Bab 8

Romance Completed 22049

Bab 8

Levi POV

Aku masuk kebilik bawah tanah. Kali terakhir aku jejakkan kaki aku disini ketika aku berusia 14 tahun. Dimana ketika itu aku dilantik menjadi ketua Bond.

Aku lihat, Adamo, Antonio, Katya, Ale, Aylena, Shui, Arthur dan Ian telah menunggu aku. Mereka duduk sekeliling meja bulat itu. Aku menarik kerusi aku lalu aku duduk.

"Masanya dah tiba. Kau tahukan apa yang perlu di buat?" Tanya Adamo. Tanpa ragu ragu aku terus mengganggukkan kepala.

"Aku tahu. Kau jangan risau. Aku memang dah dilatih untuk benda ni." Kata aku keras. Aku menarik nafas aku. Lalu aku memejamkan mata aku. Aku cuba bertenang. Aku dah dilatih untuk ni. Jangan gagalkannya. Semua berharap dengan aku sekarang ni.

****

"Kau buat apa dekat sini? Antonio dah suruh kau balik bercutikan?" Tanya aku kasar. Hendry diam. Aku pelik melihat dia.

"Kau dah kenapa setan.." kata aku. Dia menggetap bibir. Setelah itu baru aku ingat. Aku ketawa. Hahahah. Hendry menjeling aku. Hendry sudah 2 hari sakit. Suara dia hilang. Hahahha. Padan muka. Selalu sangat dia membebelkan aku.

"Suara mana suara." Tanya aku. Hendry menjeling aku. Perghh dia jeling pula. Dengan mata dia yang warna hijau tu. Seksi. Aku ketawa lagi.

"Dahlah, kau pergilah balik. Datuk bagi kau cutikan.. pergi pergi" halau aku. Hendry pula bengang lalu dia membuat isyarat bertanyakan bahawa aku halau dia ke.

"Haah. Aku halau kau. Kenapa ada masalah ke dengan kau." Kata aku sinis.

Hendry buat muka. Dia terasa dengan kata kata aku. Alahai mamat ni. Kata anak Freddy Markolav tapi kuat merajuk. Sensitif pula tu. Tak layak betul jadi mafia.

"Aah, rilek lah nanti kau datang jugakan 3 hari lagi. Datuk kan ada buat majlis. Dia kumpul semua sekutu dia kan. Kau mestilah datang. Aku nak juga tengok Freddy Markolav sebab anak dia ni macam bukan anak dia je. Kuat merajuk kau tahu tak." Sindir aku. Si Hendry yang tak boleh bercakap cuba untuk menangkap aku tetapi aku lebih laju berlari kearah pejabat Adamo. Aku menjelirkan lidah sebelum masuk ke pejabat Adamo yang mana ketika itu hanya ada Shui.

"Apa rancangan kau?" Tiba tiba Shui berkata begitu apabila aku sudah masuk kedalam pejabat Adamo. Terkejut aku apabila dia tiba tiba sahaja menegur aku. Aku memandang dia dingin. Aku menjadi Lev pada tika ini.

"Esok aku beritahu kau dan yang lain. Esok juga aku nak budak budak berkumpul." Kata aku mendatar lalu aku duduk di kerusi kerja Adamo.

"Kau beritahu tak dekat Adamo dengan Antonio pasal benda ni?" Aku memandang Shui lama. Setelah itu senyuman sinis terukir di bibir aku. Aku ketawa kecil.

"Kalau aku beritahu diaorang tak jadi surprise lah nanti." Kata aku perlahan dengan senyuman sinis masih lagi terukir dibibir aku.

Shui mengganggukkan kepalanya sebelum duduk di sebelah aku setelah memastikan berbual dia dengan aku sebagai Lev sudah tamat. Aku menjadi Levi semula. Adik manja dia dan satu satunya cucu perempuan dalam keluarga East dan Eager.

****
Shui POV

Aku sedang berhadapan dengan Lev leader aku sekarang ni bukan dengan Levi adik manja dan kesayangan aku. Tidak lama lagi King's akan dijatuhkan dan Bond akan jadi ketua yang paling berkuasa di Eropah.

Aku tahu ini semua dah dirancang untuk mengaburkan mata pihak musuh. Tetapi aku tidak suka akan rancangan ini. Setelah King's jatuh, Levi akan jadi lebih sibuk berbanding sekarang. Dia juga akan jadi Lev dengan lebih kerap berbanding sekarang. Sekarang pun aku dah tak tahan tengok dia jadi Lev lagilah nanti bila King's dah dijatuhkan.

Setelah tamat perbualan aku dan dia. Aku duduk disebelah dia dan memaut bahu dia. Sejak kebelakangan ini Levi jarang dapat tidur. Dia ingat aku tak tahu tapi sebenarnya aku tahu. Apa guna Hendry jaga dia selama ini.

Hendry. Aku perasan lelaki itu seperti ada perasaan dekat Levi. Aku nampak cara dia memandang Levi. Arghh, Levi ni adik aku yang dia sibuk nak suka dekat Levi juga buat apa! Carilah perempuan lain.

Levi aku lihat sudah melentokkan kepalanya di bahu aku. Matanya perlahan lahan terpejam. Aku membuka telefon aku. Banyak pesanan dan miss called dari perempuan perempuan yamg mahukan duit aku. Tetapi aku abaikan kerana aku lebih fokuskan untuk menjaga Levi.

Aku memandang Levi. Senyap je dia tidur. Berapa lama lagilah aku dapat rasa Levi bermanja dengan aku? Lepas King's dijatuhkan, dapatkah kitaorang kekal macam ni. Aku tak nak hilang adik aku. Tolonglah.

Perlahan lahan air mata lelaki aku jatuh ke pipi. Sendu sedaya upaya aku tahan supaya Levi tidak terjaga dari tidurnya. Aku cium dahi dia lalu aku pun turut lena bersama dia.

Aku terjaga dari tidur apabila aku rasa ada pergerakan di paha aku. Aku buka mata dan lihat Levi masih tidur sambil kepalanya beralaskan paha aku.

"Lena betul kau orang tidur. Aku nak kejut pun takut." Kata Adamo yang sedang leka membuat kerja. Aku tertawa kecil. Aku usap lembut rambut Levi. Sejak kebelakangan ini dia sudah mula pandai simpan rambut panjang. Dulu rambut dia pendek, tetapi tidak lah terlalu pendek. Kini dia mula menyimpan rambutnya. Namun pakaiannya masih berunsurkan lelaki. Penat aku nak pujuk dia supaya dia pakai pakaian seperti perempuan tapi dia tak nak. Dia cuma akan pakai dress ketika ingin tidur itupun jarang.

"Berapa lama kitaorang tidur?" Tanya aku pada Adamo. Aku lihat diluar sudah gelap.

"3 jam juga. Tu si Levi tu kau bawalah dia masuk bilik. Kesian dia tidur atas sofa je." Kata Adamo. Aku tersenyum aku angkat Levi.

"Takpelah. Aku nak bawa dia balik banglolah malam ni. Aku balik dulu ya Adamo. Sorry kitaorang tidur kat pejabat kau." Kata aku perlahan. Aku tersengih kepada dia.

Adamo tersenyum.

"Apa pula. Kau orang cucu akukan. Dari kecil lagi aku tahu port kau orang nak tidur mesti kat pejabat aku. So no hal lah. Aku dah biasa." Kata Adamo. Aku senyum sebelum aku berlalu pergi.

Semasa didalam kereta, Levi terjaga lalu dia mula merengek kepada aku.

"Owl jom. Dah lama kita tak pergi Owl. Jomlah Shui..." rengek Levi. Aku memandang Levi yang kini sedang buat muka comel. Aku memang dah lama tak menjejakkan diri ke Owl. Sebabnya hanya kerana aku tak nak Levi pergi ke Owl dengan alasan untuk mencari aku. Aku tahu Levi ni kategori kaki minum tetapi aku selalu menghalang dia dari minum. Lama kelamaan dia pun dah terbiasa bila tak minum benda tu.

"Tak boleh" kata aku tegas. Levi menggigit bibir. Perghh dia dah mula lah tu nak mulakan aksi pujuk memujuk dia. wei aku lagi rela lah tahan mengantuk tengok wayang dari aku tahan sakit hati aku ni tengok Levi mabuk.

"Bolehlah..." pujuk Levi. Aku menggelengkan kepala.

"No. When i said no. It means no." Aku berkata tegas. Levi mula berpeluk tubuh.

"Lagipun esok kita nak buat perjumpaan kan. Tak akan lah kau nak bagi tahu plan dengan sakit sakit kepala pula." Sambung aku lagi. Lalu aku lihat Levi seperti dapat menerima kata kata aku kerana dia mengganggukkan kepalanya perlahan.

"Okay kalau macam tu kita tak payah balik lagi. Aku nak pergi jalan jalan. Tak kisah lah pergi mana pun yang penting jalan jalan. Hehehee" kata Levi ceria. Aku tersenyum. Lega sekurang kurangnya dia tak merengek nak pergi Owl lagi.

****
Levi POV

Aku perasan Shui hanya diam sahaja. Aku tahu dia risau. Dari dulu lagi dia dah kata dekat aku dia takut jika Bond ambil alih empayar King's. Aku nampak ketakutan yang sedang dia hadapi. Tapi aku tak tahu dia takut jika aku berubah atau takut jika aku salah guna kuasa yang aku ada.

Sepanjang malam kami meluangkan masa. Sehinggalah matahari terbit barulah kami pulang ke rumah untuk membersihkan diri. Setelah itu kami yang telah lengkap memakai Topeng dan jaket hood kami bersama sama bertolak ke pengkalan Bond. Di satu tempat di tengah tengah bandar. Tempat yang tertutup namun masih dikawal dengan ketat.

Aku melihat 4 orang yang sudah lengkap memakai jaket hood dan topeng putih sedang duduk mengelilingi meja. Baju mereka mempunyai warna yang berbeza memudahkan aku untuk kenal mereka.

"Arthur. Ian. Aylena. Shui. Aku rasa kau orang dah tahu sebab apa kita berkumpul." Mereka hanya diam.

"Kita akan serang King's esok." Kata aku tegas.

"Masa majlis tu berlangsung?" Tanya Arthur. Dia memaksudkan majlis dimana semua sekutu King's akan berkumpul. Aku mengganggukkan kepala.

"Kita tak perlu ramai. Cuma kita berlima dan beberapa orang budak kita untuk mengawal keadaan dan mempercepatkan kerja kita." Aku kemudian mengeluarkan sebotol cecair dari poket jaket aku.

"Aylena. Tugas kau untuk masukkan ke dalam makanan dan minuman." Kata aku. Lalu membaling botol tersebut ke arah Aylena. Aylena menyambutnya dengan mudah.

"Aku nak tepat jam 8 malam semua tetamu dah tak boleh berjalan mahu pun berdiri. Kecuali Antonio dan Adamo. Aku nak mereka dipengsankan oleh aku sendiri. Pastikan kau orang sediakan minuman dan makanan yang lain untuk mereka." Arah aku. Aylena menganggukkan kepalanya.

"Arthur aku nak kau pastikan semua tetamu selamat dari sebarang ancaman. Means aku tak nak mereka tercedera ketika rancangan kita sedang berjalan. Tujuan kita hanya mengambil alih empayar King's bukan cederakan mereka." Aku kemudian memandang Ian.

"Ian aku nak kau jadi bayang bayang aku. Mana aku pergi kau ikut tapi pastikan orang tak tahu kewujudan kau untuk lindung aku. Lindungi aku jika aku kena serang."

"Dan.... Shui. Kau orang terbaik aku. Yang paling mahir mengesan musuh. Aku nak kau pastikan tiada musuh yang cuba cuba nak kacau plan aku. Aku tak nak King's jatuh ke tangan yang salah. Kau dibenarkan bawa bersama beberapa budak kita untuk memudahkan kau menjalankan tugas kau."

Mereka menerima tugas mereka tanpa banyak soal. Itu yang aku suka dengan mereka ni. Bila tiba waktu mereka bekerja mereka memang bekerja betul betul. Mereka juga tak kisah jika dipukul oleh aku jika mereka melakukan kesalahan ketika mereka menjalankan tugas mereka.

"Ada apa apa soalan?" Tanya aku.

"Cecair ni apa fungsi dia?" Tanya Aylena.

"Cecair tu boleh melumpuhkan dari kaki sehingga pinggang pengguna buat seketika. Bahagian badan pula akan jadi lemah. Pengguna selepas itu akan pengsan untuk beberapa jam dan setelah itu badan mereka akan pulih seperti sedia kala." Balas aku panjang. Aylena aku lihat mengganggukkan kepalanya perlahan.

"Ian tugas kau buat masa sekarang adalah memilih 20 orang dari budak kita untuk memudahkan kerja kita. Kalau dah takde apa apa lagi boleh bersurai." Kata aku lalu aku bangun dan keluar dari bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience