Bab 27

Romance Completed 22049

Bab 27

Avlov menyerang Levi. Pistolnya diacukan pada Lev tetapi Lev telah menepis tangan Avlov lalu Lev memulas tangan Avlov ke belakang. Kaki Lev kemudian menyepak belakang lutut Avlov sehingga Avlov terjatuh melutut ke lantai.

Lev menolak tubuh Avlov agar meniarap dilantai. Lalu Lev duduk di atas tubuh Avlov. Levi cuba untuk memulas kepala Avlov tetapi Avlov lebih cekap dengan memusingkan tubuhnya menyebabkan Lev terjatuh dari tubuh Avlov. Lalu Avlov bangun dengan cepat dan menyepak tubuh Lev berkali kali. Kemudian dia menarik rambut Lev memaksa Lev bangun.

Nikolay hanya melihat pertarungan mereka kerana Lev telah memberi amaran agar jangan masuk campur dalam pertarungan ini.

Tiba tiba seseorang masuk kedalam bilik dimana pertarungan antara Lev dan Avlov sedang berlaku.

Monte pembantu Avlov masuk secara tiba tiba lalu cuba untuk membantu Avlov menyerang Lev. Dia tidak perasan akan kehadiran Nikolay yang berdiri disebalik pintu. Sebaik sahaja Monte mengangkat kakinya untuk menyepak Lev, dia telah di rempuh dengan kuat oleh tubuh Nikolay yang sasa.

Monte tercampak ke dinding akibat dirempuh oleh Nikolay. Wajahnya calar akibat berlanggar dengan dinding yang kasar.

"No no. Kau tak boleh sentuh dia selagi ada aku." Kata Nikolay keras pada Monte. Monte bangun dan berdiri menghadap Nikolay yang lebih besar dan tinggi darinya.

Wajah Monte sekarang ini sangat sombong. Dia seolah olah yakin yang dia akan menang ketika berlawan dengan Nikolay.

Tanpa berkata apa apa Monte terus menyerang Nikolay yang berada tiga kaki jarak darinya. Monte sempat mengeluarkan pisau yang dia sorokkan di pinggangnya.

Monte cuba untuk menikam perut Nikolay tetapi Nikolay berjaya elak, lagi sekali dia mengangkat tinggi pisaunya cuba untuk menyerang leher Nikolay.

Tetapi Nikolay lebih laju kerana dia berjaya menahan serangan Monte menggunakan tangan kirinya lalu menumbuk perut Monte dengan menggunakan tangan kanannya. Setelah itu Nikolay mengangkat lututnya tinggi lalu dia hentakkan pada perut Monte. Pisau di tangan Monte kini telah bertukar tangan. Nikolay memegang pisau tersebut. Lalu menyerang wajah Monte. Monte tidak dapat mengelak kerana kesakitan yang Nikolay telah beri tadi.

Kini wajah Monte telah berdarah kerana telah di tikam oleh Nikolay. Monte memegang wajahnya yang telah berdarah itu.

Manakala Lev dan Avlov pula kini sedang berguling dilantai bertumbuk sesama sendiri. Avlov berada di atas dan Lev berada di bawah. Wajah Lev ditumbuk beberapa kali sehingga berdarah hidungnya tetapi kemudian Lev mencekik leher Avlov sambil menarik Avlov agar lebih dekat dengannya. Wajah Avlov sudah bertukar warna kerana dicekik Lev. Tangan Avlov menolak nolak wajah Lev lalu dia cuba menarik tangan Lev agar melepaskan lehernya.

Tanpa disangka tiba tiba Monte tercampak ke arah Lev dan Avlov. Tangan Lev terlepas dari leher Avlov dan Avlov tercampak ke dinding.

Nikolay telah membaling Monte ke arah Lev dan Avlov untuk memberi peluang kepada Lev untuk menyerang Avlov.

Lev tidak mensia siakan peluang itu lalu dia bangun dan menyepak wajah Avlov yang sedang duduk bersandar pada dinding. Lev lalu menarik rambut Avlov memaksa Avlov berdiri lalu dia menghentakkan lututnya pada kepala Avlov dan dia menghantukkan kepala Avlov pada dinding. Darah mengalir ke wajah Avlov. Lev masih tidak berhenti menyerang. Dia lalu duduk di atas tubuh Avlov dan dia menumbuk pada wajah Avlov berkali kali. Pipi Avlov kini berwarna biru, hidungnya patah, bibirnya pecah dan matanya bengkak akibat dipukul oleh Lev. Lev tersenyum kepuasan. Apabila dia lihat Avlov sudah lemah dipukulnya. Lev bangun lalu memberikan satu sepakan terakhir pada kepala Avlov. Akhirnya Avlov pengsan tidak menyedarkan diri. Lev mengesat wajahnya. Hidung dan bibirnya yang berdarah tidak dihiraukan. Pandangan Lev kini beralih kepada keluarganya.

Lev membuka besi yang mengikat tangan dan kaki keluarganya. Mereka semua walaupun lemah namun melihat mereka sedar sudah cukup menggembirakan Lev.

"Levi.." kata Aaron ayah Lev. Lev meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Menyuruh ayahnya diam.

"Sabar ya semua. Nanti dah selesai kita pulang." Kata Lev lembut. Namun dimatanya masih menunjukkan sikap dinginnya yang biasa ditunjukkan apabila dia menjadi Lev.

Lev kemudian memandang ke arah Nikolay dan Monte yang sedang bertarung itu. Monte dia lihat sudah lunyai dikerjakan oleh Nikolay.

Lev tersenyum sinis. Apabila dia lihat Monte sudah pengsan dia bangun menghampiri Nikolay.

"Ikat mereka. Semua ni belum tamat lagi." Kata Levi pada Nikolay. Nikolay tersenyum sinis. Dia faham akan maksud Levi lalu dia menarik Monte dan Avlov ke tengah bilik lalu dia mengikat mereka berdua seketat ketatnya.

Aylena POV

Aku menembak kepala setiap seorang konco Benzxo yang muncul dihadapan mata aku. Kisah apa aku. Segala kenderaan milik Benzxo telah aku dan Rosie letupkan. Seronok betul aku rasanya bila dapat melihat wajah Avlov yang ketakutan apabila dia sudah tiada pengangkutan untuk melarikan diri. Dia segera melarikan diri kedalam sebuah bilik berpintu besi. Aku segera melaporkan keberadaan Avlov kepada Lev. Sekarang ini aku tidak tahu apa yang sudah terjadi di dalam bilik berpintu besi itu.

Wajah dan tubuh aku sudah berdarah dan calar balar dibuatnya ketika aku berlawan tadi.

Sedang leka aku menembak tiba tiba aku rasa ada seseorang yang sedang berlari ke arah aku.

Tanpa membuang masa aku simpankan semula senjata dan aku mula bersedia menanti serangan dari pihak lawan.

Aku ditumbuk tetapi ketika tumbukan kedua hampir mengenai aku, terus aku tunduk dan membentes kaki pihak lawan menyebabkan dia jatuh terduduk. Kemudian tanpa ingin membuang masa aku terus mengeluarkan pistol aku dan aku tembak kepalanya. Mati.

Rosie datang kepada aku menghulurkan tangannya kepada aku. Aku sambut dan Rosie menarik aku agar berdiri.

Kami kemudian meneruskan aktiviti kami menghapuskan konco Benzxo yang kini makin lama jumlah mereka semakin berkurangan.

Ramai diantara mereka telah mati dibunuh oleh kami semua.

Aku melihat ke arah bilik yang berpintu besi itu. Niat dihati ingin menjenguk keadaan didalam tetapi dibatalkan kerana tiba tiba bahu kiri aku ditembak oleh seseorang dari belakang.

Aku cuba bangun sambil menahan kesakitan yang aku alami. Lagi sekali bahu kanan aku pula yang ditembak. Aku jatuh terduduk. Sakit.

Orang yang menembak aku menghampiri aku. Apabila aku pandang wajahnya aku terpaku. Aku tidak mampu untuk bergerak atau memberikan apa apa reaksi lagi. Lidah aku kelu, air mata juga sudah mula bertakung. Tidak. Aku tak percaya!

Aku tak percaya!

Levi POV

Aku menjengah ke luar pintu. Mata aku terpaku pada Aylena yang sedang terduduk memegang kedua bahunya. Aylena pasti ditembak. Ketika aku ingin melangkah menghampiri Aylena, langkah aku tiba tiba terhenti apabila seorang lelaki berdiri tenang di hadapan Aylena.

Aku memandang ke arah lelaki tersebut. Dia sedang berdiri membelakangkan aku sambil mengacukan pistolnya kepada Aylena. Aku cuba teliti lelaki tersebut. Seakan akan aku kenal tetapi aku tidak ingat sehinggalah dia menoleh ke kirinya. Aku terlihat sisi wajahnya.

Aku berdecit geram. Tak guna betul.

Aku menghampiri Aylena dengan tenang. Aylena pula masih tidak perasan akan kehadiran aku.

Sebaik sahaja aku sampai si sebelah lelaki tersebut aku terus memeluk bahunya kuat.

"Kai! Lamanya tak jumpa? Tak sangka kau dah jadi mafia ya. Hahahha!" Ketawa aku sinis. Kai memandang aku terkejut. Mesti dia tak percaya aku boleh nampak dia sedang ingin membunuh tunangnya merangkap kawan baik aku Aylena.

Kai menjauhi aku. Pegangan pistolnya di perkemaskan lagi sambil muncung pistolnya diacukan kepada aku. Aku ketawa sinis. Aku menghampiri dia dengan tenang.

"Berhenti Lev! Aku arahkan kau berhenti!" Jerit Kai. Aku tersenyum sinis.

"Kalau aku tak nak?" Tanya aku sinis. Kai aku lihat menjadi berang dengan sikap aku lalu dia menarik picu ingin menembak aku tetapi sayangnya aku lebih cekap dari dia. Aku mencapai tangan Kai dan aku kilaskan ke belakang badannya. Aku sepak kakinya sehingga dia jatuh melutut lalu aku paksa dia agar meniarap dilantai sambil tangannya masih aku pegang kemas.

Aku memandang Aylena meminta kebenaran dan Aylena yang baru sahaja mengelap air matanya memberikan aku kebenarannya untuk aku membunuh tunangnya Kai.

Tanpa berfikir panjang lagi aku terus memusingkan kepalanya kuat sehingga kedengaran bunyi krakk dan kepalanya yang longgar setelah aku patahkan. Aku tersenyum sinis.

Lelaki tak guna macam dia selayaknya mati sahaja. Menyesal pula sebab tak seksa dia dahulu.

"Kau okay tak ni?" Tanya aku sambil memegang bahu Aylena yang tercedera.

"Aku okay. Kau pergilah selesaikan kerja kau tu." Kata Aylena. Aku lalu berdiri lalu aku melangkah semula kebilik berpintu besi tersebut. Meninggalkan Aylena bersama Rosie yang baru sahaja tiba sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience