Bab 22

Romance Completed 22049

Bab 22

Hendry POV

Aku terjaga sebaik sahaja aku rasa seseorang sedang menyentuh wajah aku. Apabila aku buka mata aku lihat Freddy sedang membersihkan wajah aku yang penuh luka dan darah.

"Hei.." tegur Freddy ceria. Aku cuba untuk membalas senyuman pada dia. Tapi sakit.

"Hei." Kata aku dengan suara aku yang serak.

"How your feeling?" Tanya Freddy

"Better." Sakit di badan sudah ada cuma sekarang ini aku sudah boleh menggerakkan tubuh aku semula.

"Good. Sekejap lagi dad suruh pembantu hantarkan makanan untuk Hendry." Kata Freddy. Aku menggangguk lemah. Freddy kemudian berlalu pergi. Meninggalkan aku sendiri yang sedang runsing memikirkan Bond. Aku melihat keadaan diri aku yang kini sedang terbaring di atas tilam.

Lev boleh sahaja membunuh aku, tetapi kenapa dia tidak bunuh aku? Bukan aku sahaja, semua konco konco aku hanya cedera. Tiada seorang pun yang mati.

Telefon aku tiba tiba berbunyi. Aku angkat tanpa aku melihat siapa pemanggilnya.

"Hello."

"Levina?"

"Yup. Kau okay tak ni? Aku dengar kau cedera teruk?"

"Aku okay je. Kau okay tak dekat Rusia tu? Ada apa apa masalah ke?"

"Aku okay je. Lusa aku balik." Kata Levina.

"Okay. Take care." Kata aku sebelum kami sama sama mematikan talian.

Telefon aku campakkan ke sebelah aku. Mata aku pejamkan. Cuba untuk melupakan hal semalam di markas Bond.

****
Levi POV

Aku mematikan talian telefon lalu aku terus mencampakkan telefon aku ke lantai. Aku cuba menghubungi Antonio dan Adamo tetapi gagal. Dengan kesakitan yang aku sedang alami ni.

Tak sangka betul tadi semasa di dalam helikopter aku menangis kerana Hendry. Nasib baik aku pakai topeng. Kalau tidak jatuh maruah aku menangis depan abang abang aku.

Aylena sedang membalut luka aku dalam keadaan kasar. Dia geram kerana aku telah menghantar dia ke Rusia tanpa memberi tahu dia bahawa pada hari yang sama Bond dan Markolav akan berperang.

Sebaik sahaja pesawat aku tiba di Rusia, Aylena telah menjemput aku, Shui, Arthur dan Ian. Aylena hanya diam sehinggalah aku meminta tolong dia untuk membersihkan luka aku.

"Sakit?" Tanya Aylena sinis. Aku menggelengkan kepala aku. Kadang kala Aylena juga boleh jadi menakutkan.

"Okay bagus." Serentak itu Aylena menyapu iodin pada luka di bahu aku. Dia menekan luka aku dengan kuat sehingga aku terpaksa menutup mulut aku dari mengaduh sakit.

Tak guna betul perempuan ni. Fikir member je ni. Kalau lah aku dalam mode Lev tak berani dia nak buat aku macam sekarang ni.

Shui masuk ke dalam bilik aku. Lalu dia terus duduk disebelah aku.

"Hidung okay tak?" Tanya Shui. Aku memegang tisu yang aku letakkan di hidung aku untuk menahan darah yang keluar. Hidung aku berdarah ketika pergaduhan tadi. Mungkin kerana ditumbuk oleh Hendry.

"Dapat tak call Antonio dan Adamo?" Tanya Shui aku mencebikkan muka.

"Tak. Dah berapa ratus kali dah Levi cuba." Bebel aku bengang.

"Abang call nenek pun tak dapat." Kata Arthur tiba tiba. Aku memandang Arthur yang baru masuk kedalam bilik aku. Call nenek pun tak dapat. Hati aku mula rasa tak senang.

"Dah call daddy?" Tanya aku risau. Arthur menggelengkan kepalanya.

"Tak dapat juga." Kata Arthur. Aku risau. Aylena yang sedang mencuci luka aku tolak ke tepi. Aylena memandang aku pelik.

Aku bangun lalu aku capai telefon aku yang berada dilantai.

"Sure tak dapat?" Tanya aku menginginkan kepastian.

Arthur mengganggukan kepalanya. Otak aku ligat berfikir ke mana telah perginya keluarga aku. Ini yang buat tak hidup aku tak tenang ni.

****

Keesokkan harinya, aku menelefon Hendry. Bertanyakan khabar dia. Serba salah aku dibuatnya ketika bercakap dengan dia. Kesian pun ada juga. Tapi aku bersyukur kerana aku tidak membunuh dia. Bersyukur yang teramat sangat.

Setelah kami tamat berbual aku menelefon pula Freddy Markolav. Aku berharap sangat Freddy tahu keberadaan keluarga aku sekarang ini.

"Levi, kenapa call, ada apa apa masalah ke dekat Rusia sana?" Tanya Freddy cemas. Alamak bakal bapak mertua ni care sangatlah pasal bakal menantu dia ni. Hehehe. Aku tersenyum kecil.

"Tak adalah Freddy, dekat sini semuanya baik baik sahaja. Lusa aku dah boleh balik." Kata aku. Freddy menghela nafas lega.

"Bukan apa, aku risaulah kalau ada apa apa terjadi dekat kau. Dah lah Antonio dengan Adamo aku tak dapat contact. Dah beberapa hari dah ni." Kata kata Freddy buat aku terkejut.

Aku yang tadi sedang duduk kini sudah berdiri. Mundar mandir didalam bilik aku seperti orang hilang akal. Risau tentang keluarga aku.

"Freddy, aku call kau ni nak cakap tentang perkara inilah. Aku dah beberapa hari tak dapat contact keluarga aku. Freddy, tolong siasat mereka pergi mana. Aku risaukan mereka." Kata aku perlahan. Suara aku kedengaran tegas.

Ikutkan aku boleh sahaja aku mengarahkan konco konco aku menyiasat dimana keluarga aku berada tetapi semua konco konco Bond telah aku beri cuti setelah tamat pergaduhan antara Bond dan Markolav.

"Baiklah Levi, kau jangan risau aku akan cari mana keluarga kau pergi Levi." Kata Freddy. Aku tersenyum kecil. Gembira kerana Freddy sudi membantu aku.

"Baiklah, terima kasih Freddy." Kata aku sebelum mematikan talian. Aku menghela nafas lega.

****
Adamo POV

Tiga hari. Tiga hari aku dikurung bersama sama dengan keluarga aku. Aku tak tahu apa pelan Avlov sehingga dia menangkap kami semua. Mulut aku diikat, tangan dan kaki aku juga dirantai. Kami langsung tidak dapat berkomunikasi sesama sendiri walaupun kami ditempatkan didalam bilik yang sama.

Tiba tiba pintu besi bilik kami dikurung terbuka dari luar. Anak aku Aaron telah dicampak masuk kedalam bilik ini bersama sama kami.

Ale isteri aku, dia sudah mengalirkan air mata melihat anak kami Aaron dihumban masuk ke dalam bilik ini. Baju yang dipakai oleh Aaron dipenuhi dengan darah. Tidak tahulah darah milik siapa. Tetapi aku dapat agak yang darah tersebut milik Aaron kerana di saat ini Aaron kelihatan sangat lemah.

"Surprise!" Tiba tiba Avlov masuk. Suaranya kedengaran ceria.

"Aku bawakan anak kau untuk temankan kau orang. Baik tak aku?" Sambung Avlov lagi. Antonio aku lihat sudah memaki hamun Avlov disebalik mulutnya yang sudah diikat itu.

Avlov ketawa macam orang gila. Suka pula dia melihat Antonio marah Dia lalu menembak bahu Antonio.

"Ops, sorry. Tak sengaja tertembak. Hahahah!" Ketawa Avlov. Antonio aku lihat sudah bersandar pada dinding. Dia sedang menahan sakit pada bahunya.

Katya dan Ale menundukkan kepala mereka, menangis.

Pada saat ini aku rasa seperti aku seorang yang gagal. Gagal melindungi keluarga aku.

Aku menundukkan kepala aku. Pada waktu ini aku cuma berharap pada cucu aku. Levina.

Cuma dia sahajalah satu satunya harapan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience