Bab 20

Romance Completed 22049

Bab 20

Levi POV

Aku melambai Hendry buat kali terakhir sebelum aku menaiki kereta. Hendry kelihatan sangat sedih sekarang ini. Aku telah ditugaskan oleh Adamo untuk melihat lihat kawasan King's di Russia. Aku perlu berangkat hari ini meninggalkan Hendry seorang diri. Hendry tidak dapat menghantar aku sampai ke airport kerana dia terlalu buzy merancang serangan besar besaran terhadap Bond.

Setengah jam aku memandu akhirnya aku sampai di lapangan terbang. Aku memarking kereta aku bersebelahan dengan kereta sport 2017 GTR yang berwarna silver.

Aku keluar dari kereta tersebut serentak dengan pemandu pemilik kereta tersebut. Perempuan tersebut mempunyai ketinggian, pakaian dan rambut yang sama dengan aku. Cuma yang membezakan kami dia memakai face mask warna hitam. Aku memandang dia penuh makna. Lalu aku membuka pintu belakang mengambil beg pakaian aku sambil aku buka jaket biru aku dan campakkan kedalam beg pakaian aku. Aku membawa keluar beg pakaian aku lalu menutup pintu SL65 AMG hitam aku.

Aku berjalan menuju ke kereta 2017 GTR tersebut dan secara tiba tiba pemilik kereta tersebut mengambil beg pakaian aku lalu berlalu pergi. Aku pula dengan selamba menghampiri pintu pemandu kereta berwarna silver tersebut dan aku masuk ke dalam kereta tersebut. Aku ikat rambut aku yang panjang itu lalu aku pakai topi yang sudah tersedia ditempat duduk sebelah pemandu. Aku pakai pula jaket berwarna hitam dan menukar kasut tinggi aku kepada kasut boot berwarna hitam. Cermin mata hitam aku pakai lalu menghidupkan enjin kereta. Aku menekan minyak beberapa kali sengaja ingin mendengar bunyi kereta aku mengaum sebelum aku mula berlalu pergi meninggalkan kawasan parking tersebut.

****
Hendry POV

Setelah konco konco aku kata bahawa Levina selamat menaiki kapal terbang barulah aku boleh menyambung tugas aku dengan tenang. Bukan apa. Aku cuma risau jika ada sesuatu terjadi pada Levina.

Esok aku akan menyerang Bond di markas mereka yang utama. Aku yakin yang aku akan berhadapan dengan Lev leader Bond secara berhadapan.

Aku menyandarkan tubuh aku pada penyandar kerusi aku. Esok harinya. Hari dimana akan menentukan siapa ketua. Bond dan Markolav telah setahun berperang sesama sendiri dan kini sudah tiba masa untuk mengakhirinya. Bila aku memikirkan semula, disebabkan Bond jugalah aku akhirnya dapat bersama dengan Levi semula. Hampir setahun kami bekerjasama dan aku dan Levi sudah berani hendak meneruskan hubungan kami dengan lebih serius.

Sedang aku sibuk berfikir tiba tiba pintu pejabat aku diketuk dari luar. Apabila aku telah memberi kebenaran masuk barulah pintu dibuka dari luar.

"Hendry, buzy ke?" Tanya Adamo. Aku tersenyum pada Adamo dan bangun menuju ke sofa.

"Eh takdelah. Masuklah Adamo. Jemput duduk." Pelawa aku. Adamo duduk disofa berhadapan dengan aku.

"Aku nak cakap ni. Esok kau nak serang Bond kan? Hati hati tau. Bond tu kuat. Dia berbeza dari kita semua." Kata Adamo. Aku menganggukkan kepala aku perlahan.

"Aku tahu Adamo. Kau tak perlu risau. Aku dah bersedia untuk semua ni." Kata aku perlahan.

"Lagi satu. Hati hati dengan Benzxo. Mereka mula menampakkan diri mereka sejak kebelakangan ini." Kata kata Adamo buat aku pelik.

"Kenapa pula? Benzxo bukan dendam dengan Bond je ke. Kenapa kita kena berhati hati pula?"

"Shuu... dengar cakap aku. Kau sekarang perlu berhati hati dengan mereka." Serentak itu aku terjaga dari tidur aku. Aku menggosok kepala aku. Pening. Mata aku kedipkan beberapa kali. Aku mencari cari Adamo tetapi aku langsung tidak nampak kelibat dia. Setelah itu aku memandang ke arah jam. 1.30 pagi. Aku baru perasan yang aku berada di atas katil.

"Aku mimpi ke tadi? Tapi kenapa nampak real sangat?" Aku bangun dan aku melangkah ke balkoni. Aku masih memegang kepala aku. Sakit.

Apa maksud mimpi aku tadi?

****
Levi POV

Aku mengemaskan pakaian aku. Sebentar lagi Antonio akan tiba. Ada beberapa perkara yang akan aku bincangkan dengan dia tentang Bond.

Aku berjalan ke koridor dengan topeng dan jaket hood aku masih lagi aku pakai. Walaupun sudah malam aku harus juga menjaga identiti aku kerana sekarang ini aku berada dia markas Bond yang utama.

Aku buka pintu pejabat aku dan aku lihat Antonio sudah duduk menghirup kopi menunggu aku.

"Sorry, lama tunggu?" Tanya aku sambil aku membuka topeng aku. Antonio hanya menggelengkan kepala aku.

"Jadi bolehlah kita mulakan perbincangan kita." Kata aku lalu secara tiba tiba Antonio bersuara.

"Sebelum tu ada sesuatu yang Datuk nak cakap dekat Levi." Kata Antonio. Lalu tangan aku dipegang lembut oleh Antonio. Aku memandang Antonio risau.

"Kenapa ni Datuk? Ada masalah ke?" Tanya aku risau.

"Mereka dah tahu, Levi. Levi kena berhati hati mulai sekarang ni. Mereka dah tahu tentang Levi." Kata kata Antonio buat aku cemas.

"Apa maksud datuk? Datuk cakap mengenai siapa ni?" Tanya aku cemas. Tiba tiba sahaja aku terbangun dari tidur aku. Badan aku berpeluh. Tangan aku menggigil. Apa maksud Antonio dalam mimpi tadi?

Tanpa berfikir panjang aku bangun dari tilam aku dan berjalan menuju ke meja solek aku. Aku buka laci dan aku capai sekotak rokok. Aku kemudian mengambil sebatang rokok dan letakkan dibibir aku. Setelah itu aku bakar menggunakan lighter. Kotak rokok dan lighter yang tadi aku pegang aku campakkan kedalam laci semula. Asap rokok aku sedut sepuas puasnya lalu aku menghembuskannya. Cuba untuk bertenang. Mimpi tadi betul betul menakutkan aku. Aku keliru. Jika mimpi tersebut adalah benar ataupun sekadar mainan tidur.

Aku duduk dilantai. Lutut aku peluk lalu aku bersandar pada dinding. Arghh!!

"Aku buntu!!" Jerit aku marah.

****

Antonio dan Adamo kini sedang terikat dinding. Keadaan mereka kini sangat teruk. Darah memenuhi tubuh mereka. Nak angkat kepala mereka pun mereka sudah tidak larat.

Avlov menghampiri Antonio dan Adamo. Dia kemudian menarik dagu Antonio dan Adamo dengan kasar.

"Macam mana rasanya bila kena seksa dan kena kurung? Seronok tak?" Kata Avlov pada Antonio dan Adamo. Tetapi pertanyaannya dibalas dengan ludahan oleh Adamo.

Avlov memejamkan matanya. Dia marah. Lalu dia menghentak kepala Antonio dan Adamo dengan sekuat kuat hatinya pada dinding. Adamo dan Antonio hanya diam. Mereka tidak mahu Avlov gembira melihat mereka mengaduh kesakitan ataupun merayu minta dibebaskan. Sebab itulah mereka hanya diam. Sengaja menyakitkan lagi hati Avlov.

Pagi tadi setelah mereka bersarapan diluar tiba tiba mereka ditangkap oleh orang orang Benzxo. Mereka ingin membalas dendam kepada Bond. Sebab itulah mereka menculik Antonio dan Adamo.

Antonio dan Adamo oula waktu itu sedang leka. Pengawal mereka juga mereka arahkan agar berkawal jauh dari mereka. Sebab itulah mudah sahaja diculik.

"Tak guna punya orang tua! Berani kau ludah muka aku! Kau ingat kau siapa hah!!" Jerit Avlov seperti orang gila. Dia marah apabila diludah oleh Adamo. Laju sahaja kakinya menyepak Adamo dan Antonio. Lagi sekali kedua pengasas king's itu hanya diam. Mereka tak nak menunjukkan kelemahan mereka kepada si Avlov tak guna ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience