Bab 25

Romance Completed 22049

Bab 25

Levi POV

Sebaik sahaja aku turun dari kapal terbang aku telah di sambut oleh 3 orang lelaki yang teramat aku kenal.

Lelaki yang berambut perang, bermata hazel, tinggi dan berbadan sasa. Jander. Rakan sekelas aku semenjak aku berumur 8 tahun. Dia ahli ke empat yang menyertai Bond. Cukup mahir menggunakan senapang rifle. Mampu menembak mangsa dengan tepat sejauh 600 meter jauhnya.

Perempuan yang tingginya paras bahu Jander, berambut panjang berwarna merah dan bermata kelabu. Rosie. Ahli kelima Bond. Dia sama seperti Shui. Mahir dalam bidang risikan. Jika aku memerlukan maklumat sulit tentang Presiden pun dia mampu carikan.

Dan yang terakhir sekali. Seorang lelaki yang berkulit perang sedikit. Berambut hitam dan matanya juga hitam. Badannya sasa. Ayahnya berkulit putih manakala ibunya berkulit hitam. Kategori mix lah lelaki ni. Marcus. Dari aku kecil aku dah kenal dia. Adik rakan baik abang aku Shui. Marcus selalu menjadi mangsa buli aku kerana dahulu tubuh badannya yang kecil. Sampai sekarang walaupun dia sudah berbadan sasa dan kuat namun dia masih lagi sanggup menjadi mangsa buli dan tempat aku melepaskan geram. Mahir dengan bom. Merupakan pembuat bom untuk Bond.

Perlahan lahan aku menghampiri mereka. Belum sempat aku sampai dihadapan mereka tiba tiba Marcus berlari lalu menarik aku kedalam pelukkannya.

"Rindu sangat dekat kau Levi!" Kata Marcus. Tubuh Aku dipeluknya erat. Sesak nafas aku tapi aku diamkan sahaja. Aku membalas pelukkannya semula.

"Marcus, long time no see huh." Kata aku gembira. Aku gembira setelah sekian lama akhirnya aku dapat juga berjumpa dengan mereka semula.

Marcus melepaskan pelukkannya apabila Rosie dan Jander menarik aku kearah mereka.

"Levina? Kau dah berubah wei! Berapa lama kita tak berjumpa?" Kata Jander. Aku tersenyum.

"Lima tahun beb. Lima tahun.." kata Rosie. Aku ketawa. Rindunya pada dia orang semua.

Marcus memeluk bahu aku. Menarik aku semula. Rosie dan Jander memandang Marcus geram tapi Marcus hanya buat selamba.

"Dah dah kau orang ni." Aku mula bersuara. Aku meraba jaket yang di pakai Jander. Aku mengerutkan dahi?

"Kau letak topeng dekat dalam jaket? Tak patah ke?" Tanya aku pelik. Jander tersengih menunjukkan giginya yang tersusun cantik itu.

Rosie menjeling.

"Minggu ni je dah tiga patah." Kata Rosie bengang. Aku ketawa. Macam macamlah budak budak ni. Umur 22 tahun pun tetap tak berubah ubah lagi.

Disebabkan mereka adalah orang terawal yang menyertai Bond jadi mereka juga turut memakai topeng seperti aku dan abang abang aku. Tapi kewujudan mereka hanya diketahui oleh aku. Aylena tahu pun kerana aku baru memberitahu dia beberapa hari yang lepas.

Aylena terkejut pada mulanya kerana seingat dia Marcus, Rosie dan Jander telah mati dalam letupan beberapa tahun yang dahulu. Menangis dia ketika aku menceritakan hal yang sebenar kepada dia.

"Eh, mana Aylena?" Tanya Marcus tiba tiba. Aku melihat jam tangan aku.
"Dia akan tiba dalam masa....." tiba tiba satu kapal terbang berhenti di sebelah kapal terbang aku. Pintu dibuka dan Aylena keluar bersama dengan dress pantai warna kuning, disertakan dengan topi besar dan cermin mata hitam. Kami semua memandang dia pelik. Aylena turun lalu memeluk semua yang ada. Senyuman lebar sentiasa terukir dibibirnya. Gembira sangatlah tu. Aku menjeling melihat dia.

"Hai guys! Miss me!" Kata Aylena. Aku ketawa sinis. Aylena memandang aku pelik.

"Kau kenapa Levi?"

"Kau ingat kita ni nak holiday ke? Pakai macam nak pergi pantai. Tak kena dengan tempat betul." Kata aku sinis. Aylena geram melihat aku. Lalu dia cuba untuk mencubit aku. Tetapi aku elak dengan menepis tangannya.

Aku menjeling Aylena, yang lain pula ketawa melihat kami bertengkar.

"Dah. Jom gerak." Kata aku sambil aku menarik beg pakaian aku yang berat. Ehemm, bukan pakaian sebenarnya dalam beg ni. Tapi senjata. Aku membawa 2 lagi beg dan kedua duanya telah ditarik oleh Jander dan Marcus.

Sebuah limosin telah menunggu aku. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian tuxsedo mengambil beg yang aku tarik lalu letakkan di belakang kereta. Pintu pula dibuka oleh pemandu limosin tersebut.

"Selamat kembali Cik Lev." Kata si pemandu tersebut dengan senyuman sinis.

"Terima kasih Nikolay." Kata aku sinis. Nikolay. Sebaya dengan Shui. Dia yang telah melatih aku menjadi kejam ketika aku kecil dahulu. Antonio dan Adamo hanya mengajar aku berlawan, menembak dan cara untuk menguruskan kumpulan. Tetapi Nikolay, tanpa pengetahuan yang lain aku selalu berjumpa dengan anak kepada pembunuh bersiri di Italy dahulu. Seperti ayahnya dia juga kejam dan suka membunuh. Nikolay mempunyai trauma sejak dari kecil kerana melihat ayahnya mengerat manusia hidup hidup di hadapannya. Apabila meningkat remaja dia juga hampir menjadi seperti ayahnya sehinggalah dia berjumpa dengan aku yang pada ketika baru sahaja berumur 7 tahun. Aku hampir dibunuh oleh dia tetapi kecil kecil cili padi. Berbekalkan latihan yang aku pelajari daripada Antonio dan Adamo aku berjaya mengalahkan dia dengan mudah.

Semenjak daripada itu aku dan Nikolay selalu berjumpa dan lama kelamaan apabila Bond ditubuhkan aku telah mengajak dia agar menyertai aku sebagai ahli yang ke enam. Namun tiada sesiapa yang sedar akan kehadiran Nikolay kerana dia kerap melakukan kerja di luar daerah. Abang aku juga tidak tahu akan kewujudan dia kerana ketika mereka menyertai kumpulan Bond Nikolay telah aku isytiharkan mati bersama sama dengan Marcus, Jander dan Rosie. Pandai betul aku palsukan kematian mereka. Bangga sekejap.

Aku masuk lalu aku duduk didalam limosin. Rakan rakan yang lain menaiki limosin mereka sendiri. Setiap seorang dapat limosin sendiri.

Semasa di dalam limosin aku membuka cermin penghadang yang memisahkan aku dengan tempat duduk pemandu. Cermin tersebut betul betul muat dengan badan aku. Lalu tanpa berfikir panjang aku terus masuk ke tempat duduk sebelah pemandu melalui lubang cermin tersebut.

Nikolay pula seperti sudah dapat agak yang aku akan masuk ke tempat duduk sebelah pemandu melalui lubang cermin itu hanya belagak tenang.

"Huhhh... sempitnya." Kata aku penat. Nikolay ketawa.

"Dari dahulu tak pernah nak berubah. Macam budak budak." Kata Nikolay. Aku tersengih. Rasa dah lama betul aku tak happy macam ni. Aku bersyukur betul aku buat plan rahsia ni.

"Siapa yang ajar?" Sindir aku.

"Kau yang buat ke?" Tanya Nikolay tiba tiba. Aku mengerutkan dahi. Aku memandang dia.

"Apa yang aku dah buat?" Tanya aku pelik.
"Segala pembunuhan kejam yang dilaporkan sepanjang 8 tahun yang lalu. Kau ke yang buat?" Tanya Nikolay. Aku tersenyum lebar. Dia tahu. Hehehe..
"Siapa punya kerja lagi. Hahaha!" Gelak aku.

"Psyco betul." Sindir Nikolay. Aku tersenyum nakal.

"Siapa yang ajar?" Kata aku lagi. Lalu aku ketawa girang. Hilang segala perangai aku yang dingin, ego, kejam ahh, semualah!

"Malam ni, kau ikut tak? Ikutlah. Aku tak ada genglah nak buat pembunuhan kejam nanti..." kata aku manja. Masa tiada orang bolehlah aku manja manja. Kalau ada orang aku jadi Levi yang asal yang dingin dan ego.

"Aylenakan ada. Aku dengar dia pun hebat juga bab bab seksa orang." Kata Nikolay.

"Aku tugaskan dia dengan Rosie. Diaorangkan satu kepala. Aku nak berhadapan dengan Avlov. Aku... rasa macam nak darah dia." Kata aku dengan senyuman sinis. Nikolay yang sedang memandu memandang aku.

"Oh... no kau jangan nak buat perangai dalam ni. Aku tinggalkan kau tengah tengah highway nanti karang!" Kata Nikolay. Aku ketawa. Gembira. Jujur aku dah lama tak rasa macam ni. Hari ni aku rasa.... bebas. Aku rasa aku bukan lagi Levina yang dingin dan ego. Aku rasa seperti diri aku semula. Diri aku sebelum Bond ditubuhkan.

Gelak punya gelak akhirnya aku tertidur. Penat gelak punya pasallah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience