Bab 15

Romance Completed 22049

Bab 15

Levi POV

Aku memandang Antonio yang sedang sibuk bekerja. Dari semalam dia tidak berhenti bekerja aku hanya memerhatikan dia dalam diam.

Setiap hari sekarang ini aku akan menemani Antonio bekerja. Katya pula sedang berada diluar daerah. Aku kini sedang berehat dari menjadi Lev. Aku telah mengarahkan Arthur dan Ian untuk mengganti aku buat sementara waktu supaya aku dapat berehat.

"Datuk. Dah makan ke belum?" Tanya aku lembut. Antonio memandang aku. Melalui wajah dia aku tahu dia dia sedang penat. Sejak kebelakangan ini Antonio semakin sibuk bekerja. Dia sibuk menguruskan kelab malam miliknya. Jarang aku lojat dia dapat tidur.

"Belum. Datuk tak lapar lagi lah." Kata Antonio. Penipu. Menipu kata tak lapar. Aku tahu dia sedang lapar tapi dia langsung tak nak berhenti makan kerana terlalu sibuk bekerja.

"Levi dah suruh pembantu rumah hantar makanan. Makanlah." Pujuk aku. Serentak itu pintu bilik pejabat Antonio diketuk.

"Masuk" kata Antonio. Kelihatan Sera masuk ke dalam sambil membawa sedulang makanan.

"Berikan pada Levi." Kata Antonio. Sera meletakkan dulang tersebut dihadapan aku. Setelah Sera keluar aku bangun menuju ke meja Antonio.

"Datuk. Makan." Kata aku dingin. Wajah aku tiada riak. Aku memandang Antonio yang kelihatan kaku memandang aku. Mungkin dia terkejut agak nya melihat aku berubah secara tiba tiba.

Antonio mengeluh akhirnya dia bangun dan mengambil tempat duduk aku yang tadi. Dia lalu menjamah makanan dia. Aku pula duduk di meja kerja Antonio
Aku lihat meja yang bersepah itu lalu aku menyusun dokumen dokumen tersebut mengikut no siri yang ada.

Sedang leka aku menyusun aku terpandangkan fail yang no sirinya berbeza daripada yang lain. WXZQ2034. Aku menghela nafas berat. Seperti dapat agak fail tersebut berkenaan apa aku buka dan aku baca isi kandungannya. Seperti yang aku jangka.

Antonio sedang menyiasat kumpulan mafia Benzxo. Kumpulan dari Rusia. Aku membuka helaian yang lain. Lidah aku kelu sebaik sahaja aku baca isi helaian tersebut.

Bond. Bond sedang disiasat oleh mereka. Benzxo ingin menjatuhkan Bond. Tubuh aku menggigil kerana marah. Aku memandang Antonio. Dia sedang berdiri disebelah aku. Memandang aku dengan wajahnya tanpa riak.

"Datuk dah cuba halang tapi gagal. Lagi sekali kalau datuk serang, mereka akan tahu rahsia kita." Kata Antonio

Aku memejamkan mata. Ahh.. darah. Aku terbayang darah ahli Benzxo. Aku nak bunuh mereka.

Aku memandang Antonio.

"Sejak bila?" Tanya aku keras.

"Sebulan yang lepas." Kata Antonio. Aku menutup fail tersebut.

"Biar aku yang siasat pasal mereka." Kata aku lalu aku melangkah ke arah pintu tetapi dihalang oleh Antonio.

"Jangan. Biar datuk yang siasat." Kata Antonio. Aku menggelengkan kepala. Masih berdegil.

"Kalau kau yang siasat. Mereka akan tahu siapa kau dengan Bond. Tujuan Bond ditubuhkan untuk lindungi kau dan keluarga yang lain. Aku dibesarkan untuk lindungi kau, Keluarga kau, empayar kau." Kata aku keras. Antonio menghela nafas berat. Aku tahu dia risaukan aku.

"Benzxo tu bukan calang calang kumpulan Levi." Kata Antonio. Aku mengerutkan dahi. Aku tahu Benzxo tu salah satu musuh King's mustahillah aku tak tahu. Tapi aku tak mahu korbankan keluarga aku. Mereka segalanya untuk aku.

Tanpa berkata apa apa lagi aku terus berlalu pergi meninggalkan Antonio seorang diri.

****

Tiga minggu dah berlalu sejak daripada perbualan aku dengan Antonio. Aku sudah semakin jarang berjumpa dengannya kerana sibuk menguruskan Bond. Benzxo telah memulakan langkah mereka dan pada petang ini aku telah mengarahkan Shui, Arthur, Aylena dan Ian untuk berkumpul dengan aku. Aku telah tugaskan mereka untuk mencari maklumat tentang Benzxo. Dan pada petang ini mereka akan membacakan laporan mereka kepada aku.

Aku yang sedang sibuk bekerja tiba tiba pintu bilik aku diketuk dari luar.

"Masuk." Aku menguatkan suara aku. Setelah itu kelihatan wajah Shui yang bertopeng sedang mengintai aku melalui pintu. Dia hanya memasukkan kepalanya sahaja membuatkan aku tergelak dengan kelakuannya.

"Masuklah. Kenapa?" Tanya aku. Shui mengangkat sebelah tangannya sehingga paras bahunya.

"Dah pukul 5. Kau dah bersedia ke nak mula kan perjumpaan?" Tanya Shui. Aku memandang jam di tangan kanan aku. Ah sudah aku terleka.

"Kalau kau orang dah bersedia mulakanlah perjumpaan ni." Kata aku perlahan. Shui mengganggukkan kepalanya sebelum memanggil yang lain masuk.

Aku duduk di atas kerusi kerja aku. Aku memandang Aylena, Arthur, Ian dan Shui yang sedang berdiri dihadapan meja aku. Tangan mereka memegang sampul kuning yang aku percaya laporan mengenai Benzxo.

Mereka semua aku telah tugaskan untuk menyiasat tentang Benzxo selama 2 minggu dan pada tika ini aku sudah tidak sabar mendengar berita tentang musuh terbaru aku itu.

"Mereka dah mula masuk kawasan kita Lev. Mereka dah melampau. Mereka serang kawasan kita semasa kita tiada." Kata kata Arthur membuatkan mood aku yang baik tadi bertukar. Aku menggenggam penumbuk. Geram. Aku tahu sepanjang laporan dibacakan aku pasti aku akan marah. Perlahan lahan aku cuba kawal kemarahan aku.

"Macam mana dengan penduduk dan peniaga dekat kawasan tu? Mereka cedera ke?" Tanya aku.

"Ada yang terbunuh dan ada yang tercedera. Untuk yang tercedera aku dah hantarkan ke hospital. Yang terbunuh aku telah memberikan mereka wang untuk pengebumian ahli keluarga mereka yang telah mati dan wang belanja untuk mereka selama 3 bulan. Bagi peniaga yang kedai mereka dirosakkan aku dah bayar wang ganti rugi untuk mereka."

Aku mengganggukkan kepala. Setuju dengan tindakan Arthur. Tentang duit aku tak kisah. Bond ada banyak aset.

Aku memandang ke arah Shui pula. Menunggu laporan darinya. Shui yang faham akan pandangan aku segera membacakan laporannya.

"Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Mereka juga dah tangkap beberapa konco kita. Mereka nak kan maklumat tentang identiti kita." Shui pula berkata. Ah sudah, melampau betullah. Identiti pula yang mereka mahukan. Ingat senang ken nak dapat.

"Macam mana keadaan mereka? Hidup atau mati?" Tanya aku dingin. Tangan aku letakkan dibawah dagu.

"Kebanyakkannya mati hanya seorang yang hidup. Itu pun kerana dia melarikan diri dari Benzxo. Sekarang dia berada didalam keadaan tenat." Aku menghela nafas berat. Kesian aku pada mereka.

"Buat macam mana pun aku nak dia hidup. Kalau dia mati. Keluarga dia akan jadi tanggungjawab kita." Shui mengganggukkan kepala tanda faham.

"Lev, semasa gudang kita kena serang malam semalam mereka tinggalkan nota. Nota tersebut akan sampai sekejap lagi." giliran Ian pula menyampaikan laporan yang dimilikinya.

Aku terkejut. Nota? Nota apa? Mereka nak apa dari aku?

"Aku nak nota tu secepat mungkin! Faham tak?" Kata aku sambil mengetap gigi. Marah aku pada Benzxo membuak buak. Macam macam yang mereka sudah lakukan. Apa tujuan mereka sebenarnya? Aku memandang Aylena.

Aylena sudah bersedia sehingga secara tiba tiba telefon bimbit Aylena berbunyi. Aylena membaca mesej yang baru diterima sebentar tadi.

"Lev! Kita kena bertindak cepat! Aku dapat tahu yang mereka akan menyerang gudang kita di London malam ni." Kata kata Aylena buat aku terkejut. Gudang aku di London adalah aset aku yang terbesar. Aku menghentak meja. Terjatuh air dan dokumen aku dibuatnya.

"Arahkan konco konco kita kosongkan gudang tersebut! Dan aku nak semua bersedia untuk menyerang mereka Pastikan gerakan kita tidak diketahui Benzxo! Aku nak semua ni dilakukan ASAP!" Arah aku tegas. Aylena, Shui, Arthur dan Ian patuh akan arahan aku. Serentak itu mereka bangun dan berlalu keluar bagi menjalankan arahan aku.

Nafas aku laju dan kuat bunyinya. Tangan aku genggam menjadi penumbuk. Aku bangun berdiri dari duduk aku. Lalu aku menumbuk dinding kuat. Habis luka tangan aku dibuatnya. Aku mendengus kuat. Benzxo. Tak lama lagi. Kau akan mati!

****
Tepat jam 12 malam aku dan ahli Bond yang lain telah bersedia di gudang kami untuk membalas serangan kumpulan Benzxo. Kami semua lengkap bertopeng dan berpakaian Bond kami. Seramai 150 ahli Bond telah mengikuti serangan ini kali ini. 50 orang ahli menjadi back up aku di dalam gudang dan selebihnya diluar gudang. Mereka semua mengepung sekeliling gudang agar musuh tidak dapat lari.

Tidak lama kemudian aku dengar bunyi bising kenderaan diluar gudang. Aku tersenyum sinis disebalik topeng aku lalu aku memandang Shui yang sedang berpeluk tubuh disebelah aku.

"Maklumat dari luar mengesahkan itu Benzxo. Dia tidak membawa ramai ahli. 65 orang konco yang mengiringinya." Kata Shui. Aku mengganggukkan kepala aku. Dari segi bilangan ahli aku lebih ramai. Satu mata untuk aku malam ni.

"Semua bersedia!" Jerit aku kuat. Konco konco aku sudah mula meregangkan sendi masing masing. Aku juga mula mengeluarkan dua bilah pisau rambo kegemaran milik aku. Pisau. Aku suka membunuh pakai pisau. Aku sentiasa dahagakan darah mengalir di tangan aku. Malam ini setelah sekian lama. Aku dapat rasa darah ditangan aku semula.

Pintu gudang dibuka dan aku lihat susuk tubuh ahli Benzxo diluar sana. Mereka masuk tetapi mereka masih belum perasankan kehadiran kami kerana aku dan ahli Bond yang lain berdiri di tingkat atas gudang.

"Apa semua ni! Kenapa kosong gudang ni! Kau orang kata aset terbesar Bond ada dekat sini!" Kedengaran suara yang aku agak merupakan ketua Benzxo, Vlo sedang menjerit memarahi konconya.

"Kami yakin tuan disini tempatnya." Kedengaran pula suara yang berlainan berkata kata.

"Habistu sekarang ni kenapa gudang ni kosong? Hah aku tanya kau kenapa kosong!" Jerit Vlo lalu dia menembak kepala konconya yang bersuara tadi. Aku lihat wajah Vlo yang putih sudah menjadi merah. Marah benar nampaknya musuh aku ni.

Aku hanya memerhati mereka dari atas menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan diri. Bibir aku tidak lekang dengan senyuman sinis. Tangan aku asyik genggam tidak sabar akan perang yang akan bermula sebentar lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience