Bab 5

Romance Completed 22049

Bab 5

"Hendry. Aku nak minta tolong kau. Tolong jaga cucu perempuan aku untuk seminggu ni. Boleh tak? Abang susuan dia hilang tak tahu pergi mana. Aku risau kalau ada apa apa jadi kalau dia duduk dekat rumah tu seorang diri. Cucu aku tu pun bukan boleh percaya sangat. Nanti bila dia sorang sorang dekat rumah entah apa benda yang dia buat pula." Kata Antonio pada Hendry. Mereka ketika itu sedang minum petang bersama.

"Cucu kau? Perempuan?" Tanya Hendry. Antonio mengganggukkan kepalanya.

"Aku boleh jaga dia tapi dia okay ke kalau aku yang jaga dia. Manalah tahu kalau kalau dia tak suka ada orang luar yang jaga dia. Hari itu pun masa kau kenalkan aku dengan family kau dia tak datang."

"Takpe. Nanti aku cakap dengan dia. Nak tak nak dia kene juga terima sebab minggu lepas dia hampir terbakar rumah dia. Tak tahulah kenapa dengan dia. Stress agaknya sebab abang dia takde dengan dia." Kata Antonio sambil menggeleng gelengkan kepala dia.

"Dia.. memang rapat ke dengan abang dia?"

"Dia lebih rapat dengan abang susuan dia berbanding abang kandung dia. Abang dia tulah yang jaga dia. Dari kecil sampailah besar."

"Apa nama dia?"

"Levina East."

****
Levi POV

"Datuk.. Levi kan dah kata Levi okay je. Datuk tak payahlah nak suruh orang jagakan Levi..." aku memujuk Antonio agar membatalkan niatnya untuk mengupah seseorang untuk menjaga aku.

"Datuk dah cakap kat dia dah and dia setuju. Levi jangan nak mengada gada ya." Kata Antonio sambil itu matanya memandang aku dari atas kebawah dan kembali ke atas semula. Aku menjeling Antonio.

"Kau dah mandi ke belum ni?" Tanya Antonio. Aku menjeling. Mesti dia perasan aku dah pakai baju ni berulang kali. Ya memang, memang aku belum mandi. Dah berhari hari aku cari Shui tapi tak jumpa. Aku pun pelik mana dia pergi. Aku risau. Takde masa nak mandi mahupun masak. Aku makan dirumah Antonio ataupun Adamo. Aku tidur dalam kereta. 2 hari dah aku tak mandi. Nasib baik sekarang ni musim sejuk. Takdelah berpeluh badan aku ni.

"Belum" jawab aku jujur. Antonio menggelengkan kepalanya. Runsing agaknya melihat aku.

"Kalau kau kecil lagi Levi, datuk dah angkat kau bawa pergi mandi tahu tak." Aku tergelak. Ya aku ingat Antonio selalu mandikan aku. Sehinggalah aku berumur 9 tahun nenek memarahi Datuk kerana masih mandikan aku walaupun aku sudah besar. Setelah dimarahi barulah datuk menyuruh aku mandi sendiri.

"Hahahaha datuk, ingat lagi?" Kata aku sambil menahan ketawa.

"Gila kau tak ingat dekat 2 jam aku kene bebel dengan nenek kau." Kata Antonio lalu dia turut ketawa bersama aku.

"Dah, pergi naik atas. Pergi mandi. Lepas tu makan. Lepas makan kalau kau nak keluar cari Shui pun boleh. Yang penting waktu makan kau ada." Kata Antonio. Aku menggangguk sambil tersenyum.

"Tapi walau macam mana pun Levi tetap tak nak setuju tentang datuk upah orang untuk jaga Levi." Kata aku sebelum berlalu pergi. Antonio hanya menjeling aku. Aku tahu dia pasti tidak akan memdengar kata aku. Antonio tu keras kepala. Macam aku. Heheheh...

Aku masuk kedalam bilik lama aku dan aku terus menghempaskan tubuh di atas tilam bersaiz king itu. Dah lama rasamya aku tak baring atas tilam lembut ni. Aku kemudian mengeluarkan telefon bimbit aku. Aku mendail nombor Aylena.

"Mana?" Tanya aku tiba tiba sebaik sahaja Aylena menjawab panggilan aku.

"Eh, eh, mana apa pula kau ni? Tiba tiba je." Aku terus ketawa mendengar kata kata Aylena.

"Ni, aku suruh kau gantikan aku untuk dinner minggu lepaskan? Kau pergi mana haa..." kata aku sambil menahan ketawa.

"Kau tahu tak, lepas kau call aku tu, aku terus kena cirit birit. Aku pengsan dalam toilet. Sedar sedar dah pukul 3 pagi atas tilam bapak aku angkat. Dinner apa waktu macam tu." Lagi sekali aku terus ketawa dengan kuat. Aylena geram. Aku pula cuba untuk menahan ketawa aku.

"Kau tahu tak? Sebenarnya tengah hari tu aku datang rumah kau. Masa aku datang tu, mak kau pula tengah hidangkan lunch. Aku ternampaklah wasabi kat atas meja dapur kau. Kau tak boleh makan wasabikan Aylena. Haaa aku letak kat dalam makanan kau. Makanan kau jelah. Hahahha!!!" Jelas aku lalu aku menyambung ketawa aku. Aylena terdiam kerana terkejut.

"Kau? Kau punca aku cirit birit? Kau punca aku pengsan? Eiii!!! Levina!! Tak guna punya kawan!!!" Marah Aylena. Namun aku hanya mampu ketawa. Lalu Aylena mula membebel tetapi aku hanya mendengar acuh tak acuh.

"Woi." Panggil aku perlahan. Apabila Aylena aku dengar seperti sudah berhenti membebel.

"Haaa, nak apa kau?" Tanya Aylena masih geram.

"Dah habis membebel?" Soal aku.

"Dah..." kata Aylena perlahan.

"Bagus. Aku ada kerja untuk kau." Kata aku tegas. Aylena hanya diam.

"Kita tukar identiti." Kata aku perlahan. Aylena kedengaran terkejut.

"Hah? Kenapa Lev? Kau nak aku gantikan kau sebagai Levi cucu dan kawan baik aku ke ataupun Lev leader Bond?" Soal Aylena.

"Sebagai Levi." Kata aku. Aylena menghela nafas lega.

"Okay. Tapi kenapa?"

"Kau tahukan Shui hilang. Aku agak tak terurus sekarang ni. Jadi, Antonio upah orang untuk uruskan aku. Lelaki and aku menolak. But, kau tahukan Antonio macam mana. So aku nak kau gantikan aku untuk seminggu dua ni. Sampailah Shui balik." Kata aku perlahan. Mata aku memandang gambar aku dan Shui yang sedang berpeluk mesra ketika kali terakhir kami bercuti 2 tahun yang lepas.

"Okay. Aku boleh menyamar jadi kau, tapi aku nak kau janji. Janji kau akan jaga diri kau. Tak nak macam sekarang. Boleh?" Kata Aylena takut takut. Kerana waktu ini kami sedang berbual sebagai ketua dan pekerja bukan sebagai kawan baik.

"Okay." Kata aku sepatah. Setelah itu aku pun mematikan talian dan melelapkan mata.

Aku terjaga sebaik sahaja aku mendengar suara Aylena menyanyi di dalam bilik air. Bila masa pula perempuan ni masuk bilik aku.

Aku bangun dan aku berjalan lemah menghampiri pintu bilik air. Aku buka pintu bilik air kelihatan Aylena sedang selfie di hadapan cermin.

"Woi." Tegur aku. Aylena terkejut hinggakan telefon bimbitnya hampir jatuh.

"Suara kau tak sedap. Tak payah nak menyanyi sangat." Kutuk aku. Aylena ketawa. Lalu dia menarik aku keluar dari bilik air dan duduk di sofa yang menghadap tv.

"Aku dah nampak dah lelaki yang patut jadi baby sitter kau. Weii!! Handsome gile! Melting aku wei!!!" Kata Aylena teruja. Aku memandang dia tidak percaya.

"Mana kau nampak?" Tanya aku pelik.

"Dia dekat bawah tengah berbual dengan Antoniolah!!" Jawab Aylena masih teruja.

"Haaa okay, means sekarang ni aku kena keluar ikut tingkaplah ni? Hmm great!" Bebel aku. Lalu aku mandi dan menukar pakaian aku.

Sehabis mandi aku lihat Aylena sudah tiada didalam bilik. Mesti dia sedang menunggu aku di dalam kereta. Aku kemudian memakai baju dan aku menghampiri tingkap.

Aku melihat ke arah pokok dihadapan tingkap bilik aku. Aku sudah lama tidak melompat dari tingkap ke pokok tersebut.

Aku berjalan secara mengundur dalam beberapa langkah. Setelah itu aku berlari melompat dari tingkap dan terus mendarat dengan selamat di atas dahan pokok tersebut. Heheh aku tersenyum bangga. Aku kemudian berjalan di atas dahan dahan tersebut sehingga aku nampak kereta milik Aylena di tepi jalan sedang menunggu aku. Aku melompat keatas kereta Aylena sengaja menakutkan dia.

"Levi! Kau ni sengaja takutkan akukan. Ish!!" Bentak Aylena geram. Dia cepat cepat keluar dari kereta apabila terasa gegaran kuat di atas keretanya. Aku hanya ketawa sambil turun dari bumbung keretanya.

"Rilekslah, kalau kereta kau rosak aku boleh ganti barulah." Kata aku. Aylena hanya menjeling. Aylena masuk kedalam kereta diikuti oleh aku.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal aku.

"Mana aku tahu. Idea kau kan ni nak lari ikut tingkap." Aku mencebik.

"kita pergi shopping nak tak? Hari ni ada dress baru keluar dekat butik Summer." Ajak Aylena. Aku mengiyakan sahaja.

"Kau belanja." Kata Aylena lagi. Aku memandang dia. Lalu aku meraba poket aku. Alamak dompet aku dekat rumah apartment lama akulah.

"Kita singgah apartment lama aku. Semalam aku singgah rehat dekat aparment. Purse aku tertinggal dekat sana." Aylena menggangguk sebelum menukar arah permanduannya.

30 minit kemudian akhirnya aku sampai juga ke rumah apartment aku. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit telah menjadi lambat kerana Aylena asyik berhenti untuk membeli makanan.

Aku menekan password rumahku lalu aku nemulas tombol pintu. Aku terkejut melihat seorang lelaki yang hanya memakai seluar jeans dirumah aku. Tubuhnya yang sasa menjadi santapan mata aku. Kami bertentang mata. Dia aku lihat sedang menyusun buku yang bersepah di rak buku di tepi sofa.

"Levina?" Tanya lelaki tersebut. Aku nak menggangguk tetapi teringat akan Antonio. Ah sudah ni ke lelaki yang kena jaga aku. Betul kata Aylena. Babysitter aku ni handsome. Nak mengaku ke tidak ya.

"Aku bukan Levi, aku Aylena. Ni Levi." Tipu aku sambil menarik Aylena yang sedang berdiri di belakang aku. Dia tidak perasan agaknya yang ada lelaki di dalam rumah aku kerana dia terkejut apabila ditarik oleh aku.

"Kau Levi?" Tanya lelaki tersebut. Aylena terkejut. Aku menepuk lembut pinggang Aylena. Mengingatkan dia pelan asal kami.

"Ya. Aku Levi." Kata Aylena. Aku tersenyum kelegaan. Lelaki tersebut memandang aku. Aku mengangkat kening kanan aku sambil membuat muka kau nak apa kepada lelaki tersebut.

"Kau siapa?" Tanya lelaki tersebut. Aku menjeling dia.

"Member dia. Kau pahal?" Tanya aku riak. Lelaki tersebut menggelengkan kepalanya.

"Er, kau ke babysitter aku.. ehhh penjaga aku?" Tanya Aylena. Dengan tersasulnya lagi. Aku tersenyum sinis. Lelaki tersebut tersenyum mendengar kata kata Aylena.

"Ya. Aku babysitter kau. Nama aku Hendry Alfred Markolav. Dari kumpulan Markolav." Kata Hendry. Aku memandang Hendry. Mamat ni kumpulan Markolav. Bestfriend datuk tu ke? Ish macam tak percaya je. Nak kene siasat ni. Nak suruh siapa siasat? Shui? Dia pun hilang entah kemana.

"Aku masuk dulu" kata aku perlahan lalu aku masuk ke bilik aku mengambil dompet aku. Apabila aku keluar aku lihat Aylena sudah duduk di sofa sedang berbual sambil minum dengan Hendry.

"Kau nak keluar tak ni?" Tanya aku perlahan. Pandangan Aylena dan Hendry tertacap ke arah aku.

"Keluar pergi mana?" Tanya Hendry.

"Kalau kau tak nak keluar aku gerak sorang jelah." Aku kata kepada Aylena tidak menjawab pertanyaan Hendry. Entahlah aku pun tak tahu kenapa aku rasa menyampah sangat dengan Hendry ni. Mungkin sebab dia ditugaskan untuk jaga aku kot. Yelah aku ni kan sukakan kebebasan.

Aku kemudian melangkah keluar meninggalkan Aylena dan Hendry berdua duaan. Biarlah mereka nak berbual ke apa yang aku tahu aku tak nak menghadap muka lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience