Bab 30

Romance Completed 22049

Bab 30 [Terakhir]

Levi POV

Dua tahun aku menghilang. Selama 6 bulan aku telah tinggal bersama Nikolay dan setelah itu aku kembali menghilangkan diri. Aku tak tahu apa yang aku cari. Tapi ketika aku berseorang diri selama ini aku telah berjaya mencapai impian aku. Merantau dunia seorang diri selama ti
ga kali.

Aylena, aku telefon dia dan dia kata ayahnya menyuruh dia berhenti dari menjadi mafia dan aku secara rela telah melepaskan dia.

Aku menunaikan janji aku dengan melindungi dia dan keluarganya dari apa apa ancaman.

Sebelum kami mematikan talian Aylena ada bertanya kepada aku tentang keberadaan aku tetapi aku hanya mendiamkan diri.

Aylena risau kerana sudah dua tahun aku menghilang.

Aku teringat kata kata Aylena semalam tentang Hendry.

"Hendry rindukan kau Levi. Setiap hari dia sebut tentang kau. Memori kau dan dia, setiap dia ceritakan. Dia nak minta maaf dengan kau Levi. Kau tak nak balik ke?" Tanya Aylena sayu. Tapi aku hanya diam.

Aku tak tahu nak buat apa. Aku sendiri tak faham kenapa aku melarikan diri sampai dua tahun lamanya.

Sejujurnya, aku terluka sangat apabila Hendry menuduh aku pengkhianat. Ketika pistolnya diacukan ke arah aku, jantung aku rasa seperti di robek oleh pisau.

Aku tahu. Tidak sepatutnya aku rasa seperti ini kerana aku juga menipu Hendry. Aku tipu dia siapa diri aku yang sebenar. Aku pukul dia, dan aku kelar leher dia. Walaupun tida sedalam mana namun aku yakin banyak darahmya keluar kerana perbuatan aku.

Aku lari tinggalkan keluarga aku, tinggalkan Hendry dan aku tinggalkan Bond. Siapa yang menguruskan Bond pun aku tidak tahu. Aku malas nak ambil tahu tentang semua tu.

Sebenarnya selama dua tahun ini aku telah berjaya membangunkan syarikat import dan eksport aku atas hasil kerjasama antara kau dan Aaron, ayah aku.

Walaupun kami bekerjasama namun aku dan daddy tidak pernah bersua secara berhadapan. Aku selalunya hanya menghantar pembantu aku Eggey untuk menggantikan aku. Aku hanya memerhatikan dari jauh ayah aku. Walaupun wajahnya sudah terdapat kedutan sedikit namun ayah aku masih kacak dan badannya juga masih tegap. Well tengoklah ayah dia siapa, Adamo. Dah tua still nampak muda. Adamo dan Antonio, sama sahaja mereka berdua itu.

Aku mengeluh berat. Aku mencampakkan telefon aku ke arah tilam aku.

Aku kemudian memandang ke arah langit melalui tingkap bilik aku yamg terbuka. Aku merebahkan tubuh di atas sofa. Secara perlahan mata aku tertutup. Akhirnya aku terlena di atas sofa tersebut.

****
Hendry POV

Selama dua tahun ini aku telah bekerja dengan Shui. Aku telah membantu Shui menguruskan Bond.

Selama dua tahun ini jugalah Levina telah menghilangkan diri. Rasa bersalah sebab aku punca Levina lari. Setiap hari nama dia wajib aku sebut. Tidak kira masa kadang kala sedang tidur pun Shui mengadu kepada aku bahawa aku ada menyebut nama Levina.

Selama dua tahun ini jugalah aku tidak permah menghentikan pencarian Levina. Aku arahkan konco konco aku untuk mencari Levina. Aku benar benar terdesak untuk berjumpa dengan dia.

Sedang leka aku berkhayal aku dikejutkan dengan suara Aaron ayah Levina.

"Hendry, berangan apa lagi. Jom kita gerak. Hari ini kau kena temankan Daddy pergi meeting." Aku tersengih pada Aaron. Daddy. Ya, selama Levina tiada ini Aaron telah memaksa aku memanggil dia daddy. Akhirnya setelah dipaksa secara lama kelamaan aku sendiri rela memanggil dia daddy. Berlatih untuk masa depan. Manalah tahukan kalau kalau Levina sudah pulang dan mahu berkahwin dengan aku.

"Sekejap daddy. Hendry nak kemaskan fail je ni." Kata aku sambil tersengih seperti kerang busuk kepada Aaron. Aaron tersenyum kepada aku lalu dia bersandar pada pintu. Menunggu aku bersiap.

"Done." Kata aku lalu melangkah menghampiri Aaron.

"Jom." Kata Aaron. Lalu kami menaiki lif menuju ke tingkat teratas dimana sebuah helikopter sudah menunggu kami.

****
Lamora Hotel and Spa.

Aku memandang nama hotel tersebut. Hotel bertaraf lima bintang itu adalah milik Aaron.

Hotel tersebut terdapat banyak cawangan hampir di seluruh dunia.

Hari ini Aku akan menemani Aaron berjumpa dengan Eggey pembantu peribadi Cik. East. Cik East adalah seorang wanita muda yang berjaya membangunkan syarikatnya secara sendiri. Khabarnya dia hidup sebatang kara.

Dua tahun yang lepas Eggey telah datang berjumpa dengan Aaron mengajak syarikat Aaron agar bekerjasama dalam penubuhan syarikat import dan eksport Cik East yang baru.

Yang aku pelik mengapa Cik East tersebut tidak pernah memunculkan dirinya. Dia seolah olah tidak wujud. bersembunyi disebalik bayang bayang Eggey kerana setiap perjumpaan yang dilakukan hanya Eggey yang ada.

Paparazi juga sudah beberapa kali mengekori Eggey untuk mendedahkan wajah sebenar Cik East yang amat terkenal itu tetapi mereka tetap gagal.

Aku dapat tahu tentang semua ini pun kerana salah seorang pekerja Cik East yang sedang mabuk di kelab malam. Dia bercakap dengan temannya yang turut mabuk pada ketika itu.

Sikap cik East ini mengingatkan aku kepada Levina yang suka berahsia dan gemar menyembunyikan dirinya di sebalik topeng putih itu.

"Apa khabar Tuan Aaron, Tuan Hendry." Kata Eggey sebaik sahaja dia tiba di hadapan kami. Eggey menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kami dan aki dengan rela menyambut hulurannya itu.

"Jemputlah duduk." Pelawa Aaron. Kami duduk lalu kami memesan minuman. Sementara menunggu pesanan kami sampai kami berbual bual kosong.

"Cik East sihat, Eggey?" Tanya Aaron.

Eggey tersenyum.

"Cik East sihat, cuma sekrang ini dia semakin sibuk kami semakin jarang dapat berjumpa."

"Bukan dia memang sentiasa sibuk ke?" Tanya aku. Eggey memandang aku.

"Sebelum ni dia memang sibuk tapi sejak kebelakangan ini dia semakin sibuk. Risau juga saya lihat dia. Takut pula kalau kalau dia jatuh sakit." Kata Eggey Riak wajahnya menunjukkan dia benar benar risau dengan keadaan kesihatan Cik East.

"Kau sukakan dia ke Eggey?" Tanya aku serkap jarang. Eggey tersenyum seketika kemudian wajahnya menjadi muram.

"Dia dah berpunya." Kata Eggey. Aku mengganggukkan kepala.

Eggey memandang aku lama sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah air pancuran di tengah tengah lobi.

****
Levi POV

Aku mengerutkan dahi apabila aku mendengar kata kata Eggey. Dia suka aku? Gila ke apa.

Aku menundukkan kepala memandang telefon aku. Aku kini sedang duduk di meja belakang Eggey. Aaron dan Hendry dapat melihat belakang tubuh aku dengan senyap.

Setiap kali aku menugaskan Eggey berjumpa dengan daddy aku pasti akan duduk berhampiran dengan mereka namun tidak sehampir ini.

Eggey sengaja memilih tempat duduk yang berhampiran dengan aku. Memang sengaja cari pasal dengan aku. Dah lah Hendry pun ada juga.

Terkejut aku apabila Aku dengar suara Hendry turut ada dalam perbincangan kali ini.

Aku cuba untuk melihat dia tetapi aku takut sekiranya penyamaran aku terbongkar. Aku tak nak. Aku belum bersedia lagi.

Tentang aku sebagai Cik East juga aku aku tidak mahu bongkarkan lagi. Sudah lama aku menyamar menjadi Cik East. Media memang sudah tahu akan kewujudan aku. Seorang billionaire muda. Aku bermula mencemuri bidang korporat ini ketika aku berumur 18 tahun. Sambil menguruskan Bond sambil itu jugalah aku menguruskan syarikat aku. Bermula daripada bidang penghotelan, diikuti dengan pakaian dan akhir sekali import dan eksport yang aku gabungkan bersama syarikat ayah aku. The East Group Company yang aku bangunkan seorang diri tanpa bantuan ataupun pengetahuan keluarga aku.

Aku merahsiakan semua ini kerana aku takut sekiranya Antonio ataupun Adamo marah. Aku tahu mereka mahu aku fokus pada Bond tetapi aku juga ada cita cita dan impian. Kerana itulah aku telah melakukan semua ini secara senyap senyap. Malah aku merahsiakan identiti aku dari pihak media.

Setelah agak lama aku mendengar perbualan mereka aku tidak dapat menahan lagi perasaan aku. Aku tak sanggup mendengar suara daddy dan Hendry lagi. Aku tiba tiba berasa sebak. Aku mengeluarkan beberapa not wang kertas dan aku letakkan di atas meja. Setelah itu aku lantas bangun dan menuju ke parking kereta. Sempat juga aku melihat ke arah Hendry. Tubuh Hendry agak kurus berbanding dahulu. Aku juga nampak parut panjang di lehernya. Walaupun halus tetapi aku dapat melihatnya dengan jelas kerana akulah yang menyebabkan parut itu ada di leher Hendry.

****
Hendry POV

Aku berjalan di sekitar taman sambil menghilangkan penat setelah aku berlari 5 kilometer tanpa henti.

Aku berjalan ke arah tengah tengah padang yang menghijau. Waktu sekarang masih lagi awal. Keadaan sekarang masih lagi sunyi dan senyap. Masing masing mungkin masih belum bangun dari tidur.

Semakin hampir aku di tengah padang semakin jelas mata aku menangkap susuk tubuh seseorang sedang terbaring di tengah padang.

Perlahan sahaja aku menghampiri tubuh wanita yang sedang terbaring kaku itu.

Aku berhenti melangkah apabila aku terlihat wajah wanita tersebut.

Jantung aku berdegup laju, tangan aku menggigil. Tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ini.

Aku genggamkan tangan aku. Cuba mengumpul kekuatan, aku melangkah perlahan menghampiri tubuh itu sehinggalah aku berhenti jarak antara kaki aku dan tubuh wanita tersebut hanyalah beberapa inci.

Aku memandang wajah wanita yang sedang memejamkan matanya itu.

Levina.

Aku menelan liur aku kesat. Mata aku masih lagi ralit memandang wajah Levina yang semakin matang itu.

Levina tidak menyedari kehadiran aku kerana matanya sedang terpejam dan telinganya disumbat dengan earphone.

Aku melihat pakaian Levina. Dia memakai pakaian sukan. Mesti dia turut bersenam di taman ini tadi.

Aku mencangkung disebelah Levina. Perlahan sahaja pergerakkan aku.

Aku memerhatikan lagi wajah Levina. Dia masih lagi tidak sedar akan kehadiran aku.

Aku menggerakkan tangan aku kearah earphone di telinganya. Aku sudah nekad.

Aku kemudian mencabut dengan perlahan earphone di telinganya. Levina membuka mata perlahan sama perlahan dengan pergerakan tangan aku. Mata aku masih lagi memandang dia.

Levina memandang aku. Wajahnya tenang sahaja. Kami bertentang mata buat seketika. Aku memandang dia resah.

"Tolonglah jangan lari lagi." Pinta aku apabila Levina hanya mendiamkan dirinya. Levina masih kekal dengan riak wajah tenangnya itu.

****
Levi POV

"Tolonglah jangan lari lagi." Rayu Hendry pada aku. Aku diam
Masih lagi mengekalkan riak wajah tenang aku. Padahal jantung aku saat ini berdegup dengan tersangat kencang sekarang ini. Dia kata jangan lari tapi sekarang ini aku rasa macam nak lari. Tak dapat lari bergolek pun jadilah asalkan aku dapat menjauhkan diri aku dari dia.

Aku kemudian bangun dan duduk. Aku mengeluarkan telefon bimbit aku. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat sekarang ini. Nak lari tapi sekarang ini tangan aku sudah di pegang kemas oleh Hendry.

"Nak apa?" Tanya aku perlahan. Hendry duduk di sebelah aku namun tangannya masih erat memegang tangan aku.

"Jangan lari lagi. Tolong Levina." Rayu Hendry. Aku memandangnya yang sedah membuat wajah sayu.

Namun aku hanya diam. Aku kemudian bangun dari duduk aku. Tangan aku masih lagi tidak lepas dari pegangan Hendry. Hendry turut bangun dari duduknya.

Aku cuba untuk melepaskan pegangan tangan Hendry tetapi gagal.

"Sakitlah." Kata aku bengang. Hendry serta merta melepaskan tangannya.

"Sorry." Kata Hendry. Lalu dia memeluk pinggang aku pula.

"Kau dah kenapa?" Bentak aku apabila pinggang aku dipeluk oleh Hendry.

"Aku tak nak kau lari." Kata Hendry.

Aku menggelengkan kepala aku. Mamat ni kan.

"Lepaskan aku." Kata aku dengan gigi yang aku ketap. Hendry menggelengkan kepalanya.

"Tak nak." Kata Hendry berdegil. Aku memukul kuat tangan Hendry.

"Tak nak!" Kata Hendry lagi. Aku mendengus kuat lalu aku berjalan menuju ke kereta aku. Langkah aku diekori oleh Hendry. Lalu apabila aku sudah menghampiri kereta aku mengeluarkan kunci kereta aku. Secara tiba tiba kunci kereta aku dirampas oleh Hendry. Aku memandamg Hendry bengang namun Hendry hanya buat muka selamba sambil dia menekan punat untuk membuka kereta.

"Aku drive." Kata Hendry. Aku hanya diam. Cuba mengawal kemarahan aku.

Hendry memandu sehingga tiba di hotel daddy, Lamora Hotel and Spa.

Aku menelan liur aku kesat. Mamat ni memang sengaja. Hendry keluar dari kereta lalu dia membantu aku dengan membuka pintu kereta untuk aku.

Aku hanya diam. Aku tak nak keluar sekarang. Aku melihat jam di tangan kiri aku.

"Keluarlah sayang...." kata Hendry. Aku tetap diam. Hendry lalu menarik tangan aku lembut. Hendry tidak pernah berkasar dengan aku. Dari dahulu layanan dia terhadap aku tetap sama.

Setelah ditarik barulah aku keluar dari kereta. Kami melangkah ke cafe hotel. Manik manik peluh sudah mula kelihatan di dahi aku.

Secara tiba tiba aku berhenti. Hendry memandang aku pelik.

"Kenapa ni? Jomlah aku nak bawa kau jumpa daddy. Kau tak rindu ke dekat daddy kau?" Tanya Hendry.

"Rindu tu rindulah. Tapi...." kata kata aku tiba tiba terhenti sebaik sahaja aku terdengar suara seseorang sedang memanggil aku.

"Cik East!" Kata Eggey. Aku mengigit bibir. Hendry di sebelah aku memandang Eggey dan aku tidak percaya. Aku lihat sekejap dia memandang aku dan sekejap dia memandang Eggey.

"Saya ingatkan cik kata cik tak sempat nak singgah sini. Cik kena melawat tapak hotel yang baru dekat New York kan hari ini." Kata Eggey. Dia semakin menghampiri aku namun dia masih lagi tidak perasan akan kehadiran Hendry yang sedang berdiri di sebelah aku kerana Hendry sedang berdiri di sebalik tiang.

"Eggey..." kata aku perlahan. Eggey berhenti betul betul dihadapan aku dan ketika itulah baru dia ternampak Hendry sedang memandang dia tajam.

"Worst. Day. Ever." Kata aku perlahan. Apabila aku baru perasan bahawa Aaron sedang menghampiri aku, Hendry dan Eggey.

****
Antonio POV

Dua tahun dia menghilang akhirnya Levi balik semula ke rumah ini. Dia balik tanpa rela. Aku lihat dia di tarik oleh Hendry untuk masuk kedalam rumah.

Dengan muka tidak bersalahnya dia hanya masuk ke rumah lalu terus naik ke biliknya di tingkat atas. Aku dan keluarga aku yang lain hanya tercengang memandang Levi. Sekarang ini kami semua sedang berdiri di hadapan bilik Levi menunggu dia keluar dari biliknya.

Freddy apabila mendengar bahawa Levi sudah balik serta merta dia datang ke rumah aku untuk berjumpa dengan Levi tetapi Levi hanya berkurung di dalam bilik.

Kami semua menunggu dalam keadaan resah. Sehinggalah tiba tiba pintu bilik terbuka dari dalam.

Levi keluar dari bilik sambil tangan kanannya memegang telefon di telinga dan tangan kirinya terdapat rokok yang masih menyala di kepitkan di celah jarinya. Kelihatan tuala di letakkan di lehernya mungkin dia baru sahaja selesai mandi.

Kami semua memandang Levi
Levi juga turut memandang kami. Percakapannya terhenti buat seketika. Levi memandang kami sekilas sebelum dia bersandar pada pintu lalu dia menyambung perbualannya.

"Aku nak kau hantar fail tu sekarang. Macam mana pula boleh salah hantar barang dekat klien. Hantar sekarang Eggey, sebelum aku mengamuk." Setelah itu Levi diam seketika.

"No. Sekarang. Alasan aku jauhlah, tiket kapal habislah. Naik kapal aku lah. Buat apa aku beli kapal terbang persendirian kalau tak pakai." Levi sudah kedengaran marah. Dia menyedut rokoknya perlahan lalu dia menghembuskan kembali asap rokonya ke udara.

Kami semua hanya memerhatikan dia dengan diam. Tidak mahu membangkitkan lagi kemarahannya.

Levi memandang kami dengan wajahnya yang kelihatan sedikit merah akibat marah.

"No excuse Eggey! Helikopter akan sampai di apartment kau lima minit lagi dan akan bawa kau terus ke lapangan terbang. Aku nak benda ni selesai esok juga!" Arah Levi dengan suaranya yang kuat.

Setelah itu Levi mematikan talian telefonnya. Levi tersenyum pada kami semua. Rokoknya di hisap sekali kagi sebelum di matikan.

"So, apa khabar semua?" Kata Levi ceria. Kami semua memandangnya pelik. Seriuslah budak ni. Dah lari dari rumah boleh pula dia buat muka tak bersalah.

Levi tersenyum sambil berpeluk tubuh. Tubuhnya masih di sandarkan pada pintu.

"Levi sihat?" Tanya aku lembut.

Levi tersenyum ceria.

"Sihat je." Kata Levi. Lalu kami semua diam. Levi masih tersenyum tetapi setelah aku perhati sebenarnya Levi sedang tersenyum sinis pada kami.

"Bond macam mana. Aku tak pernah dengar berita tentang Bond pun sekarang ni." Tanya Levi.

"Aku handle." Kata Shui. Levi hanya memandang Shui dengan pandangan yang susah di tafsirkan.

"Dengan Hendry." Kata kata Shui buat Levi terkejut. Levi memandang Hendry. Secara tiba tiba Levi ketawa. Dia ketawa sinis.

"Freddy, anak kau handle Bond. Kau tak nak bunuh dia ke?" Tanya Levi sinis sambil ketawa. Freddy dan Hendry hanya diam.

"Levi aku tahu kau marah. Aku nak minta maaf dengan kau sebab aku bertindak secara melulu. Aku tidak siasat dulu. Engkau. Walaupun Bond dan Markolav berperang dahulu, kau langsung tidak pernah bunuh kami semua. Kau hanya mencederakan kami hanya untuk memastikan yang identiti kau tidak terdedah. Kau lakukan semua ni untuk Adamo, untuk Antonio, untuk King's. Aku minta maaf sebab lambat sedar tentang ni semua. Aku minta maaf Levina." Kata Freddy.

"Dua tahun Levi, dua tahun kami cari kau. Aku dan anak aku Hendry betul betul minta maaf dengan kau. Kami sedar. Kami yang bersalah." Sambung Freddy lagi. Wajah Levi kembali serius.

"Levi, datuk tak minta banyak. Tolonglah Levi. Maafkan Mereka. Mereka betul betul menyesal." Rayu aku.

Levina menghela nafasnya berat.

"Aku memang dah lama maafkan kau orang. Tak payahlah nak buat drama sangat waktu waktu macam ni." Kata Levi. Aku terkejut mendengar kata kata Levi.

"Kau dah lama maafkan?" Tanya Hendry menginginkan kepastian. Levi hanya mengganggukkan kepalanya.

"Habis, selama ni kenapa kau lari?" Tanya Shui. Aku lihat Shui juga sedang terkejut.

"Selepas puas aku berfikir dalam bilik tadi, baru aku sedar. Aku pun tak tahu kenapa aku lari. Aku minta maaf kalau aku susah kan kau orang. Yelah, sebab aku kelar Hendry, lepas tu aku lari. Aku minta maaf." Kata Levi. Aku terkejut melihat Levi begitu senang meminta maaf. Bukan dia ni ego ke? Patut pun bukan main lama lagi dia berkurung dalam bilik. Tengah memikirkan alasan rupa rupanya.

"Er, Levi. Kau serius ke kau minta maaf? Bukan kau ni susah ke bab bab nak meminta maaf dari orang. Kau tak ada apa apa muslihat kan ni?" Tanya Adamo tiba tiba. Levi memandang Adamo dengan dahi yang berkerut.

"Aku ikhlas kot minta maaf. Kau nak aku buat perangai betul betul ke?" Tanya Levi bengang. Kami semua serentak menggelengkan kepala. Levi tersenyum.

Aku menghela nafas lega. Akhirnya, Levina sudah pulang ke rumah.

****
Levina POV

Aku menghabiskan masa aku dengan meneliti fail berkenaan Bond. Selama dua tahun reputasi Bond semakin baik. Ehem.. baik dari segi kewangan dan anggota kami juga sudah bertambah.

Setelah itu aku melihat Bond juga sudah mempunyai ramai sekutu yang berpihak kepada kami. Sekutu King's yang telah mengkhianati King's dahulu kini merayu untuk bekerjasama dengan Bond tetapi permintaan mereka di tolak kerana mereka dianggap pengkhianat. Mana mana kumpulan yang cuba melawan Bond akan dihapus.

Perniagaan Bond semakin maju. Aku tersenyum sendiri. Lalu aku memegang topeng wajah aku.

Tiga bulan sudah berlalu semenjak aku pulang ke rumah. Aku kini sudah kembali menguruskan Bond. Tetapi tumpuan aku lebih kepada syarikat milik aku. Bond sudah mencapai targetnya. Iaitu menjadi kumpulan paling berkuasa dari mana mana kumpulan yang ada.

Aku sudah mula berfikir untuk meninggalkan kerja kotor aku dan hanya fokuskan pada syarikat aku.

Tetapi dihalang oleh Adamo.

Malam ini aku akan menyatakan hasrat aku untuk berhenti dari Bond. Aku nak cuci tangan.

Bond aku boleh serahkan kepada Shui atau abang abang aku. Mereka mesti akan faham keadaan aku sekarang ini.

Pintu pejabat aku dibuka dari luar kelihatan Hendry sedang melangkah menghampiri aku dengan senyuman di wajahnya dan bunga di tangannya.

"Hai sayang! Buzy ke." Aku memandang Hendry sinis. Mamat ni, dah lah tak pakai topeng dalam markas lepas tu siap bawa bunga sambil tersengih sengih macam kerang busuk lagi. Aku menggelengkan kepala aku.

"Peraturan di dalam markas kena pakai topeng. Yang kau bebas berjalan dalam markas tanpa topeng ni kenapa?" Soal aku sinis. Hendry menjeling aku. Oh my, aku tak pernah bosan dengan mata hijau dia ni.

"Nah." Kata Hendry sambil menghulurkan sejambak bunga kepada aku. Aku menjeling dia. Hendry nampaknya hanya mengabaikan kata kata aku.

Aku hanya diam tidak berkutik. Mata aku tajam memandang dia walaupun aku tahu dia tidak akan nampak mata aku.

"Ambillah. Susah susah aku belikan untuk kau tahu tak.." kata Hendry. Aku mengambil jambangan bunga ditangannya itu. Aku pegang menggunakan kedua belah tangan aku.

Hendry tersenyum lebar apabila aku menggambil bunganya itu.

"Keluar dinner jom malam ni." Ajak Hendry.

"Kita ada dinner dengan family malam ni." Kata aku perlahan. Lalu aku membuka topeng aku dan aku letakkan di atas meja.

"Kata dalam markas kena pakai topeng." Hendry menyindir aku. Aku menjegilkan mata aku ke arahnya.

"Okay okay. Aku minta maaf." Kata Hendry sambil menahan ketawa apabila dia melihat aku sedang marah.

"Kalau esok kita keluar okay tak?" Tanya Hendry lagi.

"Aku ada kerja dengan Eggey esok." Kata aku perlahan. Aku perasan wajah Hendry yang tadi ceria kini perlahan lahan berubah masam.

Mamat ni nak keluar dengan aku kerana dua hari lagi dia akan menemani Shui pergi melawat gudang kami di Jepun. Sebab tu sekarang ni dia beria ria nak ajak aku keluar makan malam, dia tidao tahu bola dia akan pulang semula. Mungkin sekejap mungkin lama.

"Tapi esok lunch aku free." Kata aku perlahan. Aku kesian kan Hendry sahaja. Sebenarnya esok aku ada meeting tetapi demi Hendry aku akan batalkan meeting aku esok.

Wajah Hendry yang tadi muram kembali ceria. Dia menghampiri aku lalu dia terus mencium dahi aku. Tubuh aku dipeluknya erat.

"Aku tahu esok lunch kau ada meeting. Jangan batalkan meeting tu semata sebab aku Levi." Kata Hendry perlahan lalu dia berlalu keluar dari pejabat aku. Aku memandang pintu yang sudah ditutup oleh Hendry itu.

"Apa kena dengan mamat tu. Haishh..." bebel aku seorang diri.

****
Hendry POV

Tiga minggu telah berlalu semenjak aku kali terakhir berjumpa dengan Levina. Akhirnya hari ini aku telah pulang semula ke tanah air aku.

Setiap hari aku akan teringatkan dia dan setiap kali itu lah dia akan menelefon aku untuk bertanyakan khabar atau berbual dengan aku. Seolah olah tahu bahawa aku sedang rindukan dia.

Levi telah banyak berubah. Walaupon dia tetap dingin namun dia sudah mula pandai menunjukkan emosi dia. Lagi lagi ketika dia merajuk dengan aku. Sungguh tak pernah aku lihat dia merajuk tetapi baru baru ini dia telah merajuk dengan aku kerana aku mengatakan perempuan lain cantik. Dahulu jika aku berpeluk dengan wanita lain dia hanya akan diam. Aku gembira dengan perubahan dia walaupun kadang kala aku rasa sengsara juga.

Sedang leka aku berkhayal tiba tiba telefon aku berbunyi.

"Helo.."

"Hendry, kau dekat mana?" Tanya Levina dengan suaranya yang kedengaran penat seolah olah dia sedang berlari.

"Aku dekat parking Owl." Ya memang aku sedang berada di Owl kerana Shui ingin mengambil barangnya di pejabatnya di dalam Owl. Aku hanya menunggu Shui di dalam kereta kerana Shui kata dia hanya sekejap sahaja.

"Kau masuk dalam sekarang Hendry!" Arah Levina. Aku terkejut kerana Levina berkata begitu.

"Kenapa ni Levina." Tanya aku sambil keluar dari kereta.

"Kau masuk je ke dalam Owl! Sekarang Hendry!" Jerit Levi. Serentak itu sebuah kereta hitam datang dan mula menembak ke arah aku. Baru aku faham kenapa Levi menyuruh aku masuk ke dalam owl.

Tanpa membuang masa aku terus berlari ke arah pintu Owl. Tetamu yang sedang beratur untuk.memasuki owl semuanya bertempiaran lari.

"Ahh! Hishh...." bahu kanan aku ditembak.

"Kenapa Hendry?" Tanya Levina. Nampaknya dia masih berada di dalam talian tapi aku dapat dengar dengan jelas Levina sedang berlari.

"Aku ditembak." Kata aku perlahan. Aku sedang menahan sakit.

"Shit. Aku on the way. Kau bertahan okay. Aku datang." Kata Levina lalu dia mematikan talian.

"Hendry, apa ni?" Tanya Shui. Dia dari tingkat atas segera berlari turun ke arah aku. Shui memegang bahu kanan aku. Pengunjung yang berada di dalam kelab mula berlari keluar. Suasana yang bising tadi kini bertukar sepi. Hanya kedengaran bunyi bising tembakan di luar Owl.

"Aku kena serang." Kata aku perlahan. Shui membuka sweaternya lalu menekap baju tersebut pada luka aku.

Kemudian Shui mengeluarkan pistolnya. Aku lihat konco konco Shui juga sudah bersedia dengan senjata mereka masing masing.

Pintu utama Owl dibuka oleh Mike. Kemudian satu tembakan dilepaskan dan mengenai lengan Mike. Tetapi Mike tidak mengalah. Dia lalu berlindung di sebalik kereta dan mula menembak. Konco konco Shui juga mula keluar dan membalas tembakan.

Shui berlindung di sebalik pintu dan turut melepaskan tembakan juga.

Aku duduk di sofa panjang. Tangan kanan aku walaupun sakit sedanh memegang pistol. Aku cuma sedang mengumpulkan kekuatan untuk mula menembak sahaja.

Aku melihat ke arah tangga. Pejabat Shui di atas dan terdapat tingkap yang menghala ke arah parking. Aku segera naik ke tingkat atas. Aku lalu buka tingkap pejabat Shui. Lalu aku tunduk untuk melindungi diri aku.

Setelah aku mengenalpasti mangsa aku. Aku mula menembak secara bertubi tubi. Tiga orang rebah. Setelah itu terdapat pula tembakan yang menghala ke arah aku. Aku dengan segera melindungi diri aku dengan menundukkan diri aku. Aku kini sedang bersandar pada dinding. Tiba tiba pintu pejabat Shui dibuka dari luar. Kelihatan Levina masuk sambil membawa pisau lipatnya.

Levina tanpa berkata apa apa terus mencapai bahu kanan aku dan dia mula mengeluarkan peluru yang masih berada di dalam bahu aku.

Aku menjerit kesakitan tetapi Levina mengambil dompet aku lalu diletakkan di dalam mulut aku.

"Gigit kalau sakit sangat." Kata Levina tegas. Lalu Levina menyambung semula kerjanya.

Aku menahan sakit aku dengan menggigit dompet aku.

Seketika kemudian Levina berjaya mengeluarkan dua butir peluru dari bahu kanan aku.

Peluru tersebut dicampakkan ke dalam tong sampah.

"Aku balut dahulu luka kau. Jahitnya kemudian. Aku nak settlekan makhluk tak guna dekat luar sana tu dahulu." Kata Levina. Kemudian Levina memandang ke arah tingkap. Levina menundukkan dirinya sedikt. Berlindung dari ditembak.

"Eggey!" Panggil Levina setelah itu Eggey datamg sambil membawa sebuah beg besar di belakangnya.

Eggey membuka beg tersebut. Senapang raifal jarak jauh dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Levina.

Tanpa memandang Eggey Levina hanya mencapai senapang yang dihulur oleh Eggey. Dia lalu membidik ke arah musuh. Setelah itu Levina menarik picu.

Satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

"Done." Kata Levina lalu dia meletakkan senjata tersebut di atas meja.

Lima tembakan dilakukan oleh levina.

Aku melihat ke arah luar tingkap. Senyap. Terdapat juga jasad yang sudah mati terbaring di parking. Aku memandang Levina yang kini sudah berada di pintu. Dia melihat lihat ke arah luar pintu sebagai langkah berjaga jaga.

Eggey membantu aku bangun.

Kami bertiga bersama sama berjalan menuju ke tingkat bawah. Tiba tiba satu das tembakan dilepaskan dari arah belakang kami. Nasib baik tidak kena. Aku kemudian menembak si penembak kami. Dua kali tembakan akhirnya dia mati.

"Mari cepat." Kata Levina sambil menarik tangan aku.

Levina membawa aku turun tetapi belum sempat aku menjejakkan kaki aku pada tangga Levina sudah menolak aku agar aku tidak turun. Dari sudut aku sekarang ini aku dapat lihat Shui sedang bersembunyi di sebalik sofa.

Levina sedang bersedia dengan senjata di tangannya. Wajahnya ketika ini kelihatan serius. Jujur aku tak pernah lihat dia macam ni.

Satu das tembakan dilepaskan oleh Levina. Tepat mengenai kepala salah seorang musuh yang sedang bersembunyi di belakang bar.

Setelah itu tembakan dilepaskan menghala Levina tetapi hanya mengenai besi tangga di sebelah Levina.

Levina turun untuk mendapat pandangan yang lebih jelas. Setelah itu berdas das tembakan di lepaskan. Semuanya menghala ke arah Levina.

Levina yang sedar dirinya bakal ditembak segera melompat turun untuk berselindung bersama Shui disebalik sofa.

Aku terkejut memandang Levina yang perutnya sudah berdarah. Dia terkena tembakan. Aku ingin pergi ke arahnya namun tembakan dilepaskan semula menghala ke arah aku. Aku segera naik semula bersembunyi bersama Eggey.

"Stay sini je Hendry." Kata Eggey aku memandang Levina dan Levina memandang aku dengan memberi isyarat supaya aku tidak bergerak dari tempat aku.

Levina mengeluarkan bom tangan lalu dia membaling ke arah pihak musuh. Shui memandang Levina dan levina memandang ke arah shui.

"Fire In The Hole!" Jerit Levina lalu seluruh konco Bond yang ada di dalam kelab berlari untuk melindungi diri mereka. Levina dan Shui segera menarik aku ke pintu belakang kelab. Belum sempat kami keluar dari kelab bom telah meletup. Aku, Eggey, Shui dan Levina tercampak terus keluar dari kelab.

Tubuh aku terhempas pada kereta. Levina tubuhnya terhempas pada dinding dan kepalanya aku lihat berdarah. Tangannya yang masih memegang pistol memegang perutnya menahan darah dari terus mengalir keluar.

Aku menghampiri Levina yang sedang bersusah payah untuk cuba berdiri.

Tangannya masih memegang perutnya yang ditembak tadi.

"Levina, bangun perlahan lahan." Kata aku sambil aku membantu dia berdiri.

Akhirnya setelah bersusah payah dia berjaya berdiri.

"Jom gerak sebelum lebih ramai yang datang." Kata Levina. Lalu kami melarikan diri jauh dari Owl.

****
Levi POV

Kami berlari menuju ke kereta aku yang terletak beberapa blok dari bangunan Owl. Di sambil itu aku memegang perut aku yang ditembak. Sakitnya bukan main. Peluru masih lagi tertanam di dalam tubuh aku.

Aku kena segera pulang ke rumah. Katya boleh membuang peluru di dalam tubuh aku ini. Aku tak mampu buat sendiri memandangkan yang ditembaknya aku. Kalau Hendry aku masih lagi mampu keluarkan. Tapi untuk melakukan kepada tubuh aku sendiri aku tidak sanggup.

Aku sudah nampak kereta aku tetapi secara tiba tiba aku terdengar bunyi tembakan. Dengan segera kami semua bersembunyi di sebalik dinding.

Aku mengepal penumbuk. Ikutkan hati aku mahu sahaja membunuh mereka semua tetapi dengan kelengkapan senjata yang tidak mencukupi menyukarkan aku. Ditambahkan lagi sekarang ini kami berada di tempat awam. Gila ke nak membunuh dekat sini.

Aku menghampiri kereta aku. Aku terpaksa merangkak kerana melindungi diri aku ditembak.

Aku membuka pintu belakang kereta lalu aku masuk. Aku mencapai sebuah beg besar. Sempat aku melihat Shui, Eggey dan Hendry. Mereka sedamg berbalas tembakan dengan pihak musuh.

Aku mengeluarkan selaras raifal sniper dari beg tersebut lalu dia keluar dari kereta. Aku berlindung di sebalik pintu kereta. Lalu aku menganalisis jumlah musuh yang ada.

"Sepuluh.." aku bersuara perlahan. Lalu aku melihat ke arah Shui, Eggey dan Hendry. Satu tembakan dilepaskan oleh mereka bertiga. Tiga orang tumbang dan akhirnya mereka terduduk lemah. Mereka sudah kehabisan peluru. Tanpa berfikir panjang aku terus mula membidik ke arah musuh yang mana serangan menanti serangan balas daripada aku.

Tujuh lagi musuh perlu ditumbangkan.

Melawan aku seorang bersama Selaras raifal sniper yang kini hanya tunggu untuk aku menarik picu.

Aku menghela nafas berat. Mata aku pejamkan. Untuk kali yang terakhir. Ini adalah yang terakhir. Kali terakhir aku akan mengotorkan tangan dan selepas itu aku akan memulakan hidup yang baharu.

Aku buka semula mata aku. Akhirnya aku menarik picu buat kali yang terakhir.

****

Empat tahun kemudian..

"Micah Nak ikut daddy ke nak ikut mummy? Kalau Micah ikut daddy, daddy boleh belikan mainan untuk Micah." Tanya Hendry sambil dia mendukung Micah yang berusia tiga tahun. Micah yang sedang memegang topeng putih Bond milik Hendry mencebik pada Hendry.

Aku hanya nemerhatikan mereka berdua melalui biasan cermin sambil aku bersiap untuk pergi ke pejabat. Aku kini sudah berhenti dari menguruskan Bond namun Hendry telah menggantikan aku bersama sama dengan Shui.

"Tak best ikut daddy. Senua orang pakai topeng Micah nak cam daddy pun susah. Lepas tu semua yang ada dekat office daddy semua lelaki. Micah nak perempuan. Boleh manja manja dengan diaorang. Boleh dia orang suapkan Micah makan masa mummy meeting." Kata Micah sambil tersengih gatal. Aku mengerutkan dahi. Eii budak ni, sebijik perangai daddy dia. Gatal.

Aku memusingkan tubuh menghadap mereka yang kini sedang duduk di atas tilam. Aku berpeluk tubuh sambil memandang Micah yang sedang tersengih seperti kerang busuk kepada aku.

"Micah.. kecil kecil dah gatal... nak kene ni." Kata aku sambil cuba bergurau dengan Micah. Wajah aku seriuskan. Micah memandang aku dengan mata bulatnya. Senyumannya hilang. Dia lalu memeluk leher Hendry.

"Tak jadi nak ikut mummylah. Ikut daddy lagi best." Kata Micah pelat. Aku dan Hendry ketawa melihat telatah anak kami yang nakal itu. Micah pun turut ketawa bersama kami.

"Hmph, rugi Micah tak ikut. Aunty Aylena ada tau.." kata aku sengaja memancing Micah. Aku tahu Micah sukakan Aylena kerana aku pernah dengar dia kata yang dia mahu berkahwin dengan Aylena apabila sudah besar nanti. Hai lah budak kecil ni. Gatal, miang macam daddy dia.

Micah tersenyum meleret sambil memandang ke arah aku.

Aku mengerutkan dahi. Eii, gatalnya budak ni... geram pula aku.

Hendry ketawa melihat riak wajah aku. Dia lalu melepaskan Micah yang ingin turun dari pangkuannya.

Micah berlari ke arah aku. Dia lalu memeluk kaki aku. Aku menjeling dia lalu aku menjeling Hendry pula. Aku mengecilkan mata aku ketika melihat Hendry yang sedang tersengih.

"Baguslah, anak ikut perangai awak. Gatal." Kata aku sinis lalu aku mendukung Micah dan berlalu pergi meninggalkan Hendry yang sedang ketawakan aku.

Ketika aku mendukung Micah otak aku ligat berfikir akan tawaran Antonio dua hari yang lepas. Tawaran mengajak aku untuk menyerang sebuah markas milik musuh Bond dan King's. Aku tersenyum sinis.

4 tahun aku tak buat kerja kotor aku. Tiba tiba sahaja Adamo mengajak aku kembali bekerja. Hmm, tak tahulah. Kena tanya Hendry dahulu. Tapi kalau sekali sekala aku buat come back pun tak salahkan.

Aku kemudian masuk ke dalam limousin yang sudah menunggu aku di hadapan rumah. Bibir aku tidak lekang dari senyuman sinis yang sudah lama aku tidak ukirkan di bibir aku ini. Jawapan dah ada hanya menunggu kebenaran dari sang suami.

Suami ohh suami nak tak nak kau kena setuju juga.

***************TAMAT**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience