Bab 11

Romance Completed 22049

Bab 11

Levi POV

"Double date? Kau gila ke apa?" Jerit aku terkejut. Gila tak terkejut. Aylena tiba tiba menyatakan hasrat untuk mengajak aku double date. Dia kata walaupun dah lama dengan Kai dia masih lagi malu untuk berjumpa dengan Kai. Jadi dia ajak aku menemankan dia tapi aku menolak kerana aku tahu aku pasti akan berseorangan nanti. Tak gunalah kalau aku ikut pun kalau nanti aku jadi tak wujud juga. Jadi dia cari cara lain dan jadikan date dia ni sebagai double date. Gila. Aylena aku lihat menggigit bibir. Dia bercekak pinggang.

"No kau kena ikut juga. Kau kata kau tak nak sorang sorangkan, so aku dah carikan pasangan untuk kau. Mamat tu pun dah setuju so tak boleh nak cancel lagi." Kata Aylena tegas. Aduhh aku mengaru kepala. Nasib baik sekarang ni aku bukan sebagai Lev. Kalaulah aku Lev memang dia tak berani nak arah arahkan aku sekarang ni.

"Kau ni semaklah." Kata aku bengang. Aylena menjeling aku. Lalu dia menarik aku. Wooo tiba tiba tarik ni pahal.

"Kenapa kau tarik aku ni?" Tanya aku malas.

"Kita shopping jom. Untuk esok." Aku memandang arah lain. Bengang.

"Aku tak kata pun aku setuju nak pergi." Kata aku sambil mengetap gigi. Aylena menggelengkan kepalanya.

"Nak tak nak kau kena pergi juga. Now, let's go!" Kata Aylena lalu menarik aku masuk kedalam keretanya.

Satu hari. Yes satu hari. Aku teman dia shopping. And punyalah banyak baju dia beli untuk aku. And kebanyakkannya pendek. Annoying gila. Aku dah lah macam jantan lagi nak pakai pendek pendek. Skirt pula tu! Yes rambut aku agak curly and panjang. Tapi tu tak bermakna yang aku ni perempuan yang feminin. Aduh...

Pada keesokkan harinya Aylena datang pada awal pagi. Awal pagi yang tersangat awal. Come on lah kau dating pukul 10 pagi but kau datang rumah member kau nak bersiap pukul 4 pagi. Tak ke gila. Aku bangun tidur pun belum kut. Arghhh stress gila aku sebab si Aylena ni.

"Baguslah. Pukul 4 pagi kau dah tercongok depan pintu rumah aku dengan alasan nak tolong aku bersiap. Wei aku baru 3 jam dapat tidur tahu tak." Bentak aku bengang. Aylena ketawa. Aku malas nak layan dia jadi aku naik kebilik aku cepat cepat. Aku tutup pintu dan kunci supaya Aylena tak dapat masuk. Kemudian aku dengar Aylena mengetuk pintu bilik aku. Aku abaikan lalu aku merebahkan tubuh ke atas tilam bersaiz king aku. Aku lihat beg kertas yang aku campakkan di atas sofa semalam. Itu semua pakaian yang Aylena pilihkan untuk double date hari ini. Aku tak pernah bercinta inikan nak date. Gila betul. Ikut kan hati nak aku marah dia tapi memikirkan dia kawan aku jadi aku terpaksa melupakan hasrat aku. Aku tahu dia cuba nak carikan aku teman lelaki. Yelah selama 19 tahun hidup aku tak pernah ada boyfriend. Aku asyik fikirkan tentang Bond. Aku mengeluh lalu aku pejamkan mata aku. Akhirnya aku terlena.

Tidur aku terganggu apabila aku rasa ada susuk tubuh yang asyik mundar mandir di bilik aku. Aku buka mata aku. Cahaya matahari yang terang mensukarkan aku untuk membuka mata aku.

"Morning Levina!" Ucap Aylena. Aku yang sedang memejam mata terus membuka mata aku. Akibat terkejut aku juga terduduk di atas tilam aku. Aku lihat Aylena sedang memasukkan pakaian aku kedalam beg.

"Aylena! Kau buat apa ni?" Tanya aku. Aylena tersenyum.

"Aku lupa nak bagitahu kau semalam. Kita double date bukan sekadar dating biasa je tau. Kita holiday sekali!" Kata kata Aylena umpama pisau yang sedang membelah tubuh aku. Apa? Apa dia kata holiday? Aku menghela nafas berat. Aku bangun lalu aku menarik tubuh Aylena menghampiri aku.

"Aylena. Cuba kau ulang balik ayat kau tu." Kata aku. Aylena tersenyum ceria. Ah sudah dia dah mula. Bila Aylena tersenyum ceria aku mesti kalah. Itu adalah senjata dia untuk mengalahkan aku ketika aku sebagai Levi.

"Aku tahu kau dengar ayat aku tadi tu. Jadi tak payah nak suruh aku ulang tau. Dah sekarang kau mandi, kau shampoo rambut kau lepastu kau duduk kat meja make up kau. Harini aku yang akan dress up kau." Kata Aylena lalu dia menolak aku masuk ke dalam bilik air tanpa aku sempat berkata kata.

Setengah jam aku dalam bilik air. Cuba menenangkan diri. Apa masalah si Aylena ni? Holiday and dia boleh kata terlupa nak beritahu aku. Ohhh hell no. Gila betul. Patut pun bukan main banyak baju yang dia suruh aku beli. Sekejap ya aku kira. Satu hari mesti dua kali aku tukar baju. Siang and malam. Aku ada beli 10 helai set baju. So... 5 hari? Macam tak percaya je... gila. Takpe nanti aku tanya dia.

Aku keluar dari bilik air dan aku lihat Aylena sedang menggayakan pakaiannya dihadapan cermin.
Contoh pakaian Aylena.

"Gedik." Kutuk aku. Aylena hanya menjeling aku. Aku mengeringkan rambut aku yang basah menggunakan hair dryer. Setelah rambut aku kering Aylena datang dan mula menyolek wajah aku.

"Haaa kan cantik tu..." kata Aylena. Aku hanya tersenyum sinis. Setelah itu Aylena mengambil salah satu pakaian yang telah dipilihnya lalu dia menghulurkan kepada aku. Aku dengan malas menyambut hulurannya.

"Cepat pakai Levi, kita dah lambat ni. Kita sepatutnya dah on the ke airport sekarang ni." Kata Aylena lalu dia mula mengangkat beg keuar dari bilik aku. Entahlah mungkin nak letak dalam kereta kot.

Aku ambil dan aku pakai pakaian tersebut. Sebaik sahaja aku pakai aku terkedu melihat diri aku di cermin. Aku menelan liur aku. Baju putih lengan pendek dengan corak bunga vintage, skirt warna nude paras paha dan dipadankan dengan High heels warna cream pekat.
Contoh pakaian Levi.

Aylena masuk kedalam bilik aku semula. Dia terpegun melihat aku. Aku memandang dia bengang. Dingin sahaja pandangan aku terhadap dia.

"Aylena, this is so not me." Kata aku. Gigi aku ketap. Nak marah, member sendiri pula. Aylena aku lihat seperti terkejut dengan perubahan perangai aku. Ya, sikit lagi aku akan bertukar jadi Lev yang bertopeng dan kejam. Arghh stress bila kene pakai baju macam ni. Nampak girl sangat!

"Cantiknya Levi. Kalau buat rambut mesti lagi lawa. Sempat ke agaknya ya." Kata Aylena. Aku memandang dia.

"Kalau kau buat aku buat. Tapi kalau aku sorang je. No." Kata aku tegas. Aylena tersenyum lalu dia menarik tangan aku dan mengambil segala kelengkapan aku sebagainya lalu masukkan kedalam handbag aku. Dia menarik aku kedalam kereta dan terus memecut laju menuju ke kedai rambut.

"Kau betul betul serius ke?" Tanya aku cemas.

"Yes! Off course lah aku serius lagi lagi kau dah bagi green light!" Kata Aylena ceria. Aku mengerutkan dahi. Runsing. Menyesal aku kata macam tu tadi.

****

Kami tiba dilapangan terbang tepat tepat jam 10 pagi. Aylena pergi meletakkan kereta dan aku kemudian mencari cari Kai teman lelaki Aylena tetapi aku hanyalah jumpa Hendry yang sedang menarik bagasinya ke kaunter check in.

"Hendry!" Panggil aku. Hendry mencari cari kelibat aku tetapi mungkin kerana keadaan yang agak sesak membuatkan dia tidak nampak aku. Aku segera melambaikan tangan aku agar dia tahu kedudukan aku.

"Levina?" Dia memandang aku pelik lalu dia buka cermin mata dia. Menunjukan matanya yang berwarna hijau. Ohhh seksinya..

"Levina East ke ni?" Tanya Hendry lagi. Aku mengganggukkan kepala.

"Damn! Levina, you change a lot!" Kata dia teruja. Aku menggigit bibir.

"Aku tak berubah setan. Aylena yang dress up aku sampai jadi macam ni." Kata aku bengang. Hendry ketawa. Lalu dia mendekatkan wajah dia dengan aku sehingga hidung kami bersentuhan.

"Long time no see. I miss you Levina." Bisik Hendry perlahan. Aku terkejut dan cuba mengawal riak wajah aku tetapi gagal. Buat pertama kalinya wajah aku bertukar merah kerana seorang lelaki. Yes! Lelaki! Butterfly kat perut ni pun dah mula mengepak ngepak pula. Hendry menjauhkan dirinya daripada aku setelah dia nampak Aylena sedang berjalan berpegangan tangan dengan teman lelakinya Kai.

"Hai Hendry, dah lama sampai?" Tanya Aylena pada Hendry.

"Tak lah, aku pun baru je sampai ni." Kata Hendry. Aku mengerutkan dahi. Apa maksud mereka. Don't. Pleaselah jangan cakap yang...

"Levi, Hendry lah yang akan jadi pasangan kau nanti." Aku dan Hendry sama sama terkejut. Aku terkedu dan Hendry memandang Aylena tidak percaya.

"Kau kata kau cuma nk aku teman kan kau holiday Ni, apa ni?" Tanya Hendry cemas.

"Lah kau tak suka ke aku bawa Levi sekali? Kalau tak suka takpelah aku suruh je dia balik." Kata Aylena lalu menarik aku. Tetapi pinggang aku dipaut kemas oleh Hendry.

"Siapa kata aku tak suka, cuma haritu kau janji lain, ni kau buat lain. Siapa je tak terkejut." Kata Hendry lagi. Pinggang aku masih dipegang dengan kedua belah tangannya erat. Aylena dan Kai aku lihat tersenyum sumbing. Lalu Kai menghulurkan tiket, pasport dan ic milik aku dan Hendry. Aku menyambut huluran dia.

"Aku dah tolong check in kan untuk kau orang." Kata Kai. Aku memandang kad pengenalan dan pasport aku. Bila masa diaorang ambil ni?

"Kita ada masa lagi 2 jam lebih
Kau orang boleh lah jalan jalan dulu dekat sini. Aku dengan Aylena pergi makan kejap ya. Nanti kita jumpa dalam flight." Sambung Kai lagi. Jumpa dalam Flight? Perghh ni memang dah dirancang dah ni. Diaorang berdua memang sengaja. Setelah itu Kai dan Aylena berlalu pergi sambil mereka berbual mesra meninggalkan aku dan Hendry terpinga pinga.

****
Hendry POV

Aku memandang Levi. Satu satunya perempuan yang berjaya buat aku hilang kawalan bila dekat dengan dia. Aku tatap wajah dia. 6 bulan aku tak jumpa dia. 6 bulan! Argh! Rindu gila.

"So... nak pergi mana?" Tanya aku perlahan. Aku lihat wajah Levi yang merah. Mesti dia marah dengan Aylena dan Kai. Levi masih diam. Dia memandang Aylena dan Kai sehingga kelibat mereka hilang. Lalu dia memandang aku.

"Macam mana dia pujuk kau supaya ikut dia?" Tanya Levi tiba tiba. Mak aih budak ni. Marah sangat nampaknya. Aku tergagap gagap menjawab.

"Dia minta aku teman dia holiday dengan Kai. Dia kata dia masih malu nak jumpa dengan Kai walaupun dah lama dengan dia." Levi buat muka.

"Kau tahu tak. Dia paksa aku double date and dia tak cakap pun yang dia nak bawa aku double date sambil holiday." Kata Levi bengang. Aku mengganggukkan kepala. Faham. Levi ni memang macam ni. Baran. Yang paling penting dia tak suka kena tipu. Iyelah siapa je suka kena tipu.

Aku memegang tangan Levi. Aku tarik dia agar mengikuti langkah aku. Ajaib betul bila dia dengan rela ikut aku. Aku masuk kedalam kedai kek. Aku pesan kek kegemaran Levi untuk Levi. Sementara menunggu pesanan sampai, aku cuba memujuk dia.

"Okay, now kau jangan nak marah marah sangat. Kalau kau tak boleh sangat control marah kau untuk Aylena tolong control untuk aku. Boleh tak? Please..." rayu aku. Levi aku lihat memandang aku dingin. Kami bertentang mata buat seketika. Mata hitam Levi yang penuh misteri. Sukar untuk aku membaca dia kerana selalunya matanya hanya menunjukkan sifat dia yang sebenar. Sifat yang tidak kisah pada orang luar, sifatnya yang dingin, panas baran dan keras kepala. Tapi yang buat aku tertarik pada dia adalah sifat dia pada keluarganya. Sanggup dia menjatuhkan egonya yang tinggi semata mata demi keluarganya.

"Okay.." kata Levi perlahan. Serentak itu aku lihat wajahnya tidak setegang tadi. Aku tersenyum pada dia. Namun senyuman aku dibalas dengan jelingan. Ah tak kisah. Aku dah biasa kena jeling dengan dia.

"Kau ingat aku takut tengok kau jeling jeling macam tu. Kau langsung tak nampak menakutkan tau tapi nampak seksi." Kata aku menggoda. Levi aku lihat terkedu mendengar kata kata aku. Aku tak tipu. Bagi aku jelingan dia itu seksi. Tapi tak tahulah dengan orang lain macam mana.

"Kau tak payah nak mengada eh." Kata Levi lalu menyuapkan keknya yang baru dihantar sebentar tadi.

"Betullah. Seksi, menggoda yang paling penting aku suka." Kata aku sengaja nak lihat reaksi dia. Aku lihat kunyahan Levi terhenti. Aku memandang matanya. Dia menelan keknya lalu memandang ke arah lain. Pipi dia merah. Alamak, comelnya dia bila malu.

Aku ketawa melihat dia malu. Levi hanya buat buat memandang ke arah lain.

"By the way, kau kata tadi yang Aylena ajak kau sebab dia nak double datekan? Apa kata kalau kita date betul betul." Aku memberikan cadangan. Levi yang tadi sibuk memandang keluar cepat cepat memandang aku.

"Kau gila. Tak nak aku." Kata Levi. Suara dia aku dengar seperti cemas.

"Bolehlah. Cuma untuk minggu ni je. Start dari sekarang sampailah kita selamat mendarat disini semula." Pujuk aku. Aku tahu Levi tak pernah bercinta kerana berdasarkan pemerhatian aku Levi memang tidak suka bercinta ditambahkan lagi dengan kehadiran Shui yang teramat sayangkan Levi. Shui mana suka aku rapat dengan Levi. Kalau aku bercakap dengan Levi pun mesti dia akan buat buat panggil Levi.

Levi memandang aku aku dia melepaskan nafas berat.

"Yelah yelah. Kali ni je." Kata Levi perlahan. Aku menjerit teruja. Tiba tiba Levi menutup mulut aku. Aku memandang dia pelik. Lalu aku lihat orang orang disekitar aku sedang memandang aku pelik. Levi aku lihat sedang tersenyum kecil melihat kelakuan aku.

****
Aylena POV
Aku dan Kai makan sambil bersuap suapan. Pandangan orang lain semuanya kami abaikan. Aku bahagia dia juga bahagia. Hampir 4 bulan tidak berjumpa kerana aku dan dia terlalu sibuk bekerja.

"Kenapa ajak Levi dan Hendry? Baru ingat nak date berdua je." Rajuk Kai. Ayena tersenyum.
"Tahu tak, si Hendry tu minat kat Levi." Kata Aylena.

"Yeah, i know. I saw that." Kata Kai.
"And Levi, tak pernah bercinta walaupun sekali." Kata Aylena lagi
Kai terkejut.
"Really? Dia tu cantik. Why tak pernah bercinta?" Kata Kai terkejut.
"So sekarang ni aku nak jadi cupid pula untuk mereka berdua. Huuuuhuuu.." kata Aylena teruja. Kai tersenyum melihat kekasihnya gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience