Bab 9

Romance Completed 22049

Bab 9

Levi POV

Buat pertama kalinya aku berjaya memakai dress tanpa di paksa oleh sesiapa pun. Aku memakai dress labuh kuning bertali satu yang menunjukkan bentuk badan aku dengan sempurna. Namun tiada sesiapa yang tahu disebalik dress tersebut terdapat senjata aku yang bakal aku gunakan ketika serangan nanti.

Aku keluar dari bilik aku dan masuk ke bilik Antonio aku lihat Antonio dan Katya sedang bergurau senda. Aku tersenyum melihat mereka lalu aku menghampiri mereka, kedua dua pinggang mereka aku peluk.

"Levi dah siap ke?" Tanya Katya. Antonio tersengih melihat aku.

"Ei, cucu datuk pakai dresslah. Macam tak percaya je." Kata Antonio aku mencubit pinggang Antonio. Dia mengaduh kesakitan.

"Orang pakai dress ni untuk dia, dia pula sibuk sindir kita." Aku berkata seolah olah merajuk. Antonio tersengih. Aku kemudian memandang Katya. Dia tiba tiba kelihatan serius.

"Kenapa nek?" Katya menggelengkan kepala. Dia kemudian mengusap usap wajah aku.

"Bila Levi nak mulakan rancangan tu?" Nenek tiba tiba berkata begitu. Aku menelan liur aku.

"Soon" itu sahaja aku mampu katakan.

"Dekat majlis nanti. Nenek nak Levi hati hati tau. Ramai mafia yang datang. Walaupun mereka sekutu kita tak bermakna mereka akan loyal dengan kita." Kata Katya dengan matanya yang sudah berair.

"Nenek tak nak nanti ada orang tahu Levi cucu nenek lepas tu dia gunakan Levi untuk jatuhkan King's. Nenek tak nak. Nenek lagi rela kita buat plan gila ni dari King's jatuh ke tangan orang yang salah." Kata Katya. Aku dan Antonio terdiam. Katya ni jenis orang yang jarang menunjukkan emosinya.

"Nenek jangan risau, Levi dah arahkan budak budak Levi untuk jaga keselamatan kita semua semasa majlis ni berlangsung. Jika terdapat masalah Levi akan pastikan benda tu settle tanpa pengetahuan semua tetamu." Kata aku tegas. Antonio melepaskan nafas kelegaan.

"Datuk tahu cucu datuk ni boleh di harap. Tak sia sia datuk lantik kamu." Kata Antonio. Aku tersenyum. Tiba tiba pintu bilik di ketuk.

"Masuk" kata Katya. Pintu dibuka dan aku lihat Aaron bapa aku berada disebalik pintu tersebut. Aku memandang Aaron dan Aaron memandang aku. Kami bertentang mata.

"Bertuah punya anak. Dah berapa tahun kau tak jumpa aku ha?" Kata Aaron bengang. Aku tersengih. Betullah tu. Mummy meninggal dunia 3 tahun yang lepas dan semenjak itu aku langsung tidak berkesempatan melawat Aaron.

"Sorry dy, sorry dy." Kata aku perlahan. Lalu aku ketawa kecil.

"Banyaklah kau punya sorry. Kau tahu tak bapak kau ni rindukan kau?" Kata Aaron. Dia menghampiri aku lalu dia menarik telinga aku.

"Sakit dy sorry dy, sakit sakit." Kata aku. Aku cuba merayu untuk telinga aku dilepaskan namun Aaron masih lagi menarik telinga aku sehingga keluar bilik.

"Daddy apa ni?" Tanya Arthur. Ian disebelahnya mengetawakan aku.

"Hahaaa, dah besar pun kena tarik telinga lagi. Padan muka." Kata Ian
Aku cuba mengejar Ian tetapi tangan Aaron yang masih menarik telinga aku menghalang dan telah menambahkan kesakitan di telinga aku.

"Adik kau orang ni. Dah berapa lama dia tak jumpa daddy. 3 tahun. 3 tahun kau tahu tak! Biar daddy tarik telinga dia ni lama sikit. Pengajaran untuk dia." Kata Aaron. Arthur tersengih Ian pula makin galak ketawakan aku. Telinga aku mula rasa panas ni. Aduhh.

"Hoi, kau buat apa kat cucu aku tu!" Jerit Ale dari tingkat 3 apabila dia melihat telinga aku ditarik oleh anak dia Aaron. Tanpa sempat Aaron memberi penjelasan Ale sudah bersedia untuk membaling pasu kaca ke arah Aaron.

"Kau lepaskan cucu aku tu Aaron
Kau jangan nak mengada ngada cubit telinga dia." Kata Ale bengang. Aaron yang sememangnya takut akan ibunya segera melepaskan telinga aku.

Aku memegang telinga aku. Panas gila. Mesti merah telinga aku ni.

"Sorry mak Aaron janji tak buat lagi." Rayu Aaron. Aku dan abang abang aku ketawa melihat telatah mereka. Kemudian aku menepuk lembut paha Ian dengan belakang tangan aku. Ian pula tiba tiba membetulkan pergelangan tangannya menunjukkan jam ditangan kirinya.

Jam hampir menunjukkan jam 7.30 malam. Tetamu sepatutnya sudah tiba waktu ini. Aku mencari Aylena sepatutnya pada waktu ini dia sudah selesai memasukkan cecair tersebut ke dalam minuman dan makanan tetamu.

"Lev. Aku dah selesai." Kata Aylena serentak itu Shui datang berdiri dibelakang aku.

"Aku dapat kesan. Kumpulan dari German. Mereka rancang nak serang King's malam ni." Kata Shui perlahan. Aku mengganggukkan kepala aku.

"Berapa ramai?" Tanya aku.

"18 orang lelaki dan seorang wanita." Kata Shui aku memandang Aylena.

"Biar aku dan Aylena uruskan. Kau siasat lagi. Cari Arthur suruh dia pastikan cecair tersebut dah diminum oleh semua tetamu." Kata Aku. Shui kemudian berlalu pergi.

Aku dan Aylena naik ketingkat atas. Menukar pakaian kami. Ian pula tiba tiba masuk kedalam bilik aku. Dia juga sudah siap berpakaian sebagai ahli Bond. Aku membuka tingkap mencari konco konco German yang kini sedang bersembunyi. Aku lalu melompat ke dahan pokok dan sambil membawa senjata sniper aku. Aku letakkan di antara daun daun pokok dan aku mula mengacukan kearah semak samun di bawah aku. Aku cuba mencari kelibat orang orang German. Melalui pakaian mereka aku dapat mengesan mereka. Warna hitam. Hitam yang gelap. Tapi walau gelap manapun aku masih nampak kelibat mereka. Bodoh. Ingat dia orang boleh sembunyi dari aku.

Setelah aku memastikan mangsa aku menarik picu dan mula menembak. 7 orang aku berjaya selesaikan.

Aku kemudian masuk semula ke bilik aku melalui tingkap. Aku lihat Aylena dan Ian sedang membawa masuk jasad ke dalam bilik aku.

"Semua ni 8 orang." Kata Ian.

"Menjadikan jumlah kesemuanya 15. Lagi 4 orang." Kata aku tegas.

"Aku dapat kesan mereka di bawah sedang berbual." Kata Aylena. Aku membuka topeng aku.

"Tukar pakaian. Kau orang settlekan lagi dua. Selebihnya bagi tinggalkan untuk aku." Kata aku serius sebelum aku berlalu pergi ketingkat bawah. Aku mencari mangsa aku. Sudah jumpa. Mereka sedang berbual sesama mereka dengan bahasa ibunda mereka. Aku menghampiri mereka dengan bersembunyi di belakang tembok. Kedudukan mereka yang memudahkan aku untuk menyelesaikan tugasan aku. Aku mengeluar 2 bilah pisau lipat yang aku sembunyikan dipaha aku. Posisi mereka sekarang ini membelakangkan aku menyebabkan mereka tidak perasan akan kehadiran aku. Serta merta aku menikam mereka dan menarik jasad mereka kebelakang tiang. Ian yang berpakaian seperti waiter kemudian menghampiri aku sambil membawa troli makanan. Aku meletakkan mereka dibawah troli sambil Ian berpura pura sedang mengisi semula makanan yang telah habis. Setelah selesai aku keluar dari sebalik tiang tersebut belagak selamba lalu aku menuju ke arah Adamo dan Freddy Markolav yang sedang berbual.

"Datuk" panggil aku perlahan. Mata aku memandang jam milik Freddy. Waktu sekarang adalah 15 minit sebelum tepat jam 8 malam. Aku harus bersedia.

"Levi rasa tak sihatlah." Kata aku lalu memeluk tubuh Adamo. Freddy senyum kepada aku dan aku membalasnya dengan ikhlas. Kami bersalam seketika sebelum Adamo mengusap kepala aku.

Adamo mengusap kepala aku lembut. Dia risau aku tiba tiba tidak sihat.

"Tak sihat kenapa? Nak datuk bawa pergi klinik ke?" Tanya Adamo cemas. Aku menggelengkan kepala aku.

"Nak naik atas." Kata aku perlahan.

"Jom datuk hantar naik atas. Freddy. Aku naik kejap hantar cucu aku. Lepas tu kita sambung balik." Kata Adamo pada Freddy. Freedy senyum.

"Okay Adamo. Get well soon Levina." Kata Freddy. Adamo mengiringi perjalanan aku ketika aku ingin naik ke tingkat atas. Sengaja aku berbuat begitu supaya nanti orang tidak akan syak atau pun tercari cari dimana aku ketika serangan oleh Bond berlaku.

Apabila sampai dihadapan bilik aku Adamo ingin membuka pintu bilik tetapi dihalang oleh aku.

"Takpelah sampai sini je. Thanks Datuk." Kata aku lalu Adamo mencium dahi aku sebelum berlalu pergi.

Aku masuk dan aku nampak 19 mayat yang tadi dibunuh oleh aku, Ian dan Aylena. Mayat bersepah macam ni nak bagi Adamo nampak. Mampus aku kalau dia tahu. Haha aku ketawa kecil. Aku cuba mencari mood Lev. Sekejap lagi walaupun semua ini pura pura aku harus menjadikannya seperti betul. Aku harus pastikan aku tidak nampak kaku. Aku memejamkan mata aku. Cuba mencari ketenangan. Tiba tiba pintu bilik aku dibuka dari luar. Arthur, Shui, Ian dan Aylena sudah siap berpakaian.

"Masanya dah tiba Lev." Kata Shui. Aku menjeling mereka lalu memakai topeng aku.

****
Adamo POV

Aku tersedar apabila wajahku disimbah oleh air sejuk. Aku buka mata aku lihat Antonio berada disebelah sedang terikat dikerusi. Wajah dan bajunya juga basah. Aku memandang senua sekutu aku. Mereka semua berada didalam keadaan lemah. Ada yang duduk bersandar malah ada yang terbaring. Apa yang dah berlaku ni?

Aku memandang Antonio dia sedang memandang ke arah belakang aku. Aku cuba memusingkan kepala aku tapi gagal. Sakit. Mungkin aku telah dipukul disitu tadi.

Aku dengar derapan tapak kaki seseorang berjalan dibelakang aku. Apabila aku pandang.. lahh.... cucu akulah. Setan betul sengaja je dia buat plan ni tak bagitahu aku. Ni mesti kes nak buat surprise. Nak kasi nampak real.

Aku kemudian kawal riak wajah aku.

"Kau siapa?" Tanya aku tegas. Muka aku jadi merah. Aku cuba untuk marah. Aku pun kena berlakon juga bukan cucu cucu aku je.

Aku lihat Levi seperti berubah. Aku ada dengar juga dari Shui yang Levi akan berubah ketika sedang bekerja. Tapi aku tak tahu berubah bagaimana kerana aku tak pernah lihat dia ketika dia bekerja.

"Aku nak empayar King's" kata Levi. Dia langsung tidak memandang aku.

"Kau siapa setan tiba tiba datang serang kitaorang lepas tu nak empayar kitaorang!" Jerit Antonio. Perghh feeling betullah mamat ni berlakon. Aku dengar Levi ketawa. Aduh menakutkan betullah cucu aku ni.

"Aku Lev. Leader Bond." Kata Levi. Dia memandang aku dan Antonio. Levi pakai topeng dan topeng tu kosong je. Mata hidung malah mulut pun langsung tak nampak bentuk. Macam mana lah budak ni hidup dengan pakai topeng ni. Tiba tiba Freddy yang sedang bersandar lemah pada kerusi bersuara.

"Kau? Kau yang bunuh satu keluarga Zender's? Kau juga ke yang letupkan kawasan kumpulan Jelen dan bunuh mereka semua satu persatu dengan kejam? Semua kematian kumpulan yang kuat semuanya kau yang buat?" Tanya Freedy. Aku lihat Levi. Aku terkejut. Aku tak pernah tahu itu semua kerja dia. Aku pandang Antonio. Muka Antonio macam apa. Memang terkejut habis. Siapa sangka, Levina, satu satunya cucu perempuan mereka seorang leader yang kejam. Takpe biar dia kejam kat luar janji dia tak kejam dengan kitaorang keluarga dia.

Tiba tiba Levi menarik meja dihadapan aku dan Antonio.

"Lepaskan ikatan mereka." Kata Levi tegas. Seketika kemudian aku rasa ikatan aku dilonggarkan. Tanpa rasa ragu ragu aku dan Antonio bangun dan ingin menyerang Levi. Tapi Levi lebih laju. Dia mungkin telah bersedia jadi apabila aku dan Antonio ingin menyerang dia, sekelip mata aku dan Antonio telah terbaring dilantai. Perut aku sakit. Aku lihat mulut Antonio berdarah.

Aku bangun sambil menahan sakit diperut aku. Aku lihat Levi sedang berdiri memasang kekudanya. Budak ni kuat. Hasil ajaran aku dan Antonio dia akhirnya menjadi kuat. Aku tahu ketika ini Levi serius. Tiada istilah lakonan semata mata. Aku membuka langkah ingin menyerang dia. Namun lagi sekali aku ditumbuk oleh Levi. Aku ditumbuk di perut, di wajah dan akhir sekali satu tendangan padu Levi hadiahkan ke wajah aku. Aku rebah ke lantai. Keluar darah dari mulut aku. Aku terbaring lesu. Penat.

****
Antonio POV

Aku lihat Adamo sudah terbaring dilantai. Kuat betul penangan cucu aku bagi dekat Adamo. Aku perlu berhati hati. Aku bangun dan aku menyerang Levi yang sedang leka. Satu tumbukan dari aku berjaya hinggap di perutnya. Levi terjatuh ke lantai. Lalu dia bangun dan menyerang aku bertubi tubi. 5 tumbukan di perut dan 3 tumbukan diwajah. Akhir sekali dia menyerang rusuk aku dengan kaki dia. Aku langsung tidak berpeluang untuk membalas semula serangan dia. Laju betul serangan dia.

Aku akhirnya jatuh mencium lantai. Tiba tiba aku rasa rambut aku ditarik. Memaksa aku untuk berdiri.

"Aku tak nak bunuh kau. Tapi kalau kau tak nak tanda tangan surat perjanjian ni aku bunuh semua sekutu kau!" Kata Levi tegas. Suaranya kedengaran berbeza mungkin disebabkan topeng yang dipakainya.

"Apa masalah kau! Kau tiba tiba datang serang tempat aku. Kau pukul Adamo kau pukul Aku, kau racun sekutu aku. Apa kau nak!" Jerit aku. Levi mendengus. Lalu dia memukul kepala aku. Dia kemudian melepaskan aku dan menarik Adamo.

"Aku nak kau tanda tangan sekarang!" Jerit Levi. Aku dan Adamo memejamkan mata. Menahan sakit. Kami kemudian memandang surat tersebut. Aku hampir tergelak namun aku tahan. Riak aku masih kekalkan seperti sedang kesakitan. Begitu juga dengan Adamo.

Surat tersebut tidak tertulis apa apa melainkan tulisan tangan Levi yang bertulis 'sign jelah setan aku dah penat berlakon ni!!'

"Kalau aku tak nak sign?" Ugut Adamo.

Aku lihat Levi menggerakkan tangannya kepada salah seorang konconya. Aku memandang dan aku lihat seorang lelaki sedang mengacukan pistol di kepala Freddy dan Hendry. Sekutu aku yang paling setia dengan aku. Pandai betul lah budak ni.

Nak tak nak aku dan Adamo terpaksa juga sain kertas tersebut. Didalam hati aku ketawa. Ni mesti kes dia terlupa nak buat surat perjanjian. Hahaha.

Setelah aku dan Adamo menanda tangan surat tersebut aku dan Adamo dipaksa untuk minum sesuatu cecair. Setelah itu aku merasakan tubuh aku seperti kebas. Badan aku tidak boleh bergerak. Shit! Buat masa sekarang aku lumpuh satu badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience