Bab 6

Romance Completed 22049

Bab 6

Aku lihat dokumen hitam yang diletakkan di atas meja. Aku memandang ke arah Shui. Dahlah tiba tiba menghilang, lepas tu menyusahkan aku cari dia kesana sini last last bila aku dah lari berkilo meter jauhnya baru dia nak muncul. Siap campak dokumen kat atas meja lagi. Amboi abang aku sorang ni. Melampau betul perangai.

"Kau nak maklumat pasal Hendry kan? Tu. Aku dah siasat pasal mamat tu. Dia memang anak Markolav." Kata Shui. Aku menjeling Shui namun Shui hanya buat muka selamba.

Aku ambil dokumen tersebut lalu aku bangun dan berjalan menuju ke kereta meninggalkan Shui seorang diri.

Aku berjemur di tepi pantai sambil membaca novel baru yang aku beli. Sedang aku leka membaca tiba tiba Shui datang dan duduk di atas kaki aku.

"Owwww!" Jerit aku. Shui ketawa lalu bangun dan duduk di atas pasir.

"Abang nak ajak bergurau pun tak boleh." Bebel Shui. Aku ketawa sinis. Nak bergurau? Dia yang tiba tiba hilang baru sekarang nak ajak aku bergurau. Aku menjeling Shui. Malas nak layan dia.

"Yelah yelah, abang tahu adik abang marah sebab abang hilang tiba tiba. Sorry lah." kata Shui perlahan. Wajahnya yang tadi ceria bertukar muram. Aku memandang di sinis lalu aku menyambung pembacaan aku.

"Levi, abang minta maaf ni. Levi maafkan abang tak?" Tanya Shui pada aku. Namun aku hanya meneruskan pembacaan aku.

"Sampai hati Levi. Abang tengah minta maaf ni. Tapi Levi abaikan abang. Takpelah, abang pergi dulu." Kata Shui sambil cuba berdiri perlahan lahan. Aku pelik mamat ni selalunya pergerakkannya laju je. Sekali aku nampak pandangan matanya sedang memandang aku ketika dia cuba bangun. Haaa tahu dah, dia nak aku pujuk dia pula. Aku ingin menguji dia jadi aku hanya membiarkan dia berlalu pergi.

Setelah Shui pergi aku meletakkan buku di atas meja dan ingin mengambil tuala aku yang tadi diletakkan untuk mengalas kepala aku. Apabila aku pusing ke belakang aku lihat Shui sedang duduk bersila sambil memandang aku tajam.

Aku terkejut melihat Shui. Shui pula masih memandang aku tajam.

"Kenapa tak nak pujuk abang?" Tanya Shui. Aku menggelengkan kepala aku. Mengada ngada betul abang aku yang seorang ni.

V"Buat apa aku nak pujuk kau? Bukan salah aku pun." Kata aku dingin.

"Eii... jangan nak bercakap dengan nada tu sekarang ni. Kita bukan tengah kerja pun." Kata Shui bengang. Aku menjeling Shui. Lalu aku berdiri. Aku berjalan menghala ke arah air laut. Tiba tiba Shui menarik tangan aku. Dia tidak menarik dengan kasar cuma menarik agar aku berpusing memandang dia.

"Okay. Abang minta maaf dekat Levi, abang sedar abang salah. Kita bukan orang biasa kita berbeza. Abang tak patut kata Levi dah berubah sedangkan abang pun sama. Abang minta maaf dekat Levi. Levi maafkan abang tak??" Tanya Shui. Aku memandang Shui tajam. Dia turut memandang aku. Kami bertentang mata selama beberapa saat.

"Okay" kata aku selamba. Shui tersenyum lalu dia memeluk aku dan mencium dahi aku.

"Abang tahu Levi mesti maafkan abang. Sayang Levi sangat sangat." Kata Shui. Aku ketawa geli hati lalu aku membalas pelukkannya.

Yeahhh, aku dah dapat abang aku balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience