Bab 3

Romance Completed 22049

Bab 3

Sebaik sahaja aku sampai di rumah apatment aku. Aku terus membaringkan tubuh diatas sofa aku yang lembut. Aku bermain main dengan rambut depan aku yang agak panjang sehingga menutup mata aku.

"esok dah mula sekolah." kata Abang Shui perlahan. Aku memandang dia yang sedang meletakkan beg pakaiannya di tepi meja makan. mesti dia baru pulang dari bersukan.

"tahu.. hehee 3 bulan lebih Levi tak datang sekolah. Nasib baik abang ada cover Levi. Thanks abang.." kata aku ceria sambil memeluk Shui. Shui membalas pelukkan aku.

"macam mana dengan Zander's?" shui bertanya sambil aku melangkah ke arah dapur untuk menyediakan air buat Shui. Shui mengikuti langkah aku ke dapur lalu dia duduk diatas meja kabinet sambil memerhatikan aku.

"settle. Zander's dah tak wujud lagi dekat muka bumi ni." kata aku sambil aku menghulurkan segelas air oren kepada Shui.

"kau buat seorang?" tanya Shui lagi.

"sorang sorang lah. apa barang buat ramai ramai. heh." kata aku sinis.

Shui langsung tidak terkejut mendengar kata kata aku dia tahu aku sudah biasa bekerja seorang diri.

"Gudang tu macam mana?" aku pula bertanyakan pada Shui berkenaan Gudang Zander's yang aku arahkan dia serang malam tadi.

"gudang tu kosong aku kerjakan. lepas tu aku bakar gudang tu sekali dengan konco konco Zander's. Pasal stok dadah yang kau kata baru sampai tu? bukan dadah je ada dalam tu. budak kecil ramai dalam kontena tu. Zander's buat perdagangan manusia juga. Aku arahkan agar mereka dibawa ke hospital yang selebihnya aku biarkan pihak hospital yang buat." jelas Shui. aku mendengar dengan teliti.

"berapa untung kita?" tanya aku perlahan.

"Dekat rumah Zander's je aku dapat 6.2 Juta. Sikit sangat. Aku tak sempat nak pecah bilik kebal dia yang dekat bawah tanah."

"dadah yang aku dapat bernilai lebih dari 200 juta. Belum termasuk dengan yang stok baru sampai tu. Budak budak kita akan hantar ke gudang kita sekejap lagi. kau nak ikut aku tak pergi tengok gudang kita. Semenjak kita beli gudang tu kau belum pernah pun jejak kaki kat sana." kata Shui. Tanpa berfikir panjang aku terus menggangguk bersetuju untuk pergi ke gudang.

"okay aku siap dulu lepas tu kita gerak okay?" kata Shui lalu berlari masuk ke dalam biliknya. Aku hanya memandang dia sebelum telefon aku berbunyi.

"helo. kenapa ni Aylena?" aku menjawab panggilan daripada salah seorang orang yang aku percaya dan juga merupakan kawan baik aku.

"bila kau nak datang sekolah balik ni? cepatlah balik. Baru baru ni ada budak yang dah berani jual dadah kat kawasan sekolah. Naik angin aku tengok. Aku tunggu kau balik je nak bedal budak budak tu." Aylena mula membebel dan aku ketawa geli hati. Dah lama betul rasanya aku dah tak dengar dia tu membebel.

"Aku tahu.. malam ni lepas settle hal dekat gudang aku jumpa kau ya malam ni. Nak jumpa dekat mana? Owl?" aku bertanya jika Aylena nak berjumpa di kelab malam milik Shui.

"Owl? hmm kalau aku setuju nak jumpa sana kau boleh tak janji dengan aku jangan mabuk. janji ya." tanya Aylena. Aku ketawa.

"kenapa kalau aku mabuk pun?" sengaja aku menguji Aylena.

"sebab.. kita ni baru je 14 tahun Aylena. Kecil lagi kita ni. Sekolah pun tak habis lagi. Hebat mana pun kau bunuh orang aku tak akan benarkan kau mabuk selagi kita belum cukup 18 tahun." kata Aylena geram. aku ketawa lagi.

"hahahah, okay aku tak mabuk. kita jumpa malam ni okay?" kata aku sebelum aku mengucapkan selamat tinggal kepada Aylena.

Aku masuk ke dalam bilik dan menukar baju sementara menunggu Shui bersiap.

****

Tepat jam 8.30 malam aku berjalan ingin memasuki Owl sehingga aku terlihat Aylena sedang bergaduh dengan pengawal di pintu masuk Owl.

"cik tak boleh masuk. Cik bawah umur." kata pengawal tersebut. Aylena aku lihat sudah memegang kepalanya. Kalau dia marah memang dia selalu pegang kepalanya.

"kau cakap macam aku tak biasa datang sini pula. Wei aku selalulah datang sini. Apa masalah kau tak nak bagi aku masuk?" kata Aylena bengang. Aku melihat pengawal tersebut. Laaa ni mesti kes baru masuk kerja ni. Club Owl, Bond punya. Jadi semua ahli Bond dibenarkan masuk walaupun mereka di bawah umur.

Aku lihat pengunjung sudah semakin ramai beratur di belakang Aylena yang masih berkeras untuk masuk. Tenang aku berjalan menghampiri Aylena.

"wei. Jom masuk." aku menarik tangan Aylena. Aylena terkaku memandang aku.

"maaf cik. sila tunjukkan ID cik." kata si pengawal tersebut.

Aku menjeling lalu aku mencekak leher si pengawal tersebut. Lalu aku sandarkan dia ke dinding. lutut aku naikkan dan menekan kuat ke perut si pengawal.

"apa nama kau?" tanya aku keras. mata aku memandang dia dengan tajam.

"A... Adrian..." dia menjawab pertanyaan aku. Aku tersenyum sinis lalu aku menekan lutut aku dengan lebih kuat kearah perut dia. Dia berdecit menahan kesakitan. matanya ditutup mengelak dari memandang mata aku.

"pandang aku." aku bersuara keras. Adrian memandang aku. Matanya menggambarkan dia takut dengan aku. Aku ketawa sinis.

"Dengar ni Adrian, Sebelum kau mula bertugas. pastikan kau tahu siapa VIP dan siapa tidak. Tempat ni tempat aku. Kau siapa nak halang aku dengan member aku masuk? Lepas ini aku nak kau tukar dengan Jack. Biar dia jaga dekat depan. Aku nak kau pergi cari Mable tanya dia siapa VIP dekat sini. Aku nak kau hafal nama dan rupa diaorang sorang sorang. Faham?" kata aku sinis. Lalu aku melepaskan Adrian dan aku melangkah masuk kedalam Owl. Aylena mengekori aku dari belakang.

"Jack! kau pergi jaga depan! kau orang tak ajar ke budak baru tu siapa VIP. menyusahkan orang je!" jerit aku mengamuk. Jack yang sedang berbual kelam kabut berlari kedepan. Takut jika aku mula mengamuk.

Aku naik ketingkat atas berseorangan. Aylena hilang entah kemana pun aku tak tahu. Maybe dia tengah memesan air. Maybe.

Aku masuk ke salah sebuah bilik private dan aku membaringkan badan diatas sofa yang disediakan.

Aku lihat ke arah cermin yang dihadapanku. Cermin tersebut membolehkan aku nampak keadaan di lantai tarian di tingkat bawah tetapi tiada sesiapa boleh melihat aku dari luar.

Aku dengar pintu dibuka dan kedengaran suara ceria Aylena sedang memanggil nama aku.

"Levi!! Levina!! air kau dah sampai!" kata dia ceria. Aku lihat dia hanya membawa jus anggur untuk aku. Aku mengeluh. Aku nak sesuatu yang memabukkan!!

"so.. malam ni ada peraturan. aku tak nak kau buat muka masam lagi and aku tak nak tengok kau mengamuk macam tadi. okay? kalau kau langgar peraturan aku tak nak tolong salin nota untuk kau masa kau tak datang sekolah nanti. faham tak?" Kata Aylena sambil jari telunjuknya digoyang goyangkan dihadapan wajah aku.

Kalau ikutkan aku langsung tak kisah dengan ugutan dia tetapi nota disekolah ketika aku tiada amat diperlukan. Hanya Aylena sahajalah sanggup menolong aku menyalin nota ketika aku tiada. Kalau tidak mesti aku gagal masa exam.

Aku mengangguk sambil bermain dengan telefon bimbit aku. Aylena memandang aku geram. Tiba tiba dia merampas telefon aku. Aku tiada kuasa nak marah dia takut nanti tercetusnya pergaduhan besar. Lainlah kalau tengah kerja. kalau aku jerit pun dia hanya akan diam sahaja.

"kenapa..." tanya aku malas. mood aku telah lari kerana hal diluar Owl tadi.

"kita datang sini nak lepak bukan nak main phone." bebel Aylena. Aku melepaskan keluhan berat.

"mood aku dah lari dah wei... sebab budak adrian tadi. siot betul."

"Ala, rilek lah. mamat tu budak baru kot. Kene lah faham." kata Aylena. Aku bermain main dengan rambut aku yang agak panjang.

"yelah yelah aku minta maaf." Aku meminta maaf pada Aylena.

"hmm... hmm... ambil ni. Ni nota kau sepanjang kau tak datang sekolah." Aylena menghulurkan aku beberapa buah buku kepada aku. Aku melihat buku buku tersebut dan aku pandang Aylena. Aku senyum.

"thanks Aylena...." kata aku lalu aku memeluk lengannya. Aylena menjeling aku. Aku tersengih pada dia.

Tanpa berkata apa apa Aylena menghulurkan aku nota kimia kepada aku. Aku memandang dia pelik.

"kenapa?" tanya aku.

"baca nota ni sekarang. Minggu depan kita dah exam." Aylena berkata tegas. Aku mengerutkan dahi.

"what? geng, kita datang sini nak enjoy okay. bukannya nak belajar." aku membantah.

"no. now aku nak kau baca." kata Aylena lagi. Hmm nak tak nak aku kena juga baca nota tersebut.

Satu jam aku membaca nota manakala Aylena menonton berita secara online.

"Levi!!" jerit Aylena secara tiba tiba. aku yang sedang menghafal terus lupa apa yang aku tengah hafalkan tadi.

"apa?"

"ni kerja kau ke?" tanya Aylena sambil menunjukkan gambar mayat mayat yang diikat dan mayat dimeja makan. Aku memandang sekilas gambar tersebut.

"hmm..." kata aku perlahan lalu aku menyambung menghafal balik.

"kau buat? seorang? kau gila ke Levi!" kata Aylena. Aku hanya mengabaikan kata kata Aylena dan mula menghafal. Aylena memandang aku tak puas hati.

"ceritakan." arah Aylena. Aku menjeling Aylena.

"perlu ke?" suara aku bertukar menjadi keras.

"yes! tersangat perlu." aku mengeluh lalu aku menceritakan segala galanya kepada Aylena.

Aylena mendengar dengan teliti muka dia menjadi sedih.

"kenapa dengan kau?" aku tanya pelik melihat dia seperti ingin menangis.

"Una percayakan kau... tu yang buat aku sedih." aku kaku mendengar kata kata Aylena.

"Tapi dia jahat! ada ke patut dia nak hapuskan King's. memang layak pun dia kena bunuh! good job Levi! aku suka dengan kerja kau!" serta merta Aylena yang tadi sedih bertukar jadi happy. Aku ketawa melihat dia.

"wei, Aylena. nak cakap sikit ni." aku berkata serius. Aylena memandang aku dia juga turut serius.

"Aku minta maaf. Kalau aku jerit jerit kat kau masa kita kerja. Kau tahukan kita ni kerja macam mana. Salah step susah kita. sebab tu aku selalu jerit kat kau. Again aku minta maaf." aku berkata serba salah. Aylena menjelirkan lidahnya.

"Wei, aku tahulah bila masa kau member aku and bila masa kau jadi bos aku." Kata Aylena ceria sambil dia menarik narik hujung baju aku. Aku melihat dia pelik. Dah kenapa perempuan ni. Main tarik tarik baju aku.

"kau kenapa?" soal aku pelik. Aylena buat muka lalu menjelirkan lidahnya.

"kau jelir lidah lagi i swear, you'll drive me home tonight." Aylena faham ugutan aku lalu dia mengangkat tangannya tinggi tanda surrender.

****
Aylena POV

"apa ni Levi kau janji dengan aku kau tak nak mabuk!" aku membebel pada Levi yang kini sedang berpaut pada bahu aku. Aku memegang pinggang Levi. Menahan dia dari jatuh.

Tiba tiba Levi melepaskan pautan dia lalu dia mula melangkah keluar dari Owl. Aku mengejar dia dari belakang. Ish budak ni. Jangan dia buat hal sudah lah...

Aku lihat Levi sedang mencari kunci kereta dipoketnya. Mabuk teruk dia ni sampaikan kunci kereta dia dekat poket pun tak jumpa jumpa lagi.

Aku menghampiri Levi dan membantu dia mengambil kunci kereta dari poketnya.

"Aku drive." kata aku sepatah. Levi aku lihat tidak memberikan respon. matanya memandang aku tajam sambil tangannya cuba merampas kunci keretanya dari tangan aku. Aku hanya berganjak kebelakang sedikit dan Levi jatuh tertiarap di lantai. Aduh... menyesal aku jelirkan lidah aku dekat dia tadi. Kalau tidak mesti sekarang ni kitaorang tengah memandu nak pergi shopping.

Levi aku lihat tidak bergerak. Aku tunduk lalu aku kuis badannya.

"wei.." panggil aku perlahan. Jarang dia mabuk macam ni. mesti kes lepas gian ni.

hmm nak tak nak aku kene hantar juga si Levi ni ke rumah dia.

****

"kenapa ni?" tanya Shui sebaik sahaja melihat aku memapah Levi.

"mabuklah.. apa lagi." bebel aku. Aku lihat Shui menggelengkan kepalanya.

"kau orang baru 14 tahunkan.. ni siapa yang drive ni?" Aku hanya menggigit bibir.

"kau drive? kau pun pandai drive juga ke? hmm.. kau orang baru 14 tahunkan.. tak takut kene tangkap dengan polis ke?" soal Shui. Aku terkejut mendengar kata kata Shui. Tidak! aku tak nak kene tangkap polis. Aku muda lagi!

cepat cepat aku menggelengkan kepala.

"Sorry abang Shui. Aylena minta maaf. Aylena janji tak buat lagi." kata aku perlahan. Shui mengambil Levi dari aku.

"kau tidur sini jelah malam ni. Dah malam bahaya kau balik sorang sorang."

sebaik sahaja Shui menghabiskan kata katanya dia terus mengangkat Levi yang sedang tidur itu.

****

Levi POV

Aku terjaga dari tidur. Bila aku buka mata aku lihat hari sudah siang. haaa sudah memang tak sekolah lah aku harini.

Pintu bilik ku dibuka dari luar. Kelihatan shui hanya memakai boxer membawa sarapan pagi untuk aku.

"bangun dah? ingatkan nak tidur sampai esok." bebel Shui. Aku masih baring. kepala aku sakit.

"bangunlah. makan breakfast ni. ehh bukan breakfast, lunch." kata Shui sengaja. aku menjeling Shui lalu aku melihat jam. Betul ke dah tengah hari? 1.45 minit petang. Patut pun Shui menyindir aku.

"bangun. kau ni baru 14 tahun. Tapi dah pandai mabuk dah pandai memandu. Kalau kena tangkap dengan polis macam mana?" bebel Shui. Aku tersengih mendengar bebelan Shui.

"Bro, kita ni memang dah wanted dah. kalau kena tangkap, polis tak pandang tau kesalahan kecil macam tu." Aku ketawa. Aduhhh bila semakin banyak aku bergerak kepala aku makin sakit. berapa botol aku minum malam tadi.

"sebab tu abang order topeng. Bila kita buat kerja kita pakai benda tu. Even muka kita dengan orang kepercayaan kita je kita tunjuk. Konco konco kita yang lain kita tak payah tunjuk. Ni, kau buat kerja ni kau pakai sarung tangan tak?" tanya Shui.
Aku mengganggukkan kepala aku.

"Everytime Levi pakai sarung tangan masa Levi dekat rumah Zander's tu. Sampai diaorang pun pelik tengok. Tapi Levi buat bodoh je." Shui mengganggukkan kepala dia.

"eh abang, Aylena mana?" tanya aku sambil aku cuba untuk bangun. Aduhh rasa macam nak hentak je kepala ni dekat dinding. sakit gila. Menyesal aku minum banyak malam tadi.

"haaa baguslah tu. Sekarang baru ingat member. Aylena dah pergi sekolah dah. Dia kejut kau macam orang gila tapi kau tak bangun bangun juga." bebel Shui. Aku ketawa.

"gelaklah gelak. kesian kat kawan tu. Dah lah masa kerja kalau dia buat silap kau tengking dia macam apa."

"haa kira okaylah tu aku tengking. Dari aku pukul dia. Macam aku pukul kau haritu. ingat tak." jawab aku. Shui menggelengkan kepalanya.

Aku akhirnya menjamah makanan yang Shui bawakan untuk aku. Abang susuan aku ni memang baik. Aku sayang gila dekat dia. Selalu aku buat nakal and bila aku hampir kene marah dengan nenek dia mesti back up aku. Aku ada dua orang abang Arthur dan Ian tetapi mereka lebih suka bidang bisnes berbanding jadi orang yang dikehendaki polis. tetapi mereka tidak kisah kerana kadang kadang mereka ada juga ikut aku pergi bekerja dan tolong aku seksa pengkhianat kumpulan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience