Bab 12

Romance Completed 22049

Bab 12

Levi POV

"Pejamkan mata kau." Kata Hendry tiba tiba. Aku memandang dia dengan pandangan pelik. Sudah 3 hari kami berpasangan dan Hendry asyik memberikan kejutan untuk aku. Pagi tadi ketika aku baru bangun tidur dia telah membawakan sarapan untuk aku berserta sejambak bunga tulip yang ditempah khas untuk aku. Sekarang ini dia menyuruh aku menutup mata aku pula. Pelik betullah Hendry ni

"Nak buat apa? Surprise apa lagi ni? Kau tak penat ke." Bebel aku serius. Namun Hendry hanya ketawa.

"Pejamlah.." kata Hendry lagi. Aku menggelengkan kepala bosan lalu aku memejamkan mata aku. Seketika kemudian aku rasa nafas Hendry diwajah aku. Dekat gila dengan aku. Dia nak buat apa ni? Tak tak tak tak tak jangan kata dia nak cium aku! Ah tidak..

Aku buka mata aku dan sebaik sahaja aku buka mata aku satu kucupan lembut hinggap di pipi aku. Kucupan yang sekejap namun mampu membuatkan aku terpakudan lidah aku kelu. Aku tak mampu untuk memberikan sebarang reaksi.

Hendry memandang aku dengan senyuman dan aku memandang dia dengan wajah tak percaya aku. Tiba tiba Hendry ketawa.

"Hahahh, comelnya muka kau. Levina. Kenapa comel sangat!" Kata Hendry lalu lagi sekali dia mencium pipi aku semula. Kali ini ciuman dia agak lama. Aku tahan nafas. Ah malunya.

Hendry menjauhkan dirinya dari aku lalu memeluk aku dengan erat. Cara dia memeluk aku seolah olah dia tak nak melepaskan aku.

"I miss you." Kata kata Hendry membuatkan aku ingin menangis. Aku tak tahu dengan perasaan ini, tapi aku gembira.

****

Hendry POV

I kiss her. Setelah sekian lama aku pendam perasaan ini. Aku tak tahu nak luahkan macam mana. Perasaan aku dekat dia. Aku pejamkan mata aku ketika aku memeluk dia. Aku bisik kan pada dia.

"I know you're not my first, but you will be my last Levina." Levina dari tadi hanya diam. Aku tahu dia terkejut. Dia tak pernah rasa perasaan macam ni. Aku tahu. Aku cuma mampu berharap yang dia mampu menerima aku.

****
Levi POV

Aku baring di atas tilam sambil tuala aku gulung lalu aku peluk rapat kedada. Aku sedang menunggu giliran untuk mandi. Aylena mandi lama sangat. Tahulah sekejap lagi nak dinner dengan Kai. Bukan main lagi minah ni. Suka betul dia dapat holiday dengan Kai. Semalam sampai tak ingat nak balik bilik. Hendry sampai terpaksa tidur dekat dalam bilik aku. Nasib baik aku tak kisah.

Aku bangun lalu aku berjalan menghampiri bilik air. Aku ketuk pintu sekuat hati. Aku jerit.

"Cepatlah setan! Berapa lama kau nak mandi. Berjam aku tunggu. Kau nak aku pecahkan pintu ke woi!" Setelah itu cepat cepat Aylena membuka pintu bilik air. Aku lihat dia tergesa gesa sampaikan rambutnya yang basah tidak dilap dan bath ropenya juga diikat senget dan longgar. Ni kalau aku tarik senang senang je terbuka ni.

"Dah dah, dah siap dah." Kata dia agak takut. Aku tersenyum sinis. Tahu takut.

Setelah Aylena keluar aku masuk ke bilik air dan mula membersihkan diri aku. Ketika mandi aku teringat kepada Hendry. Kejadian siang tadi. Macam tak percaya. Kata kata dia. Aduh melting sebenarnya aku ni cuma aku je tak nak mengaku. Aku kemudian menutup shower dan mencapai tuala. Aku balutkan tuala pada rambut aku lalu dan kemudian aku memakai bath rope aku. Aku keluar dari bilik air dan aku lihat Aylena sedang bersolek.

"Pukul berapa Kai ambil kau?" Tanya aku sambil melihat telefon aku. Terdapat satu mesej dari Shui aku buka aku baca.

"Pukul 8 nanti dia ambil aku." Kata Aylena ceria. Aku masih memandang skrin telefon aku. Aku baca mesej Shui. Dada aku berombak menahan marah. Nafas aku kuat. Cukup kuat sehinggakan Aylena yang sedang memakai earphone mampu mendengarnya.

Aylena memandang aku risau. Dia lihat wajah aku sudah merah.

"Levi? Kau okay tak ni?" Pertanyaan Aylena aku abaikan. Mata aku masih memandang skrin telefon aku. Aylena menghampiri aku. Dia memegang bahu aku lembut.

"Lev." Panggil Aylena. Nada suara dia juga bertukar serius. Aku memandang dia. Aku tunjukkan video yang dihantar oleh Shui kepada aku. Video konco konco aku seramai 5 orang telah dilemaskan didalam air asid. Aku lihat Aylena menutup mulutnya. Wajah dia juga merah.

"Vygor." Kata aku memaksudkan kumpulan Vygor dari Berlin.

"Kau nak aku buat apa? Kita dekat je dengan Berlin. Empat jam perjalanan dengan kereta dah sampai sana." Kata Aylena. Aku menggelengkan kepala aku. Mata aku menunjukkan aku marah aku dahagakan darah.

"Biar aku settle seorang." Kata aku dingin.

"Tapi aku boleh tolong kau!" Kata Aylena. Dia membantah arahan aku. Dia lupa dia sedang berhadapan fengan Lev. Aku memandang dia tajam dan dia pula tersedar bahawa kini dia sedang berhadapan dengan Lev leader Bond dan bukan Levina East dengan segera dia akur akan arahan aku.

"Siap. Kejap lagi kai datang." Kata aku tegas. Aylena mengganggukkan kepalanya. Akur akan arahan aku.

****

Aku memandu seorang diri ke Berlin. Sudah 4 jam aku memandu akhirnya aku sampai ke Berlin. Aku berhenti di sebuah gudang lama. Dari luar kelihatan seperti gudang itu sudah tidak digunakan lagi tetapi sebenarnya terdapat 100 orang didalam sana yang bakal menjadi mangsa kemarahan aku. Aku mengambil topeng milik aku dan sarung tangan kulit aku. Topeng dan sarung tangan itu yang telah aku gunakan ketika aku bekerja. Pelbagai darah telah terpalit pada topeng dan sarung tangan aku. Menjadi saksi kekejaman aku selama ini.

Aku mengeluarkan bom aku lalu aku berjalan ke sekeliling gudang tersebut. Aku letakkan bom aku di sudut yang tersembunyi. Setelah selesai aku letakkan bom di pintu hadapan gudang. Aku ketawa kecil melihat kebodohan kumpulan Vygor. Tiada sesiapa yang berkawal di kawasan gudang ni.

Aku kemudian kembali ke kereta dan aku mengambil bom pemedih mata dan bom asap milik aku. Tidak lupa juga pistol milik aku. Aku selitkan dipinggang aku. Pisau aku selitkan di kedua dua celah kasut boot aku. Tali yang memang sedia ada didalam kereta aku ambil dan aku sangkutkan dipinggang aku. Aku rasa cukup agaknya tali tersebut untuk mengikat konco konco Vygor.

Aku kemudian berlari ketepi gudang. Aku mencari tangga yang aku jumpa tadi. Aku lalu memanjat ke atas gudang tersebut. Dengan berhati hati aku mula mengintai melalui tingkap di bumbung gudang. Aku lihat tangki air yang digunakan oleh Vyron untuk membunuh lima daripada ahli Bond. Mayat mereka yang sudah reput kena asid masih tidak dibuang lagi. Marah aku membuak buak. Aku harus cepat membalas dendam untuk mereka.

Aku cuba melihat lagi. Aku lihat konco konco vynor sedang mabuk beramai ramai. Huh.. makin senang kerja aku. Dia orang dah mabuk. Bodoh. Aku mengira mereka. Cuma terdapat lebih kurang 76 orang. Mana lagi 34 orang. Aku berjalan hingga aku lihat konco konconya yang selebihnya sedang merogol wanita wanita yang diculik mereka. Aku mengetap bibir. Geram, marah, benci semuanya bercampur. Aku melihat wanita wanita tersebut. Semuanya dari kumpulan Bond. Pasti mereka dibiarkan hidup untuk menyeksa mereka. Patut pun ramai konco konco aku hilang sejak kebelakangan ini.

Aku kembali kearah Vynor yang sedang mabuk. Aku mengeluarkan bom pedih mata dan asap dan aku melepaskan bom asap melalui tingkap yang telah pecah di atas bumbung tersebut. Setelah bom asap selamat mendarat ke tanah dan asap mula memenuhi kawasan itu aku melepaskan pula bom pemedih mata. Aku kemudian melompat kearah kotak kotak yang tersusun tinggi di dalam gudang itu. Perlahan lahan aku turun lalu aku segera menghampiri ahli Vynor. Kehadiran topeng aku memudahkan kerja aku. Aku mengambil pistol aku lalu aku memukul dibelakang kepala ahli Vynor yang sedang mabuk, kepedihan mata dan kesesakan nafas itu. Seorang deni seorang dari mereka tumbang. Tiada siapa dari mereka yang sedar akan kehadiran aku. Aku kemudian pergi ke arah ahli Vynor yang selebihnya. Wanita wanita yang merupakan ahli Bond ternampak aku lalu mereka beramai ramai mula mengalihkan perhatian ahli Vynor yang sedang keasyikkan itu. Aku kesian melihat mereka. Sanggup berkorban apa sahaja. Apabila mereka sudah bebas nanti aku akan berikan mereka ganjaran.

Aku berjalan tenang ke arah ahli Vynor dan tanpa ragu ragu aku memukul salah seorang dari mereka. Kehadiran aku telah disedari oleh mereka namun ketika mereka ingin menyerang aku. Konco wanita aku telah menjerut leher mereka sehingga mereka pengsan. Aku kagum melihat kecekapan mereka.

"Bangun. Pakai pakaian. Balik ke markas." Arah aku tegas. Mereka akur lalu mula memakai pakaian mereka. Aku kemudian mula mengeluarkan tali dan mengikat setiap seorang Ahli Vynor. Aku ketawa sinis bila melihat mereka semua diikat beramai ramai. Sekarang ini aku cuma perlu menunggu kehadiran ketua mereka. Ketua mereka pasti keluar tadi kerana aku langsung tidak nampak kehadiran ketua mereka.

Aku duduk bersembunyi di kotak kotak yang tersusun di gudang itu. Aku memerhatikan keadaan sehinggalah aku dengar bunyi kunci sedang dibuka.

Mangsa sudah mari. Aku tersenyum gembira. Aku kemudian berlari masuk ke pejabat yang aku percaya milik ketuanya. Aku duduk dikerusi miliknya dan kaki aku silangkan. Teruja menunggu mangsa.

Aku kemudian dengar bunyi pintu dibuka. Bunyi tersebut kedengaran tergesa gesa. Mesti dia dah nampak konco konco dia yamg sedang terikat. Hmm... aku hanya duduk tenang di atas kerusi sambil kaki aku silangkan. Apabila pintu dibuka terpacul susuk tubuh lelaki yang aku cari cari. Lelaki yang telah bunuh dan menangkap konco konco aku. Aku memandang dia tajam.

"James." Aku sebut namanya. Suara aku membuatkan dia menggigil. Aku tersenyum sinis di sebalik topeng aku. Pengecut rupanya mamat ni. Muka dia sudah pucat aku lihat.

"Hai." Kata aku lembut. Walau lembut mana pun aku bercakap aku tahu suara aku pasti akan kedengaran garau kerana topeng tersebut. Sebab tu sampai sekarang musuh aku mahupun konco aku tak tahu jantina aku. Mereka cuma tahu. Lev. Leader Bond.

"Lev, kau buat apa kat sini?" Tanya James. Aku lihat dia cuba belagak tenang dihadapan aku. Namun melalui mata dan suaranya sahaja aku tahu dia takutkan aku.

"Buat apa? Aku tak buat apa apa pun, cuma tengah berlatih skill membunuh aku je." Kata aku selamba. Aku lihat James menggenggam tangannya yang menggigil.

Tiba tiba aku bangun. Dia aku lihat kebelakang sedikit. Aku menghampiri dia perlahan. Tiba tiba sahaja James menyerang aku. Dia menumbuk wajah aku kuat. Sehingga aku kebelakang dan tubuh aku terlanggar dinding. Aku merengus kuat lalu membalas serangan dia. Aku memberikan tumbukan bertubi tubi di dada, perut dan aku mengakhiri seramgan aku dengan memberikan James satu tumbukan padu di wajahnya. James jatuh mencium lantai. Aku lihat mulutnya sudah keluar darah. Pipinya bengkak akibat ditumbuk oleh aku.

Aku menghampiri James lalu aku memberikan dia satu sepakan padu diwajahnya. Wajah James terpaling ke tepi. Hidungnya berdarah. Aku lihat hidungnya juga seperti senget sedikit. Patah mungkin.

Aku menghampiri meja kerja James namun tanpa aku sangka James tiba tiba bangun dan menyerang aku dari belakang. Dia menjatuhkan aku lalu menendang perut aku berkali kali. Lalu dia angkat aku dan sandarkan aku pada dinding.

"Kau datang tempat aku, kau kacau tempat aku. Kau ingat kau senang senang boleh lepas ke!" Jerit James pada aku. Aku hanya tersenyum sinis.

James lalu menumbuk aku menyepak aku dan menhempas aku berkali kali namun aku hanya diamkan sahaja.

Setelah puas dia memukul aku dia terduduk kepenatan. Aku tiba tiba ketawa nyaring. Pasti dia sangka dia telah mencederakan aku namun sebenarnya tidak. Ya aku berdarah namun tidak cukup untuk menjatuhkan aku. Aku bangun dan aku lihat James terkejut melihat aku masih boleh bangun setelah dipukul berkali kali.

Aku menghampiri James. James cuba memberikan tumbukan kepada aku namun aku berjaya tahan dengan tangan aku. James terkejut melihat kekuatan aku. Lalu aku memulas tangan James sehingga patah. James menjerit kesakitan. Aku ketawa lalu aku menampar James kuat. James terjatuh lagi ke lantai. Aku tarik James keluar dari biliknya, aku tarik hingga ke tengah tengah gudang di mana semua konco konconya diikat. Aku ambil kerusi kayu dan aku duduk kan James disitu. Aku ikat tangan James kebelakang kerusi. Dia menjerit kesakitan apabila tangannya yang patah di ikat dibelakang. Konco konconya hanya mampu melihat. Mereka tidak boleh buat apa apa. Mereka masing masing sudah terikat. Paha mereka pula aku telah cucuk dengan besi hingga tembus ke betis mereka. Dibadan mereka terikat bom yang hanya menunggu masa untuk diletupkan.

Setelah aku ikat aku berjalan ke stor gudang dimana terdapat peralatan elektrik. Aku ambil gerudi tangan. Aku ambil dan aku pasang mata gerudi. Setelah itu aku cuba hidupkan mesin tersebut. Berfungsi. Aku tersenyum. Aku kembali ke tengah gudang sambil membawa mesin tersebut.

"Kau tahu tak. Aku cukup benci bila orang kacau budak budak aku." Kata aku keras.

"Sebab apa tau, sebab aku tak kacau kau. So kau tak payah nak tunjuk hebat sangat kacau budak aku. Kalau dendam mana pun kau dekat aku selagi aku tak sentuh kau. Jangan kau terfikir pun kau nak sentuh aku." Kata aku lagi lalu aku menikam perut dia dengan pisau milik aku. Dia menjerit kesakitan lalu aku tutup mulutnya kuat. Aku meletakkan jari dimulut aku.

"Shuuu.... diam, lagi kau bising lagi aku sakitkan kau." Kata aku sinis lalu aku ketawa. Gembira melihat James yang sedang kesakitan.

Aku menarik meja kehadapan James lalu aku buka ikatan James dan aku meletakkan kedua dua belah tangan James diatas meja. Aku mengeluarkan dua bilah pisau milik aku lalu aku tikam tangan James sehingga pisau terebut melekat di meja.

James menjerit. Matanya terpejam menahan sakit. Mukanya yang sudah merah menjadi semakin merah.

Kemudian aku menampar wajah James dengan kuat.

"Diam. Aku tak nak kau tunjuk apa apa riak pada wajah kau. Aku benci. Jijik!" Kata aku keras. Aku kemudian mengambil mesin gerudi tersebut lalu aku menghidupkan mesin tersebut. Aku lalu menikam perut James dengan gerudi tersebut. James tidak dapat menahan suaranya lalu ia menjerit sekuat hati. Aku menutup mulut dan hidungnya dengan tangan aku membuatkan suaranya tenggelam dan dia tidak dapat bernafas. Aku tidak bercadang untuk membunuh dia sekarang, lalu aku melepaskan tangan aku namun masih lagi meneruskan aktiviti mengerudi aku.

Tiba tiba telefon aku berbunyi. Aku terhenti dari menggerudi. Aku keluarkan mata gerudi dari tubuh James. Aku memandang James sekejap sebelum membuka sarung tangan aku. Aku ambil telefon bimbit aku. Tanpa memandang nama si pemanggil aku tersebut.

"Hello. Levina. Kau kat mana?" Tanya Hendry cemas. Aku memandang James yang sudah nyawa nyawa ikan itu.

"Kau kenapa tak tidur lagi? Dah 3 pagi ni." Kata aku tidak menjawab pertanyaan Hendry.

"Aku cari kau. Aku risaukan kau." Kata Hendry. Aku tersentuh mendengar kata kata dia. Ahh... lupakan aku sedang bekerja sekarang ni.

"Kau tidur mana ni? Bilik aku ke bilik kau?" Aku sahaja bertanya begitu.

"Bilik kau. Aylena dan Kai tidur sebilik." Kata Hendry.

"Kejap lagi aku balik." Kata aku dingin sebelum aku mematikan talian. Aku kemudian terus mematikan telefon aku. Aku memakai sarung tangan aku semula dan aku memandang James. Aku kene balik cepat.

Aku mengambil mata gerudi yang lebih panjang aku tukarkan dengan mata yang tadi. Aku menghidupkan mesin lalu aku berjalan kembali menghampiri James. Aku membuka topeng aku. Aku tersenyum pada James.

"Kau.. kau perempuan? Kau.. cucu pengasas King's!" Kata James terkejut. Aku tersenyum sinis pada dia.

"Yes i'm a girl and Yes aku cucu Antonio dan Adamo. Aku nak kau tengok wajah aku sebelum kau mati. Ni hadiah aku untuk kau." Kata aku sinis lalu aku mendekatkan mata gerudi itu ketelinga James lalu aku mula menggerudi kedalam telinganya. Jeritan James umpama lagu ditelinga aku. Aku menggerudi sehingga akhirnya mata gerudi itu tiba di otak James. Aku teruskan menggerudi sehingga mata gerudi sudah habis. Suara james telah hilang. Aku lihat matanya terbuka. Riak wajahnya kaku. Menunjukan kesakitan yang dialaminya sebelum dia mati. Aku ketawa gembira. Puas.

Aku memandang konco konco James yang kini hanya sedang menunggu waktu untuk mati. Aku tersenyum manis kepada mereka.

"Kau orang tatap lah muka aku ni puas puas ya. Sebab lepas ni kau orang akan mati." Kata aku gembira sebelum aku mencapai topeng milik aku. Aku pakai dan aku berlalu pergi.

"Adios!" Kata aku sebelum aku berlalu pergi. Apabila aku sudah tiba dikereta aku. Aku terus menekan suis bom yang aku simpan di kereta aku. Sekelip mata gudang tu meletup bersama sama dengan konco konco James.

Aku menghidupkan enjin lalu aku berlalu pergi pulang ke hotel.

****
Aku sampai di hotel jam 8 pagi. Aku buka pintu bilik aku dan aku lihat Hendry masih lagi tidur di atas tilam bersaiz queen itu. Aku segera masuk ke dalam bilik air dan menbersihkan diri aku dari bau darah James. Baju aku masukkan ke dalam plastik dan aku sorok kan di saluran udara dalam bilik air.

Aku memakai bath rope aku lalu aku keluar. Aku lihat Hendry masih lagi lena. Aku memakai baju putih milik aku dan boxer hitam. Aku naik ke atas tilam. Ketika aku ingin baring tiba tiba Hendry menarik aku agar aku baring dalam pelukan dia.

"Baru balik?" Tanya Hendry dengan suara baru bangun tidurnya itu.

"Hmm.." kata aku perlahan. Hendry mengetatkan pelukkan dia.

"Kau pergi mana?" Tanya dia lagi. Mata dia masih lagi terpejam.

"Aku stress. Malam tadi aku pergi merayau. Lepas tu aku sesat. Celah hutan mana tah aku masuk." Tipu aku. Hendry aku lihat dia sedang diam. Kemudian aku dengar dengkuran halus. Dia dah tidur balik. Masih dalam pelukkan dia aku terlena. Penat dan tubuh aku yamg sakit aku abaikan. Nanti bila aku bangun tidur balik hilanglah sakit ni semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience