Bab 23

Romance Completed 22049

Bab 23

Hendry POV

Aku buka mata aku apabila aku rasa seseorang mengusap lembut ubun ubun aku.

Aku macam tak percaya melihat Levina berada di depan mata aku.

Aku segera bangun, tangannya aku genggam erat.

"Awalnya balik. Kata esok malam." Levina tersenyum.

"Kerja settle cepat, aku baliklah cepat." Kata Levina. Dia juga menggenggam tangan aku erat.

"Freddy kata kau belum makan lagi, asal tak makan. Semalam breakfast and dinner pun kau tak makan juga. Kenapa?" Sikap Levina yang prihatin buat aku tersenyum. Aku sengaja membuat riak wajah nakal.

"Rindu kaulah, macam mana nak makan." Aku lihat wajah Levina yang terkejut. Eleh dia ni, macam tak biasa pula. Levina memukul paha aku lembut.

"Tak payah nak mengada sangat. Aku turun ambil makanan and aku nak tengok kau makan ya." Kata Levina geram.

Dia bangun dari duduknya lalu melangkah ke pintu bilik aku. Tetapi langkahnya terhenti apabila tangan aku masih lagi menggenggam erat tangannya.

Levina memandang aku geram. Matanya memandang tangan aku yang sedang memegang tangannya erat.

"Lepaslah." Rayu Levina. Tetapi nada dia tidak seperti merayu. Aku hanya ketawa. Levina menarik narik tangannya namun aku masih erat memegang tangannya.

"Kenapa tak boleh ke aku pegang tangan kau?" Tanya aku bergurau. Levina mencebikkan wajahnya. Aku tahu dia geram dengan aku.

Tiba tiba aku menariknya duduk di atas paha aku. Terkejut Levina di buatnya. Aku hanya ketawa melihat reaksinya. Sah lah dia tak pernah bercinta sebelum ini.

Wajah Levina merah. Tak pernah aku lihat wajahnya merah sampai macam ni sekali. Ketara sangat warna merahnya.

"Rilekslah, Levina." Kata aku cuba menenangkan Levina. Aku masih lagi geli hati melihat kelakuannya.

"Rileks kau kata? Ah takde takde. Aku nak bangun." Bentak Levina. Dia cuba bangun tetapi aku memeluk pula pinggangnya. Menahan dia dari bangun. Levina menggigit bibirnya. Matanya tajam melihat aku. Geram dengan akulah tu.

****
Levi POV

Penat betul aku melayan karenah si Hendry ni. Satu hari aku jaga dia. Nak kata sakit aku tengok dah sihat dah, cuma dia mengada gada sahaja dengan aku.

Aku sampai di rumah Ian. Malam ni giliran aku untuk tidur dirumah Ian. Kami adik beradik selalu bergilir gilir tidur dirumah masing masing untuk mengeratkan hubungan sesama kami.

Aku masuk ke dalam apartment Ian tetapi rumahnya gelap. Pelik aku. Aku lalu melihat jam ditangan aku. Jarum jam menunjukkan jam 11.37 malam. Aku mengerutkan dahi. Selalunya Ian sudah berada di rumah pada waktu ini.

Aku membuka lampu. Lalu aku masuk kedalam bilik aku. Aku campakkan beg dan jaket aku ke atas coffee table. Aku mengampiri meja solek lalu aku buka jam tangan dan rantai lalu aku letakkan di dalam laci meja solek.

Setelah itu aku pergi kearah katil dan aku merebahkan tubuh aku ke atas tilam. Telefon aku dikocek seluar aku keluarkan. Aku mecari cari nombor telefon abang aku, Ian. Aku cuba dail tetapi gagal. Taliannya mati.

Tanpa mengesyaki apa apa aku bangun dan aku mencapai tuala lalu aku masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

Tidak lama kemudian telefon aku berbunyi. Tergesa gesa aku berlari keluar untuk menjawab panggilan tersebut. Nasib baik aku sudah mandi.

"Helo." Jawab aku dengan suara yang tidak cukup nafas.

"Levi, ni Freddy. Aku dah tahu mana perginya Antonio dan Adamo." Suara Freddy kedengaran cemas. Jantung aku berdetak kuat ketika mendengar kata kata Freddy.

"Mereka diculik oleh Benzxo. Datuk kau, nenek kau, ayah kau. Sekarang ni abang abang kau juga sudah ditawan oleh Benzxo." Bagai dipanah petir jantung aku apabila mendengar kata kata Freddy. Telefon aku terlepas dari pegangan aku.

Aku ketap gigi aku. Menahan marah. Air mata dah bertakung di tubir mata aku. Keluarga aku.

Apa lagi yang Benzxo ni nak!

Tanpa mengambil telefon aku semula aku pakai baju lalu aku capai kunci kereta aku. Aku berlalu keluar dengan perasaan dendam yang sudah tidak mampu aku bedung lagi.

****

Aku sampai di rumah apartment lama aku. Rumah apartment inilah dimana aku meletakkan segala senjata dan kelengkapan aku sebagai Mafia Lev leader Bond.

Aku angkat tilam aku keatas. Menampakkan segala senjata aku. Senyuman sinis terukir dibibir aku apabila aku melihat segala senjata aku.

Aku ambil dua pisau rambo kegemaran aku lalu aku sematkan di celah kasut boot aku. Dua daripada Pistol aku sematkan di pinggang aku dan dua lagi di rusuk kanan dan kiri aku. Sengaja aku bawa pistol lebih. Didalam kereta aku ada lagi pistol, senapang dan bom. Aku memang sediakan untuk kecemasan.

Aku ambil jaket hitam aku lalu aku pakai. Topeng aku capai dan aku pakai. Tidak lupa juga dengan gloves hitam kulit aku. Aku ambil cecair pelumpuh yang memang aku selalu gunakan untuk melumpuhkan mangsa aku lalu aku sorokkan di pergelangan tangan aku.

Setelah siap aku menutup kembali tilam aku dan aku berlalu keluar dari apartment aku dengan perasaan dendam pada Benzxo.

****

Aku meneliti fail berkenaan Avlov dari Benzxo yang baru aku dapat melalui Aylena sebentar tadi. Aku membaca butir butir maklumatengenai diri Avlov.

Hari ni genap seminggu. Seminggu tanpa keluarga aku. Aku bekerja lebih masa begitu juga dengan konco konco aku. Setiap hari aku menyerang markas Benzxo tetapi setiap kali itulah Benzxo dapat mengesan pergerakkan aku. Dia telah melarikan diri bersama sama keluarga aku.

Tiga hari yang lepas Aylena telah berjaya menangkap pengkhianat didalam kumpulan aku tetapi perkara ini masih lagi berterusan. Ini bermakna didalam bond terdapat ramai konco aku yang telah berpaling pada Benzxo.

Ketiadaan Shui telah membuatkan kerja aku jadi susah kerana Shui merupakan orang kepercayaan aku yang terbaik, dia berkebolehan untuk mengesan musuh yang bersembunyi didalam kumpulan kami.

Aku menghela nafas berat. Aku tak tahu berapa lama lagi keluarga aku dapat bertahan. Avlov seolah olah sengaja bermain kejar kejar dengan aku. Membuat aku runsing, penat dan marah. Dia sengaja menguji kesabaran aku.

"Betul betul menguji kesabaran aku." Bisik aku keras. Tangan aku kepal menjadi penumbuk lalu aku menumbuk dinding melepaskan kemarahan aku.

****
Hendry POV

Aku masuk kedalam rumah agam milik Levina. Seminggu telah berlalu semenjak kehilangan keluarga Levina. Aku perasan Levina seperti tidak terurus. Setiap hari dia akan keluar rumah pada awal pagi, menghilang entah kemana dan pulang pada tengah tengah malam.

Aku masuk ke dalam bilik Levina. Aku lihat bajunya bersepah merata rata. Aku ambil baju bajunya yang bersepah dilantai lalu aku masukkan ke dalam bakul baju kotor. Levina jarang bersikap begini. Dia cuma akan jadi begini apabila dia betul betul tertekan dan sekarang ini aku tak tahu berapa lama Levina dapat bertahan dengan kehilangan keluarganya ini. Aku takut sekiranya dia bertindak gila.

Setelah aku pungut pakaian kotor Levina aku mengemaskan pula katil saiz king miliknya. Ketika aku ingin mengemaskan posisi bantal tiba tiba aku dengar bunyi barang jatuh.

Aku berpusing mengelilingi katil Levina untuk mangangkat semula barang Levina yang terjatuh itu.

Langkah aku terhenti apabila aku sedar barang yang jatuh itu sebenarnya adalah topeng berwarna putih. Aku seolah olah kenal akan topeng itu tetapi aku cuba bersangka baik. Aku menelan liur aku. Kelat rasanya.

Aku tunduk lalu aku capai topeng tersebut. Sebalik sahaja aku memusingkan topeng tersebut aku memejamkan mata aku. Betul sangkaan aku.

Topeng ini milik Lev dari Bond.

Aku terduduk di birai katil. Apa maksud semua ini? Kenapa topeng Lev berada di sini. Aku meraub wajah aku kesal. Air mata aku tahan.

"Levina, apa semua ni?" Bisik aku perlahan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience