Bab 10

Romance Completed 22049

Bab 10

Levi POV

Setelah Antonio dan Adamo pengsan aku mengarahkan konco konco aku pergi. Aku, Shui, Aylena, Arthur dan Ian pergi ke belakang rumah dan memanjat semula ke bilik kami.

Aku buka baju aku dan aku membuang mayat mayat orang German tadi ke tingkat bawah rumah.

Tiba tiba kaki aku rasa kebas. Cecair tu dah mula berkesan. Aku minum cecair tu semasa aku sudah mendapatkan tanda tangan Adamo dan Antonio. Begitu juga dengan konco konco aku yang lain. Aku terduduk di lantai. Arghh.... setelah beberapa detik kemudian aku langsung tidak rasa kaki aku. Aku terbaring lemah. Setelah itu dunia aku tiba tiba gelap.

****
Hendry POV

Setelah aku sudah merasa kaki aku semula aku terus mengangkat Adamo dan Antonio ke bilik mereka. Ketika aku melalui koridor di tingkat atas aku dapati abang Levi dan Aylena sedang terbaring di lantai. Mereka pengsan. Mesti mereka juga telah terminum racun seperti yang lain.

Aku tiba tiba teringat akan Levi. Dimana dia. Aku langsung tak nampak dia ketika serangan itu berlaku tadi. Aku berlari kebilik dia dan aku lihat Levi sedang terbaring dilantai. Dia kelihatan lemah. Wajah dia pucat.

"Levi." Kejut aku. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Aku angkat dia ke atas tilam dan aku berlari keluar. Ketika aku keluar aku lihat ditingkat bawah sudah ramai yang sedar. Aku mencari Katya.

Aku nampak Katya sedang terduduk lemah di atas kerusi. Dia menutup wajahnya dengan tangannya.

"Katya." Panggil aku. Katya memandang aku.

"Levi, dekat dalam bilik dia. Pengsan. Mungkin dia pun kena macam kita juga." Kata aku. Katya segera bangun dan membawa peralatan perubatannya. Kami berlari ke arah bilik Levi. Sebaik sahaja aku masuk ke bilik dia aku lihat dia sudah sedar. Matanya memandang syiling diatas.

"Levi." Panggil aku lalu aku menghampiri dia.

"Levi. Levi okay tak ni?" Tanya Katya cemas. Levi hanya diam. Aku memandang dia cemas. Kenapa dia diam macam ni?

"Antonio, Adamo. Mana?" Tanya Levi dingin. Matanya masih kekal memandang syiling.

"Err, aku letakkan diaorang dekat dalam bilik diaorang." Levi tiba tiba bangun. Aku lihat dia seperti sakit ketika nak bangun. Levi memegang perutnya.

Aku cuba menolong dia tetapi dia melarang aku.

"Aku kena tumbuk je tak teruk mana pun." Kata Levi sinis sebelum bangun. Dia memandang Katya dan Katya memberi dia pandangan yang sukar aku tafsirkan.

****
Levi POV

Aku memandang Katya. Katya juga memandang aku. Kami seolah olah sedang berhubung menerusi mata. Perut aku pegang. Sakit akibat ditumbuk oleh Antonio tadi tidak hilang lagi. Walaupun aku cuma kena sekali tumbukan oleh Antonio namun sakitnya memang tak terkata.

Aku berjalan meninggalkan Hendry dan Katya. Ketika aku melalui koridor ke bilik Antonio aku lihat Adamo juga sedang menuju ke tempat yang sama. Ke bilik Antonio. Dia juga seperti aku. Sedang menahan kesakitan. Aku memandang dia lalu aku menghampiri dia. Adamo memeluk bahu aku lalu menghadiahkan ciuman ke dahi aku.

Kami bersama sama berjalan menuju ke bilik Antonio. Apabila aku buka pintu bilik Antonio aku lihat dia sedang terduduk sambil memegang rusuk dia.

"Antonio." Panggil Adamo. Aku lalu menutup pintu dan mengunci pintu tersebut dari dalam.

"Duduklah." Kata Antonio. Adamo duduk di atas tilam bersebelahan dengan Antonio. Aku pula menarik kerusi kerja dan duduk dihadapan mereka berdua. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung terus terhambur tawa mereka. Aku memandang mereka berdua. Pelik. Dah kenapa diaorang ni?

"Kau orang ni kenapa?" Tanya aku pelik. Ish aku dah lah tengah serius ni. Setan betul.

"Surat tu.. hahahhahaha!!" Kata mereka berdua serentak. Aku nak tak nak terpaksa ketawa juga. Surat tu memang kelakar. Aku tak sempat nak buat surat tu kerana terlalu sibuk merancang pelan dan membantu Ale menyediakan majlis ni.

"Aku tak sempat nak buatlah.. tu je yang aku mampu buat. Hahaha" kata aku dengan tawa yang masih bersisa.

"Lain kali cakaplah yang kau nak serang harini. Bolehlah kitaorang tolong sikit sikit." Kata Adamo.

"Entah kau ni. Nasib baik kitaorang dapat tangkap. Kalau tak memang tak jadi plan kau ni." Kata Antonio.

"Yelah. Siap dapat penumbuk free lagi." Kata aku sambil memegang perut aku. Aku angkat baju aku dan aku lihat ada lebam diperut aku. Haaa penangan Antonio. Ambil kau rasakan!

"hei, baik sikit. Habis yang kitaorang ni kena apa? Dengan muka lebam. Hidung berdarah. Bibir pecah. Ni aku tengok si Antonio ni. Rusuk macam dah nak patah dah ni." Kata Adamo. Aku ketawa.

"Siapa suruh kau serang aku." Kata aku sinis.

"Second plan coming soon." Kata aku tiba tiba. Mereka terkejut.

"Second plan? Maksud kau?" Tanya Antonio. Aku tersenyum sinis. Topeng aku yang aku letakkan di dalam baju aku tadi aku keluarkan dan aku pakai.

****
3 hari selepas serangan di kediaman King's.

Levi POV

Aku telah mengarahkan Aylena mengetuai serangan ke bandar bandar besar yang dimiliki oleh King's. Itu untuk menunjukkan bahawa kini bandar tersebut telah menjadi jajahan Bond. Sekutu sekutu King's ramai yang telah beralih arah. Antonio dan Adamo tidak kisah kerana selepas ini mereka akan menghilangkan diri dan menjadi ahli Bond dalam diam. Aku telah menyediakan topeng dan baju untuk mereka.

Kumpulan Markolav antara kumpulan yang setia dengan Antonio dan Adamo. Mereka percaya yang King's akan bangkit semula satu hari nanti.

King's tidak pernah jatuh cuma King's sekarang diperbaharui. Aku memandang Hendry yang sedang sibuk mengarahkan anak anak buahnya untuk mencari leader Bond. Aku kesian sebenarnya pada dia kerana dia sebenarnya tidak tahu yang serangan daripada Bond itu sebenarnya rancangan Antonio dan Adamo.

"Hendry." Panggil aku perlahan. Hendry yang aku lihat tadi marah marah terdiam. Dia memandang aku. Aku memanggil dia lembut. Buat kali terakhir dia telah mengarahkan konco konconya pergi sebelum menghampiri aku. Belum sempat aku berkata apa apa Hendry telah menarik aku kedalam pelukkannya. Aku terkedu. Aku tak pernah kena peluk. Bercinta apatah lagi. Hidup aku selama ini aku hanya fokus pada Bond.

Hendry seolah olah tersedar dia segera melepaskan aku. Aku memandang wajah dia yang merah. Malu mungkin.

"Sorry." Kata Hendry aku hanya mengganggukkan kepala.

"Kenapa?" Tanya Hendry. Aku menggelengkan kepala aku. Lengan dia yang sasa aku pegang dengan lembut. Aku serba salah sebenarnya bila terpaksa menipu dia. Hendry ni baik walaupun dia juga salah satu Mafia yang terkenal dan kejam juga.

"Janganlah stres sangat." Kata aku lembut. Tak pernah pernah aku berlembut dengan orang luar selain keluarga aku dan Aylena. Hendry aku lihat seperti terkejut melihat perubahan aku.

"Er, aku bukan apa. King's dah berjaya dijatuhkan. King's kumpulan yang paling aku hormati dan kagumi dah berjaya dikalahkan. Siapa je tak marah." Kata Hendry. Wajahnya kembali tegang dan merah. Aku menarik tangannya kembali. Aku senyum.

"Daripada kau stress macam ni baik kau balik rehat. Aku tengok kau pun dah beberapa hari tak tidur." Pujuk aku. Hendry memandang aku.

"Semalam aku tidurlah." Kata Hendry. Aku menjeling dia.

"Bila masa. Kalau kau tidur pun berapa lama? Aku rasa setengah jam pun tak kan." Aku serkap jarang.

Hendry tersenyum kepada aku.

"Okay aku balik sekarang." Kata Hendry. Setelah itu dia menarik leher aku dan mencium hidung aku. Aku terkejut. Hendry aku lihat turut terkejut namun dia hanya buat muka selamba sebelum berlalu pergi. Aku memegang dada aku. Rasa apakah ini? Ah sudah.. better aku buat kerja aku dari fikirkan benda ni.

Setelah itu aku pergi ke kereta aku, menghidupkan enjin dan mula memandu pulang ke rumah.

Ketika memandu aku memikirkan langkah seterusnya. Aset King's sudah berjaya aku ambil alih. Aku juga sudah berjaya menipu musuh bahawa aku sudah kalahkan King's sedangkan King's kini sebenarnya adalah sebahagian dari Bond. Aku dah menghapuskan beberapa kumpulan yang cuba menjatuhkan Bond. Aku tak tahu nak buat apa lagi? Besarkan lagi empayar aku? Tapi dekat mana? Satu Eropah aku dah takluk. Luar negara pula ke? Amerika nampak macam negara yang sesuai. Tapi aku nak mula dari mana dulu? Aku kena bincang dengan Antonio dan Adamo. Tapi bukan sekarang. Kerana sekarang mereka sedang bercuti diluar negara. Mereka akan menghilangkan diri buat seketika seperti dalam rancangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience