Bab 24

Romance Completed 22049

Bab 24

Levi POV

Aylena masuk kedalam pejabat aku. Tanpa bercakap apa apa dia terus menghulurkan tab miliknya kepada aku.

Aku membuka notepad milik Aylena tertera butir butir tentang serangan yang akan kami lakukan pada markas Benzxo malam ini.

Inilah cara berkomunikasi terbaru kami. 3 hari yang lepas ketika kami merancang serangan yang baru seseorang telah menghendap perbualan kami. Apabila aku ingin menangkap si penghendap dia telah berjaya melarikan diri dahulu.

Seperti yang dijangka serangan kami pada malam itu telah gagal dan semenjak itu aku dan Aylena telah membuat keputusan untuk berkomunikasi melalui tab milik Aylena.

Pada malam ini juga kami akan menyerang Benzxo dan aku akan membawa konco konco aku yang aku arahkan untuk menjaga kawasan aku di London. Konco konco aku di London adalah yang paling setia dengan aku. Mereka sudah ada dengan aku semenjak Bond baru ditubuhkan. Tiada siapa yang tahu kewujudan mereka. Aku rahsiakan demi misi misi rahsia aku seperti serangan yang akan aku lakukan pada malam ini.

Seramai 200 orang akan menyertai serangan rahsia aku ni. Mereka semua sebenarnya adalah rakan rakan sekolah aku dan Aylena. Mereka juga sebaya dengan aku dan Aylena.

Di dalam butiran tersebut mengatakan kami akan berangkat ke Perm, Russia dalam masa beberapa jam sahaja lagi.

Setelah membaca butiran tersebut aku perasan di bawah pintu aku terdapat bayang bayang seperti seseorang sedang berdiri di hadapan pintu aku. Aku memandang Aylena lalu aku letakkan jari di bahagian mulut topeng aku. Aylena faham akan isyarat aku.

"Malam ni aku nak kau rehat Lev. Dua minggu kau bekerja keras. Aku nak kau rehat. No more excuse." Kata Aylena tegas. Aku menongkat dagu.

"Nope. Aku tak nak." Kata aku dingin. Aylena menghentak sedikit meja aku dengan tangannya. Terkejut aku. Feeling betul dia berlakon ni.

"No. Aku nak kau rehat!" Kata Aylena masih lagi dengan lakonannya. Aku tersenyum sinis.

"Kau hentak meja aku. Kau fikir kau siapa Aylena?" Tanya aku keras. Aylena mula tergagap gagap. Pandai juga dia berlakon ya.

"Aku beri muka dekat kau sekarang kau nak pijak kepala aku pula?" Sambung aku lagi. Aku bangun dari duduk aku. Lalu aku pula menghentak meja aku. Tertumpah air yang aku letakkan di atas meja kerja aku.

Aylena aku lihat terlompat sedikit ke belakang. Hai, tadi bukan main feeling berlakon sekarang dah takut pula ke?

Aylena buat isyarat merayu dekat aku. Hm, sah lah dia takut jika aku marah betul betul. Suara aku serius tapi disebalik topeng aku sudah penat mengawal suara kerana geli hati dengan Aylena. Ingin sahaja aku mengetawakan Aylena. Namun aku tahan.

"Kenapa diam? Takut? Kenapa takut, sedangkan selama ni kau dah tak pandai nak respect aku leader kau, boss kau! Mana pergi respect kau pada aku, mana!" Jerit aku lagi. Aylena yang memakai topeng mula mengangkat sedikit topengnya. Sesak nafas lah tu. Panas semua ada. Aku yakin.

"Maaf.. Lev.. a.." belum habis Aylena bercakap aku telah memotong kata katanya.

"Apa maaf? Dah terlambat. Sekarang ni sebelum aku bantai kau, aku nak kau keluar dari office aku. Sekarang!" Jerit aku kuat serentak itu aku membaling fail yang ada di atas meja aku ke lantai. Aylena terkejut lalu dia terus tunduk hormat kepada aku dan melangkah ke pintu. Aku perasan bayang bayang yang ada di bawah pintu aku tadi sedang berjalan dengan tergesa gesa. Cuba nak mengelak jika bdrtembung dengan Aylena.

Aylena keluar dari pejabat aku dengan tergesa gesa. Tahu takut. Baru kena gertak sikit dah takut. Nasib baik tak terkencing. Hahaha!

Sebaik sahaja Aylena hilang dari pandangan aku terus ketawa dengan kuat. Geli hati melihat kelakuan Aylena yang takut dengan perangai aku yang tiba tiba berubah tadi.

Aku berjalan ke arah fail yang aku baling ke lantai tadi aku ambil dan aku susun segala kertas kertas yang bersepah di lantai.

Tisu aku ambil di laci meja aku lalu aku lapkan air yang tumpah tadi. Walaupun aku Aylena sudah tiada aku masih lagi ketawa mengingatkan dia tadi. Dah lama rasanya aku tak ketawa macam tu. Hmm, aku lalu duduk di sofa. Aku sandarkan tubuh aku. Letih. Mata aku pejamkan.

Aku rindu keluarga aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience