Bab 28

Romance Completed 22049

Bab 28

Adamo POV

Aku melihat Levi dan Nikolay menyeksa Avlov dan Monte. Jujur ini merupakan kali pertama aku melihat cucu aku Levi menggila. Selama ini aku hanya dengar sahaja cucu aku ini suka membunuh secara kejam. Rasa nak muntah pun ada apabila aku lihat Levi mula memotong lidah Avlov menggunakan pisau kegemaran miliknya.

Avlov menjerit kesakitan apabila dia diperlakukan sebegitu rupa. Nikolay pula aku lihat telah menyiat kulit tangan Monte. Terlihat semua daging daging milik Monte. Monte aku lihat hanya mampu menjerit sambil mulutnya ditutup kerana telah dijahit oleh Nikolay.

"Asal kau jahit mulut dia Nikolay?" Tanya Levi pada Nikolay. Levi kini sudah memakai semula topeng wajahnya. Mungkin dia tidak mahu darah terpecik ke wajahnya ketika sesi seksaan itu sedang dilakukan.

"aku tak suka bising sangat." Kata Nikolay. Levi ketawa. Sah lah Levi ni memang suka seksa orang. Gila betul cucu aku yang seorang ini.

Lalu Levi dan Nikolay menyambung semula aktiviti menyeksa mereka. Jeritan Avlov dan Monte memenuhi ruang bilik ini. Mata kami semua ralip memandang Levi dan Nikolay.

Tiga jam kemudian barulah mereka selesai aktivi menyeksa mereka.

Nikolay telah menamatkan riwayat Monte dengan menikam mulut Monte sehingga tembus ke leher belakang menggunakan besi yang panjangnya setinggi pinggang Levi.

Manakala Levi telah membunuh Avlov dengan memberikan Avlov minum asid yang dia jumpa di dalam bilik ini setelah dia puas menyelongkar bilik ini untuk mencari peralatan untuk menyeksa Avlov.

Aku dan Antonio pula cuba untuk bangun dari duduk kami. Kaki aku menggigil ketika ingin bangun begitu juga dengan Antonio. Aku bertahan pada dinding di sebelah kanan aku.

Aku rasa seolah aku perlu belajar berjalan semula.

****
Levi POV

"Settle." Aku berkata perlahan. Bukan apa. Penat sebenarnya. Tiga jam. Tiga jam aku melakukan sesi penyeksaan pada orang yang dah seksa family aku.

Nikolay aku lihat sedang membantu Katya dan Ale bangun. Mereka kelihatan agak terkejut dengan semua yang telah berlaku ini. Aku menghampiri abang aku sambil aku melihat Antonio dan Adamo yang sedang berdiri sambil memegang dinding. Tubuh mereka aku lihat menggigil dengan kuat.

"Abang okay tak?" Tanya aku lembut. Shui, Arthur dan Ian menjeling aku.

"Dah berjam jam kau seksa orang. Baru kau nak tanya kitaorang okay ke tidak? Gila." Kata Shui geram. Aku ketawa. Aku lalu membantu mereka bangun. Menggigil aku rasa badan mereka ketika mereka cuba bangun.

Aku kemudian meninggalkan mereka dan pergi ke arah Aaron ayah aku yang sedang cuba bangun itu.

Daddy aku lihat hampir jatuh tetapi dengan segera aku tahan dia dari jatuh.

Daddy memandang aku. Pandangannya sayu ketika melihat aku.

"Biar Levi tolong." Kata aku perlahan sambil sebelah tangan aku memegang bahu daddy dan sebelah lagi aku membuka topeng aku.

Kami kemudian berjalan keluar dari markas Benzxo yang kini aku yakin akan menjadi satu bangunan tinggal yang tidak akan digunakan lagi.

****

Aku membersihkan diri aku dari segala kotoran dan darah milik Monte dan Avlov yang telah terpercik di wajah aku.

Seusai membersihkan diri aku turun ke ruang makan untuk makan lewat malam yang telah disediakan oleh Rosie.

"Tu, makanan dalam dulang tu untuk siapa?" Tanya aku pada Rosie.

"Aylena. Dia tengah broken sangat dekat atas tu." Jawab Rosie. Aku mengambil dulang yang terletak atas kabinet dapur.

"Biar aku bawa untuk dia. Kau pergi pastikan yang lain makan. Aku tak nak ada yang pengsan esok."

"Okay." Kata Rosie. Aku mengangkat dulang tersebut ke tingkat atas dimana bilik Aylena terletak.

Aku mengetuk pintu.

"Come in." Aku dengar suara Aylena membenarkan aku masuk.

Apabila aku buka pintu aku lihat dia sedang mengelap air matanya. Aylena duduk dilantai dan bersandar pada tepi katil. Wajahnya sembab. Kerana terlalu banyak menangis.

"Aylena? Are you okay?" Tanya aku lembut. Aylena memandang aku.

"Levi?" Aku menghampiri Aylena. Dulang makanan tersebut aku letakkan di meja tepi katil. Lalu aku duduk di sebelah Aylena. Aku menarik Aylena ke dalam pelukan aku.

"Aku minta maaf." Tutur aku perlahan.

"Sebab apa pula?" Tanya Aylena. Suaranya kedengaran serak.

"Bunuh Kai." Serentak itu Aylena terus menangis di dalam pelukkan aku. Dia memeluk aku erat. Aku hanya membiarkan dia menangis melepaskan segala beban di dadanya.

Seketika kemudian tangisan Aylena mula berkurangan. Dia melepaskan pelukannya pada tubuh aku.

"Dia layak mati di bunuh oleh kau Levi. Aku tak salahkan kau. Aku yang bersalah selama ni. Aku percayakan dia. Mak ayah aku, percayakan dia. Tapi dia tipu aku. Dia tipu perasaan dia terhadap aku. Dia tak cintakan aku. Dia cuma nak bunuh aku. Dia nak bunuh kau. Sebab tu dia dengan aku. Dia tahu kita siapa selama ini dan dia gunakan aku untuk jatuhkan Bond. Aku minta maaf Levi. Aku bersalah. Hukumlah aku." Kata Aylena sedih. Aku mengusap kepalanya lembut. Aku tersenyum nipis.

"Tak. Aku tak akan hukum kau sebab kau tak bersalah. Ini bukan salah kau." Kata aku lembut.

"Apa yang patut aku buat? Papa dan mama mesti tanya tentang Kai. Ayah dan mak Kai pun. Aku nak cakap apa pada mereka? Perlu ke aku terangkan kepada mereka pekerjaan sebenar aku? Levi?" Aku memandang Aylena.

"Aku benarkan kau jujur dengan family kau tentang pekerjaan kau dan kalau keluarga kau paksa kau berhenti aku akan lepaskan kau dan aku akan pastikan keluarga kau selamat daripada ancaman mana mana kumpulan." Kata aku perlahan pada Aylena. Aylena memandang aku tidak percaya. Air matanya sekali lagi mengalir. Aylena lalu memeluk tubuh aku. Menangis didalam dakapan aku.

****

"Terangkan. Terangkan segalanya pada datuk, Levi." Kata Antonio kepada aku ketika aku melawat dia di dalam bilik tidur yang aku sediakan untuk dia. Adamo juga ada di dalam bilik itu. Keadaan tubuh mereka aku lihat sudah semakin sihat. Luka luka juga semakin kering.

Seminggu aku berada di Rusia. Aku ingin memastikan keluarga aku betul betul sihat sebelum kami pulang ke rumah. Aku sudah memaklumkan kepada Markolav tentang Adamo dan Antonio tetapi tidak dapat apa apa maklum balas dari mereka.

"Nak terangkan apa?" Tanya aku pelik.

"Tentang Marcus, Jander, Rosie dan Nikolay." Kata Adamo pula. Aku tersengih kepada mereka.

"Ohhh.... tentang tu." Kata aku lalu aku ketawa kecil.

"Nak terangkan apa? Kau orang dah nampakkan mereka hidup." Adamo dan Antonio memandang aku tidak percaya.

"Tak, macam mana mereka boleh hidup. Bukan mereka dah kena letupkan dalam gudang oleh kumpulan dari Moskow ke?" Lagi sekali aku tersengih kepada mereka.

"Siapa kata mereka kena letup? Mereka hiduplah sebenarnya. Sempat larikan diri. Levi yang tolong mereka. Lepas tu Levi buat cerita mereka dah mati. Hantar mereka ke London uruskan perniagaan di London. Settle." Kata aku dengan nada yang bergurau.

"Seriuslah sikit Levi!" Kata Antonio geram. Aku menjelirkan lidah.

"Levi tengah seriuslah datuk. Ingat orang main main ke?" Kata aku balik. Lalu aku berlalu keluar dari bilik meninggalkan mereka terpinga terpinga.

Keesokkannya kami bergerak pulang menaiki kapal persendirian aku. Aylena pula menaiki kapal persendiriannya terus mendarat di India untuk berjumpa dengan ibu bapanya.

Adamo kerap bertanyakan kepada aku tentang Markolav tetapi aku hanya kata yang aku sudah lama tidak berjumpa dengan mereka.

Katya pula asyik mengadu kepada aku bahawa dia berasa tidak sedap hati dan ingin menangguhkan tarikh pulang ke rumah namun Adamo memberi alasan bahawa dia terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan.

****

Kami pulang ke rumah tepat jam 10 malam, tetapi rumah kami seperti tidak berpenghuni.

"Kenapa senyap je rumah ni Levi?" Tanya Shui pada aku. Aku memandang Shui. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Shui membuka kunci rumah lalu dia membuka pintu untuk Adamo, Antonio, Aaron, Katya dan Ale. Mereka masuk ke rumah yang keadaannya sekarang ini sangat gelap.

Aku mengekori dari belakang lalu setelah berada di dalam rumah aku terus menuju ke suis lampu.

"Mana semua pembantu rumah ni. Tidur awal ke apa." Bebel aku bengang apabila melihat keadaan rumah yang gelap. Sebaik sahaja aku buka lampu aku lihat disekeliling aku terdapat pistol sedang diacukan pada aku.

Aku terkejut tetapi aku cuba kawal riak aku. Aku melihat Freddy dan Hendry turut mengacukan senjata mereka ke arah aku.

Aku lihat semua ahli keluarga aku yang turut terkejut apabila melihat aku sedang diacukan dengan pistol.

"Freddy! Apa semua ni?" Tanya Adamo cemas.

"Cucu kau ni pengkhianat Adamo! Selama ni rupa rupanya dialah leader Bond. Dialah yang telah rampas empayar King's!" Kata Freddy. Aku ketawa sinis. Lalu aku lihat Hendry menghampiri aku. Dia mengacukan senjatanya ke arah dada aku. Aduh mamat ni, acukan dekat dada aku buat apa, acu dekat kepalalah baru thrill! Senangvtembak terus mati.

"Kau diam Levina, ohh, atau patut aku panggil Lev." Hendry menyindir aku. Namun langsung tidak terkesan di dalam hati aku. Aku memandang Hendry tajam.

Sakit. Itu yang aku rasa apabila melihat Hendry mengacukan senjata ke arah aku. Kalau lah aku boleh beritahu hal yang sebenar.

"Tak. Kau salah faham ni Freddy. Hendry jatuhkan senjata kau! Tu cucu aku aku tak benarkan kau oramg cederakan dia." Arah Antonio. Dia menghampiri Freddy tetapi ditahan oleh konco Markolav. Aaron Katya dan Ale aku lihat sudah cemas. Mereka risau melihat aku.

Hendry mengabaikan arahan Antonio dia masih lagi mengacukan senjatanya ke arah aku.

Aku memandang Shui. Shui seolah terkejut melihat aku. Dia tahu mood aku sudah berubah. Aku kini bukan lagi Levi, tapi Lev. Lev tapi tidak bertopeng.

"Hendry. Jatuhkan senjata kau. Tolong dengar permintaan aku, Hendry. Aku tak nak kau menyesal nanti. Tolong dengar cakap aku ni Hendry."

"Kau diam Shui." Kata Hendry perlahan. Aku menggenggam tangan aku. Aku sedang cuba menahan baran aku.

"Hendry, better kau dengar je cakap abang aku tu." Kata aku dengan gigi yang diketap. Hendry memandang aku tajam. Melalui matamya aku dapat lihat dia juga sebenarnya tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukan.

"Kau boleh diam tak Lev. Kalau aku suruh kau diam kau diam jelah." Marah Hendry. Dia sedang tertekan. Aku melihat sekeliling aku. Aku dikelilingi oleh 7 orang lelaki yang sedang mengacukan senjata mereka kepada aku. Nak lari tak boleh. Tinggi risiko aku akan ditembak ataupun jika aku berjaya melarikan diri peralatan rumah akan hancur ditembak oleh mereka.

Aku memandang Hendry semula.

"Freddy. Serious talk. Please. Drop. your. gun. Hendry, You too. Arahkan konco kau simpan senjata mereka." Rayu Antonio.

"Apa masalah kau ni Antonio? Huh! Cucu kau ni pengkhianat. Dia khianat kau! Kau sedar tak!" Bentak Freddy bengang.

Antonio terdiam. Dia nampaknya ragu ragu untuk membuka hal sebenar tentang Bond kepada mereka. Setelah berfikir seketika aku lihat Antonio membuka mulutnya untuk bercakap. Aku tak tahu apa yang dia nak cakapkan tapi aku segera memotong percakapannya.

"Antonio. Jangan." Kata aku tegas. Antonio memandang aku terkejut. Semua yang ada turut memandang aku.

"Apa maksud kau?" Tanya Freddy. Aku menjeling Freddy.

"Apa?" Tanya aku sinis. Sengaja aku memprovok Freddy.

"Kau jangan nak buat aku marah Lev." Bisik Freddy keras.

Aku melihat kearah Hendry dia seperti hilang fokus seketika.

Ini peluang aku.

Aku segera merampas pistol milik Hendry dan memusingkan tubuh Hendry. Sekelip mata aku sudah memeluk leher Hendry dari belakang. Pistol yang aku rampas tadi aku acukan ke arah kepala Hendry. Aku lalu bersandar ke dinding untuk melindungi diri aku dari ditembak.

"Kau dekat dia mati." Kata aku dingin. Hendry terkejut kerana gerakan aku yang pantas.

"Apa kau buat ni Levina?" Tanya Hendry keras.

"Levina? Siapa Levina? Bukan kau panggil aku Lev ke? Jadi sopan tiba tiba ni kenapa?" Bisik aku sinis. Aku mengetatkan lagi pegangan aku terhadap Hendry. Aku melihat ke arah nenek dan datuk aku. Mereka kelihatan terkejut melihat tindakan aku.

Shui pula aku lihat hanya memandang aku tenang.

"Lev. Kau lepaskan anak aku. Kau sedar tak yang kau tu sudah di kepung!" Kata Freddy.

"Levi. Lepaskan Hendry. Kita bawa berbincang." Pujuk Adamo. Antonio cuba menghampiri aku. Tetapi aku segera mengacukan senjata ke arah Antonio.

"Jangan dekat." Kata aku keras. Shui yang tadi tenang mula cemas. Dia tahu aku sudah mula hilang pertimbangan.

"Levi, rileks. Jangan buat apa apa yang mampu cederakan orang Levi." Pujuk Shui pula. Aku mendengus. Marah.

"Levina. Tolong bertenang." Pujuk Hendry. Dia memegang tangan aku yang aku pegang senjata.

"Bertenang? Siapa yang mula mula buat aku marah? Aku ke kau orang!" Jerit aku marah.

Aku secara tiba tiba mencampakkan pistol jauh ke
lantai lalu aku mencapai pisau yang aku sembunyikan di sebalik baju aku.

Pisau tersebut aku acukan di leher Hendry. Shui semakin cemas. Dia tahu kepakaran aku dalam menggunakan pisau jadi dia risau sekiranya aku menggunakan pisau tersebut untuk mencederakan Hendry.

"Kau lepaskan anak Aku. Kau jangan cari pasal dengan aku Lev!" Marah Freddy.

"Kau diam Freddy. Siapa yang cari pasal dulu. Aku ke kau? Sekarang ni kau nak ugut aku lah. Kau ingat aku takut?" Bentak aku. Hendry memegang tangan aku lembut. Dia cuba memujuk aku.

Tapi sayangnya. Emosi sudah mengawal aku. Aku sudah tidak peduli tentang perasaan cinta aku pada dia.

Lalu aku mula berjalan perlahan ke arah pintu yang terbuka luas sambil tubuh aku masih rapat ke dinding.

Pistol yang masih diacu kepada aku hanya mengekori pergerakkan aku. Aku berlindung di sebalik tubuh Hendry. Walaupun tubuh Hendry besar tetapi itu tidak bermakna aku tidak kuat untuk mengawal tubuh lelaki itu.

"Kau berhenti Lev. Kau jangan bergerak." Kata Freddy. Dia tak mampu untuk menembak aku kerana aku bersembunyi di sebalik tubuh Hendry. Kalau dia tembak anak dia Hendry mati.

"Levi. Berhenti. Lepaskan Hendry." Pujuk Adamo pula. Tapi aku hanya abaikan kata kata mereka. Apabila aku sudah hampir sampai ke pintu aku berhenti sambil aku mendekatkan pisau ke leher Hendry.

"I'm sorry..." bisik aku perlahan. Secara tiba tiba aku berasa sedih. Lalu aku mengkelar leher Hendry. Setelah itu aku terus berlari keluar menaiki kereta yang aku parking kan di garaj kereta.

Setelah menghidupkan enjin aku terus berlalu pergi meninggalkan mereka yang aku pasti sedang cemas melihat Hendry dikelar oleh aku.

****
Hendry POV

Aku membuka mata aku. Kepala aku sakit. Leher aku juga sakit. Aku memegang leher aku yang berbalut. Sambil itu aku cuba ingat apa yang telah terjadi. Sekejap. Aku masuk bilik Levi, aku kemas katilnya dan aku jumpa topeng. Topeng tu milik Lev.

Leher aku. Aku dikelar oleh Levina.

"Aku masih hidup?" Bisik aku terkejut.

"Ya kau masih hidup." Kata Shui. Aku pandang ke arah suara tersebut. Shui sedang duduk di lantai sambil wajahnua ditundukkan kelantai. Dia bersandar pada meja kecil di tepi katil.

"Dia hanya kelar kau sedikit. Hanya membuatkan kau luka bukan mati. Dia tak nak bunuh kau." Kata Shui lagi. Aku hanya diam. Memandang dia. Wajahnya menunduk kearah lantai dan dia memakai jaket yang selalu di pakai oleh ahli Bond.

"Kau beruntung kerana dia tak bunuh kau." Kata Shui perlahan. Kali ini kedengaran seperti berbisik.

Aku cuba bangun lalu aku duduk di lantai bersandar pada tepi katil.

"Kau pun, ahli Bond?" Tanya aku menginginkan kepastian. Shui memandang aku. Aku terkejut. Wajahnya sembab.

"Kau rasa?" Soalan aku dibalas dengan soalan oleh Shui. Aku memejamkan mata aku.

"Kenapa?" Tanya Aku. Shui menghela nafas berat. Aku setia menanti penjelasan dari dia.

"Bond adalah King's dan King's adalah Bond."

"Maksud kau?"

"Bond ditubuhkan untuk menguatkan empayar king's. Tanpa pengetahuan kumpulan yang lain king's sebenarnya telah menjadi lebih kuat dengan adanya Bond. Mereka semua percaya apa yang mereka nampak dan dengar. Bond berjaya mengalahkan King's tanpa mereka tahu Bond adalah King's." Aku terkejut mendengar kata kata Shui. Jadi selama ini, apa yang berlaku hanya lah lakonan?

"Habis tu. Kejadian di mana King's telah diserang oleh Bond. Itu semua lakonan?" Shui mengganggukkan kepalanya.

"Levi rancang semuanya. Semua. Dia juga sanggup minum cecair yang membuatkan semua tetamu lumpuh. Hanya untuk King's dia mengadaikan nyawa dia. Untuk keluarga dia. Dia sanggup ditembak, di tikam, di pukul hanya untuk memastikan keluarga dia dan empayar King's kekal kuat dan ditakuti oleh semua orang. Sifat dia yang ceria secara perlahan lahan hilang menjadi seorang yang dingin dan kejam. Tanggungjawab yamg mengubah dia. Dan kini, aku dah hilang satu satunya adik aku. Adik yang selalu menyokong aku. Membantu aku ketika aku susah, tidur dengan aku ketika aku menghadapi trauma selepas aku membunuh orang. Adik yang sanggup mengetepikan segala keperluan dia demi keluarga." Aku lihat Shui sudah mengalirkan air mata.

"Kau tahu tak dia cintakan kau. Dia kata kau lelaki pertama buat dia jatuh cinta. Kau lelaki pertama yang buat diri dia yang lama kembali." Sambung Shui lagi. Aku memejamkan mata aku.

"Mana Levi?" Tanya aku. Aku perlu berjumpa dengan dia. Aku nak minta maaf dengan dia. Shui menggelengkan kepalanya lalu Shui terus bangun melangkah keluar dari bilik aku.

Akhirnya aku sedar. Patut pun Levina selalu menghilang. Dia lakukan semua tu untuk kekuarga dia. Untuk king's.

Aku meraub wajah aku. Aku menyesal.

Menyesal kerana bertindak secara terburu buru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience