Bab 17

Romance Completed 22049

Bab 17

Levi POV

3 minggu telah berlalu semenjak pergaduhan antara kumpulan Bond dan Benzxo. Kumpulan Bond kini menjalani kehidupan biasa dengan menguruskan kelab malam dan perniagaan perniagaan yang lain.

Aku yang kini sudah lengkap bertopeng, berhood dan gloves kulit hitam sedang berjalan di koridor markas Bond menuju ke bilik seksaan aku. Semalam Aylena telah jumpa pengkhianat didalam kumpulan ini dan aku serta merta telah mengarahkan Arthur dan Shui menyeksa dia semalaman. Aku mengepal penumbuk. Berani beraninya dia mengkhianati aku.

Tiba dihadapan bilik seksaan aku memulas tombol pintu bilik lalu aku masuk kedalam bilik tersebut.

Shui dan Arthur memandang aku memberikan tundukan hormat mereka kepada aku. Aku melangkah ke arah Norwa yang kini sedang duduk dilantai namun terikat pada dinding. Aku menarik rambutnya kuat sehingga dia terpaksa melutut dihadapan aku. Sambil menahan kesakitan di meronta ronta kesakitan minta dilepaskan. Aku kemudian memegang dagunya kuat.

"Maklumat apa yang kau dah beri pada Benzxo?" Tanya aku dingin. Namun Norwa masih diam. Aku yang bengang melihat dia diam akhirnya aku menghentakkan kepalanya pada dinding sekuat hati. Mengalir darah dari kepalanya. Aku menjauhi Norwa. Tidak jauh mana hanya beberapa kaki darinya.

Namun Norwa masih diam. Setia betul dia pada Benzxo. Berapa banyak Benzxo sudah bayar pada dia ni?

"Kau tahukan kau loyal mana pun pada Benzxo kau akan mati juga. Kau beri kerjasama kau mati kau diam kau mati juga. Tapi lagi teruklah." Kata aku. Suara aku yang dingin bertukar.

"Benzxo tak sekejam kau!" Jerit Norwa tiba tiba. Aku memandang dia pelik. Kejam? Sebab itukah dia berpaling pada Benzxo? Sebab aku kejam?

"Kau tahu tak aku ingatkan Benzxo dah lenyap dari muka bumi ni. Tapi rupa rupanya wujud lagi ya. Tak sangka pula aku yang Vlo ada seorang adik lelaki. Tambah lagi kerja aku nak membunuh adik Vlo ni." Kata aku sinis lalu aku undur kebelakang sedikit. Aku buka hood aku. Menunjukkan rambut panjang aku yang baru aku warnakan berwarna merah.

Shui dan Arthur memandang aku terkejut.

"Lev! What are you doing?" Tanya Arthur. Aku menunjukkan isyarat senyap. Norwa pula terkejut memandang aku.

"Harini mood aku baik. Jadi aku akan bunuh kau tanpa memakai topeng aku." Kata aku gembira. Lalu aku buka jaket aku dan aku campakkan pada Shui. Shui menyambutnya dengan baik.

"Kau... kau perempuan?" Kata Norwa terkejut. Akhirnya dia sudah bersuara. Aku ketawa nyaring. Lalu aku meghampiri Norwa aku menarik kembali rambut Norwa. Dia memandang wajah aku yang masih bertopeng.

"apa salahnya, aku pun tak pernah tunjukkan wajah aku sebelum ni. Teringin juga. Hari ini aku akan merealisasikan impian aku. Hahahahhaa!" Ketawa aku. Lalu aku melepaskan rambut Norwa dengan kasar. Norwa terjatuh mencium lantai. Aku duduk di atas kerusi kayu yang berada disudut bilik tersebut. Senyuman sinis sentiasa terukir dibibir aku.

Aku memegang topeng aku. Aku usap usap dagu aku perlahan. Kaki aku silangkan sambil tangan aku mencapai pisau di kasut boot aku. Aku kemudian bermain main dengan pisau tersebut.

"Kau tahu tak, dari kecil aku dah diajar untuk bunuh orang." Sengaja aku menceritakan pada Norwa. Norwa memandang aku. Bila aku ingin menyambung cerita aku dia telah memotong percakapan aku.

"Apa tujuan kau cer... arghh!" Tiba tiba Norwa menjerit kesakitan. Telinganya terkena balingan pisau aku. Norwa memandang aku sambil memegang telinganya yang berdarah. Aku tersenyum sinis disebalik topeng aku.

"Lain kali bila aku tak habis bercakap jangan potong. Faham tak?" Kata aku keras. Selepas itu aku memandang Shui yang sedang memberikan isyarat bahawa aku tiada masa untuk bermain lagi. Baru aku teringat malam ini aku ada dinner dengan keluarga aku. Aku bangun dari duduk aku. Kemudian aku membuka topengku sambil mata aku masih lagi tajam memandang Norwa. Norwa terkejut melihat aku. Dia melihat aku meletakkan topeng aku diatas kerusi yang aku duduk tadi.

"Kau... kau... cu.. cucu Antonio dan Adamo." Kata Norwa. Aku tersenyum manis kepada dia.

"Yup, aku cucu Antonio dan Adamo. Biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku Levina East. Umur aku 19 tahun dan aku suka bunuh orang." Kata aku sinis lalu aku terus menghampiri Norwa. Aku mengeluarkan pisau aku dan melompat ke atas tubuh Norwa. Aku memijak kedua dua tangannya. Aku duduk pula diribanya. Tanpa belas kasihan aku terus menghiris telinga kanan Norwa sehingga telinganya jatuh ke lantai. Aku ketawa sinis manakala Norwa menjerit kesakitan.

Shui memanggil aku dan mencampakkan sebiji bola besi yang tajam kepada aku. Aku mencapai bola besi tajam yang Shui baling kepada aku. Aku campakkan ke udara beberapa kali lalu aku sumbatkan kedalam mulut Norwa. Mulut Norwa penuh dan berdarah. Dia kesakitan apabila diperlakukan seperti itu tetapi aku biarkan. Langsung aku tidak mahu menunjukkan belas kasihan kepada pengkhianat kumpulan aku.

Aku kemudian menghiris lagi sebelah telinga Norwa. Norwa kemudian menjerit lagi tetapi suaranya terhalang oleh bola besi tersebut. Kemudian dia mula meronta ronta. Aku yang sedang duduk di atas pahanya berasa tidak selesa. Kerana terlampau geram aku terus bangun dan mencapai pistol yang berada dipinggang aku. Aku mengacukan pada wajah Norwa yang sedang kesakitan itu. Lalu aku menarik picu. Aku menembak wajah Norwa berkali kali sehingga wajah Norwa hancur. Keadaan Norwa yang tadi duduk juga kini sudah terbaring. Wajahnya hancur. Mata, hidung, mulut dan mata sudah tidak kelihatan. Aku tersenyum kepuasan melihat karya aku.

Aku memusingkan tubuh aku menghadap Arthur dan Shui. Aku tersenyum kepada mereka. Tersenyum sinis sebenarnya.

"Bersihkan." Kata aku dengan senyuman yang masih terukir diwajah aku.

Aku kemudian mencapai topeng dan baju berhood aku. Aku pakai semula dan aku berlalu keluar dari bilik tersebut menuju ke pejabat aku untuk membersihkan diri yang sudah kotor dengan darah si pengkhianat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience