Una?" Marco menganggukkan kepalanya.

"dia benci dengan Alex sebab Alex dah bunuh ibu bapa dia. Dia nak jatuhkan Eighty." terang Marco.

"dia tahu tak dia under siapa?" tanya aku lagi. suara aku kedengaran dingin seperti biasa.

"dia tahu dia under Bond tapi dia tak tahu kau leader Bond." Aku memejamkan mata. Lalu aku menghela nafas berat. Aku buka mata aku semula.

"gunakan dia sebagai kambing hitam. Esok malam pastikan bukti dah ada." arah aku tegas. Marco patuh pada arahan aku lalu dia mengucapkan selamat malam sebelum berlalu keluar dari bilik aku.

Aku menukar baju aku ke t-shirt putih longgar dan memakai boxer hitam sebelum aku membaringkan tubuh ke atas tilam bersaiz king itu. Dalam kepala aku ligat memikirkan hari esok dimana Alex akan membawa aku melihat kilang dia menyimpan dadah dan senjatanya. Aku tersenyum lebar. Tak lama lagi rancangan aku merampas aset dan empayar mereka akan terlaksana.

Ketika aku ingin melelapkan mata telefon aku tiba tiba berbunyi.

"arghhh siapa pula yang call tengah tengah malam ni!" bentak aku geram.

Aku mencapai telefon aku dan menekan tanda hijau.

"helo!" ganas gaya aku menjawab panggilan tersebut. Marah kerana waktu aku berehat di ganggu.

"Abang nak tanya Levi nak topeng corak macam mana? Abang nak order ni." tanya Abang Shui tanpa berdalih lagi.

"fullface. putih. Jacket Hood warna hitam." jawab aku sepatah sepatah.

"design untuk abang nak yang sama juga ke?" aku terdiam.

"you're my second command. same design. Cuma warna baju tu kalau kau nak tukar, tukarlah. It's your choices to choose your colour. I don't care."

"how about dark purple?"

"nice. just make sure topeng tu tak menunjukkan mata and mulut kita. tutup semuanya. Aku tak kisahlah dia nak buat macam mana yang penting aku nak musuh tengok topeng tu tanpa rupa."

"okay. abang nak siapkan design lepas tu abang nak tidur. Good night." kata Shui. aku mengucapkan selamat malam juga sebelum mematikan talian. haaaa rindu dekat abang rindu dekat family aku. bila boleh balik niii!!

****

Pada keesokkan harinya aku dibawa oleh Alex untuk melihat stok dadah dan senjatanya. Ada client yang ingin membeli dan jumlahnya bukan sedikit tetapi melebihi 5.1 juta. Aku meletakkan alat pengesan di suatu sudut. Malam ini Shui akan menyerang gudang ini dan merampas senjata dan dadah yang ada. Aku juga mengarahkan Shui menghantar sebahagian daripada Bond untuk merampas stok dadah yang akan sampai di perlabuhan jam 4.00 pagi esok.

Tugas aku untuk malam ini adalah membunuh Alex dan Una. tidak lupa juga seluruh ahli keluarga mereka. malam ini malam Rabu jadi mereka selalu berkumpul. setiap seorang ahli keluarga Zander's aku tidak akan tinggalkan walau seorang pun.

Aku mengetuk pintu pejabat Alex kemudian aku masuk. Alex yang sedang minum memandang aku.

"i found him." kata aku dingin. pada ketika itu seluruh ahli keluarga Zander's telah berkumpul di dewan makan untuk makan malam bersama.

****

"siapa? siapa leader kau? Kenapa kau khianat aku?" tanya Alex aku dari tadi hanya melihat dia dia menyeksa James. Una aku lihat sudah kepenatan memukul dan menyoal James, jadi sekarang dia sedang berehat disofa yang disediakan. Marco pula aku arah kan agar dia berjaga di luar bilik. Menjaga keadaan sekeliling dari sesiapa jika ada yang mencuba masuk ke dalam bilik seksaan ini.

Setelah menyoal berkali kali Alex membuat keputusan untuk membunuh James secara perlahan lahan. Tanpa dia sedar bahawa selepas ini adalah giliran dia.

Alex mengambil pisau lalu dia menikam bahu dan paha James berkali kali. James menjerit kesakitan.

"Bell panaskan besi." Alex memberi arahan kepada aku untuk panaskan batang besi halus yang diletakkan di tempat perkakas senjata miliknya.

Aku ambil 10 batang besi yang sepanjang lengan dan sebesar ibu jari aku dan aku panaskan dengan suhu paling tinggi. Aku menghulurkan sebatang kepada Alex. Alex mengambil lalu dia menikam perut James dengan besi panas tersebut. Alex ketawa jahat manakala aku pula hanya tersengih melihat pertunjukk. Aku hulurkan lagi beberapa batang besi sambil mata aku melihat Una yang seperti sedang melelapkan mata.

Alex meminta besi yang terakhir. aku hulurkan kepada Alex sambil tangan aku menyelinap mengambil sebatang besi besar lengan aku yang disandarkan di sebelah perkakas senjata Alex.

"kau khianat aku James. aku dah bagi kau peluang tapi kau tolak. sekarang kau mati!" kata Alex lalu dia menikam besi yang terakhir tepat dijantung James. James menggelupur kesakitan sebelum akhirnya diam tidak bergerak lagi. Alex tersenyum kepuasan. Ketika dia ingin berpusing menghadap aku batang besi yang aku ambil tadi aku hentakkan di kepalanya. Hanya sekali libasan Alex sudah jatuh merebah bumi. Dia pengsan. Aku tersenyum kepuasan.

Aku melihat ke arah Una yang sedang berehat. matanya masih terpejam rapat. Aku menghampiri dia.

"Una" panggil aku perlahan. Una membuka matanya. sebaik sahaja Una membuka mata aku terus melibas besi tersebut kearah kepalanya. Una juga turut rebah.

Aku campakkan besi tersebut lalu aku mengambil rantai besi dan aku ikatkan pada leher, tangan, dan kaki Una dan Alex. aku kemudian meletakkan mereka bersebelahan bersandar di dinding dan aku sambungkan rantai besi tersebut pada dinding.

Aku menghampiri pintu aku lalu aku buka dan lihat Marco sedang berdiri tegak.

"Marco. Masuk." Arah aku. Marco masuk dan aku berjalan di belakangnya.

"wow! you did this? Alone?" tanya Marco kagum apabila melihat Alex dan Una sedang pengsan terikat di dinding.

"yes" kata aku perlahan. Aku lihat Marco menguis guis wajah Alex dengan kakinya. Aku hanya memerhatikan dia. Aku lalu berjalan menghampiri Marco.

"Marco" panggil aku sebaik sahaja Marco memandang aku. Aku terus menumbuk Marco. Marco jatuh mencium lantai. Aku memandang Marco tajam. Marco terkejut apabila ditumbuk oleh aku.

"kenapa ni Bell?" tanya Marco terkejut. Dia cuba bangun tetapi aku halang dengan menyepak dia sehingga memaksa dia bersandar pada dinding. Bahunya aku tahan kuat menggunakan kaki aku.

"pertama sebab kau kacau mangsa aku!" kata aku perlahan lalu aku menumbuk pipi kanannya.

"kedua, sebab kau cuba nak goda aku!" suara aku kuatkan sedikit lalu aku menyepak wajah Marco sehinggakan bibirnya pecah dan hidungnya berdarah.

"ketiga sebab kau kata kumpulan King's tu sampahh!!!" aku menjerit melepaskan geram lalu aku hentakkan kepala Marco pada dinding dengan kuat. Darah mengalir dengan laju namun aku hanya memandang tanpa ada perasaan belas kasihan. Marco aku lihat sudah lemah. Lalu aku keluarkan sepucuk pistol dan aku halakan tepat pada dahi Marco.

"tolong... tolong jangan bunuh aku. aku janji aku akan loyal dengan kau. Loyal dengan Bond." rayu Marco. Aku tersenyum sinis. heh, mana mungkin dia akan setia dengan Bond.

"engkau? setia? engkau tahu tak maksud setia tu apa?" tanya aku sinis.

"Dengan Eighty pun kau khianat lagi dengan aku. Pergi mampuslah kau!!!" serentak itu aku menarik picu dan menembak Marco berkali kali.

Puas... aku puas.. sudah lama rasanya aku tidak membunuh. lagi lagi bunuh pengkhianat macam Marco ni. aku memandang Una dan Alex yang masih pengsan. aku tersenyum sinis. kemudian aku keluar dari bilik tersebut menuju ke dapur. Aku lihat semua pembantu rumah sedang bertukus lumus memasak untuk ahli keluarga Zander's yang lain.

"hai Minna. lama lagi ke makanan tu siap?" tanya aku pada minna aku lihat dia sudah berpeluh memasak.

Aku lihat Minna seperti takut takut untuk melihat aku. Dia takut sekiranya aku mencederakan dia. No aku tak akan cederakan dia dan pembantu pembantu yang lain. Mereka tak bersalah. mereka semua dipaksa menjadi orang gaji tidak bergaji di rumah ini.

"dah nak siap dah ni Cik..." kata Minna. aku tersenyum.

"Minna. tengok tu." aku kata sambil aku tunjuk ke arah hutan di belakang rumah. ketika Minna memandang ke arah hutan aku memasukkan serbuk racun kedalam makanan yang sedang dimasak oleh Minna untuk ahli keluarga Zander's.

"heheh takde apa apa pun bye Minna." kata aku ceria sebelum berlalu pergi.

"hai!" aku menegur Alex dengan suara yang ceria.

Alex memandang aku geram. mungkin dia baru sedar bahawa akulah pengkhianat yang dicari carinya selama ini.

"kau tak guna! kau rupa rupanya pengkhianat tu! tak guna!!! arghh!!" jerit Alex geram dan kesakitan akibat tangannya diikat dengan rantai besi aku hanya ketawa sinis.

"sakit ke? lagi banyak kau bergerak lagi sakit kau jadinya." kata aku sinis. aku kemudiannya memandang Una. hmm lamanya dia pengsan.

"Macam nilah. aku nak keluar sekejap. lepas tu aku datang sini balik ya." kata aku lembut sebelum aku memukul kepala Alex dengan batang besi yang sama.

Aku keluar dari bilik tersebut dan menuju ke dewan makan. sebaik sahaja Minna habis menghidangkan makanan kepada keluarga Zander's aku telah membebaskan pembantu rumah Zander's dan aku Suruh mereka melarikan diri melalui hutan.

Aku lihat seluruh ahli keluarga Zander's telah mati. Mulut masing masing berbuih akibat diracun. aku tersenyum puas. tiba tiba aku terdengar derapan kaki konco konco Alex aku menyorok di balik tiang. Aku bersedia dengan pisau di kedua belah tangan aku. sebaik sahaja aku lihat konco konco Alex aku terus menikam dua orang daripada mereka yang berjalan dibelakang sekali. setelah aku pasti mereka mati aku menarik mereka ke belakang tiang dan mencampakkan mereka kedinding. Aku kemudian mengekori beberapa orang konco Alex yang masih tidak sedar bahawa rakan mereka telah mati. Aku kemudian berpura pura memanggil mereka untuk meminta tolong mengangkat barang.

Aku membiarkan mereka berjalan dihadapan aku sebelum aku menikam mereka dengan pisau ditangan aku. 7 orang konco Alex telah mati ada lebih kurang 20 lagi. Aku hanya membunuh mereka yang pernah nampak wajah aku dan yang pernah bercakap dengan aku sahaja.

"Aku kene plan nak bunuh yang lain" Aku kemudian pergi ke belakang rumah yang terdapat kuarters yang menempatkan konco konco yang lain. Aku mengeluarkan bom dan aku letakkan di setiap sudut kuarters tersebut. Didalam kuarters tersebut ada lebih kurang 200 orang yang tinggal. sekarang ini sudah malam semestinya mereka sedang tidur ataupun mabuk ramai ramai

Setelah yakin bom aku tersebut mencukupi untuk meletupkan bangunan kuarters ini aku berlari masuk ke dalam rumah lalu menekan punat dan melihat kuarters itu meletup. Aku tersenyum puas. Rancangan aku berjaya.

Aku kemudiannya berlari mendapatkan Alex dan Una dan aku menyimbah mereka dengan air bagi menyedarkan mereka. Aku harus bertindak cepat. letupan tadi pasti telah menyedarkan jiran yang berada tidak jauh dari sini. Polis juga akan tiba tidak lama lagi.

"bangun woi! bangun!" jerit aku. Alex bangun memandang aku tajam Una pula terpinga pinga kerana dirinya kini diikat dengan rantai besi semakin kuat dia meronta semakin sakit dia rasa.

"Apa ni Bell? sampai hati kau. Aku sayang kan kau tahu tak. Aku percayakan kau." kata Una aku hanya menjeling Una. Tiada masa aku nak dengar dia bersyarah aku terus menembak Una dikepala dua kali dan di dadanya sehingga peluru aku habis. Aku ambil pistol aku yang kedua. Aku pegang kemas sambil memandang Alex.

Alex terkejut melihat anaknya kini sudah tidak bernyawa. Alex marah lalu dia cuba menyerang aku tetapi gagal kerana dia telah diikat.

Aku ketawa geli hati melihat Alex yang sedang terseksa itu.

"kau ingat kau tu bagus sangat ke Bell? pengecut." kata Alex seperti mencabar aku tetapi langsung tidak terkesan oleh aku.

"kau ingat aku kisah? kau yang pengecut sebenarnya. Bukan aku. aku cuma bijak. faham? so... Alex. Ada kata kata terakhir?"tanya aku sambil pistol aku dekatkan di kepalanya. Belum sempat dia bersuara aku telah menembak Alex berkali kali. sehingga wajah Alex hancur akibat ditembak oleh aku.

Tanpa membuang masa aku terus berlari menuju ketingkat atas menghapuskan semua bukti yang aku pernah datang ke sini. Aku membuka pintu bilik pejabat Alex dan aku menolak rak buku ketepi. Dibelakang rak buku tersebut terdapat sebuah bilik besi yang menempatkan wang milik Alex.

Aku memasang bom dipintu besi tersebut dan aku letupkannya. Apabila pintu terbuka aku tersenyum melihat wang yang berada didalam peti tersebut. Aku mengambil beg dan menyusun duit tersebut kedalam beg. Akhirnya setelah berhempas pulas aku berjaya menyusun kesemua duit tersebut didalam beg. aku melihat beg tersebut.

"damn.. ada 20 buah beg besar semuanya penuh diisi dengan duit. macam mana aku nak angkat ni."
aku mengaru garu kepala. bahana buat kerja seorang diri. aku kemudian membuka tingkap dan mencampakkan beg tersebut ke laman dimana aku memarking kereta aku.

Selesai proses mencampak beg aku pula melompat turun melalui tingkap. aku terus membuka kunci kereta aku dan memasukkan beg beg tersebut. Aku hidupkan enjin kereta dan aku mencapai spray cat di bawah tempat duduk kereta aku. Aku berlari ke hadapan pintu rumah dan aku membuat grafiti nama kumpulan aku disana. Aku tersenyum puas melihat karya aku. Segala kekacauan yang berlaku malam ni amat menyeronokkan aku.

Aku kemudian kembali ke kereta aku dan berlalu pergi dari kawasan rumah Zender's itu. Nasib menyebelahi aku kerana polis juga semakin menghampiri kawasan rumah Zander's.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience