Bab 29

Romance Completed 22049

Bab 29

Hendry POV

Aku tergesa gesa berlari masuk ke hospital Queen. Sebaik sahaja aku nampak kelibat seseorang yang aku kenal. Arthur. Aku terus menghampiri Arthur.

"Arthur! Mana Levi!" Tanya aku cemas. Arthur memandang aku pelik.

"Mana?" Tanya aku lagi menyedarkan Arthur yang seperti sedang berkhayal memandang aku.

"Tingkat 7 wad nombor 1." Kata Arthur. Sebaik mendengar jawapan Arthur aku terus berlari ke arah lif.

Aku sampai di tingkat 7 dan apabila aku melepasi ruang menunggu yang disediakan aku nampak pintu yang bertanda nombor satu. Tanpa berdalih lagi aku terus merempuh masuk ke wad tersebut.

Kedengaran bunyi mesin berbunyi kuat. Aku melihat tubuh Levina yang kini sedang terbaring kaku. Kepalanya berbalut dan di dahi sebelah kiri terdapat tompokan darah. Matanya terpejam rapat. Mulutnya dimasuki wayar. Tangannya calar balar. Dadanya aku lihat bergerak naik dan turun walaupun perlahan.

Aku duduk di sebelah Levina. Tangannya aku pegang lalu aku genggam.

Sayu aku memandang keaadannya sekarang ini.

Pagi tadi ketika aku sedang tidur tiba tiba Shui membangunkan aku dan berkata bahawa Levina di jumpai kemalangan dan jatuh ke dalam jurang tidak jauh dari rumah apartment miliknya.

Shui kata Levina dalam keadaan kritikal.

"Levina..." panggil aku perlahan. Tangannya yang aku pegang tadi aku lepaskan. Aku kemudian mengusap lembut wajahnya. Aku rindukan dia.

"Levina, aku minta maaf. Aku minta maaf sebab tak siasat dulu hal yang sebenar. Aku tuduh kau macam macam. Aku minta maaf sayang. Shui dah terangkan segala galanya. Bangunlah sayang.. aku rindukan kau.." tutur aku lembut. Namun Levina hanya diam kaku. Dia tidak memberikan apa apa reaksi. Aku nak dia bangun. Tolonglah bangun.

Tiba tiba bahu aku dipegang dari belakang.

"Sabar Hendry." Pujuk Shui. Aku memandang wajah Shui. Wajahnya sembab. Dia kata aku tapi dia sendiri pun sama macam aku.

Aku tersenyum hambar pada dia.

"Kau pergilah tukar baju dulu. Serabutlah aku tengok pakaian kau tu."

Aku ketawa kecil. Aku baru perasan yang aku hanya memakai singlet putih dan seluar tidur bercorak monyet. Aduh. Patut pun Arthur memandang aku pelik tadi.

Seluar ni Levina yang pilihkan untuk aku tiga bulan yang lalu ketika kami keluar membeli barang dapur.

Aku tersenyum apabila teringatkan kenangan kami bersama.

****
Levi POV

Aku membuka mata aku. Aku lihat syiing di atas berwarna putih. Sejak bila pula syiling rumah aku warna putih. Bukan warna peach ke syiling dekat rumah aku.

Aku cuba bangun. Kepala aku sakit tetapi aku abaikan.

Aku dekat hospital. Baru aku ingat. Aku dengan sengaja memandu kereta aku ke arah jurang berdekatan apartment aku. Hmm, nampak sangat emosi aku terganggu sampai sanggup nak bunuh diri.

Aku bangun memijak lantai lalu aku nampak sebuah beg pakaian elok terletak di atas sofa di sudut bilik. Aku menghampiri beg tersebut lalu aku buka beg tersebut.

Baju. Baju ni milik Shui. Aku tersenyum sinis. Dompet aku turut ada di dalam beg tersebut.

Peluang untuk aku lari.

Sejujurnya aku tak tahu kenapa aku boleh begini. Untuk lari. Aku tak tahu. Tapi yang pasti aku ingin bersendiri buat masa sekarang.

Tanpa teragak agak aku terus mengambil pakaia tersebut lalu aku bawa masuk kebilik air yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke bilik ini.

Setelah menukar pakaian aku keluar semula dan aku mencari cari jika terdapat kasut yang tersimpan di dalam bilik ini. Tapi malangnya tiada. Aku mengeluh lalu aku duduk di atas sofa.

"Mana aku nak cari kasut ni. Tak akan nak berkaki ayam pula?" Bebel aku sendiri. Tiba tiba pintu dibuka dari luar. Aduh tolong jangan cakap tu salah seorang dari keluarga aku. Aku nak lari ni..

Seorang wanita yang berpakaian seperti pembantu doktor masuk kedalam sambil menyanyi nyanyi kecil.

Aku memandang dia tajam. Dia yang baru perasan bahawa aku sudah bangun memandang aku dengan wajahnya yang terkejut.

"Hai." Kata aku sambil menghampiri dia. Aku lihat wanita tersebut melangkah secara mengundur ke belakang.

"Cik, dah sedar. Saya akan panggilkan doktor sekarang ya." Kata wanita tersebut. Aku tersenyum kepada dia.

Ketika dia ingin berlalu pergi aku segera menutup mulutnya lalu dengan cepat aku mengunci kepalanya.

Setelah bergelut seketika akhirnya wanita tersebut pengsan.

Aku mengangkat dia ke atas tilam hospital. Aku tak bermaksud sebenarnya nak pengsan kan dia tapi kasut dia benar benar menarik perhatian aku.

Aku mengambil kasutnya lalu aku pakai.

"Done. Ketat sikit tapi takpe.. nak lari je pun. Duit aku banyak boleh beli nanti." Setelah itu aku membuka pintu dan mula lihat ke luar.

Sebelum aku keluar sempat aku buka balutan yang terlilit dikepala aku dan aku buangkan kelantai.

Setelah memastikan kawasan aku selamat dari keluarga aku. Dengan segera aku berjalan tenang menaiki lif turun ke tingkat bawah.

Sampai di tingkat bawah pintu lif terbuka dan tanoa aku sangka aku bertembung dengan Hendry yang sedang leka memandang telefon bimbitnya.

Dia tak perasan aku di hadapan dia. Dengan tenang aku berjalan melepasi dia.

Malam ini aku memang bertuah apabila terdapat teksi baru menghantar salah seorang penumpangnya.

Aku masuk dan si pemandu bertanyakan ke mana arah tuju aku.

Tanpa berfikir panjang aku terus menyatakan arah tujuan aku.

"Airport."

****

"Levina, Levina. Lari? And kau tak tahu sebab kau lari?" Kata Nikolay pada aku sebaik sahaja aku tiba di rumahnya di Jepun.

Aku cuma manpu tersenyum sahaja apabila Nikolay membebelkan aku.

"Dah lari pandai cari aku. Apalah kau ni Levina." Nikolay menyambung bebelannya. Namun aku hanya diam.

"Kenapa diam? Dah bisu ke?" Sindir Nikolay.

"Kau tak suka ke aku datang kat kau? Aku nak menyorok sekejap je... tak boleh ke?" Aku pura pura merajuk. Nikolay yang tadi berdiri kini melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

"Bukan tak suka. Tapi kau sedar tak apa yang kau dah buat?" Aku mengganggukkan kepala aku.

"Tapi kenapa buat juga?"

"Aku tak tahu. Aku rasa macam nak lari. Jadi aku larilah." Kata aku perlahan. Nikolay menyelak rambut aku yang menutup dahi aku. Terlihat luka aku yang sudah kering di dahi kiri aku.

Aku tak faham kenapa doktor tulis dekat laporan kesihatan aku yang aku kritikal. Sempat aku baca sebelum aku lari keluar dari hospital. Apabila aku lihat kecederaan aku tidaklah teruk mana. Siap boleh lari dari hospital lagi.

"Pergi hospital jom." Ajak Nikolay. Aku mengganggukkan kepala aku perlahan.

****

Setelah sampai Jepun baru aku sedar sebenarnya aku koma selama 5 hari. Patut pun doktor kata aku berada dalam keadaan kritikal.

Namun setelah membuat pemeriksaan rapi luar dan dalam, doktor Mashami mengatakan bahawa aku sudah sihat sepenuhnya.

Dua minggu aku tinggal bersama Nikolay. Aku baru tahu rupanya tujuan dia membeli rumah di Jepun kerana teman wanitanya sedang sambung belajar di Jepun.

Semalam ketika aku baru bangun tidur aku terkejut melihat seorang gadis berambut blonde sedang memasak di dapur. Nasib baik aku tak tertembak dia apabila dia memperkenalkan diri dia bahawa dia adalah Melinda teman wanita Nikolay. Seharian aku mengacau Melinda dan Nikolay. Seronok apabila aku dapat jadi seperti dahulu. Aku rasa bebas daripada tanggungjawab yang aku galas selama ini.

Dah lama aku tak rasa macam ni.

Bebas!

****
Hendry POV

Tiga minggu sudah berlalu dan aku masih tak tahu ke mana Levina telah menghilang.

Aku lihat Adamo dan Antonio semakin kuat bekerja. Mungkin ingin melupakan perasaan rindu kepada cucu mereka Levina.

Shui aku lihat sudah semakin tidak terurus. Setiap hari dia akan mengarahkan konco konconya mencari dimana Levina telah pergi namun pencarian mereka sentiasa gagal.

Levina pandai betul menghapuskan jejaknya. Dia hilang begitu sahaja. Kalaulah aku tidak leka bermain dengan telefon, pasti aku berjaya halang Levina dari lari.

Sejujurnya aku nampak seorang gadis rambut panjang dan bentuk badannya seperti Levina cara berpakaiannya juga seperti lelaki. Namun akibat terlalu leka aku hanya memandang telefon aku sahaja.

Aku menggaru kepala aku yamg tidak gatal. Semuanya berpunca dari aku. Semuanya silap aku. Aku ni lelaki tak berguna! Malang!

Aku tak sepatutnya buat Levina macam ni.

Aku memegang leher aku. Luka aku semakin kering. Doktor kata luka aku tidak dalam mana dan tidak perlu dijahit.

Tiba tiba pintu pejabat aku di buka dari luar. Kelihatan Shui masuk kedalam bilik aku sambil membawa tiga buah fail besar. Dah lah besar. Tebal pula tu.

Fail tersebut diletakkan di atas meja aku.

Shui memandang aku tajam.

"Apa ni?" Tanya aku pelik.

"Aku nak kau jadi orang kanan aku. Sehinggalah adik aku balik." Kata Shui tegas. Aku memandang dia lama.

Dia ni biar betul. Shui memetik jarinya dihadapan wajah aku.

"Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?" Tanya Shui. Aku lihat kearah Shui. Shui kelihatan agak selekeh. Sama perangai dengan Levina apabila dia sedang tertekan.

Aku berani jamin yang rumah mereka sekaramg ini pasti agak bersepah.

"Kenapa tiba tiba je ni?" Tanya aku pelik. Shui duduk di kerusi hadapan meja aku.

"Levi takde. Aku tak berapa pandai uruskan kumpulan. Aku nak kau bantu aku. Uruskan Bond."

"Antonio dan Adamo tak pernah ajar kau ke?" Tanya aku pelik.

"Mereka ajar. Tapi aku terlalu fokus dengan Levi jadi aku tak dengar apa yang mereka katakan."

kalau aku bantu Shui, daddy terpaksa jaga kumpulan sendiri. Tapi daddy ada orang kanan dia sendiri.

Bantu Shui atau daddy.

Aku dah buat Levina lari. Nak tak nak aku kena tolong juga.

"Okay." Kata aku perlahan. Shui menepuk meja aku secara tiba tiba.

"Ikhlas ke tak ikhlas ni!" Tanya Shui. Wajahnya di dekatkan dengan wajah aku.

Aku ketawa kecil.

"Aku ikhlas.." Barulah aku nampak senyuman Shui. Jarang dia tersenyum sejak kebelakangan ini. Aku gembira kerana dapat tolong dia. Sekurang kurangnya dapat juga aku membantu hilangkan tekanan yang sedang dihadapi oleh Shui sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience