Bab 13

Romance Completed 22049

Bab 13

Hendry POV

Aku terjaga dari tidur. Lalu aku lihat tangan Levi yang kini sedang memeluk tubuh aku yang tidak berbaju. Tangan dia calar balar. Mesti terlanggar duri masa sesat dalam hutan. Aku lihat jam yang tergantung di dinding. 12.45 tengah hari. Lama betul aku tidur. Aku pandang Levi semula. Lena betul dia tidur.

Aku kemudian menyentuh tangan Levi dengan lembut. Aku usap usap tangannya. Lalu aku beralih pula kepada rambutnya. Aku gulungkan rambutnya dengan jari aku. Lalu aku mencium lembut ubun ubun Levi.

Aku memandang Levi. Dia langsung tidak terganggu walaupun aku sudah mencium dia. Penat betul nampaknya ni. Aku ambil telefon bimbit aku sambil tangan aku yang sebelah lagi mengetatkan pelukan aku terhadap tubuh Levi. Aku menghantar pesanan kepada ayah aku Freddy yang aku akan pulang esok. Lalu aku meletakkan telefon aku kembali dan aku memeluk Levi erat. Aku pelik melihat dia. Penat sangat ke sampai aku usik dia pun tak bangun bangun juga.

Esok. Esok hubungan aku dan Levi akan berakhir. Kami akan jadi seperti biasa di mana aku anak kepada Freddy Markolav dan Levi cucu kepada Antonio dan Adamo. Ramai ramai perempuan yang aku jumpa bukan seperti dia. Levi bukan jenis perempuan yang akan menggedik tak tentu pasal. Tak Levi memang tak pernah menggedik pun. Dia cuma manja. Itu pun bila dia dengan keluarga dia. Kalau aku ada dia akan jadi dingin macam biasa. Nasib baiklah dekat sini dia tak dingin macam selalu. Kalau tidak memang pening aku.

Tiba tiba aku rasa tubuh Levi seperti bergerak. Tangan Levi seperti ingin membebaskan dirinya dari pelukan aku. Apabila dia gagal dia mengangkat kepalanya. Memandang mata aku. Muka dia dingin seperti biasa.

"Better kau lepaskan aku sekarang." Kata Levi. Suaranya dikeraskan. Aku ketawa kecil. Levi bengang bila aku ketawakan dia namun dia masih menunggu aku melepaskan dia.

"Kalau aku tak nak?" Tanya aku. Cuba bergurau dengan dia. Levi tersenyum sinis pada aku. Kaki nya bergerak menghampiri alat sulit aku. Aku mengerutkan dahi. Liur aku tahan. Macam tak percaya dia boleh ugut aku macam ni. Dengan senyuman sinis yang masih terukir dibibirnya Levi mengangkat pula sebelah keningnya. Aku mengalah. Aku melepaskan pelukan aku pada dia. Levi ketawa kecil. Mesti dia gembira sebab dia dah menang.

Levi bangun lalu mengeliat di birai katil. Dia berjalan ke arah tingkap lalu membuka langsir menunjukkan permandangan laut yang membiru.

"Bestnya.. esok dah balik." Kata kata Levi membuat aku terpaku. Aku kalau boleh tak nak balik kut and now dia kata best sebab esok dah nak balik. Tak boleh jadi ni. Levi ni memang tak ada perasaan ke apa. Aku punyalah sweet dengan dia nak tawan hati dia.

"Esok ayah aku ada buat dinner dengan datuk kau. Antonio suruh kau ikut dia." Kata aku teringat akan pesanan Antonio ketika dia menelefon aku semalam. Levi memandang aku pelik.

"Kenapa dia tak call aku je?" Levi tanya bengang. Aku bangun dari tilam lalu aku mencapai t-shirt kelabu aku dan aku pakai.

"Semalam dia call kau tak dapat." Kata aku. Levi menganggukkan kepala dia perlahan lalu dia mencapai tuala dan baling pada aku.

"Pergi mandi. Aku nak pergi bilik Kai kejap." Kata Levi sebelum berlalu keluar dari bilik. Aku mengetap gigi. Hati kering betullah perempuan ni.

****
Levi POV

Aku masuk ke dalam bilik Kai fan Aylena tanpa mengetuk pintu bilik mereka. Ah lantaklah. Siapa suruh tak kunci pintu.

Aku lihat Aylena baru sahaja habis mandi. Kai pula sedang bertuala menampakkan susuk tubuh dia. Kai ternampak aku lalu dia menutup tubuh dia menggunakan tangan. Aku menjeling Kai. Lelaki pun nak malu malu lagi. Mahu saja aku gelak tapi aku hanya buat muka dingin aku.

"Aylena. Lobi. 10 minutes." Kata aku tegas sebelum keluar dari mereka meninggalkan Aylena dan Kai yang sedang terpinga pinga. Aku berjalan ke arah lif. Aku lihat pakaian aku. Shit. Aku tak tukar baju aku lagi. Aku segera pergi ke bilik aku dan mencapai seluar jeans hitam aku. Baju aku tukar kepada singlet dark purple. James aku lihat masih lagi didalam bilik air. Aku kemudian melangkah keluar dari bilik dan menuju ke lif semula.

Dilobi aku lihat Aylena sudah menunggu aku resah. Cepat pula minah ni bersiap. Selalu lambat je macam siput nak bersiap.

Bila Aylena nampak aku dia segera berdiri tanda menghormati aku. Dia tahu sekarang ini bukannya perbualan antara Levi dan Aylena namun perbualan antara Lev and Aylena.

Aku terus berjalan menuju ke parking kereta dan Aylena mengekori aku dengan setia. Aku masuk ke dalam kereta diikuti dengan Aylena. Aku memandu keluar dari kawasan hotel.

"Lepas habis holiday ke apa benda double date ni aku nak kau pergi ke Berlin. Aku nak kau settlekan kerja dekat sana. Mulai sekarang tempat tu Bond punya. Kalau ada kumpulan yag cuba nak ambil tempat tu aku benarkan kau hapuskan diaorang." Kata aku tegas.

"Kau dibenarkan bawa konco konco kita. Senang kerja kau nanti." Kata aku lagi. Aylena akur atas perintah aku.

"Kalau aku suruh kau pegang Berlin kau sanggup tak nak buat?" Tanya aku dingin. Aku tak mengharapkan jawapan dari dia. Nak tak nak dia kena buat juga.

"Aku akan buat." Kata Aylena tegas. Aku tersenyum sinis. Aylena adalah orang kepercayaan aku. Selain daripada Shui, Arthur dan Ian. Aylena juga kejam seperti aku. Tak tidak seperti aku namun dia masih dikategorikan kejam lagi. Kerana antara kami berlima hanya aku dan Aylena yang mampu menyeksa orang sehingga mati. Shui, Arthur dan Ian hanya mampu memukul dan melemahkan mangsa. Tapi tidak aku dan Aylena. Kami lebih rela membuat kerja sendiri dari beramai ramai kerana bagi aku bila berseorangan susah untuk dikesan dan akan membuatkan kerja membunuh aku jadi mudah.

****
Aylena POV

Setelah Levi dan aku kembali ke hotel aku masuk kebilik dan aku mengambil telefon bimbit aku. Aku mencari cari berita tentang kejadian malam tadi dimana Levi telah membunuh semua ahli Vynor. Curious nak tahu sebab aku memang dari dahulu mengkagumi kerja Levi. Selama dia buat kerja pihak polis langsung tidak dapat kesan siapa punya kerja. Sangatlah teratur dan kemas kerja dia. Hanya kumpulan kumpulan Mafia sahaja yang tahu semua itu kerja Lev dari Bond. Aku tersenyum apabila aku jumpa artikel tentang gudang Vynor yang meletup. Aku membaca artikel tersebut. Aku tersenyum sinis. Seperti yang disangka, pihak polis tidak dapat mengesan kerja siapakan ini. Aku lalu mendail nombor pemberi maklumat aku yang bekerja di balai polis Berlin.

"Kau orang tahu tak siapa yang letupkan gudang Vynor semalam?" Tanya aku berhati hati agar aku tidak membocorkan rahsia bahawa kejadian semalam berpunca dari Bond.

"Macam biasa. Masih tidak dapat kesan siapa yang buat namun maklumat tu mengatakan pembunuhan tersebut dari orang yang sama. Pihak atasan yakin yang kerja ni semua daripada orang yang sama sebab mayat mayat yang terbakar dan meletup itu ada kesan diseksa sebelum mereka mati ataupun diletupkan." Kata si pemberi maklumat. Aku tersengih. Good job Levi. Kau sentiasa yang terbaik.

"Okay. Kalau ada apa apa information beritahu aku ASAP." Kata aku tegas. Lalu aku mematikan talian.

Tiba tiba Kai datang dari belakang. Memeluk tubuh aku dari belakang. Dia lalu mencium lembut pipi aku.

"Asap asap apa ni sayang?" Tanya Kai. Aku lihat dia badannya berbau air laut. Ni mesti dia pergi mandi laut dengan Hendry tadi. Aku tersenyum pada dia.

"Asap apa?" Saja aku buat buat tidak tahu. Kai tersenyum pada aku. Aduh senyuman dia ni memang selalu sangat bagi aku cairlah.

"Next holiday nak pergi mana?" Tanya Kai. Aku teruja. Lalu aku memusingkan tubuh aku untuk memeluk dia.

"Nak pergi lagi ke? Bestnya." Kata aku teruja. Kai ketawa kecil melihat kelakuan aku.

"Next trip kaulah yang plan. Tak kisahlah pergi mana janji dengan kau." Kata aku gembira. Kai tersenyum lebar.

"Betul ni tak kisah pergi mana?" Tanya Kai meninginkan kepastian. Aku tersenyum lalu menggangguk teruja. Kai mencium pipi dan dahi aku sebelum berlalu ke bilik air dengan senyuman lebar di wajahnya.

Aku pula excited menunggu percutian kami yang seterusnya.

****
Hendry POV

Aku naik kebilik sambil kepala aku asyik memikirkan Levi yang asyik menghilang. Aku buka pintu bilik yang tidak berkunci. Aku mengerutkan dahi. Tadi aku kunci. Siapa pula yang buka. Aku meraba pinggang aku. Alamak pistol aku tertinggal dalam bilik pula. Tanpa berfikir panjang aku terus masuk kedalam bilik dan aku nampak satu susuk tubuh yang sedang menyelongkar kedalam beg. Aku tak nampak wajahnya kerana dia memakai jaket berhood warna biru gelap. Tanpa bertanya siapakah itu aku terus menyerang dan tanpa disangka sangka serangan aku berjaya ditepis dengan mudah. Lalu betis aku disepak sehingga menyebabkan aku jatuh tertiarap mencium karpet hotel. Lalu aku rasa belakang aku ditekan bersama dengan tangan kanan aku dengan lutut dan sepasang tangan sudah bersedia dikepala aku untuk mematahkan leher aku. Lalu aku terdengar suara berdecit.

"Kau dah kenapa Hendry tiba tiba nak serang aku." Kata Levi dingin. Aku terdiam.

"Levi, aku ingat siapalah tadi. Kuatnya kau." Gumam aku kesakitan. Levi menekan belakang aku dengan lututnya dengan lebih kuat.

"Jawab" kata Levi tegas.

"Aku ingat ada orang ceroboh bilik. Aku mana tahu tu kau." Kata aku sambil menahan kesakitan yang Levi lakukan. Levi lalu melepaskan aku. Dia bangun lalu membantu aku untuk berdiri semula. Dia memandang aku dingin. Ah sudah dia dah mula buat perangai dingin dia tu balik.

Aku menghampiri Levi yang kini sedang baring atas tilam. Aku baring disebelahnya. Lalu aku memeluk Levi. Levi aku lihat hanya memejamkan mata. Penat malam tadi tak habis lagi lah tu.

"Hendry." Kata Levi. Aku memandang dia.

"Lepas kita balik nanti kau tak payah nak mengada sangat peluk peluk aku ya." Kata Levi tegas. Aku tersenyum nipis. Sakitnya hati bila dengar dia cakap macam tu. Aku nak hubungan ni kekal sampai bila bila. Aku cintakan dia.

"Aku tahulah. Tak payah cakap." Kata aku perlahan. Wajah dia aku tatap sehinggalah aku terlena.

****
Levi POV

Aku tersedar dari lena. Aku pandang syiling hotel yang berwarna putih itu. Lalu aku memandang lengan sasa yang kini sedang erat memeluk aku.

Aku tak faham apa yang aku rasa sekarang ni. Suka, gembira. Jarang aku rasa perasaan macam ni dengan orang luar. Tapi Hendry. Dia buat aku rasa tenang. Selamat dalam dakapan dia. Aku duduk di atas tilam. Mata aku masih memandang Hendry. Tiba tiba aku tersedar. Aku menggelengkan kepala aku perlahan. Aku kena fokus pada Bond. Aku tak boleh leka. Setelah itu serta merta aku berdiri. Mencapai t-shirt hitam aku lalu aku berjalan keluar dari bilik.

Aku berjalan ditepi pantai cuba menenangkan fikiran. Tapi fikiran aku tetap memikirkan Hendry. Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.

Sedang aku berkhayal tiba tiba seorang lelaki menegur aku.

"Hai." Aku memandang lelaki tersebut. Pelik.

"Kau cakap dengan aku ke?" Tanya aku pelik. Dia mengganggukkan kepalanya.

"Yup, aku cakap dengan kau. Hai." Katanya lagi. Aku mengetap gigi. Kenapa aku rasa mamat ni macam annoying sangat.

"Hai." Kata aku dingin. Aku mengalihkan pandangan aku kepada air laut.

"Boyfriend awak mana?" Tanya lelaki tu. Aku mengerutkan dahi aku. Boyfriend? Siapa pula boyfriend aku. Haaa ni mesti dia maksudkan si Hendry.

"Aku mana ada boyfriend." Lelaki tersebut buat muka pelik.

"Habis yang selalu dengan kau tu siapa? Aku perasan dia suka betul beri hadiah dekat kau." Kata lelaki tersebut. Aku hanya diam. Lalu lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku.

"Nick. And you?" Tanya lelaki tersebut. Nick rupanya nama dia. Aku langsung tak menyambut huluran tangan dia.

"Levi." Kata aku lalu aku berjalan pergi. Aku ingatkan nick tidak akan ikut aku tetapi rupa rupanya dia ikut aku. Ceh.

"Hei! tunggulah." Kata Nick. Aku mendengus. Lalu aku berhenti sehingga Nick yang sedang berlari terlanggar tubuh aku. Aku memandang dia tajam. Namun dia hanya tersengih kepada aku.

"Memandangkan kau kata kau tiada boyfriend aku nak lah juga berkenalan dengan kau." Kata Nick. Aku menjeling dia.

"Janganlah jeling. Kau nampak seksilah jeling macam tu." Kata Nick. Aku menjegilkan mata aku kepada dia. Mamat ni dah kenapa. Apa masalah dia. Aku tak kenal dia kut.

Aku kemudian berjalan masuk kedalam lobi hotel. Aku menekan butang lif naik keatas. Sementara menunggu lif sampai Nick cuba berbual dengan aku.

"Kalau kau tiada boyfriend kenapa kau selalu jalan dengan mamat tu." Tanya Nick. Aku memandang Nick pelik.

"Mana kau tahu aku selalu jalan dengan Hendry? Kau ikut kitaorang ke?" Tanya aku kasar. Sengaja buat aku marahlah mamat ni. Nick aku lihat tergagap gagap.

"Tak adalah. Aku selalu nampak kau orang. Tu je." Kata Nick. Aku memandang dia. Aku tersenyum sinis. Aku tahu dia menipu. Lif sampai aku masuk bersama Nick. Ketika pintu lif hampir tertutup aku segera menolak Nick keluar dari lif. Nick terjatuh dan aku pula melambai dia dengan senyuman yang sengaja dibuat buat.

****
Hendry POV

Aku mengajak Levi dinner untuk kali terakhir sebelum kami berangkat pulang esok. Levi ingat ini hanyalah makan malam yang biasa namun sebenarnya aku telah menyediakan dia makan malam di tepi pantai. Special untuk dia.

"Apa ni?" Tanya Levi pelik apabila aku membawa dia ketepi pantai.

"Nak pergi dinnerlah. Jom." Kata aku lalu aku menarik tangan Levi lembut. Dia mengikuti langkah aku perlahan. Setelah sampai aku memandang Levi. Dia seakan akan terkejut melihat hiasan yang aku telah sediakan. Bunga tulip putih dan merah disusun mengelilingi meja makan kami. Aku menarik Levi agar dia duduk. Setelah itu aku pula mengambil tenpat duduk aku. Makanan yang telah aku tempah sampai dan tanpa berkata apa apa kami mula menjamu selera.

Aku curi curi pandang Levi. Aku lihat wajahnya malam ini sungguh tenang.

"Kenapa?" Tanya Levi tiba tiba. Aku terkelu. Busted. Levi nampak aku pandang dia.

"Tak de apa apa. Cuma aku rasa sedih. Malam ni malam terakhir kita sebagai. Yelah. Pasangan." Levi tersenyum nipis.

"Kenapa? Kau tak nak ke hubungan ni berakhir?" Tanya Levi. Aku memandang dia. Sudu dan garfu aku letakkan. Aku mengeluh.

"Ya. Aku tak nak hubungan ni berakhir." Aku kata perlahan. Mata aku memandang mata Levi. Aku menghela nafas sebelum aku menyambung kata kata aku.

"Aku cintakan kau Levi. Aku cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa." Sebaik sahaja aku menghabiskan kata kata aku. Aku lihat wajah Levi. Dia kelihatan tenang seperti langsung tidak terkesan dengan pengakuan cinta aku.

Levi memandang aku lalu dia mengalihkan pula pandangannya kearah laut yang gelap.

"Hendry." Panggil Levi. Lalu Levi memandang aku.

"Aku boleh terima kau. Tapi bukan sekarang." Kata kata Levi membuatkan aku tersenyum. Aku ada peluang. Walaupun bukan sekarang. Aku tersenyum pada Levi dan dia membalas senyuman aku. Buat pertama kali. Aku dapat lihat Levi senyum dengan ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience