Bab 18

Romance Completed 22049

Bab 18

Hendry POV

Aku berjalan perlahan menuju pejabat Antonio. Hampir dua tahun aku menghilang kini aku sudah pulang. Levina sudah tidak hubungi aku semenjak daripada kes di rumah Nick tahun lepas. Aku pula seolah olah kesal dengan kejadian di rumah Nick jadi aku telah menghilangkan diri.

Aku memandang gambar Levina yang tergantung di dinding koridor menuju ke pejabat Antonio. Aku tahu gambar tersebut adalah gambar yang terbaru kerana wajah Levina yang kelihatan lebih matang dan aku nampak ketegasan melalui wajahnya. Mesti dia dah makin garang sekarang ni.

Sampai sahaja aku di hadapan pintu pejabat Antonio aku ketuk sehinggalah aku dengar suara Antonio menjerit membenarkan aku masuk.

"Antonio." Panggil aku. Antonio yang sedang leka memandang komputer memandang aku. Dia terkejut melihat aku sehingga bangun dari duduknya. Antonio menghampiri aku. Lalu dia memeluk tubuh aku.

"Lamanya tak jumpa kau Hendry. Kau sihat?" Kata Antonio. Aku membalas pelukkannya.

"aku sihat je. Kau pula macam mana sihat je kan sepanjang aku tak ada." Tanya aku. Antonio tersenyum memandang aku. Lalu aku lihat mata Antonio terpaku pada seseorang dibelakang aku. Aku memusingkan tubuh aku untuk melihat. Lidah aku kelu sebaik sahaja aku lihat wajah dingin yang aku kenal sedang duduk di sofa bersebelahan pintu pejabat Antonio.

"Levina.." bisik aku perlahan. Levina memandang aku dingin. Dia sedang duduk sambil bersilang kaki pada sofa. Matanya tajam melihat aku dan Antonio. Mata dia. Arghh, aku memang tak boleh move on dengan mata dia. Hitam pekat. Mata dia waktu ini langsung tak menunjukkan perasaan dia. Seolah olah dia memang langsung tidak mempunyai perasaan melihat aku yamg telah lama hilang kini telah kembali.

Kami bertentang mata tetapi kemudian aku memandang kearah lain. Aku tak tahu tapi aku seolah olah takut untuk terus memandang mata dia. Tiba tiba suara Antonio memecahkan suasana tegang yang sedang aku alami.

"Levi. Hendry dah balik ni. Tak rindu ke kat dia." Tanya Antonio. Levi mengangkat keningnya sebelah. Lalu dia tersengih nakal.

"Tak de maknanya Levi nak rindu dia datuk.." kata Levi dengan riak wajah nakalnya namun suaranya masih kekal dingin. Tiba tiba Levina bangun menghampiri aku. Aku perasan ketinggiannya sudah berubah. Semakin tinggi. Dulu dia hanya paras bahu aku namun kini dahinya sudah separas dengan mulut aku. Makin cantik, walaupun perangainya masih dingin seperti dahulu.

Levina nenghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku. Aku menyambutnya dengan gugup. Segaris senyuman terukir dibibirnya. Tidak terlalu ketara senyumannya namun aku tahu senyuman dia itu adalah senyuman yang ikhlas.

"Welcome back. Hendry." Kata Levina. Aku memandang dia resah. Aku tak tahu tapi bila dia menghampiri aku dapat rasa aura gelap bersama dia. Fikiran aku berkecamuk. Apa semua ni. Kenapa aku rasa macam ni. Mana Levina aku yang dahulu. Apa dah jadi pada dia?

Hati aku meronta ronta ingin tahu apa yang terjadi pada Levina sepanjang pemergian aku selama ini.

****
Levi POV

So, Hendry dah balik. Aku terkejut masa dia masuk kedalam pejabat Antonio. Aku waktu tu sedang duduk di sofa Antonio sambil bermain dengan telefon. Hendry aku lihat wajahnya semakin matang dan semakin kacak.

Teringat pada kejadian 2 tahun lalu dimana aku telah membunuh konco konco Nick tanpa menggunakan apa apa peralatan. Mereka juga tidak berdarah. Silap aku juga kerana masa tu aku tak berhati hati. Hendry tidak boleh terima bila aku buat macam tu. Dia kata aku dah berubah. No. Aku tak berubah. Cuma dia je tak tahu sikap sebenar aku.

Ketika aku bertentang mata dengan dia. Hendry seolah olah takut. Aku tak dapat nafikan. Mungkin cara aku pandang dia menakutkan dia. Aku sepatutnya berlembut dengan dia. Dia layan aku dengan baik. Tapi.... huhhhh... aku melepaskan keluhan berat. Tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang ini. Aku keliru. Kadang kala aku rindukan Hendry.

Yes, i admit. I miss him. No, i love him. Tapi tanggungjawab aku buat aku jadi macam ni. Aku tak pandai nak tunjukkan perasaan aku dengan orang luar. Lagipun Hendry, sanggup ke dia terima aku. Yes, betul dia pun mafia juga tapi... tak sekejam aku and dia juga tak sejahat aku. Kalau dia tahu akulah leader Bond. Apa reaksi dia agaknya ya. Aku baru bunuh konco Nick pun dia dah takut. Lagi sekali aku melepaskan keluhan berat. Tiba tiba aku rasa bahu aku disentuh lembut dari belakang. Apabila aku pusing aku lihat Hendry sedang memandang aku. Matanya menunjukkan dia prihatin kepada aku. Walaupun dia takutkan aku.

"Levina, kau okay tak ni?" Tanya Hendry. Tubuh kami sekarang ini sangat dekat. Aku boleh rasa nafasnya pada wajah aku. Aku menjeling dia yang lagi tinggi dari aku.

"Aku okay. Kau tak perlu risau kan aku." Serentak itu aku menolak dia agar menjauhkan diri dari aku. Tak aku tak nak lagi. Aku tak nak lagi ada perasaan dekat dia. Aku perlu fokus pada Bond.

Tiba tiba pinggang aku dipeluk oleh Hendry. Tubuh kami hampir bersentuh namun masih ada jarak diantara kami. Aku memandang wajah dia berani. Mata kami bertentangan. Aku lihat dia juga seperti aku. Berani memandang mata aku. Aku tersenyum sinis.

"Kau nak apa?" Tanya aku.

"Jawapan dari kau." Jawab Hendry. Aku masih lagi memandang mata dia. Nak lihat sejauh mana dia berani menentang aku. Hendry menyambung soalannya.

"Kenapa kau dah berubah." Kata kata Hendry buat aku ketawa sinis.

"Apa masalah kau. Apa yang kau nampak dekat aku sampai kau kata aku dah berubah?" Tanya aku dengan suara yang mendatar. Hendry mengeratkan lagi pelukannya dipinggang aku. Aku lihat dia mula hilang fokus. Matanya menunjukkan dia takut dengan aku.

"Kau dah berubah. Dulu kau tak macam ni." Kata Hendry. Aku berdecit. Sejak bila aku berubah. Mamat ni pelik betullah.

"Aku tak pernah berubah Hendry. Cuma kau je yang tak kenal siapa aku." Kata aku sinis. Lalu aku meleraikan pelukannya dan berlalu pergi. Aku memandang Hendry melalui ekor mata aku dan aku lihat dia sedang meraub wajahnya kesal dengan sikap aku.

****
Hendry POV

Aku sedang duduk menikmati udara nyaman pada waktu pagi di taman rumah Antonio. Kawasan rumah Antonio di kelilingi bunga rose dan tulip yang pelbagai warna. Disertakan pancuran air di tengah tengah taman.

Aku tiba tiba teringat pada Levina. Levina sampai sekarang masih tidak mengaku bahawa dia sudah berubah. Mungkin dia tidak sedar tapi tak kan tiada sesiapa yang beritahu dia tentang perubahan sikap dia. Aku mengeluh berat.

Tiba tiba bahu aku ditepuk lembut. Apabila aku menoleh aku lihat Adamo sedang tersenyum kepada aku. Aku rasa dia pasti baru mandi kerana rambutnya yang basah.

"Morning Hendry. Kau tengah fikirkan apa ni aku tengok rupa kau macam tengah stress je." Kata Adamo. Aku tersenyum hambar.

"Aku tengah fikirkan Levina." Bila aku sebut nama Levina, wajah Adamo berubah sedikit tegang.

"Kenapa dengan Levina, Hendry. Dia ada buat apa apa masalah ke?"

"Tak. Dia tak buat apa apa masalah cuma... aku rasa dia dah berubah. Kau tahu tak apa apa tentang perubahan dia?" Tanya aku perlahan. Adamo aku lihat memandang ke arah lain. Dia seolah olah cuba menyembunyikan riak wajahnya dari aku. Aku memandang dia tajam. Bahunya aku pegang.

"Kenapa Adamo. Kau ada sembunyikan apa apa tentang Levina dari aku ke?" Tanya aku keras. Aku perlu tahu kenapa Levina berubah sebegitu sekali. Aura dia bila aku dekat dengan dia menakutkan aku. Ketakutan yang sama ketika King's diserang oleh Bond dahulu. Lev pernah berjalan disebelah aku dan auranya membuatkan aku takut. Membuatkan aku rasa seolah olah aku ni pemangsa yang bakal di diserang bila bila masa sahaja.

"Adamo." Panggil aku apabila aku lihat Adamo diam. Tiba tiba Adamo berpusing menghadap aku.

"Listen here Hendry. Apa yang kau nampak pada Levi tu aku minta kau lupakan je. Levi tu memang macam tu. Kita dah tak boleh buat apa dah." Kata kata Adamo buat aku musykil. Apa maksud dia. Sebaik sahaja Adamo habis berkata kata dia terus berlalu pergi. Meninggalkan aku seorang diri.

****
Adamo POV

Aku tak tahu nak cakap apa. Sejujurnya aku tak dapat nak nafikan kata kata Hendry. Levi memang dah berubah dan aku hanya mampu memejamkan mata aku. Aku masih bersangka baik dengan dia. Semenjak empayar King's diambil alih oleh Bond dia jelihatan lebih kejam. Aku tak pernah lihat dia buat kerja namun sekutu sekutu aku yang lain banyak mengadu kepada aku kekejaman yang dilakukan oleh Bond. Levi juga jarang ada masa untuk diluangkan bersama keluarga. Beberapa tahun yang lepas Levi telah meluaskan empayarnya ke Amerika. Sekarang ni Bond adalah kumpulan mafia yang terkuat. Paling dihormati dan ditakuti orang.

Telefon aku tiba tiba berbunyi mengejutkan aku yang sedang berkhayal. Aku terus angkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello."

"Adamo. Ni Freddy. Aku ada berita terbaru tentang Bond untuk kau." Aku terkejut. Berita baru tentang Bond? Apa maksud dia. Segala tentang Bond aku tahu.

"Bond dah meluaskan empyar mereka ke China dan Jepun." Kata kata Freddy mengejutkan aku. Tak mungkin. Baru beberapa tahun Bond di tubuhkan namun mereka dah mampu meluaskan empayar mereka di merata rata tempat. She learn from the best, after all.

"Mana kau tahu ni?" Tanya aku.

"Sekutu aku dekat Jepun beritahu. Kau nak buat apa sekarang ni Adamo. Tak akan kau nak diam je." Aku menelan liur aku.

"Kau nak aku buat apa Freddy? Bunuh diaorang. Serang mereka. Nak serang macam mana. Pengikut aku dah tak ramai macam dulu. Nak lawan dengan Bond tu? Kau pun baru beritahu aku yang mereka dah luaskan empayar mereka kan. Itu bermakna mereka semakin kuat. Sussh kita nak kalah kan mereka kalau berterusan macam ni. Sekutu aku pun ramai yang dah berpaling tadah. Aku tak boleh buat apa Freddy." Kedengaran suara Freddy mengeluh.

"Macam nilah, Adamo. Kalau aku yang serang mereka macam mana? Aku tak kisah yang penting King's akan dapat naik semula. Aku sanggup buat apa saja." Kata kata Freddy buat aku kelu.

"Kalau macam tu kau buat jelah apa yang kau rasa patut Freddy." Kata aku lemah. Freddy berterima kasih kepada aku sebelum dia mematikan talian. Aku lalu mendail nombor Levi. Sekejap sahaja panggilan aku sudah diangkat.

"Levi. Datuk nak cakap sikit ni."

"Haa, kenapa ni? Macam cemas je ni cara datuk bercakap?" Tanya Levi.

"Markolav nak serang Bond. Kamu semua mungkin akan berperang dalam jangka masa yang agak lama. Datuk cuma nak cakap tolong jangan biarkan mereka mati. Faham tak?"

"Ohh, kalau tentang tu Datuk tak perlulah risau. Nanti Levi settlekan. Levi tahu Markolav tu sekutu kita. Er sekutu King's tak akanlah Levi nak bunuh mereka pula." Kata kata Levi menenangkan aku. Yang bagusnya Levi ni, sekutu aku semuanya dia lindung walaupun sebenarnya mereka semua nak jatuhkan Bond tetapi Bond tetap lindungi mereka tanpa mereka sedar.

****
Levi POV

"Okay. Datuk tak perlu risau. Nanti Levi pesan pada konco konco Bond." Mata aku cuba menenangkan Adamo.

"Okay. Good. Datuk nak kerja ni. Kalau ada apa apa call je datuk okay?" Tanya Adamo.

"Alright. Bye Adamo. Take care." Kata aku setelah itu aku mematikan talian kami. Aku kemudian memakai semula topeng aku. Aku pusing menghadap belakang dan aku buka langsir baldu merah yang menutupi pandangan aku.

Kelihatan ketua yakuza Yanahiko Mashemateo sedang terbaring lemah pada lantai. Shui, Arthur, Ian dan Aylena sedang berdiri mengelilingi dia. Aku tersenyum sinis memandang betapa lemah sebenarnya ketua yakuza yang selama ini ditakuti oleh semua orang.

Aku menghampiri dia lalu aku duduk di atas dia. Aku mengeluarkan pisau rambo milik aku. Pisau tersebut adalah pisau kesayangan aku. Kemana sahaja aku pergi akan aku bawa. Aku kurang gemar menggunakan pistol kerana bagi aku kurang mencabar. Jadi pistol yang aku bawa ini hanyalah aku guna disaat saat kecemasan. Sekiranya aku mahu cepat ataupun ketika lawan aku terlalu ramai.

"So... kau dah fikirkan ke dengan tawaran aku?" Tawaran dimana aku mahukan empayarnya digabungkan bersama empayar aku. Pisau rambo aku acukan keleher Yanshiko. Namun Yanahiko menolak membuatkan kerja aku menjadi susah kerana aku terpaksa menggunakan cara kasar untuk memujuk Yanahiko. Heh, memujuk. Memaksa sebenarnya.

"Aku tak akan serahkan empayar aku kepada kau!" Jerit Yanahiko. Aku memandang dia bengang. Yakuza ni memang tak faham bahasa ke. Aku cuma nak bekerjasama. Bukan ambil empayar dia. Bodoh.

"Aku tak kata pun aku nak rampas empayar kau!" Jerit aku bengang lalu aku menumbuk wajahnya kuat. Isau aku campakkan ke arah Aylena dan Aylena mengambil pisau aku lalu dia simpan.

"Aku minta baik baik aku nak bekerjasama dengan kau. Tapi kau sombong. Hei. Dengar ni. Dekat Jepun ni kau seorang je yang menyombong dengan aku. Yakuza yang lain semua dah berpihak dengan aku. Kalau bukan aku kumpulan yang lain akan musnahkan kau. Kau dengar tak ni!!" Aku menarik rambutnya kuat.

"Aku akan beri kau masa berfikir. Esok aku datang balik. Kau tak nakkan keluarga kau mati. Pastikan esok aku dapat khabar baik dari kau." Kata aku sinis lalu aku menghentakkan kepala Yanahiko kelantai dengan kuat lalu aku bangun dan keluar dari kawasan Yakuza Yanahiko.

****
Antonio POV

Aku memandang potret keluarga aku yang tergantung pada dinding pejabat aku. Setelah itu aku memandang pula gambat aku bersama Freddy Markolav dan Hendry Markolav yang aku gatungkan bersebelahan dengan potret keluarga aku. Levi dan Hendry. Hubungan mereka semakin renggang. Tidak seperti dahulu. Walaupun Levi dingin dia sentiasa akan mengekori kemana sahaja tempat yang Hendry membawanya.

Aku mengeluh. Levi dan Hendry. Aku dapat lihat Hendry takut akan Levi. Kenapa, dia sudah tahu ke siapa Levi yang sebenar? Aku dapat tahu dari Freddy yang Markolav kini sedang menyiasat tentang Bond. Aku cuma mampu berharap bahawa rahsia identiti Lev yang sebenarnya masih selamat.

Pintu pejabat aku diketuk oleh seseorang.

"Masuk." Setelah itu pintu oejabat aku dibuka dari luar. Adamo rupa rupanya.

"Boleh aku bincang sesuatu dengan kau?" Tanya Adamo. Aku mengganggukkan kepala. Adamo menghampiri aku lalu dia duduk di sofa aku. Apabila aku lihat dia dudk di sofa aku sudah tahu perbincangan ini bukan berkaitan kerja tapi berkaitan keluarga.

"So.. kenapa ni?" Tanya aku sebaik sahaja aku duduk di sofa yang berhadapan dengannya.

"Bary sekejap tadi aku nampak Hendry peluk Levi." Kata kata Adamo buat aku terkejut. Peluk?

"Kat mana?" Tanya aku nak tahu.

"Dekat bawah. Koridor menuju ke lamab belakang. Tapi, mereka macam gaduh sikitlah."

"Gaduh? Sebab?"

"Aku tak tahu tapi rasanya aju dengar Levi cakap yang Hendry tak tahu apa apa tentang dia and Levi kata tak perlulah Hendry cuba cuba nak suruh dia berubah. Macam tu lebih kurang." Kata Adamo. Aku mengerutkan dahi. Runsing. Hendry dah tahu ke Levi ketua Bond. Aduh.

"Lagi? Tu jeke yang kau dengar?"

"Ya, tu je." Aku bersandar pada sofa.

"Mereka ada apa apa ke Antonio?" Tanya Adamo. Aku mengganggukkan kepala aku perlahan.

"Aku tak pasti. Tapi aku yakin mereka ada sesuatu. Tapi sekarang ni mereka sedang bergaduh and aku tak tahu apa punca mereka bergaduh."

"Kau nak buat apa? Tak nak ke pulih kan semula hubungan mereka?" Tanya Adamo. Aku tersenyum mendengar kata kata Adamo. Ya, aku perlu pulihkan hubungan mereka.

"Aku rasa perlu. Levi berbeza kau ingat tak dua tahun yang lepas sebelum Hendry hilang. Levi semakin ceria bukan?" Kata aku teruja.

"So, sekarang ni kau nak pulihkan hubungan mereka? Apa rancangan kau?" Aku tersenyum penuh makna. Otak aku ligat merangka rancangan untuk memulihkan hubungan Levi dan Hendry.

Seketika kemudian aku sudah tahu apa yang perlu dilakukan demi hubungan Levi dan Hendry.

"Adamo. Pergi panggil Levi dan Hendry naik pejabat aku sekarang. Ada benda yang aku nak bincangkan dengan mereka." Adamo memandang aku pelik namun dia hanya menturuti arahan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience