Bab 14

Romance Completed 22049

Bab 14

Hendry POV

Aku sedang tidur sebelum telefon aku tiba tiba berbunyi. Kelam kabut aku mencari telefon aku yang aku letakkan di bawah bantal aku.

"Helo." Kata aku dengan suara baru bangun tidur.

"Hendry. Antonio ni." Aku membuka mata aku. Lalu aku melihat jam di dinding. Jarum jam menunjukkan 3 pagi.

"Kenapa ni Antonio. Jarang kau call aku waktu waktu macam ni." Tanya aku risau.

"Hendry, kau tahu tak Levi pergi mana? Dah seminggu tapi aku langsung tak tahu mana Levi dah pergi." Aku yang sedang baring terus duduk. Aku mencapai baju aku.

"Levi hilang ke maksud kau ni."

"Yes. Kitaorang call dia tapi dah seminggu phone dia mati. Shui tiap tiap hari day and night keluar cari Levi tapi tetap tak jumpa juga. Aku dah hantar budak budak aku untuk cari Levi tapi masih tak dapat petunjuk Levi dekat mana." Aku mencapai kunci kereta di meja kerja aku.

"10 minit lagi aku sampai rumah kau." Kata aku sebelum berlari keluar dari rumah aku.

****
Levi POV

Aku memandang Nick yang sedang duduk sambil menghisap rokok dihadapan aku. Aku kini sedang duduk bersandar di kerusi sambil tangan aku diikat kebelakang. Sakit ketika tangan aku diikat sudah hilang tapi aku tahu tangan aku pasti luka.

Hari ini sudah genap seminggu aku dikurung distor rumah milik Nick. Patut pun ketika aku sedang bercuti dengan Hendry, Nick asyik ikut aku. Ada udang disebalik batu rupanya.

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya." Tanya aku bengang. Yelah, siapa tak bengang. Kena kurung tanpa tahu sebab. Kalau aku kena kurung sebab aku kacau geng dia tak pe juga. Ni tanpa sebab.

"Aku nak Hendry." Kata Nick dingin. Aku memandang dia pelik.

"Kau nak Hendry? Kalau kau nak Hendry apa masalahnya sampai kau culik aku? Kau ni peliklah." Kutuk aku selamba. Nick menjeling aku. Apa dia ingat dia jeling aku takut? Huh sampah. Gengster tepi jalan macam dia ni senang jelah aku nak jatuhkan. Aku sengaja je tunggu lama lama nak tengok apa yang dia nak dari aku.

"Kau kan teman wanita dia. Mestilah dia akan..." belum sempat dia habis bercakap aku sudah memotong percakapan dia.

"Kau ada call dia? Ugut dia yang aku ada dengan kau?" Tanya aku kasar.

"Buat apa aku nak call dia?" Kata kata Nick buat lidah aku kelu. Aku memandang dia bengang. Sejujurnya tak pernah aku jumpa gengster annoying macam ni. Dah lah annoying, bodoh pula tu. Tak layak jadi gengster langsung.

"Memang patut pun sampai sekarang dia tak jumpa jumpa aku." Kata aku sinis. Tiba tiba Nick menghampiri aku. Dia memegang wajah aku lembut. Aku boleh rasa nafas dia di wajah aku.

"Takpelah. Kalau kau lama lama pun dapatlah aku rasa kau." Aku tersenyum sinis pada dia.

"Kau ingat kau dapat?" Serentak itu aku menendang kerusinya agar jauh dari aku.

Nick jatuh dari kerusinya. Dia terduduk dilantai. Tanpa dia tahu sebenarnya ikatan ditangan aku telah berjaya aku buka. Aku bangun dan menumbuk wajahnya. Sekali tumbuk sahaja dia telah pengsan. Aku mengerutkan dahi aku.

"Lembiknya. Betul ke dia ni ketua gengster." Bebel aku perlahan.

Aku kemudian mengangkat Nick yang sudah pengsan keluar dari bilik stor tersebut. Berat gilalah si Nick ni. Menggigil masa aku angkat dia. Aku bawa Nick ke bilik dia. Aku cari tali pinggang miliknya dan aku ikatkan dia pada besi ditepi katil.

Aku mencapai telefon bimbit Nick. Aku mendail nombor Hendry.

"Kau nak apa Nick." Suara Hendry kedengaran marah. Woo maknanya Hendry memang kenal dengan Nick lah ni.

"Hendry. Ni aku ni." Kata aku selamba. Belum sempat Hendry berkata kata aku telah menyambung kata kata aku.

"Kau tahukan rumah mamat ni dekat mana. Kau datang sekarang. Ada benda aku nak kau settlekan." Setelah itu aku mematikan talian. Aku tersenyum sinis melihat Nick. Ikutkan hati nak saja aku membunuh lelaki ni. Tapi bila aku fikirkan semula Nick bermasalah dengan Hendry bukan dengan aku. Kalau dengan aku memang dah tak bernyawa dah mamat ni.

****
Hendry POV

Sebaik sahaja aku sampai di perkarangan rumah Nick aku lihat rumah Nick seperti kosong tidak berpenghuni. Aku mengeluarkan pistol aku dan aku acukan kehadapan. Aku melangkah dengan berhati hati sambil konco konco aku mengikut aku dari belakang.

Aku masuk kedalam rumah melalui pintu hadapan yang aku dapati tidak berkunci. Apabila aku berjalan ke ruang tamu aku lihat banyak jasad sedang terbaring kaku.

Aku memandang Jed orang kanan aku. Jed seperti faham akan pandangan aku segera dia menghampiri tubuh tersebut dan memeriksa nadi mereka.

"Dah mati." Kata Jen. Aku mengerutkan dahi. Siapa yang buat semua ni? Levi ke? Tapi Antonio tak pernah cakap yang Levi ni ada kemahiran untuk membunuh. Aku perhatikan mayat tersebut. Mereka semua bersih dari darah. Macam mana mereka mati agaknya. Aku meneruskan langkah ku tiba tiba seseorang muncul dihadapan aku. Aku bersedia untuk menembak tetapi pegangan aku pada pistol terlepas akibat ditepis oleh Levi. Aku memandang Levi. Levi memandang aku selamba.

"Watch your move Hendry." Kata Levi dingin. Konco konco aku mengacukan pistol mereka pada Levi dan aku memberi isyarat kepada mereka bahawa Levi bersama aku. Akhirnya mereka menyimpan pistol mereka dipinggang mereka.

"Apa semua ni?" Tanya aku. Levi memandang aku pelik.

"Apa?" Tanya Levi dingin.

"Semua ni." Kata aku sambil menunjuk kepada arah mayat mayat tersebut. Ada lebih kurang 10 mayat yang sedang terbaring. Levi memandang mayat mayat tersebut. Cara dia memandang mayat tersebut seolah olah dia tiada perasaan. Bagi dia benda itu biasa.

V"Siapa punya kerja ni?" Sambung aku lagi apabila aku lihat Levi hanya mendiamkan diri. Levi memandang aku semula. Dia menarik nafas lalu memusingkan tubuhnya membelakangkan aku.

"Kerja akulah." Kata Levi selamba. Lalu dia melangkah memasuki salah satu bilik yang ada. What? Kerhmja dia. Tak mungkin. Aku mengekori langkah Levi. Apabila aku masuk kedalam bilik aku lihat sekujur tubuh sedang duduk terikat pada tepi katil. Nick.

Aku menghampiri Nick. Kemudian aku memandang Levi yang sedang duduk dibirai katil sambil matanya memandang keluar tingkap.

"Jelaskan." Kata aku. Levi memandang aku. Aku lihat Levi mengetap bibirnya.

"No. Kau jelaskan." Kata Levi. Aku lihat ditangannya terdapat kesan lebam. Mungkin dia diikat. Aku capai tangannya lembut. Levi mengerutkan dahi. Aku usap dibahagian yang luka sambil mata aku memandang mata Levi. Kami bertentang mata buat seketika. 3 minggu. 3 minggu aku tahan rindu aku. Tapi bila aku dapat jumpa dia semula aku rasa lain. Levi, dia seolah berbeza dari yang aku pernah kenal.

Pandangan Levi beralih pada Nick yang sudah mula bergerak. Aku melepaskan tangan Levi lalu aku menghampiri Nick.

Nick membuka matanya. Dia terkejut melihat aku. Aku memandang dia tajam lalu aku mencekak lehernya.

"Apa masalah kau?" Tanya aku bengang. Nick hanya tersenyum sinis. Aku kemudian menumbuk wajahnya. Berdarah bibir Nick aku buat.

"Kau. Aku tahu kau marah dengan aku. Kau marah sebab adik kau mati. Kau ingat dia mati sebab aku. Betul tak?" Kata aku sambil mengetap gigi. Nick memandang aku marah. Aku melepaskan ikatan Nick. Levi aku lihat memandang aku tajam. Dia seolah olah tidak membenarkan aku melepaskan Nick. Aku memandang Nick kembali.

"Kau bunuh adik aku!" Jerit Nick kuat. Dia cuba menyerang aku tetapi aku berjaya mengelak serangan dia.

"Bukan aku!" Kata aku bengang lalu aku menumbuk wajahnya kuat. Nick terjatuh ke atas tilam miliknya. Levi pula berdiri menjauhkan dirinya dari Nick.

"Aku lepaskan kau kali ni. Esok aku jumpa kau. Aku akan jelaskan kemudian. Aku ada hal yang lebih penting nak kena buat." Kata aku sambil memandang Levi. Levi hanya buat muka selamba. Aku kemudian menarik tangan Levi. Aku membawa dia keluar dari rumah Nick dan aku menyuruh dia masuk kedalam kereta semasa aku berjumpa dengan konco konco aku.

****
Levi POV

Aku menunggu Hendry didalam kereta. Dalam kepala aku ni dah fikir macam macam alasan. Alasan. Alasan. Apa yang aku nak terangkan tentang mayat mayat tu. Mayat tu semua kerja aku. Hasil tangan aku. Karya aku. Ya. Bagi aku membunuh itu merupakan satu seni. Ale, nenek aku yang mengajar aku tentang benda ni.

Tiba tiba pintu ditempat memandu dibuka. Aku tidak memandang Hendry. Aku hanya pandang ke hadapan.

Hendry menghidupkan enjin sebelum mula memandu pergi. Keadaan ketika itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi enjin kereta milik Hendry.

"Terangkan." Kata Hendry perlahan. Aku memejamkan mata aku. Sejak kebelakangan ni aku mula berlembut pada dia. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Aku tahu aku dah terima dia tapi tu tak bermaksud aku perlu berlembut dengan dia.

"Kau tak perlu tahu." Kata aku dingin. Hendry tiba tiba memberhentikan keretanya ditepi jalan. Aku memandang Hendry. Hendry pula membuka tali pinggangnya sebelum memusingkan tubuhnya menghadap aku.

"Seriously Levi? Aku tak perlu tahu? Come on Levi. Kenapa kau tak beritahu hal yang sebenar dekat aku. Siapa kau? Kenapa kau bunuh konco konco Nick, kenapa cara kau bunuh mereka langsung takde darah atau kesan. Kenapa, dan macam mana kau lakukan. Aku ingat kau berbeza!" Kata Hendry. Aku mengetap gigi.

"Aku lain? Come onlah Hendry. Aku cucu Antonio. Tak akan lah kau tak dapat agak yang aku ni berkebolehan untuk bunuh orang!" Kata aku bengang. Hendry menggelengkan kepalanya perlahan sambil mata dia tajam memandang aku. Aku memandang ke hadapan. Tak nak melihat wajah Hendry.

"Kau bukan macam ni, Levi. Aku tahu kau bukan macam ni. Ni bukan kau." Kata kata Hendry buat aku marah.

"Oh.. Hendry! Stop talking shit about me. You know nothing about me!" Bentak aku. Hendry memandang aku terkejut. Ya terkejut kerana aku tidak pernah meninggikan suara aku pada dia.

"Balik." Arah aku. Hendry mengeluh.

"Yes, you right. I know nothing about you. But. You can trust me Levi. Tell me everything. Everything about you. I love you just the way you are. Trust me please Levina." Kata Hendry. Aku membatukan diri aku. Apabila aku hanya diam hendry memakai semula tali pinggangnya dan mula memecut kenderaannya pulang.

"At least sekarang kau dah tahu siapa aku." Kata aku perlahan.

Aku dengar suara Hendry mengeluh buat kali terakhir sebelum aku tertidur. Penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience