Bab 16

Romance Completed 22049

Bab 16

Lev melompat turun bersama sama dengan konco konconya. Dia melompat dan mendarat betul betul dihadapan Vlo. Jarak mereka hanya beberapa kaki sahaja. Vlo memandang Lev terkejut. Dia tak sangka yang akhirnya Lev memunculkan dirinya dihadapannya. Dia takut tapi juga teruja. Manakala Lev pula berpeluk tubuh ketika memandang Vlo.

Vlo memandang Lev. Topengnya kelihatan menakutkan. Lev memakai sweater berhood. Susah untuk dia meneka jantina sebenar Lev. Rambutnya ditutup dengan menggunakan hood. Tubuhnya dibaluti sweater tersebut. Tangannya dilindungi oleh sarung tangan hitam kulit. Ketinggiannya pula hampir sama dengan lelaki disebelahnya.

"Apa kau nak dari aku." Tiba tiba Lev bersuara mengejutkan Vlo. Vlo, tersenyum sinis.

"Lev, Lev. Lelaki apa kau ni, menyorok di sebalik topeng putih kau tu." Kata Vlo. Kedengaran bunyi Lev dan Shui ketawa sinis. Mereka ketawa kerana Vlo berkata bahawa Lev itu lelaki. Vlo memandang mereka terkejut. Apa masalah mereka?

"Apa kau nak dari aku?" Tanya Lev dengan lebih tegas. Dia masih lagi berpeluk tubuh. Sambil matanya masih lagi memandang ke arah Vlo dan konco konconya. Mangsa dia untuk malam ini.

"Aku nak empayar Bond." Kata Vlo berani. Terdengar suara Lev yang ketawa sinis. Membuatkan Vlo sakit hati.

"Kau, dan kumpulan kau boleh pergi mampus lepas ni." Sambung Vlo lagi. Setelah Vlo menghabiskan kata katanya konco konco Bond mengetawakan dia. Vlo terkejut. Baru dia perasan bilangan ahli Bond yang ada. Mereka lebih ramai berbanding yang dia telah bawa.

Vlo memandang ahlinya yang sedikit. Menyesal dia tidak membawa lebih ramai lagi. Dia benar benar tidak menyangka yang rancangan mereka untuk menyerang gudang Bond telah diketahui oleh Bond dahulu. Pasti ada pengkhianat di antara mereka. Lev pula dari tadi hanya memerhatikan kelakuan Vlo yang kelihatan agak mengelabah. Dia tahu mangsa dihadapannya sedang takut tetapi belagak berani dihadapannya.

"Keluar dari kawasan aku atau maut menjemput kau." Lev cuba menghalau Vlo dengan cara yang lembut. Vlo menggelengkan kepalanya. Dia mahukan empayar Bond.

"Kau ingat aku nak blah macam tu je ke?!" Jerit Vlo marah lalu tiba tiba Vlo dan konco konconya menyerang Bond. Bond yang sudah dapat membaca pergerakkan Benzxo hanya berdiri di tempat masing masing bersedia untuk bertahan dari serangan Benzxo.

Vlo menyerang Lev. Dia menumbuk Lev tetapi tumbukannya berjaya dielak. Kakinya naik kerusuk Lev dan ianya mengena membuatkan Lev terundur beberapa langkah kebelakang. Lagi sekali Vlo ingin menyerang Lev. Tetapi gagal. Kali ini giliran Lev pula yang menyerang. Lev telah menendang paha Vlo menyebabkan Vlo jatuh tersungkur.

Kemudian lagi sekali Lev menendang Vlo sehinggalah seseorang menyerangnya dari belakang. Konco Benzxo memukul belakang Lev dengan menggunakan kayu. Kayu tersebut patah dua dan Lev melutut menahan kesakitan yang dialaminya. Dia memegang belakangnya yang telah dipukul. Ketika konco Benzxo ingin menikam Lev, Shui datang lalu menembak kepala musuh sehingga hancur. Shui membantu Lev bangun dan serentak itu Vlo datang ingin menikam Lev dan Shui. Shui dan Lev dapat mengelak serangan Vlo namun lengan kiri Lev dan lengan kanan Shui terkena hujung mata pisau Vlo. Membuatkan mereka mempunyai luka panjang yang sama. Lev memandang lengannya dan lengan Shui. Dia marah. Abangnya cedera.

"Kau cederakan abang aku? Are you serious? Damn man you're dead meat!" Jerit Lev kuat. Dia marah. Vlo sudah mencederakan abangnya Shui.

Tanpa membuang masa lagi, Lev berlari ke arah Vlo. Dia menumbuk Vlo berkali kali diwajah dan perut Vlo. Lalu dia menendang wajah Vlo. Menyembur darah keluar dari mulut dan hidung Vlo. Lev mengangkat lututnya lalu dihentakkan pada perut Vlo sebanyak 3 kali. Darah Vlo memercik pada tubuh Lev tetapi Lev abaikan. Lev kemudian lagi sekali mengangkat lututnya lalu dihentakkan pada kepala Vlo sekuat kuat hatinya. Kepala Vlo pecah. Vlo akhirnya terbaring lemah. Dia sudah penat, lemah dan dia tahu ajalnya akan tiba tidak lama lagi.

Lev menghampiri dia sambil mengeluarkan pisau rambo miliknya yang tersemat kemas dipinggangnya. Dia lalu duduk diatas Vlo.

Lev kemudian meletakkan hujung mata pisau rambo miliknya di dada Vlo.

Pisau di tekan sedikit.

Darah mengalir keluar dari tubuh Vlo.

Vlo mengerang kesakitan.

Lev membelah dada Vlo tanpa belas kasihan. Secara berhati hati dia melakukan aktiviti membedahnya. Agar mata pisaunya tidak kena pada jantung Vlo.

Vlo semakin lemah. Dia hanya mampu menahan sakit yamg dilakukan oleh Lev. Shui pula menjaga Lev dengan melindungi Lev dari mana mana serangan musuh.

Setelah itu Lev membuka dada Vlo yang sudah dibelah. Terpamirlah jantung Vlo yang kini sedang mengepam darah dengan laju. Bunyi jantung Vlo kedengaran sangat kuat sehinggakan suasana gudang yang sedang bising menjadi senyap. Semua ahli Bond dan Benzxo memandang Vlo. Ahli Bond bersorak gembira akan kemenangan mereka. Manakala ahli Benzxo sedang cuba untuk menghentikan tindakan Lev namun dihalang oleh konco konco Bond.

Lev membuka topengnya sedikit. Mempamerkan senyuman sinisnya kepada Vlo.

"Selamat tinggal. By the way aku perempuan." Bisik Lev perlahan sebelum memakai topengnya semula lalu tanpa belas kasihan dia merentap jantung Vlo dengan tangannya. Darah keluar memancut mancut sehingga mengenai tubuh Lev tetapi Lev hanya tersenyum sinis. Dia puas. Puas yang teramat sangat. Jantung Vlo diramas ramas membuatkan darah semakin membanjiri tubuh Lev dan kawasan Lev sedang berdiri. Semua ahli Benzxo terkejut melihat kekejaman Lev lalu mereka semua membuat keputusan untuk lari keluar gudang. Namun malang nasib mereka kerana diluar gudang terdapat ahli Bond sedang menunggu. Tanpa membuang masa lagi, Shui mengarahkan agar semua ahli Benzxo perlu diseksa untuk mendapatkan maklumat dan kemudian mereka dibunuh.

Lev memandang jantung yang berada dalam genggamannya. Dia masih lagi menikmati keseronokkan memerah darah keluar dari jantung milik Vlo. Tiba tiba Shui memegang lengan Lev.

"Dah selesai. Mari balik." Lev memandang Shui. Lalu dia melihat sekeliling gudangnya. Bersepah dengan mayat dan bau hanyir.

"Selepas selesai bunuh ahli Benzxo yang selebihnya, bersihkan gudang ni. Jangan tinggalkan walau satu bukti pun. Lepas tu aku nak kau bakar gudang ni." Kata Lev dingin. Shui menggangguk faham. Jantung Vlo dicampak bersebelahan jasad Vlo yang sudah tidak bernyawa itu.

Malam itu gudang tersebut dipenuhi dengan suara rayuan dan jeritan ahli Benzxo yang diseksa dengan kejam. Keesokkan harinya pula bomba telah bertukus lumus memadamkan api pada gudang tersebut.

Berita kebakaran gudang tersebut tersebar dengan luas pada surat khabar dan televisyen namun tiada siapa pun yang menyangka tempat tersebut telah menjadi saksi pembunuhan kejam beramai ramai kumpulan Benzxo.

Lev dan Shui yang sedang menonton berita ketawa sinis. Satu musuh mereka telah mati. Kedudukan mereka juga sudah semakin kuat. Tiada sesiapa yang mampu menghalang mereka lagi selepas ini.

"Shui. Kita ada parut yang sama." Kata Lev pada Shui. Shui memandang lengan kanannya yang terdapat luka panjang. Lalu dia memandang pula lengan Lev. Shui membuka topengnya menunjukkan wajahnya. Shui tersenyum.

"Kita samalah adik." Lalu Shui menarik Lev kedalam pelukkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience