Bab 21

Romance Completed 22049

Bab 21

Hendry POV

Aku meneliti fail berkenaan Bond sebelum aku pergi menyerang mereka di markas mereka. Perlahan aku bacakan maklumat tentang Lev.

"Nama samaran Lev, jantina tidak diketahui, tempat asal tidak diketahui, tinggi 165 cm, selalu memunculkan diri di Tongeren(disyaki dia lahirkan dan mempunyai keluarga di Tongeren.), gemar membunuh secara kejam, baru baru ini ahli kumpulannya gemar menampakkan diri mereka di bandar bandar tanpa diketahui sebab utama mereka, musuh utamanya adalah Benzxo. Mempunyai aset yang tidak diketahui nilainya dan empayarnya telah dibesarkan hingga ke selatan Jepun." Tiba tiba bacaan aku terhenti. Aku lihat di bawah kertas maklumat tentang diri Lev. Terdapat tulisan tangan.

"Lev lebih dekat dari yang kau sangka? Apa maksud dia ni?" Aku mengerutkan dahi aku. Pelik. Siapa yang tulis semua ni?

Tiba tiba sahaja pintu bilik aku dibuka oleh Jed pembantu aku.

"Tuan, semua dah bersedia." Kata Jed. Aku memandang dia terkejut. Terkejut bukan sebab dia datang secara tiba tiba tetapi kerana tulisan tangan yang aku baca tadi. Aku memejamkan mata aku buat seketika. Aku perlu fokus. Aku ada hal yang lebih penting yang aku perlu buat sekarang ni. Aku buka semula mata aku memandang Jed yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu pejabat aku.

"Baiklah. Kita gerak sekarang." Kata aku tegas.

****
Di dalam kereta puas aku fikir apa maksud tulisan tangan yang aku jumpa.

"Lev lebih dekat dari yang kau sangka.." aku mengulang ulang ayat itu. Jed aku perasan dia memandang aku pelik.

"Kenapa boss, boss macam runsing je." Tanya Jed. Aku menggelengkan kepala aku perlahan.

"Aku jumpa tulisan tangan dalam fail Lev dari Bond. Tertulis Lev lebih dekat dari yang kau sangka. Apa maksudnya? Lev ada dengan kita selama ni ataupun ada pengkhianat dalam kumpulan kita. Kalau macam tu maknanya kedatangan kita ni telah diketahui oleh Bond. Mereka mesti dah bersedia." Kata aku perlahan.

"Tuan rasa tulisan tangan tu milik siapa?" Tanya Jed aku menggelengkan kepala aku.

"Aku tak dapat cam itu tulisan siapa. Nak kata tulian Levina, Levi tak pernah sentuh fail tu. Tugas dia hanya mencari maklumat. Segala fail berkenaan Bond dia serahkan kepada aku untuk aku simpan." Jed berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan.

"Maknanya ada pengkhianat dalam kumpulan kita." Kata Jed. Aku mengepal penumbuk. Marah.

"Cari mereka." Kata aku sambil mengetap gigi.

****
Levi POV

Aku mengelap tubuh dan wajah aku dengan tuala yang bersih. Aku dan Shui baru sahaja selesai bertumbuk. Pipi aku luka begitu juga bibir aku. Tangan aku merah dan terpalit darah milik Shui. Apabila aku marah Shui akan datang kepada aku dan dia akan menjadi mangsa melepaskan kemarahan aku. Perkara yag sama juga aku lakukan kepada Shui jika dia sedang marah.

Aku menghampiri Shui yang sedang duduk bersandar dilantai. Ditangan aku terdapat tuala bersih
Aku duduk dihadapan Shui lalu aku membersihkan wajah Shui yang dipenuhi darah dan peluh. Tidak lupa juga dengan tangan Shui yang kotor dengan darah milik aku.

"Pukul berapa ni?" Tanya Shui perlahan. Aku memandang jam tangan aku.

"6 petang." Aku kata perlahan. Tiba tiba Shui bangun.

"Kita kena bersedia sekarang Levi, Markolav akan tiba sebentar lagi." kata Shui.

"Tak boleh ke kita elakkan peperangan ni? Hendry ada." Kata aku perlahan. Aku kalau boleh mahu mengelak dari berperang dengan Markolav kerana mereka adalah sekutu King's tetapi kerana Bond yang disangka telah merampas empayar King's telah membuatkan Markolav memusuhi Bond.

"Kita tak boleh elak benda ni Levi. Kena ingat tujuan asal kita. Lindungi King's. Apabila kita kena lindungi King's serta merta kita kena lindungi identiti kita. Ini untuk King's kalau boleh abang nak juga beritahu Markolav siapa kita. Tapi, tak boleh. Abang tak boleh lakukan semua tu." Kata kata Shui menyedarkan aku. Ku bangun lalu aku capai topeng dan jaket berhood aku. Aku pakai jaket aku dan ketika aku ingin memakai topeng aku memnerikan Shui satu jelingan tajam.

"Bersedia." Kata aku keras. Shui mengganggukkan kepalanya lalu dia berlalu pergi.

****
Hendry POV

Aku memasuki rumah agam yang merupakan markas Bond dengan diiringi oleh konco konco aku. Sebaik sahaja aku masuk aku lihat kawasan dirumah itu seperti kosong. Aku pelik. Bond tak akan lah langsung tak tahu kedatangan Markolav. Aku mengarahkan konco konco aku untuk mememeriksa kawasan rumah tersebut. Sekelip mata sahaja keadaan yang sunyi menjadi riuh. Konco konco aku mula berlawan dengan Bond. Tiba tiba ada salah seorang lelaki yang cuba menyerang aku. Aku terus menumbuk rusuknya sekuat hati lalu aku campakkan dia ke dinding. Aku berjalan tenang naik ketingkat atas. Apabila ada sahaja musuh yang ingin menyerang aku berjaya elak dan menyerang mereka kembali.

Sepanjang perjalanan aku untuk mencari pejabat Lev aku asyik diserang namun aku berjaya elak.

Akhirnya aku tiba di hadapan pintu besar yang aku yakin merupakan pejabat Bond. Aku memegang tombol pintu. Rasa gementar aku buangkan. Aku menarik nafas lalu aku hembuskan semula.

Inilah masanya.

Serentak itu aku memulas tombol pintu tersebut. Aku sudah bersedia untuk berhadapan dengan dia. Lev..

****
Levi POV

"Mereka dah tiba." Kata Shui melalui alat pendegaran yang aku sudah pakai ditelinga. Setelah itu aku mula dengar bunyi bising diluar pintu pejabat aku. Aku menghela nafas berat. Nak tak nak aku kena hadap benda ni juga.

Aku masih lagi duduk tenang dikerusi kerja aku. Aku membuka laci lalu aku capai sarung tangan hitam aku dan aku pakai.

Ketika aku ingin memakai satung tangan untuk tangan kiri pula pintu pejabat aku dibuka. Kelihatan Hendry sedang memandang aku tajam. Aku tersenyum sinis disebalik topeng wajah aku.

Aku bangun sambil tangan aku sedang mengetatkan gloves ditangan kiri aku.

"Nice timing Markolav, aku pun tengah pakai gloves aku ni." Kata aku sinis pada Hendry. Hendry menghampiri aku. Jarak aku dan dia kini meja aku sahaja.

"Aku nak kawasan King's semula." Kta Hendry keras. Aku ketawa sinis.

"Kau ingat dapat ke?" Kata aku sinis. Habis sahaja bercakap aku terus melompat naik ke atas meja serentak dengan Hendry. Disaat ini kami berdua sedang berdiri diatas meja. Berhadapan dan bersedia untuk menentang satu sama lain.

Hendry melepas kan satu tumbukan ke wajah aku namun aku tunduk mengelak dari tumbukannya. Setelah itu aku melepaskan satu tumbukan padu ke perut Hendry lalu aku menarik kaki Hendry sehingga Hendry terjatuh ke atas meja. Aku turun dari meja cuba untuk nelarikan diri. Aku kena tahan nafsu aku. Aku tidak boleh bunuh Hendry. Tiba tiba jaket aku ditarik oleh Hendry. Hendry menarik baju aku lalu dia mencampakkan aku ke rak buku aku. Belakang aku menghempas rak buku, habis buku buku aku jatuh bersepah dilantai. Tak sempat aku bangun Hendry datang dan menyepak ku berkali kali di perut dan kepala aku.

Tak boleh jadi ni, asyik aku sahaja yang diserang. Aku mengangkat kaki aku lalu aku menolak perut Hendry sekuat hari aku. Tujuan aku hanya ingin menjauhkan dia dari aku agar aku boleh bangun berlawan dengan dia.

Aku bangkit. Walaupun sakit tapi aku tahan. Aku tidak boleh bunuh Hendry. Beberapa kali aku ulang ayat itu. Hanya kerana aku takut jika aku terbunuh lelaki yang aku cinta.

Hendry berlari kearah aku. Dia ingin menyerang aku namun aku tepis. Aku menyepak rusuk Hendry membuatkan dia rebah ke lantai. Aku menghampiri Hendry. Aku duduk diatasnya lalu aju menumbuk dia berkali kali. Bibirnya pecah, wajahnya bengkak. Aku kemudian menarik rambutnya kuat sehingga dia berdiri secara paksa.

Tanpa belas kasihan aku terus menhentakkan kepala Hendry pada dinding. Hendry jatuh tertiarap. Aku pula hanya melihat dia yang kini semakin lemah.

Aku menghampiri Hendry. Kelihatan Hendry hampir pengsan. Aku mengeluarkan cecair yang pernah aku gunakan ketika serangan yang aku lakukan dirumah King's. Cuma kali ini dengan dos yang lebih kuat. Aku mencucukkan ubat tersebut pada Hendry. Apabila aku lihat Hendry sudah memejamkan matanya, aku membuka sedikit topeng aku. Aku dekatkan mulut aku pada telinganya.

"Aku minta maaf..." bisik aku padanya. Sebak aku rasa kerana terpaksa melalukan Hendry begini. Aku pakai semula topeng aku lalu serentak itu Shui muncul di sebalik pintu pejabat aku. Nafas dia laju seolah olah dia telah berlari ketika ingin datang ke pejabat aku ini.

"Mari, pesawat dah sampai. Kita kena cepat sebelum Freddy pula yang sampai." Kata Shui. Aku mengekori Shui ke laman belakang dimana terdapat helikopter yang sedang menunggu ketibaan aku. Aku masuk kedalam helikopter dan duduk diantara Arthur dan Ian. Aku lihat nafas mereka juga laju. Penat mungkin baru lepas berlawan.

Aku memejamkan mata aku. Topeng, masih aku pakai.

Hendry, aku minta maaf. Buat pertama kalinya, air mata aku mengalir untuk lelaki bernama Hendry Markolav.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience