Bab 1

Romance Completed 22049

Bab 1

"Bina kumpulan baru, pemimpin yang baru. Yang lebih muda, bijak dan cekap. Kita buat seolah olah kita telah berjaya dijatuhkan sedangkan kitalah dalangnya." kata Antonio dingin. Dia sedar sejak akhir akhir ini semakin banyak kumpulan baru ditubuhkan dengan tujuan untuk menjatuhkan empayar mereka. empayar King's. Antonio, isterinya Katya, Adamo dan isteri Adamo, Ale. Mereka telah menggabungkan kumpulan mereka semenjak anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin atas dasar cinta walaupun mereka berlainan kumpulan. namun kedua-dua kumpulan adalah kumpulan yang tertua di Itali yang mana amat terkenal dan digeruni dibenua Eropah.

"Bina kumpulan baru? kita nak lantik siapa jadi ketua? Aaron dan Alessa? aku rasa kita dah setuju untuk tidak mengaitkan mereka berdua dalam urusan kita. mereka dah cuci tangan semenjak anak pertama mereka Arthur lahir 5 tahun yang lalu. Diikuti dengan Ian yang kini berumur 4 tahun dan Levina yang berumur 3 tahun. Takkan kita nak cari orang lain yang tidak ada kene mengena dengan keluarga kita pula?" kata Ale. Antonio dan Adamo berpandangan sesama sendiri. mereka turut memikirkan siapa yang layak menjadi pengganti mereka. Lebih sedekad kumpulan ini telah ditubuhkan. Kumpulan yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akibat sudah tua 20 tahun yang lepas.

tiba tiba kedengaran suara pembantu rumah mereka Elanor diluar pintu bilik mesyuarat mereka.

"cik muda? cik muda buat apa ni? mengintip mesyuarat datuk dan nenek cik ya?" kata Elanor kuat. Serentak itu kedengaran suara Levina berbisik menyuruh Elanor diam.
Katya tersenyum kepada ketiga tiga ahli keluarganya. Dengan kebenaran suaminya dia memanggil Levina cucunya masuk kedalam bilik mesyuarat mereka.

"Levina. Mari masuk." panggil Katya. Levina walaupun tahu dia sudah membuat kesalahan namun dia hanya belagak biasa masuk kedalam bilik tersebut sambil berlari. Dia kemudiannya menarik salah satu kerusi yang kosong dan panjat keatas kerusi tersebut. namun dia tidak terus duduk diatas kerusi malah dia meneruskan dengan memanjat meja dan duduk ditengah tengah meja tanpa rasa gentar dengan kelakuannya yang agak biadap. Kedua dua datuk dan neneknya hanya menggelengkan kepala mereka melihat kelakuan Levina yang lasak dan berani itu.

"Levina mengintip lagi?" tanya Katya lembut. Levina tersenyum sambil menggangguk laju. dia kelihatan teruja. Akhirnya setelah hampir seminggu menunggu datuk dan neneknya akhirnya mula memberi perhatian kepada dia.

"haah. Levi mengintip tadi. bosan datuk dan nenek buzy je. Levi dah lah sorang sorang dekat rumah ni. Asyik main dengan pembantu rumah kalau tidak pun dengan abang Shui. Itupun dia balik seminggu sekali sebab duduk asrama. Levi bosan!!" kata Levina kuat. wajahnya menunjukkan yang dia memaksudkan kata katanya tadi.

"Levi kene faham datuk dan nenek sibuk.. Kami pun kesiankan Levi. Levi balik rumah Daddy dengan mummy dulu ya. Nanti Datuk dan nenek ambil Levi semula." Kata Adamo. Wajah Levi mula mencuka. Pipi dan hidungnya merah.
Dia geram kerana dia seperti diabaikan. Ibu dan bapanya meninggalkan dia di rumah datuk dan neneknya kerana mereka ingin ibu bapa mereka mendidik Levina. Mereka sebenarnya telah bersetuju untuk membiarkan Levi mengambil alih empayar keluarga mereka memandangkan hanya Levi sahaja satu satunya anak perempuan mereka. Namun mereka tidak akan memaksa jika suatu hari nanti Levina akan menolak untuk menjadi pewaris empayar King's.

"Tapi daddy dengan mummy suruh Levi duduk sini. Diaorang nak Levi tolong datuk dan nenek jaga kumpulan ni....." rengek Levi. Antonio, Katya, Adamo dan Ale tercengang.

"Levi cakap apa tadi?" tanya Ale menginginkan kepastian.
"cakap apa?" tanya Levi. Dia seolah olah tersedar akan apa yang telah dikata kan sebentar tadi.

"Levi.. Tadi Levi cakap apa?" tanya Antonio pula. Suaranya dikeraskan sedikit. Levi degil tidak mahu menjawab.

Tiba tiba Levi bangun dan melompat dari atas meja terus ke lantai. Datuk dan neneknya terkejut melihat aksi budak 3 tahun yang berani melompat dari atas meja dan mendarat di lantai dengan selamat.
Setelah mendarat di lantai Levi terus berlari keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Datuk dan neneknya yang sedang memikirkan kata katanya tadi.

Seluruh ahli keluarga dikumpulkan untuk menyambut hari jadi ke-14 satu satunya anak dan cucu perempuan keluarga East dan Eager.
Nyanyian Happy Birthday dinyanyikan dengan penuh semangat oleh ahli keluarga yang hadir. Mereka tidak menjemput orang luar bertujuan untuk melindungi identiti Levi yang bakal menjadi pengganti empayar mereka nanti.
Setelah lagu tamat dinyanyikan Levi membuat hajat sebelum meniup lilin yang berbentuk nombor 14 itu. Seluruh ahli keluarga bersorak gembira melihat Levi meniup lilin mereka semua bertepuk tangan lalu mencium Levi yang sedang tersengih sengih gembira.

"Happy birthday sayang. Daddy love you so much. Tak sangka Levi dah besar. Sedih pula daddy rasa." kata Aaron. Levi tersenyum. tertawa melihat kelakuan bapanya yang pelik. ibunya pula menepuk bahu suaminya perlahan marah melihat Aaron mula berperangai pelik.

Majlis diteruskan sehingga jam 12 tengah malam. Akhirnya barulah rumah mereka betul betul kosong. Levi sudah tahu yang dia dan ibu bapanya perlu berkumpul di bilik bawah tanah kerana selepas ini Levi secara rasminya akan mengetuai kumpulan baru.

Pintu bilik bawah tanah dibuka kelihatan Antonio, Adamo, Katya, Ale, Shui, Arthur, Ian dan Nicole penasihat keluarganya sedang duduk di sekeliling meja bulat antik mereka. Suasana bilik tersebut suram hanya diterangi oleh beberapa batang lilin di sudut bilik itu.

Levi dan ibu bapanya mengambil tempat duduk mereka. Semua mata tertacap memandang Levi. Levi pula yakin dengan dirinya dan dia menunjukkan isyarat agar memulakan majlis perlantikkan itu untuk menunjukkan yang dia sudah bersedia. Bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga empayar keluarganya melalui kumpulan yang baru. Bond.

****

"Bell?" Una memanggil aku. Sudah hampir 3 bulan aku menjalankan siasatan dengan menggunakan nama Bell. semenjak aku dilantik menjadi ketua Bond aku telah membuat keputusan untuk mencari maklumat tentang lokasi kumpulan Eighty yang baru beberapa tahun ditubuhkan. Mereka cuba untuk menjatuhkan King's tetapi gagal kerana dapat dikesan dahulu oleh Adamo.

"kenapa?" aku memandang Una yang sedang serabut cuba menyelesaikan kerja matematik tambahan yang diberi oleh cikgu.

"Aku tak tahu nak buat macam mana wei.. Berapa kali aku belajar pun tetap tak masuk otak juga." rengek Una. Aku lalu menghampiri dia dan memberi tunjuk ajar pada soalan yang dia tak tahu buat.

Aku memandang Una yang sedang khusyuk menyelesaikan soalan tersebut. dingin aku pandang dia.

Sarah Una Zender's. Anak perempuan tunggal kumpulan Zander's bapanya Alex Zender's ketua kumpulan Eighty. Bapanya sudah berapa kali membuat cubaan membunuh Adamo. tetapi pergerakkannya yang gopoh membuatkan dia mudah dikesan oleh aku.

11 tahun dah berlalu semenjak mummy dan daddy menyuruh aku menyambung legasi keluarga mereka. memandangkan mereka sudah cuci tangan mereka menyuruh aku pula menggantikan mereka untuk mnenggembirakan datuk dan neneknya.

Semenjak daripada itu aku dilatih untuk menjadi kuat. Aku diajar untuk menjadi kejam. Pada umur 8 tahun aku dah mampu melawan 2 orang lelaki dewasa. Tidak terlalu hebat aku dilatih lagi sehinggakan pada umur 12 tahun aku dihantar untuk mengetuai serangan ke sarang kumpulan The Wolves. Akhirnya kunpulan Mafia The Wolves telah hilang dimuka bumi. hilang salah satu musuh mereka. Namun masih banyak lagi kumpulan yang cuba untuk menjatuhkan mereka.

Semasa menjalankan misi aku dapati Una yang kelihatan innoccent sebenarnya juga mengikuti jejak langkah ayahnya.

Aku tersenyum sinis. Tidak lama lagi aku akan menghapuskan mereka. Tidak lama lagi. Kerana kini aku sedang menunggu peluang ayah dan anak bersama sama. senang aku hapuskan kedua-duanya sekali. Selain daripada menghapuskan kumpulan Eighty ni aku nak juga aset aset mereka yang berharga. Dadah dan senjata mereka yang banyak. Walaupun kumpulan mereka ini baru sahaja ditubuhkan.

Adamo memberi arahan jika aku inginkan senjata aku harus cari sendiri. Aku tidak boleh meminta sedikit pun wang dari keluarga. Jika kumpulan Bond sudah benar benar stabil barulah segala saham dan aset King's akan dipindahkan ke Bond.

Tiba tiba telefon bimbit Una berbunyi. aku memandang Una dan Una memandang aku menyuruh aku pula yang mengangkat telefonnya.

"please.." kata Una sambil membuat muka comel. Aku mengeluh lalu aku menumbuk lembut bahunya.

"kalau ayah kau yang call macam mana? aku nak kena jawab apa ni?" aku bertanya bosan. Una tersenyum telefonnya diambil dan dihulur kepada aku.

"kau kata je yang sebenar. yang aku tengah merajuk dengan dia. simple. hehehehe" kata Una. aku ketawa kecil. Jarang aku ketawa atau tersenyum ketika sedang menjalankan tugas kerana selalunya aku hanya merisik dari jauh. Tidak mempamerkan diri aku. Namun demi mencuba skill lakonan aku yang diajar oleh Katya dahulu aku akhirnya berjaya menjadi rakan baik Una dan serta merta menjadikan aku seorang yang penting dan dipercayai dalam kumpulan Eighty 18 ni.

"hmm... yelah." serentak itu aku menjawab panggilan tersebut. ya memang benar itu ayah Una. Alex Zander's.

"hello uncle!" kata aku ceria. ceria yang penuh kepura-puraan. heh.

"Bell? kenapa lambat sangat angkat uncle punya call?" tanya Alex. Aku ketawa kecil.

"sorry uncle, bell tengah fikir alasan apa nak bagi. heheee sorry sorry."

"haaa, takpelah. Una mana? bagi phone ni dekat Una uncle nak cakap sikit dengan dia."

"haaa tu lah masalahnya sekarang ni uncle. Una taknak bercakap dengan uncle sekarang ni. dia kata dia merajuk dengan uncle." selamba aku sambil memandang Una yang sedang menahan ketawa melihat aku berbual dengan ayahnya.

"lah... dah kenapa pula ni?" tanya Alex pelik. suaranya bertukar dari garau kepada nyaring seperti suara perempuan sedang menyanyi didalam bilik air. aku akhirnya menghamburkan tawa ku. kelakar mendengar suara Alex yang sedang keliru.

"tu uncle kenalah tanya Una. Bell tak tahu uncle."

"macam mana nak tanya uncle nak bercakap dengan dia pun tak nak."

"haaaa... uncle kene lah balik kalau macam tu. okaylah uncle. Bell nak letak call lah. bosan cakap dengan uncle ni." aku berkata selamba. lalu serta merta aku mematikan talian. Una pula menunjuk tanda bagus kepada aku sebelum menyambung kerjanya yang tertunggak tadi. Aku pula? mula merangka pelan untuk menjatuhkan kumpulan 18 apabila Alex sudah pulang nanti.
sabar Levi sabar, tak lama lagi kau tak perlu duduk di sini lagi. kau akan pulang tak lama lagi. sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience