Bab 7

Romance Completed 22049

Bab 7

Levi POV

Aku melihat Aylena yang masih belum bangun dari tidurnya. Dia kini tidur di bilik aku. Sudah 3 bulan sejak kami bertukar identiti dan aku telah mengarahkan dia agar tidur di apartment aku. Hendry masih tidak tahu bahawa aku adalah Levi yang sebenar. Walaupun Shui sudah pulang namun disebabkan desakan kerja dia terpaksa pergi semula meninggalkan aku sendiri.

Aku berjalan ke ruang tamu. Aku lihat Hendry sedang memasak sarapan untuk Aylena. Dia nampak aku dan menegur aku.

"Morning Aylena." Kata Hendry. Aku mengabaikan dia dan terus membuka peti sejuk mencari minuman untuk membasahkan tekak aku yang kering.

Hendry tiba tiba menghulurkan aku segelas air oren.

"Ambil ni. Aku baru lepas buat tadi." Kata Hendry. Aku lihat dia cuba untuk bermesra dengan aku, cuma aku sahaja yang menyombong dengan dia.

Aku memandang dia lalu dengan selamba aku ambil air tersebut dan terus meneguknya sehingga habis.

Hendry tersenyum melihat aku.

"Hari ni aku nak bawa Levi pergi shopping. Aku tak nak tengok muka kau dekat sana. Rimas." Kata aku sinis.

Hendry memandang aku pelik. Dia menghela nafasnya kuat. Lalu dia menghampiri aku.

"Aylena, aku nak tanya kau. Kenapa kau benci sangat dengan aku? Aku ada buat salah ke dengan kau?" Tanya Hendry. Aku memandang dia sinis lalu aku terus bangun masuk ke dalam bilik semula. Meninggalkan dia seorang diri di dapur.

****

Aku hanya melihat Aylena memilih baju untuk aku. Aku lihat Aylena kini semakin gembira dan ceria berbanding dahulu.

"So... siapa boyfriend kau tu?" Tanya aku serkap jarang. Aylena yang tadi becok bercakap kini sudah diam. Aku memandang dia. Kami bertentang mata, Aylena menggigit bibirnya. Aku pula memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Menunggu jawapan dari dia.

"Adalah seorang lelaki ni. Aku kenal dari family aku. Dia handsome sangat wei. Tinggi. Perghh melting habis kau tahu tak." Kata Aylena teruja. Aku lihat dia. Aylena ni, memang ramai teman lelaki sebelum ni. Tapi ni kali pertama aku lihat dia teruja sampai macam ni sekali.

"Nama dia Kai Wrathson. Malam ni aku bagi kau tengok gambar dia ya." Kata Aylena teruja. Aku ketawa kecil melihat dia ketawa.

Sedang leka kami berbual tiba tiba Hendry datang menghampiri aku. Dia terus memegang pergelangan lengan aku. Aku memandang dia tajam. Aylena terkejut sehingga terdiam.

Aku lihat Hendry seperti marah. Ah sudah dah kantoi ke?

"Levina East." Kata Hendry. Matanya tajam memandang aku. Ahhh memang dah kantoi. Aku memandang Aylena. Dia lagilah terdiam terus. Aku memandang Hendry semula. Dia aku lihat wajahnya sudah merah... ahh macam mana boleh kantoi ni? Mampus.

"Ikut aku." Kata Hendry lalu dia menarik aku mengikutinya.

"Wei lepaslah." Rayu aku sambil cuba meleraikan pegangan dia. Namun dia masih berkeras menarik aku mengikuti langkah dia.

Apabila aku mula melawan, Hendry mengangkat aku ke bahunya. Aku hanya mampu pasrah apabila diperlakukan sebergitu rupa. Nasib baik aku tahan baran aku kalau tidak memang aku dah bertukar jadi Lev leader Bond dah ni.

Hendry meletakkan aku di tempat duduk sebelah pemandu lalu menggari aku. Aduh mamat ni macam tahu tahu je yang aku ni nak lari. Setelah itu Hendry pula masuk ke tempat pemandu dan mula memandu laju tanpa aku tahu hala tujunya.

****

Hendry POV

Selepas aku dapat tahu yang Levi sebenarnya dingin dan suka berpakaian seperti lelaki aku terus teringat akan cara pemakaian Levi yang kini menjadi tanggungjawab aku. Dia suka memakai dress, seorang yang ceria dan banyak bercakap.

Lalu aku teringat kepada Aylena. Dia perempuan tetapi berperwatakan seperti lelaki. Kadang kala berpakaian seperti lelaki dan dingin. Dia tak pernah nak senyum dengan aku walaupun aku cuba nak berbaik dengan aku.

Aku lalu terus mengekori Levi dan Aylena yang sedang membeli belah. Aku tiba tiba terdengar nama panggilan mereka berubah. Levi memanggil Aylena, Levi dan Aylena memanggil Levi, Aylena.

Sah. Diaorang tipu aku. Aku tahu dalangnya mesti Levi yang sebenar. Aku lalu menghampiri mereka. Aku pegang tangan Levi. Wajah mereka menunjukkan mereka terkejut. Lagi lagi wajah Levi.

"Levina East" kata aku. Gigi aku ketap. Aku lihat dia memandang Aylena lalu memandang aku semula. Muka dia memang tak payah cakaplah terkejut macam beruk.

"Ikut aku" kata aku lalu aku menarik dia pergi meninggalkan Aylena terpinga pinga.

Levi ada merayu untuk dilepaskan tetapi aku hanya mengabaikan dia. Apabila dia mula melawan aku angkat dia ke bahu aku.

Sampai di kereta aku meletakkan dia di tempat duduk sebelah pemandu. Lalu aku menggari dia. Aku nampak muka dia bengang apabila digari namun aku mengabaikan dia. Aku terpaksa menggari dia kerana aku tahu dia akan lari. Sebelum dia kenal aku pun dia dah pandai tipu aku ini lagilah bila penipuan dia dah terbongkar. Sorry Levina. Aku terpaksa gari kau.

Setelah itu aku masuk ke tempat pemandu dan mula memandu.

"Nak pergi mana ni?" Levi mula bersuara. Aku hanya diam. Dia mengeluh lalu duduk bersila di atas tempat duduk disebelah pemandu.

"Tak akan kau nak diam je sepanjang kau driving ni? Dahlah kau culik aku. Tak guna betul!" Maki Levi
Aku memandang dia tajam.

"Kau tu sekarang ni tanggungjawab aku. Tak ada istilah aku culik kau bila kau sekarang ni dalam tanggungan aku." Aku kata keras. Dia hanya menjeling aku.

"Tapi masalahnya aku ni tak perlukan kau untuk jaga aku." Jawab dia. Eh eh pandai pula dia menjawab.

"Kalau kau tak perlukan aku datuk kau tak akan upah aku untuk jaga kau" balas aku. Dia terus diam apabila aku berkata begitu.

"Hmm, yelah." Kata Levi lalu dia terus bersandar. Seketika kemudian aku lihat dia sudah tertidur. Aku tahu. Kelemahan dia adalah datuk dia. Mungkin bukan datuk dia sahaja. Mungkin satu keluarganya. Aku tersengih apabila dapat tahu kelemahan budak keras kepala ni.

****
Levi POV

Aku tersedar dari lena aku. Aku lihat persekitaran aku. Bukan dekat rumah mahupun apartment aku.

Aku bangun dari tilam dan aku berjalan ke balkoni. Aku lihat permandangan aku adalah gunung ganang yang berwarna hijau. Udaranya nyaman. Pelik aku. Ke mana si Hendry ni dah bawa aku.

Pintu bilik aku dibuka dari luar. Aku lihat Hendry sedang membawa pakaian ditangannya sambil dia tidak memakai baju. Aku mengecilkan mata aku. Mamat ni memang suka shirtless ke. Tahulah sado.

"Nak baju untuk kau. Pergilah mandi lepas tu pakai baju ni." Kata Hendry sambil menghulurkan baju tersebut. Aku mengambil baju tersebut. Mak aihh. Terkejut aku. Dress tidur warna pink. Pendeknya sampai peha je. Kalau aku dengan Shui boleh lah aku pakai macam ni. Tapi ni, dengan mamat Hendry ni? Perghhh, no. Memang no. Aku tak nak. Aku tak rela.

"kau ni dah kenapa?" tanya aku bengang. Hendry mengerutkan dahi.

"kenapanya?" soal dia. Aku menjeling dia. Aku menunjukkan baju tersebut kepada dia.

"Kau gila ke nak aku pakai baju macam ni." Kata aku bengang lalu aku terus keluar dari bilik tersebut. Aku mencari bilik Hendry. Bila aku jumpa bilik Hendry aku masuk kebiliknya dan aku buka almari pakaiannya. Aku ambil t-shirt dan boxer milik dia.

"Kau tak malu ke selongkar almari orang." Kata Hendry sinis. Aku menjeling dia.

"Tak" kata aku dingin. Lalu aku bawa pakaian tersebut kedalam bilik yang aku ditempatkan tadi.

Aku mandi dan setelah aku mandi aku turun ke tingkat bawah dimana menempatkan dapur dan ruang tamu. Aku lihat diatas meja telah terhidang makan malam. Baguslah. Perut aku pun dah berbunyi ni. Tanpa menunggu Hendry aku terus makan sehingga aku kenyang.

"Burkk..." sendawa aku kuat. Aku kenyang sangat dah ni. Sedap juga si Hendry tu masak. Tak sesia aku ikut dia balik rumah dia. Hahahaha....

"Amboi. Makan tak ingat orang nampak." Kata Hendry. Ah sudah, mamat ni bertowel pula. Dia ni memang suka sangat tunjuk body dia dekat aku kan. Nanti aku tarik towel dia kang susah pula. Fade up lah aku macam ni.

Aku menjeling Hendry.

"Uish, jeling. Baju aku kau pakai, masakan aku kau makan. Boleh lagi nak jeling aku. Kau ni memanglah." Eh eh mamat ni. Bising lah. Meh sini aku jeling kau lagi. Lalu aku menjeling dia. Hahaha seronok pula menyakitkan hati mamat ni.

Hendry aku lihat sedang menggelengkan kepala dia melihat kelakuan aku.

Sedang aku mencuci pinggan. Eh apa, kau ingat aku gengster macam ni tak reti nak cuci pinggan sendiri? Huh.

Sedang aku mencuci pinggan telefon aku tiba tiba berbunyi. Aku lap kan tangan aku pada kain yang tersedia lalu aku angkat panggilan tersebut.

"Helo."

"Malam ni 12 tengah malam bawah tanah" lalu talian terus mati. Aku terdiam. Aku kenal suara itu. Adamo. Aku melepaskan nafas berat.

"Masanya sudah tiba." Lalu aku menyambung semula cucian aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience