Bab 19

Romance Completed 22049

Bab 19

Levi POV

"Aku nak kau dan Hendry bekerjasama siasat tentang Bond." Tiba tiba sahaja Antonio berkata begitu. Aku memandang Antonio pelik. The hell orang tua ni? Kenapa dia suruh aku dan Hendry siasat tentang Bond. Apa dia hilang ingatan ke yang aku ni Lev leader Bond. Yang dia suruh aku siasat tentang kumpulan aku sendiri dah kenapa? Aduhmak. Sewel dah ke datuk aku ni?

Aku memandang Antonio tajam dan Hendry pula memandamg aku pelik. 3 hari telah berlalu semenjak aku dan Hendry bercakap. Kali terakhir bercakap dengan dia aku seperti bertengkar dengan dia. Aku ego. Terlalu ego untuk mengkau perasaan aku terhadap Hendry. Kesian Hendry, terpaksa menghadap perangai aku yang tak berapa nak betul ni.

"Hendry sedang menyiasat tentang Bond dan Datuk nak Levi tolong dia. No excuse. Levi kena buat juga." Arah Antonio. Aku memandang dia bengang. Hendry pula berdehem tiba tiba.

"Er, Antonio. Bukan apa tau cuma aku nak tahu. Levi ni boleh ke siasat tentang Bond. Err. Bukan apa aku tak pernah pula tengok dia buat kerja macam kita. Selama ni aku tengok dia asyik buat kerja office je. Macam abang abang dia." Kata kata Hendry membuatkan aku bengang. Sakitnyalah hati aku ni. Berani betul dia kutuk aku. Mamat ni betul betul pandang rendah tentang aku ni.

Antonio tersenyum sinis.

"Levi ni adalah salah satu orang terbaik aku. Dia cuma akan bekerja apabila aku dan Adamo betul betul buntu tentang musuh kami. Dia akan mencari maklumat untuk kami. Levi ni dah berehat lama. Tapi disebabkan Bond aku perlukan dia semula dan kali ini dia akan ditugaskan bersama kau Hendry." Kata Antonio. Hendry memandang aku terkejut. Namun aku hanya buat muka selamba.

"Hendry. Tolong keluar sekarang. Ada benda yang aku nak bincang dengan Antonio." Kata aku tanpa memandang Hendry. Mata aku tajam memandang Antonio.

Hendry memandang Antonio dan Antonio mengganggukkan kepalanya kepada Antonio. Perlahan lahan Hendry berlalu pergi sambil matanya tajam memandang aku.

Sebaik sahaja Hendry menutup pintu pejabat Antonio aku menumbuk meja Antonio.

"Apa semua ni! Apa masalah kau sampai suruh aku siasat tentang kumpulan aku sendiri. Kau gila ke. Nak sangat kantoi yang aku ni leader Bond?" Bentak aku. Antonio kelihatan tenang walaupun aku kini sedang mengamuk terhadap dia.

"Aku buat semua ni supaya kau.." belum habis Antonio bercakap aku memotong percakapannya.

"Kau nak aku rapat semula dengan diakan?" Kata aku keras. Antonio tersengih. Kepalanya diangguk perlahan. Aku mengetap gigi laku aku berpeluk tubuh.

"Ish tak nak lah.." intonasi aku juga berubah. Menjadi manja. Datuk aku ni pandai betul redakan kemarahan aku. Antonio ketawa melihat aku.

"Datuk tahu Levi sukakan Hendry bukan? Cuma Levi takut. Betul tak. Sebab tu Datuk rancang semua ni. Tentang Bond tu, nanti datuk suruh Shui uruskan. Levi sedang berehat bukan, kita gunakan peluang ni untuk rapatkan semula hubungan Levi dengan Hendry. Tapi Levi janganlah sombong sangat." Kata Antonio. Aku duduk bersila diatas mejanya.

"Takutlah." Bisik aku perlahan. Antonio tersenyum kecil.

"Takut sebab?"

"Levikan, tak pernah bercinta. This is my first time." Kata aku perlahan.

"And Hendry pun akan bencikan Levi kalau dia tahu hal yang sebenar." Sambung aku lagi. Sedih.

Antonio bangun lalu dia menarik aku kedalam pelukkannya.

"Benda tu kita tak boleh elakkan. Lambat laun kita akan dedahkan juga tentang Bond kepada mereka. Buat masa sekarang ni kita kekalkan je dengan rancangan asal kita." Kata Antonio.

****
Aku dan Hendry sedang leka meneliti fail di dalam pejabat Hendry. Sudah dua minggu aku dan Hendry bekerjasama untuk menyiasat tentang Bond.

Sejujurnya, Aku tak tahu apa yang Shui telah lakukan namun konco konco aku sekarang ini kerap menonjolkan diri mereka. Konco konco aku selalunya akan menjalankan tugas mereka secara sembunyi. Dan hanya akan menunjukkan diri jika kawasan kami diceroboh kumpulan lain.

"Konco konco Bond sekarang ada dimana mana. Apa rancangan mereka?" Hendry berkata sendiri. Aku pula hanya mendiamkan diri.

"Semalam mereka serang Markolav. Tiada kematian cuma ramai yang cedera ringan." Kata aku memberika laporan. Hendry memandang aku pelik. Dahinya berkerut memandang aku.

"Cedera ringan? Kau pasti?" Tanya Hendry. Aku hanya diam memandang Hendry yang sedang keliru.

"Kenapa?"

"Bond bukan ke kumpulan yang suka membunuh secara kejam. Tiada satu pun yang hidup apabila berhadapan dengan mereka." Kata Hendry. Tersentak aku apabila mendengar kata kata dia. Betul juga. Setiap kali aku bergaduh dengan kumpulan lain aku tidak akan membenarkan mereka hidup. Semuanya mati dengan cara yang sangat kejam.

"Mungkin mereka dah berubah kot" kata kata bodoh aku telah membuatkan Hendry yang tadi serius terus ketawa. Aku menjeling Hendry.

"Berubah? Hahahhaha kau ni memang lawaklah Levina!" Ketawa Hendry. Aku mengambil fail lalu aku baling pada Hendry. Tetapi Hendry berjaya elak balingan aku. Dia lalu menghampiri aku lalu duduk di sebelah aku.

"Okay okay. Hmph. Tak gelak dah." Kata Hendry dengan tawanya yang masih bersisa.

"Keluar jom." Kata Hendry tiba tiba. Aku terkejut memandang dia. Kenapa dekat sangat mamat ni dengan aku. Aku menjauhkan sedikit tubuh aku dari dia.

"Nak pergi mana?" Tanya aku.

"Lepak. Aku bosanlah duduk dalam office ni satu hari." Kata Hendry. Aku tersenyum. Tahu pun bosan. Tapi dia juga yang bersungguh sungguh buat kerja tadi.

"Eh, kau senyumlah." Kata Hendry tiba tiba. Aku memasamkan semula wajah aku.

"Senyumlah..." kata Hendry. Aku menjeling dia lalu aku menolak tubuh dia jauh dari aku kerana dia semakin dekat dengan aku.

"Tak nak senyum." Kata aku perlahan. Muka aku seriuskan.

"Senyumlah.." rengek Hendry. Aku terkejut melihat Hendry. Sudah seminggu Hendry berkelakuan seperti ini. Dia seperti tidak takut lagi kepada aku.

"Kau dah tak takut ke dengan aku." Kata aku tiba tiba. Hendry terdiam.

"Sejak bila aku takut dengan kau?" Hendry cuba berdalih. Aku tersenyum sinis.

"Okay okay, aku mengaku aku takut. Tapi tu dulu. Sebelum aku dapat tahu kau bekerja dengan datuk kau. Aku ingatkan kau ni jenis yang baik, sopan santun. Rupa rupanya..." kata kata Hendry seperti menyindir aku. Aku memukul bahunya kuat hingga dia mengaduh sakit.

"Nak keluarkan? Jomlah." Ajak aku. Hendry bangun lalu dia menarik tangan aku lembut keluar dari pejabatnya.

****
Hendry POV

Aku bahagia melihat Levi kini disisi aku. Berkenaan dengan sikap dia di rumah Nick sebelum ini aku sudah lupakan. Kenapalah aku ni buta sangat. Levina ni cucu Antonio dan Adamo. Pengasas kumpulan King's mustahillah dia tidak tahu berlawan. Bila Levina bersama aku menyiasat tentang Bond kerja aku makin lama menjadi semakin mudah. Benarlah kata Antonio, Levina adalah ejen terbaik mereka.

Aku memegang tangan Levina. Levina kini sudah tertidur kepenatan. Hari ini kami telah menyerang Bond. Tapi seperti biasa Bond menang. Tapi yang paling membuatkan aku pelik, kenapa Bond langsung tidak membunuh kumpulan aku. Bond terkenal dengan pembunuhan kejam mereka. Tetapi kenapa tidak dengan aku? Tidak dengan Markolav.

Fikiran aku bercelaru mengingatkan tentang Bond. Aku kemudian melepaskan tangan Levi dan memegang stereng. Secara tiba tiba aku menekan pedal aku dengan lebih kuat menuju ke rumah Levi. Aku perlu lepaskan kemarahan aku tetapi aku perlu menghantar levi pulang dahulu atau Shui akan marah pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience