Bab 4

Romance Completed 22049

Bab 4

4 Tahun kemudian...

"Hendry Afred Markolav. Kau anak Freddy Markolav? apa tujuan kau jumpa aku ni?" Antonio menyoal Hendry yang sedang berdiri tegak dihadapannya. Hendy tersenyum.

"saya telah ditugaskan untuk melindungi tuan Antonio dan keluarga daripada ancaman sebuah kumpulan baru. Bond bukan?" kata Hendry. Antonio tersenyum sinis.

"kenapa kau sanggup terima tugasan tu?" soal Antonio lagi.

"saya percaya King's dan Markolav telah lama bekerjasama. sebelum tuan dan ayah saya lahir lagi. Saya juga percaya tuan dan ayah saya telah berkawan baik walaupun terdapat perbezaan umur yang amat jauh. Ayah saya percayakan tuan begitu juga tuan yang percayakan ayah saya. Jadi tak salahkan kalau saya juga ingin percayakan tuan. Melindungi keluarga tuan dan empayar tuan seperti mana tuan lakukan kepada kami 20 tahun yang lepas. saya masih ingat lagi tuan. Kalau bukan sebab tuan, saya dan mak saya mesti dah mati." kata Hendry. Antonio teringat tragedi 20 tahun yang lepas dimana dia telah menyelamatkan keluarga Markolav dari dibunuh oleh kumpulan Mafia yang ingin memusnahkan keturunan Markolav.

Antonio telah melarikan Hendry dan ibunya sebelum mereka dibunuh. Freddy Markolav pula telah tercedera dan koma selama sebulan. Namun akhirnya dia sedar dan berasa sangat terhutang budi kepada Antonio.

"betul ni kau nak lindungi aku? kau muda kau boleh bantu ayah kau. Lepastu kau boleh ambil alih kumpulan ayah kau. kenapa mesti kau nak lindung aku dan kumpulan aku? aku tak nak sebab terhutang budi kau buat semua ni. aku tak suka."

"saya buat bukan sebab terhutang budi. Tapi saya buat kerana saya nak buat. Saya nak lindungi tuan dan kumpulan tuan." kata Hendry jujur. Walaupun dia nampak sombong tetapi ternyata dia sebenarnya seorang yang baik dan setia. Walaupun dia juga salah seorang Mafia tetapi itu tak bermaksud dia tak boleh jadi baik.

"Okay. Aku terima kau." kata Antonio sambil menepuk lembut bahu Hendry. Hendry tersenyum.

"and... lepas ni panggil aku Antonio je. Malam ni kau datang dinner ya. Aku nak kenalkan kau dengan seluruh ahli keluarga aku." kata Antonio lagi. Hendry masih tersenyum gembira. cita cita dia untuk bekerja di bawah Antonio akhirnya tercapai juga.

****
Levi POV

"Datuk panggil. Dia ajak dinner sekali." Shui berkata tiba-tiba. Aku ketika itu baru mula nak memasak terperanjat sehinggakan terjatuh senduk yang aku pegang.

"Alah.. aku baru nak masak ni.. dah lama aku tak masak. Rindulah nak masak..." aku merengek pada Shui. Shui ketawa kecil melihat kelakuan aku. Aku menjegilkan mata dan bercekak pinggang.

"kau kenapa gelakkan aku?" tanya aku bengang. Shui menggelengkan kepalanya.

"comel. langsung takde rupa leader mafialah kau ni Levi. Comeeeel sangat." kata Shui sambil dia mencubit kedua belah pipi aku kuat sambil ketawa. Aku berdecit kesakitan. Aku cuba menepis tangan Shui tetapi gagal.

"Apa ni Shui! sakitlah!" bebel aku sebaik sahaja pipi aku dilepaskan. Shui mengetawakan aku lagi.

"comel sangat. Apa kata kalau kau bersara dari jadi Mafia and kau jadi model pulak. Mesti laku punyalah." kata Shui dengan tawanya yang masih bersisa.

"woah? bersara dan jadi model. aurghh never." bantah aku. Shui mengosok gosok kepala aku.

"yelah yelah. Apa kata kalau kau siap sekarang. Datuk suruh kita gerak sekarang." kata Shui. Aku mengganggukkan kepala aku. Patuh pada arahan abang aku ni.

Aku masuk ke dalam bilik dan terus membersihkan diri. Setelah itu aku membuka pintu bilik yang menempatkan pakaian aku.

Aku membuka almari aku. Aku lihat kebanyakan baju aku adalah t-shirt dan kemeja. Seluar pula aku lebih menggemari seluar jeans. Aku kurang ada dress ataupun gaun kerana bagi aku susah nak bergerak bebas tidak seperti Aylena. Pakaian kegemaran dia memang dress walaupun sedang bekerja dia akan memakai dress dan topeng penutup muka. topeng tersebut hanya ahli terpenting sahaja yang akan pakai. Setakat ini hanya ada lima ahli yang terpenting dan paling dipercayai. Aku, Shui, Aylena dan kedua orang abang aku Arthur dan Ian.

Abang aku setelah aku pujuk akhirnya mereka bersetuju untuk jadi sebahagian dari Bond dan mereka ditugaskan untuk menyiasat mana mana ahli korporat yang mempunyai perjanjian dengan mafia. Mereka menyiasat dan aku menyelesaikan kumpulan tersebut kerana tujuan Bond ditubuhkan adalah untuk menjadi kumpulan yang terkuat dan yang paling digeruni.

Sedang aku memilih baju, telefon aku berdering. Aku lihat nama Aylena tertera di skrin telefon aku.

"Helo. kenapa ni Aylena?" tanya aku. Pelik sebenarnya kerana Aylena jarang menelefon aku pada waktu waktu begini.

"Lev. Aku minta maaf tapi kumpulan Blova yang aku sedang siasat dah mula bertindak. Mereka sedang menyerang salah satu kawasan kita." kata kata Aylena membuatkan aku terdiam. Aku capai hujung tilam aku dan aku tolak tilam aku ketepi. Dibawah tilam tersebut terdapat banyak senjata aku. Aku memandang senjata aku lalu mata aku larikan ke arah topeng dan jaket yang selalu aku pakai ketika aku bekerja.

"Aku nak kau gantikan dinner aku dengan family aku malam ni. yang lain biar aku uruskan." kata aku tegas. Aylena segera mematikan talian dan aku mencapai topeng dan jaket aku. Jaket tersebut aku sarungkan dan topeng tersebut aku pakai. Hood aku naikkan supaya menutupi rambut aku. Sarung tangan aku ambil dan aku pakai. Aku ambil pistol dan peluru dan aku sorokkan ditubuh aku. Pisau dan bom juga aku turut ambil dan sembunyikan di tubuh aku.

Aku menarik tilam aku seperti sedia kala dan aku mula melangkah ke pintu bilik. Aku terpandangkan biasan diri aku dicermin. Aku sebagai Lev ketika bekerja. Tiada sesiapa tahu aku siapa, apa jantina aku dan nama sebenar aku. Malah konco konco aku juga tidak tahu siapa aku yang sebenarnya.

Aku mengetuk pintu bilik Shui.

"Ada urgent kes! Aylena gantikan aku malam ni." jerit aku. Tanpa menunggu balasan dari Shui aku terus berjalan keluar dan menuju ke garaj.

Aku kini telah membeli rumah baru. Banglo 3 tingkat. mempunyai 4 master bedroom 5 bilik tetamu, 10 bilik air disertakan dengan jakuzi, sebuah lif, kolam renang, gelanggang tennis dan bola keranjang.

Aku masuk kedalam kereta Bugatti Veyron yang aku selalu gunakan ketika bekerja. Aku memandu laju tanpa memikirkan keselamatan aku.

10 minit kemudian aku sampai dikawasan kejadian. Aku lihat tempat tersebut penuh dengan mayat bergelimpangan. Ada beberapa mayat daripada Bond dan selebihnya adalah mayat pihak musuh yang mana pada waktu ini aku teringin sangat nak bunuh.

Aku berjalan dengan berhati hati, tiba tiba seseorang menyerang aku dari belakang dan aku berjaya mengelak serangannya. Aku menendang rusuknya dan dia tercampak tidak jauh dari aku. Aku lihat dia sedang cuba bangun, aku menghampiri dia perlahan lalu aku memijak perutnya membuatkan dia terbaring kesakitan. aku menendang perutnya berkali kali sehingga darah mengalir keluar dari biliknya. Aku kemudian meletakkan lutut kanan aku didadanya dan aku memegang kepalanya lalu aku memusingkan kepalanya kuat. Sekelip mata dia sudah tidak bernyawa lagi. Mati akibat aku mematahkan lehernya. Aku tersenyum puas disebalik topeng aku.

Aku kemudian meneruskan perjalananku semula dan akhirnya aku dapat lihat konco konco aku sedang mengepung pihak musuh. Mereka tidak menyerang sebaliknya mereka bertahan. Lalu aku lihat mereka menangkap pihak musuh dan mengikat mereka beramai ramai. Aku tersenyum bangga melihat mereka. Walaupun keadaan fizikal mereka tidak sebesar pihak lawan tetapi mereka masih mampu mengalahkan pihak lawan.

Setelah mereka selesai mengikat musuh aku lihat semua musuh diletakkan ditengah tengah dan konco konco aku berdiri di dalam bulatan. Mereka menunggu aku. Tanpa membuang masa aku menghampiri mereka. Sebaik sahaja mereka sedar akan kehadiran aku mereka berdiri tegak dan tabik hormat kepada aku. Aku mengganggukkan kepala aku sambil aku melangkah ke arah pihak musuh yang kini sedang terikat.

Aku lihat dalam ramai ramai yang diikat hanya seorang sahaja berani memandang aku. Aku dapat agak itulah ketua mereka. Tanpa membuang masa aku menarik dia masuk kedalam sebuah kedai yang sudah musnah akibat daripada serangan mereka. Aku dudukkan dia di atas kerusi dan aku menikam peha dia dengan pisau aku. Dia menjerit kesakitan. Aku tersenyum melihat kesakitan yang sedang dia tanggung. Sikit je tu. Sekejap lagi aku perlahan lahan bagi dia rasa apa makna kesakitan yang sebenar.

Aku memandang sekeliling kedai tersebut. Bersepah. Terdapat darah dan sekujur tubuh di pintu belakang kedai tersebut. Tiba tiba aku ternampak batang besi sebesar jari di dalam sebuah bilik. Aku mengambil besi tersebut. Ada banyak dan aku ambil lima daripadanya. Aku kemudian meletakkan besi tersebut dilantai namun aku memegang sebatang daripada banyak banyak besi tersebut.

Aku melepaskan ikatan pada tangan musuh aku lalu aku campakkan tubuhnya ke dinding. Aku menghampiri dia namun dia cuba untuk lari. Serta merta aku memijak pisau aku yang masih tertanam dipahanya. Aku ketawa melihat muka dia menahan kesakitan. Dia cuba melawan aku dengan menumbuk perut aku tetapi tumbukkan dia tidak cukup kuat untuk menyakitkan aku.

Aku menarik kolar baju dia dengan sebelah tangan. Memaksa dia untuk bangun. Nak tak nak dia kene bangun sambil kaki aku masih memijak pisau tersebut. Dia masih merintih kesakitan namun aku abaikan.

Aku ambil tangan kanannya tinggi sehingga dia terpaksa menjengket lalu aku rapatkan ke dinding. Tanpa belas kasihan aku telah menggunakan besi tersebut untuk mencucuk tapak tangannya sehingga besi tersebut tertanam kedinding. Dia menjerit kesakitan apabila diperlakukan seperti itu. Jeritan yang memuaskan aku tetapi memekakkan telinga aku. Serta merta aku menampar pipi dia.

"Diam! kalau tidak aku jolok besi ni dalam mulut kau!" kata aku keras. Dia terdiam. Aku ketawa.

"lepaskan aku." rayu dia. Aku memandang dia tajam. walaupun aku tahu dia tak nampak mata aku. Aku mengabaikan rayuan dia lalu aku mengambil lagi besi yang kedua.

Lagi sekali aku lakukan perkara yang sama pada tapak tangan kirinya. Jeritannya yang kedua kali ini lebih kuat. Aku cukup tidak suka apabila orang menjerit depan muka aku. Serta merta aku mengambil besi yang kedua dan aku libas pada kepalanya. Dia terdiam. Pengsan. Aku melepaskan keluhan berat. Lemah betul mamat ni. aku lihat karya aku. menarik. Seorang lelaki mulutnya berdarah kepalanya berdarah dan kedua belah tangannya berada tinggi dicucuk besi sehingga besi tersebut tertanam ke dalam dinding. Lelaki tersebut tergantung didinding kerana aku lihat kaki dia tidak menjejak lantai. Aku ketawa melihat hasil aku. Tidak sia sia aku dilatih dari kecil untuk menjadi kuat.

Aku memandang ke luar dimana konco konco aku sedang berada. Mereka mengawal musuh yang masih terikat. Aku menghampiri Heres. Heres merupakan pembantu Arthur.

"kau orang tunggu apa lagi?" soal aku sambil aku memandang musuh yang kini sudah terikat.

"kami tunggu arahan tuan." Tuan? ya aku lupa, aku pakai topeng diaorang tak tahu jantina aku. Suara aku pun dah bertukar jadi kasar sikit sebab pakai topeng.

"Tuan Lev ada apa apa arahan ke? Sebab kami dah bersedia." tanya Heres. Aku memandang pokok. Idea jahat aku timbul.

"ikatkan mereka dipokok... bakar mereka ramai ramai. Hidup hidup." aku lihat konco konco aku sudah tersengih kegirangan. Heres aku lihat mula menarik musuh kearah pokok tetapi dia cuba melawan. Heres menumbuk perut dia sehingga darah keluar dari mulutnya.

Setelah semua siap diikat Alex mengambil minyak dan lighter. Dia menyimbah minyak dan lalu dia menyalakan api. sebaik sahaja api mengenai tubuh mereka suara jeritan berselang seli dengan tawa konco konco aku yang kegembiraan melihat lawan mereka sedang dibakar hidup hidup.

Aku memandang ke arah ketua mereka yang kini sedang terseksa. Aku lihat dia sudah bergerak gerak. Hmm dah sedar lah tu. Aku menghampiri dia perlahan lahan. Sebaik sahaja aku tiba aku mengambil lebihan besi tersebut. Tanpa membuang masa aku terus menikam besi yang selebihnya ke tubuhnya.

Dia menjerit kesakitan tetapi aku abaikan. Darah merecik ke tubuh aku. Abaikan dan aku teruskan aktiviti menyeksa dia sehingga akhirnya dia sudah tidak bernyawa.

****
Aku pulang ke rumah dalam keadaan tubuh aku penuh dengan darah. Aku pandang ke arah jam di dinding. tepat jam 5 pagi. Urghh, berapa lama aku seksa dia ni.

Aku berjalan perlahan lahan agar tidak membangunkan Shui yang sedang tidur di sofa diruang tamu.

"Levi? Kau ke tu?" Tanya Shui sebaik sahaja dia nampak kelibat aku. Aku terkejut namun aku belagak biasa.

"Yup, it's me." Jawab aku. Shui tiba tiba bangun dan menghampiri aku.

"Levi! Kau cedera ke? Baju kau penuh darah ni." Tanya Shui cemas sambil dia meraba raba badan aku cuba mengesan jika aku tercedera. Aku mengeluh.

"Shui, rilek!" Kata aku tegas. Aku menjauhkan diri aku dari dia.

"Ni bukan darah aku." Kata aku perlahan. Shui aku lihat terdiam. Wajahnya seakan akan kesal. Aku memandang dia pelik.

"Shui? Kenapa ni?" Tanya aku pelik. Aku menghampiri dia tetapi dia menjauhkan diri dia dari aku.

"Kau... kau tak pernah... tak pernah macam ni Levi. Kau... kau dah berubah.." kata Shui sedih. Ketika itu aku lihat terdapat air jernih yang mengalir dari matanya. Aku menghampiri dia tetapi dia menolak aku.

"Please, Levi, bagi abang space sikit. Abang perlukan masa." Kata Shui. Lalu dia berjalan keluar menuju ke garaj. Aku hanya memerhatikan dia. Aku tak faham. Apa masalah dia. Kenapa baru sekarang. Kenapa tidak masa aku kecil lagi dia halang aku.

Aku memegang kepala aku. Aku terduduk dilantai. Apa ni? Apa semua ni?

Akhirnya setelah penat menunggu Shui aku naik kebilik dan membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience