Bab 26

Romance Completed 22049

Bab 26

Avlov POV

Akhirnya malam ni aku boleh berehat. Setiap hari. Setiap hari tanpa henti Lev akan menyerang aku. Konco konco aku semakin lama semakin kurang. Mereka semua lari ke kumpulan yang lain. Mereka penat kerana kami sudah 3 minggu berturut turut terpaksa berpindah randah. Dari satu tempat ke tempat yang lain. Gaji pula sedikit mereka kata. Aku tersenyum sinis. Tunggulah apabila aku dapat empayar Bond. Aku akan lebih kaya daripada Bond sekarang ini.

Nasib baik berguna juga aku letakkan konco aku didalam Bond. Mereka memberitahu aku bahawa Lev akan menyerang dan disebabkan itulah aku dapat melarikan diri dari Bond.

Sekarang ini, satu satunya markas yang aku ada sekarang ini di Perm, Rusia. Pemberi maklumat aku mengatakan bahawa Lev dan Aylena sedang bergaduh sekarang ini. Mereka sudah menghilangkan diri dari markas mereka semenjak dari tengah hari tadi. Apabila empayar Bond sudah benar benar goyah aku akan serang mereka dan aku akan bunuh keluarga Lev didepan matanya seperti dia buat pada adik aku.

****
Aylena POV
Buat pertama kalinya kami berbincang tanpa mengenakan topeng pada wajah kami. Aku memandang semula rakan rakan aku. Masing masing dah matang. Tiba tiba mata aku menangkap susuk tubuh Nikolay yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh di sebelah Levi. Sejujurnya aku jarang perasan akan kehadiran dia tetapi walau macam mana pun aku tetap takut untuk mendekati dia kerana dia ada aura gelap yang menakutkan aku.

Aku tak tahu macam mana Levi boleh tahan dekat dengan Nikolay tu. Macam mana Nikolay boleh ada di dalam kumpulan ini juga aku tak tahu. Sedar sedar je dia dah ada dengan kami semua. Sedang aku leka berkhayal aku rasa pandangan aku tiba tiba menjadi gelap. Ada kain sedang menutupi seluruh wajah aku dan aku dengar gelak tawa Levi paling kuat di antara mereka semua.

Ni mesti dia punya kerja. Aku menarik kain tersebut lalu aku baling semula kearah Levi tetapi balingan aku tersasar dan mengenai wajah kacak Nikolay. Aku tergamam. Bukan aku sahaja yang tergamam. Semua yang ada juga turut tergamam.

Namun ada satu suara yang dari tadi tidak berhenti gelak dengan galaknya. Levi.

Aku geram dengan Levi tetapi mata aku masih lagi memandang Nikolay. Takutnya. Macam mana kalau dia marah. Mati aku.

Nikolay mengalihkan kain tersebut dari wajahnya dengan kasar lalu kain tersebut di campakkan ke lantai. Ah.. dia marah. Levi dari tadi tak henti ketawa. Tidak tahulah apa yang dia geli hati sangat.

Nikolay memandang Levi. Pandangan yang memberikan amaran. Tetapi bukan makin diam malah Levi semakin kuat ketawa sehingga dia jatuh dari kerusi pun masih boleh gelak. Jander, Rosie dan Marcus juga turut berjangkit dengan Levi. Mereka juga turut ketawa walaupun ketawa mereka perlahan. Takut juga ya mereka pada Nikolay.

Tiba tiba Levi merangkak ke arah pintu. Dia memegang tombol pintu dengan tawa yang masih bersisa dia cuba bangun. Aku lihat Levi sedikit menggigil tubuhnya. Efek kerana terlalu ketawa agaknya. Levi memulas tombol pintu lalu keluar dari bilik meninggalkan kami terpinga pinga. Aku lihat Nikolay menggelengkan kepalanya sambil memejamkan matanya.

Seketika kemudian pintu di buka semula kelihatan Levi datang semula dengan topeng diwajahnya.

"Aku dah katakan aku kena pakai topeng baru boleh serius." Kata Levi pada Marcus. Hmm, ni mesti idea Marcus tak nak pakai topeng masa perbincangan.
Levi duduk di tempatnya semula lalu mula memberi tahu plannya pada kami semula.

"Marcus kau dan Jander akan serang pada peringkat awal. Pastikan segala sistem keselamatan Benzxo dihapuskan. Aku nak kau orang bersihkan kawasan yang akan dilalui oleh aku nanti. Means aku tak nak ada apa apa halangan masa aku nak berhadapan dengan Avlov. Kau orang boleh bersedia sekarang sebab kita akan bergerak dalam masa satu jam bermula dari sekarang." Aku memerhatikan Levi. Kali ini dia betul betul serius.

Manakala Marcus pula segera mengeluarkan arahan kepada konco konconya agar menyediakan senjata dan kelengkapan diri mereka untuk serangan malam ini.

"Rosie dan Aylena. Tugas kau orang hapuskan segala pengangkutan Benzxo supaya dia tak melarikan diri macam sebelum ni. Bodoh punya pengecut." Sempat juga Levi maki Benzxo. Marah benar gamaknya. Lalu dia menyambung percakapannya.

"Aku nak kau orang pastikan kenderaan dia rosak. No letupkan je. Lepas tu aku nak kau orang alihkan perhatian konco konco Benzxo. Bunuh ke seksa aku tak kisah. Lantak kau oranglah." Aku ketawa kecil. Sama juga dengan Rosie.

"Dan mission kau orang bermula setengah jam dari sekarang." Kata Levi keras. Aku terkejut. Rosie segera mengarahkan konconya bersedia. Aku dan Rosie menunduk hormat pada Levi sebelum berlalu keluar dari bilik perbincangan kami.

Levi POV
Aku memandang Nikolay yang duduk di sebelah aku.

"Aku rasa aku tak perlu terangkan apa tugas kau kan Nikolay?" Kata aku pada Nikolay. Nikolay tersenyum sinis pada aku. Kami lalu bangun dan berjalan ke bilik masing masing.

Aku mengeluarkan pistol Remington aku. Aku acukan kehadapan, sambil berhati hati aku berjalan di sepanjang koridor menuju ke bilik yang ditempatkan Avlov. Nikolay setia berkawal di belakang aku. Sampai di satu pintu besi aku aku berhenti. Aku cuba buka, tidak berkunci tetapi seolah olah di tahan dari dalam. Aku memandang Nikolay. Nikolay melangkah menghampiri pintu besi tersebut.

Dengan sekali sepakan pintu tersebut terbuka disertakan bunyi meja dan kerusi jatuh ke lantai.

Tanpa ragu ragu lagi aku masuk ke dalam bilik tersebut. Aku lihat keluarga aku, Adamo, Antonio, Aaron, Katya, Ale, Shui, Arthur dan Ian sedang terikat pada dinding. Mereka kelihatan sangat lemah. Darah memenuhi tubuh dan wajah mereka. Aku mengepal penumbuk. Geram.
Tiba tiba aku rasa terdapat pistol yang diacukan di kepala aku. Aku pasti itu adalah Avlov. Aku memusingkan tubuh aku agar menghadap dia. Kelihatan Avlov dengan wajah marah sedang mengacukan pistol di tengah tengah dahi aku. Aku melihat pula Nikolay. Dia pula sedang mengacukan senjatanya pada Avlov.

"Well, well. Avlov. Tahniahlah sebab kau dah berjaya seksa family aku ni." Sindir aku. Avlov memandang aku tajam. Pistol masih lagi diacukan kearah aku.

"Kau diam tak guna. Aku nak habiskan riwayat kau sekarang juga!"

"Kalau kau tembak aku, Nikolay tembak kau pula. Aku tak kisah, aku tak rugi apa pun. Kau yang rugi. Sebab tak sempat nak ucap tahniah dekat aku yang dah bunuh abang kau, Vlo." Kata aku sinis. Nikolay semakin merapati Avlov.

Avlov wajahnya aku lihat semakin merah. Marah mungkin kerana aku membangkitkan hal tentang adiknya.

"Kau pengecut. Berselindung disebalik topeng kau ni! Bukalah topeng kau ni! Aku nak berhadapan dengan kau face to face!" Jerit Avlov. Aku ketawa sinis. Sedikit pun aku tak takut dengan hujung pistol yang berada di dahi aku sekarang ni. Avlov pelik melihat aku.
Sekarang ini pistol Nikolay pula yang melekat di kepala Avlov. Avlov memandang Nikolay tajam. Aku nampak ketakutan di matanya.

"Kau gerak kau mati." Ugut Nikolay keras. Suaranya kedengaran menakutkan matanya tajam memandang Avlov. Aku ketawa sinis. Aku melangkah menghampri keluarga aku yang terikat. Mereka separuh sedar. Aku mengejutkan mereka supaya bangun. Katya dan Ale yang baru sedar terus memeluk aku apabila mereka melihat aku. Aku membalas pelukan mereka lembut. Di samping itu aku cuba melihat lihat jika terdapat kecederaan pada tubuh nenek aku itu.

Sayangnya terdapat banyak kecederaan pada tubuh Katya dan Ale. Avlov memang betul betul cari mati dengan aku.

Aku kemudian menghampiri Avlov yang masih lagi kaku apabila dia diacukan pistol oleh Nikolay.

Tangan aku letakkan pada topeng aku. Lalu aku buka, mempamirkan wajah aku pada Avlov.

Aku lihat Avlov agak terkejut melihat wajah aku. Aku tersenyum sinis. Lalu aku memberikan isyarat pada Nikolay agar ketepi. Ini adalah pertarungan antara aku dan Avlov.

Pertarungan antara Bond dan Benzxo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience